Wednesday, March 9, 2011

GAGAL MENUJU PUTRAJAYA ATAU MENGALIH ISU MORA L

Manipulasi Isu Timur Tengah Cubaan Jahat Pembangkang Dapatkan Kuasa Politik

Oleh: Ropikah Ahmad

http://umno-online.com/?p=33460

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Penganalisis politik tanah air, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam membidas tindakan pakatan pembangkang yang cuba melontarkan hasutan kepada rakyat agar menentang kerajaan sebagaimana telah dilakukan oleh masyarakat di Timur Tengah.

Katanya, tuduhan yang dilontarkan oleh pembangkang kononnya kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) bertindak zalim adalah sesuatu yang tidak benar apatah lagi telah terbukti selama ini bahawa kerajaan sentiasa menjaga kepentingan rakyat.

“Pembangkang minta rakyat untuk bangkit atas alasan kononnya kerajaan berlaku tidak adil dan penindas sedangkan itu adalah satu cadangan jahat yang sememangnya bertentangan dengan tingkah laku dan pemikiran yang waras,” katanya kepada UMNO- Online.

Dilaporkan pakatan pembangkang cuba membangkitkan perasaan rakyat negara ini supaya meniru kebangkitan masyarakat seperti yang sedang berlaku di Libya, Mesir, Yaman, Iran dan lain-lain lagi.

“Sebagai manusia yang berakal tentunya kita tidak mahu keadaan yang huru-hara dan kucar-kacir berlaku dalam negara apatah lagi untuk bertindak liar dan ganas yang langsung tidak sesuai dengan ciri-ciri sebuah kerajaan bertamadun.”

Tambahnya lagi, seharusnya, apa yang mahu dilakukan sama ada oleh mana-mana pihak sekalipun pembangkang perlulah bertindak waras iaitu memikirkan adakah benar bahawa kerajaan bersikap kejam sedangkan realiti telah ada di depan mata.

“Cara yang ganas bukanlah budaya kita kerana kita lebih selesa berdepan dengan mana-mana pihak waima pembangkang sekalipun melalui meja perbincangan dan secara diplomasi kerana inilah nilai yang sebenar dalam masyarakat yang bertamadun,” katanya.

“Cara yang ganas bukanlah budaya kita kerana kita lebih selesa berdepan dengan mana-mana pihak waima pembangkang sekalipun melalui meja perbincangan dan secara diplomasi kerana inilah nilai yang sebenar dalam masyarakat yang bertamadun,” katanya.

Beliau yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajaran Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), menegaskan juga bahawa tindakan menggulingkan kerajaan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara malahan untuk mencapai kemerdekaan juga, pemimpin atasan lebih bersikap diplomat dan menunjukkan rasa saling hormat serta menghargai antara satu sama lain.

“Pada tahun 1946, sewaktu rakyat bangkit menolak Malayan Union, tiada sebarang keganasan sehingga mengakibatkan sebarang pertumpahan darah sebaliknya, dengan persefahaman dan tolak ansur, kata sepakat dapat dicari sehingga tertubuhnya UMNO yang kemudiannya membawa kepada semangat perjuangan kemerdekaan.

“Kita tidak pernah melakukan sebarang keganasan yang hanya akan mengundang kerugian dalam pelbagai aspek tetapi kita telah membentuk satu masyarakat demokratik dan turut serta dalam pilihan raya apabila pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1955.”

Terang beliau lagi, bersandarkan kepada kejayaan pembentukan masyarakat yang mempunyai rasa toleransi dan persefahaman demi kesejahteraan berkekalan jugalah maka kemerdekaan negara dapat dicapai pada tahun 1957.

“Bersama parti Perikatan yang kemudiannya BN kerajaan telus melakukan penambahbaikan untuk pembangunan dengan kebajikan rakyat terus menjadi agenda utama. Adakah ini yang dimaksudkan zalim oleh pembangkang?” soalnya.

Tambahnya lagi, selama hampir 54 tahun negara ini merdeka dimanakah kezalimannya selain hanya pelbagai manipulasi dan tindakan dangkal pembangkang semata-mata.

“Sejarah sendiri telah membuktikan apakah yang berlaku dalam nega kecuali pada tahun 1969 yang ditimbulkan oleh golongan yang tidak betul dan mahu menggangugugat keharmonian negara.

“Jika benar kerajaan zalim dan tidak bertanggungjawab tentunya tidak ada pendidikan sehinggakan kadar celik huruf di negara kita berada pada tahap yang membanggakan, sampai ke hari ini juga tidak ada individu dalam masyarakat kita yang mati tidak makan atau ditimpa kebuluran kerana taraf hidup kita telah meningkat setanding dengan negara-negara maju lain,” ujarnya.

Katanya lagi, bandingkanlah negara ini dengan situasi di Timur Tengah dan adakah negara kita benar-benar diktator serta menindas rakyat sedangkan kita melihat rakyat hidup aman dengan pelbagai bantuan dan kemudahan disediakan?

“Kita akui bahawa kita juga mempunyai kelemahan tetapi janganlah kerana kelemahan yang sedikit maka semua kebaikan yang ada dihancurkan. Ini adalah isu politik yang sengaja dilakukan untuk mendapatkan kuasa. Tindakan itu perlu ditolak.”

– MediaUMNO.

No comments:

Post a Comment

KUALA LIPIS BERSEJARAH