Monday, November 30, 2009

UMNO : SUATU MUHASABAH SEBELUM REBAH


UMNO
By Dr. Mahathir Mohamad
on November 30, 2009 12:07 PM Permalink Comments (0) TrackBacks (0)

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/umno.html

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).
2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.
3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.
5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.
6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.
7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.
8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.
9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-
13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.
10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.
12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.
13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Monday, November 23, 2009

1MALAYSIA : PIAGAM MADINAH

1MALAYSIA:
SEJARAH PIAGAM MADINAH DAN PENYATUAN MASYARAKAT MAJMUK


KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- "Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia", -- bangsa yang bersatu, itu yang dijelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan konsep 1Malaysia.Apa yang ketara konsep bersatu yang ditekankan 1Malaysia, menuntut warga Malaysia mengambil tindakan berdasarkan semua kumpulan etnik di negara ini dan melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum masing-masing.

Felo Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Muhammad Hisyam Mohamad berkata usaha pembangunan akan menjadi mudah jika sesebuah masyarakat itu diikat dengan kesatuan dan perpaduan."Kesatuan ini akan bertambah kukuh jika mereka bergabung atas dasar saling mempercayai dengan kumpulan masyarakat yang lain. Kesatuan menghasilkan semangat untuk bekerjasama dan seterusnya membantu mempercepat usaha pentadbir menyalurkan kebaikan dan kemakmuran kepada masyarakat," katanya.

Dalam tulisannya mengenai 1Malaysia yang dihantar kepada Bernama, Muhammad Hisyam mengambil contoh sejarah awal tamadun Islam yang menjadikan kesatuan asas kukuh kepada sesebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.Bukti paling jelas ialah dengan melihat Piagam Madinah yang didraf oleh Rasulullah s.a.w selaku pengasas dan ketua kerajaan Islam Madinah yang mengandungi 47 fasal."Baginda s.a.w meletakkan unsur kesatuan dan keperluan merujuk kepada satu perlembagaan yang sama oleh semua penduduk Madinah," katanya.

Menurut beliau, kandungan Fasal 2 piagam itu dapat diterjemah sebagai penekanan oleh Nabi Muhammad s.a.w terhadap unsur kesatuan dan kesepaduan bagi memastikan masyarakat majmuk dapat menikmati kehidupan yang harmoni dan bermutu di dalam negara.


PIAGAM MADINAH

Selain itu, bagi mengelak sebarang prasangka yang boleh menghakis keutuhan perpaduan kaum, piagam Madinah Fasal 15 dan 16 turut menyenaraikan jaminan perlindungan keselamatan yang sama rata kepada setiap penduduk Madinah, termasuk kaum Yahudi selagi mereka mematuhi isi kandungan piagam.Beliau menarik perhatian kepada Fasal 47 piagam itu, yang menyebut mana-mana pihak yang berlaku zalim atau melakukan kesalahan, tidak diberi sebarang keistimewaan atau perlindungan di bawah piagam berkenaan.

Muhammad Hisyam turut menyentuh Fasal 25 piagam yang memberi kebebasan kepada penduduk Madinah untuk mengamalkan anutan masing-masing."Ini satu penghormatan yang diberikan oleh agama Islam kepada penganut agama lain untuk bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa sebarang gangguan atau sekatan daripada pihak pemerintah Muslim," jelas beliau.
Bagaimanapun, sebagai imbalan kepada pelbagai hak yang diberikan oleh pemerintah, penduduk dikehendaki bertanggungjawab berganding bahu menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran dalam bidang kewangan, ekonomi dan kemasyarakatan di dalam negara.
Fasal 47 itu menggambarkan bahawa satu bangsa yang bersatu bukan sahaja berkongsi negara malah mereka juga perlu berkongsi usaha untuk memajukan negara berkenaan dalam pelbagai bidang kehidupan.

PENDEKATAN YANG ADIL

Justeru itu, bagi Muhammad Hisyam, pendekatan "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", dilihat tidak bercanggah dengan semangat kesatuan yang menjadi unsur utama kandungan piagam yang dibangunkan pada tahun pertama penghijrahan Baginda s.a.w ke kota Madinah.

