Friday, March 18, 2011

GOD = ALLAH ???

Bahasa Untuk Agama Yang Jadi Pertikaian?

Thursday, March 17th, 2011 | Posted by admin

http://www.isuhot.com/?p=3155

Keputusan kerajaan untuk mengenakan 2 syarat bagi mem’bebas’kan penahanan al-kitab mendapat reaksi negatif dari penganut agama kristian..Ini bertentangan dengan permintaan penyokong al-kitab sebelum ini yang mendesak kerajaan terutamanya kementerian dalam negeri agar membebaskan al-kitab dengan tanpa ikat jamin serta tanpa syarat.

Perkara ini mencetus polemik politik yang membabitkan agama sebagai alasan untuk merealisasikan pendapat masing-masing.

Umat Islam diMalaysia, sejak dari dahulu telah dididik dan diajar bahayanya gerakan missionary kristian dalam memurtadkan umat islam seluruh dunia.Ini menimbulkan keadaan kurang senang apabila mengetahui sejumlah al-kitab ditahan di pelabuhan klang dari diedar kepada umum.

Kita lupakan sahaja pendapat golongan kristian , sememangnya mereka tanpa mengira fahaman dan pegangan politik bersatu suara dalam mendesak al-kitab dibebaskan tanpa syarat.(sini)

Apa yang kita khuatirkan apabila dikalangan umat islam sendiri yang berbalah tentang hal ini.

Umum mengetahui penggunaan kalimah “Allah” masih lagi dalam pertikaian mahkamah.Ia membabitkan sebuah majalah missionary herald tribune dan kerajaan.

Ketika umat kristian bersatu dalam isu ini, umat islam di Malaysia berpecah dan berbalah serta tidak sependapat. Ada bunyinya keras, ada yang lembut dan ada yang tidak ambil kisah…

Apakah dikalangan yang menyokong tidak mendengar cerita dari para ulamak betapa bahayanya gerakan tersusun yang diatur oleh gerakan pihak gereja dalam memurtadkan umat islam?

Kita bukan berhadapan dengan konflik pengunaan bahasa seperti yang diutarakan oleh persatuan ulamak (sini)

Apa yang dikhuatiri sekarang adalah kandungan al-kitab yang mengandungi kalimah Allah bagi mengantikan Tuhan (gods) setelah dialih bahasa, kita tahu semua cetakan al-kitab yang datang dari indonesia pasti menggunakan kalimah Allah.

seperti apa yang diperjelaskan oleh Nazri aziz

“I don’t know. It shouldn’t have been (like this). To me la because there are no laws there in Sabah and Sarawak, no enactment. In Peninsula Malaysia cannot. Because there is an enactment,” he said.

“The bibles in Sarawak shouldn’t have been confiscated,” he said, but stressed that the 5,100 copies of the same holy book held by customs at Port Klang were in violation of the law.

“To me if you allow the bible in port klang to be released, then what you are doing is against the law because these are Indonesian bibles and I know for sure they use the word Allah as a reference to God, which is against the enactments in the Peninsula states except for Penang and Federal Territories,” ( sini)

Disini kita tahu apa yang dikhuatiri adalah kalimah-kalimah yang kita pertahankan kesuciannya sedang diasak untuk digunapakai oleh agama lain dengan makna dan pengetahuan yang berbeza dari ajaran islam.

Ini yang merisaukan kita sebenarnya, kita takut dakyah kristian tersebar dikalangan anak-anak beragama islam yang mungkin terkeliru dan mula mempertikaikan kesucian islam itu nanti.

Biarpun al-kitab hanya dibenarkan diedarkan di borneo tapi itu memberi jaminan bahawa ada aktiviti kemudian nanti akan mendesak kerajaan melonggarkan akta-akta yang ada bagi membolehkan diedarkan di semenanjung…

Sebagai umat islam, kita patut menolak gerakan kristian ini dalam merencana niat jahat mereka dalam mengkristiankan nusantara….

No comments:

Post a Comment

KUALA LIPIS BERSEJARAH