Thursday, October 28, 2010

PERKARA 153 AKA KONTRAK SOSIAL


Hak Melayu : Penegasan Perdana Menteri, Penamat DAP

http://umno-online.com/?p=23662

Konsep Malaysian Malaysia DAP dah tamat dengan hakikat bahawa majoriti 2/3 saja tidak cukup untuk membuang keistimewaan Melayu dalam perlembagaan sekiranya tidak mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu.

Tidak kita duga, rupanya Perdana Menteri sedar dan amat mengambil berat dengan tindakan segelintir pihak yang didalangi parti pembangkang tertentu, untuk cuba mengubah perlembagaan negara ini menjadi seperti mana yang mereka mahu ia ditafsirkan.

Selama hari ini kita cuba berlembut dan mengelak daripada berbicara tentang isu hak keistimewaan Melayu ini dalam keadaan yang panas dan boleh mencetus ketegangan. Tapi semakin kita mengelak, semakin mereka mengasak.

Tidak cukup dengan sindir-sindiran mengenai hak keistimewaan Melayu, mereka mempergunakan orang Melayu sendiri yang diketahui banyak makan jasa dengan mereka untuk mempersoalkan hak keistimewaan Melayu ini.

Semua ini menyebabkan ketegangan kaum di Malaysia semakin menyemarak dan menimbulkan suasana yang tidak tenteram. Tindakan segelintir pihak yang cuba menulis semula perlembagaan mengikut tafsiran sendiri atas nama memberikan penerangan, sekadar menambah kepada masalah itu.

Kita tahu, dalam diam DAP meracuni pemikiran masyarakat bukan Melayu terutama orang Cina bahawa jika diberi kuasa, mereka mampu menjanjikan hak samarata kepada semua rakyat Malaysia di mana dalam proses itu, mereka akan menghapuskan hak keistimewaan Melayu yang menjadi penghalang kepada proses tersebut.

Sebab itu, dengan tidak semena-mena kita melihat undi masyarakat Cina berubah arah terus kepada pembangkang dalam PRU 2008. Kenaikan sokongan secara mendadak ini sudah tentu mesti bersebab dan kemudian kita mengetahui sebab itu adalah kerana DAP berjanji kepada orang Cina untuk menubuhkan kerajaan Malaysia yang hampir sama dengan Singapura.

Kebetulan pula, majoriti golongan muda dan dewasa Malaysia, kurang mengambil tahu tentang sejarah asal usul perlembagaan negara.

Mereka suka memikirkan bahawa apa yang ada kepada mereka hari ini adalah didapati secara automatik sedangkan hakikatnya dulu ia diberikan dengan bersyarat, syarat bahawa mereka mesti menerima hak keistimewaan Melayu sebagai ganti kewarganegaraan. Kesempatan inilah yang digunakan DAP untuk mengelirukan pemikiran mereka.

Golongan ini diperbodohkan oleh DAP kononnya majoriti 2/3 memberikan mereka kuasa untuk melakukan apa sahaja yang mereka suka kepada perlembagaan negara.

Sekarang, dengan penegasan Perdana Menteri dalam perasman perhimpunan agung UMNO semalam, membuktikan kepada kita bahawa walaupun dengan majoriti 2/3, sesetengah perkara termasuk hak keistimewaan Melayu tidak boleh diubah tanpa mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.

Kebetulan DAP sering mencari masalah dengan Raja-raja Melayu terutama sejak kejatuhan kerajaan Cina Perak, jadi adakah pada pendapat orang Cina sekarang Raja-raja Melayu akan tunduk kepada kemahuan DAP seterusnya merealisasikan Malaysian Malaysia sekiranya mereka menguasai negara kelak?

Dengan penegasan ini di samping institusi Raja-raja Melayu yang kukuh, DAP boleh melupakan hasrat untuk menjadikan negara ini sama seperti negara idola mereka, Singapura.

Kita yakin, selepas ini mereka akan menyerang institusi raja berpelembagaan pula dengan pelbagai cara halus seperti mana mereka menyerang hak keistimewaan Melayu sekarang. Ketika itu, kita harapkan kerajaan dapat bertindak tegas ke atas golongan ini.

Bagi golongan yang selama ini berharap DAP mampu membawa perubahan dengan memberi hak samarata ini pula bolehlah melupakan ‘mimpi’ tersebut kerana ia tidak mungkin berlaku walaupun DAP atau sesiapa saja mempunyai 2/3 majoriti di Parlimen kerana kita amat yakin Raja-raja melayu tidak akan bersetuju dengannya.

Tak kita sangka, rupanya DAP saudagar mimpi juga.

Adamyan

No comments:

Post a Comment

KUALA LIPIS BERSEJARAH