Menurut beliau pendekatan itu turut memperlihat unsur-unsur keadilan dan tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak menerusi satu jaminan yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada rakyat -- iaitu tiada anggota masyarakat akan terpinggir kerana semua pihak tanpa mengira latar belakang agama, sosio-ekonomi dan budaya dijanjikan satu pembelaan yang sewajarnya oleh kerajaan."Saya tidak nampak kewarasannya kenapa kita menolak pendekatan ini. Ia satu dasar yang amat baik yang patut diberi sokongan padu oleh semua. Tujuannya bagi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat."Cuma yang perlu difikirkan ialah apakah alat-alat yang sesuai yang boleh dijadikan sebagai landasan untuk kita bersatu. Cukupkah dengan hanya janji-janji pemerintah bahawa tiada ahli masyarakat yang akan dipinggirkan di dalam arus pembangunan negara dapat menjadikan rakyat Malaysia bersatu?Atau apakah pelaksanaan yang boleh dilakukan bagi merapatkan hubungan 28 juta penduduk Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan adat resam ini?" soal beliau.

PERLU PERUBAHAN

Bagi ahli akademik di Fakulti Pendidikan UKM, Puan Sri Prof Dr Rohaty Mohd Majzub, Malaysia ialah negara contoh untuk seluruh dunia tentang konsep perpaduan yang dibina oleh pemimpin negara.Ia boleh dilihat melalui sistem pendidikan dengan melaksanakan program pendidikan dan satu kurikulum kebangsaan untuk menjana perpaduan.Menurut beliau, Malaysia secara relatifnya aman damai kecuali ada titik hitam 13 Mei 1969 dan kisah pertentangan dan konflik perkauman beberapa tahun lalu."Dalam usaha membina perpaduan bangsa, ia meliputi konteks input proses dan produk."Konteksnya sekarang berbeza dengan sebelum merdeka dahulu. Ini lumrah hidup tidak ada sesuatu yang kekal melainkan perubahan. Sudah tentu konteks telah berubah bersama perubahan sosial, pendidikan, ekonomi dan politik, " katanya.

Prof Rohaty berkata masyarakat negara ini turut dipengaruhi pelbagai rangsangan seperti internet dan blog dan input seperti ini mempengaruhi proses dan produk.Menurut beliau, dahulu proses integrasi dan pembinaan negara memfokus kepada sistem persekolahan dan kurikulum kebangsaan iaitu "satu bahasa, satu bangsa dan satu iklim persekolahan".

Bagaimanapun, Prof Rohaty tidak bersetuju bahawa 1Malaysia diperkenal ekoran perpaduan masyarakat yang semakin lemah atau disebabkan masyarakat yang buta sejarah.Menurutnya pandangan itu memerlukan kajian terperinci untuk dibuktikan."Dahulu kita ukur sejauh mana seseorang itu bersikap perpaduan seperti adakah orang akan berdiri jika Negaraku dimainkan? Tetapi sekarang pengukuran perpaduan lebih kompleks daripada itu kerana kita perlu mendalami pemikiran dan dasar hati manusia."Saya tidak berani hendak kata perpaduan kurang kecuali telah ada data kuantitatif dan kualitatif untuk menyokongnya. Jika ukuran telah berubah tentu apa yang kita ingin lihat juga telah berubah," tegas beliau.

PENGISIAN DI BIDANG PENDIDIKAN

Sebagai ahli akademik, Prof Rohaty melihat pendidikan ialah ejen perubahan yang amat penting kerana kanak-kanak belajar bersosial di sekolah.Beliau berpendapat falsafah dan dasar perlulah jelas kerana ia akan mempengaruhi pelaksanaannya.Menurut beliau, 1Malaysia perlu dilihat bersama-sama dengan falsafah yang sedia ada seperti Rukunegara, Falsafah Pendidikan Negara, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan lain-lain.

