Wednesday, March 23, 2011

DEMI IMEJ NEGARA : TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA

Tubuh Suruhanjaya Bebas Siasat Klip Video Skandal Seks Tokoh Politik

Wednesday, March 23rd, 2011 | Posted by AIDC

http://www.anwaraidc.com/?p=8298

AIDCNews – 23/03/11 – Kami di AIDC menyahut gesaan Blog The Unspinners berkempen mendesak Penubuhan Suruhajaya Menyiasat Ketulenan Klip Video Tokoh Politik tersebut.

Memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis agar menangkap seorang lelaki misteri, Datuk T dan memandangkan rayuan Datuk T agar dirinya juga turut diberi keadilan, maka kami di AIDC memikirkan cara terbaik menyelesaikan permasalahan ini dengan pembentukan satu Suruhanjaya Menyiasat Ketulenan Klip Video tersebut.

Jika terbukti hasil siasatan Suruhajaya Bebas itu nanti mendapati klip video itu hanya rekaan, maka terpulang kepada Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada Datuk T.

Namun jika didapati klip video itu benar, original, bukan direka-reka dan Anwar Ibrahim merupakan pelakunya, maka rakyat akan menghukum kesalahan moralnya itu sepertimana desakan pemberi maklumat sebelum ini yang menggesa ‘Tokoh Politik Itu’ dan isterinya harus berundur dari arena politik negara.

Pada hemat kami, laporan polis yang dibuat oleh Anwar pagi semalam mengundang pelbagai misteri. Dalam laporan polis itu, Anwar tidak berminat polis menyiasat siapa tokoh politik di dalam video tersebut, sebaliknya Anwar menggesa agar pemberi maklumat itu ditangkap untuk menutup isu tersebut daripada diketahui umum. Klik di sini

Laporan polis itu bersifat berat sebelah iaitu menggesa penangkapan Datuk T tanpa memberi keadilan sewajarnya kepadanya untuk membela diri menerangkan perkara yang sebenar.

Memandangkan Anwar pernah mengemukakan tuntutan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Klip Video VK Linggam, maka kami juga menuntut perkara yang sama, turut dilakukan dalam Kes Klip Video Skandal Tokoh Politik itu.

Sejarah membuktikan apabila sesuatu isu melibatkan klip video, maka satu Suruhajaya dibentuk untuk memastikan kebenarannya.

Perkara ini pernah berlaku ke atas Suruhanjaya Diraja Menyiasat Klip Video Ketuk Ketampi dan VK Linggam.

Dalam kesemua kes klip video itu, kesemua pemberi maklumat video itu tidak dikenakan tindakan

Dalam isu klip video terbaru ini, membabitkan maruah tokoh politik negara, jadi sewajarnya satu penyelesaian konkrit perlu dilakukan untuk menyelesaikan isu tersebut.

Malah isu klip video terbaru ini lebih besar jika dibandingkan dengan klip-klip video sebelum ini kerana melibatkan maruah seorang pemimpin yang menjadi Ketua Pembangkang dan menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat tidak perlu dibiarkan teraba-raba mencari kebenaran yang tidak kesudahan.

Pada awalnya tiada media utama menamakan Anwar Ibrahim terbabit sebagai aktor dalam video itu, namun Anwar sendiri menafikannya serta membuat laporan polis agar pemberi maklumat itu ditangkap.

Jadi untuk menentukan kebenaran dan memberi keadilan kepada kedua-dua pihak, maka sewajarnya Suruhanjaya Bebas dibentuk untuk menyelesaikan isu ini daripada terus diperkatakan.

No comments:

Post a Comment

KUALA LIPIS BERSEJARAH