(1Malaysia memberi penekanan kepada lapan nilai -- budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti)"Pada saya, nilai-nilai ini perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum.

Walaupun bukan baru, ia perlu diberi perhatian bersungguh-sungguh. Ia perlu dijadikan teras kurikulum serta diukur dari segi hasil pembelajaran baik di sekolah atau di universiti.

Bagaimanakah nilai ini boleh dijayakan?, Prof Rohaty mencadangkan pakar -pakar pendidikan mengubah pendekatan pendidikan supaya nilai-nilai ini terserlah dan diakui penting."Contohnya tugasan akademik di universiti perlu ada elemen kesungguhan dari segi teori, cara menulis dan membincangkan sesuatu isu. Selain itu, integriti diukur melalui tingkah laku individu yang terlibat.

MENGUBAH PANDANGAN SKEPTIKAL

Kejayaan sesuatu perubahan terletak kepada penerimaannya.Dalam psikologi perubahan, akan ada individu yang berfikiran pesimis dan hanya melihat kepada rintangan sahaja. Ia boleh mempengaruhi individu lain."Perpaduan bukan cerita baru yang tidak diketahui. Berbekalkan sejarah dan teras ini saya rasa pandangan skeptikal boleh dikurangkan.

Caranya ialah mewujudkan penerimaan ke atas 1Malaysia (nilai yang dikongsi)," ulas Prof Rohaty."(Ini bermakna) Perlulah nilai itu diterima dan difahami manfaatnya kepada kualiti hidup, organisasi dan diri sendiri.Saya rasa nilai-nilai ini cukup universal dan relevan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama."Prof Rohaty menolak pendapat yang mengatakan 1Malaysia hanya gimik politik. kerana politik dan kehidupan baginya merupakan dua elemen yang tidak boleh diasingkan. Maka kewujudan 1Malaysia akan mempengaruhi sosio-pendidikan dan politik.

Baginya 1Malaysia bertujuan melanjutkan proses membina negara yang terlaksana 50 tahun lalu."Politik dan pendidikan saling berkaitan maka masyarakat patut berfikiran terbuka menerima nilai-nilai dan pembelajaran baru yang lebih kreatif."Saya fikir banyak yang perlu diperjelas dalam 1Malaysia khususnya melaksana dan menilai kejayaannya."Kita perlu meneliti perbezaan dan fikiran setiap warga Malaysia tentang 1Malaysia dengan hati terbuka dan mencari permuafakatan. Saya berpendapat setiap warga perlu memberikan pandangan mereka dan lebih ramai cerdik pandai dapat berbuat demikian," ulasnya.Beliau turut melihat golongan pelajar sekolah sebagai sasaran: "Kanak kanak adalah golongan yang paling terbuka fikiran mereka. Individu dewasalah yang boleh meracun fikiran mereka. Oleh itu nilai tersebut perlu diterapkan sejak tadika lagi."

Sumber : Bernama

Friday, November 20, 2009

PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah

From Wikisource

http://wikisource.org/wiki/Piagam_Madinah

MUKADDIMAH
Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang "Inilah Piagam Tertulis dari Nabi Muhammad SAW di kalangan Orang-orang yang beriman dan memeluk Islam (yang berasal) dari Quraisy dan Yatsrib, dan orang-orang yang mengikuti mereka, mempersatukan diri dan berjuang bersama mereka."

PENDAHULUAN
Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang "Inilah Piagam Tertulis dari Nabi Muhammad SAW di kalangan Orang-orang yang beriman dan memeluk Islam (yang berasal) dari Quraisy dan Yatsrib, dan orang-orang yang mengikuti mereka, mempersatukan diri dan berjuang bersama mereka"

I PEMBENTUKAN UMMAT

Pasal 1
Sesungguhnya mereka satu bangsa dan negara (ummat), bebas dari (pengaruh dan kekuasaan) manusia.

II HAK ASASI MANUSIA

Pasal 2
Kaum Muhajirin dari Quraisy ttp mempunyai hak asli mereka, saling tanggung-menanggung, membayar dan menerima wang tebusan darah (diyat)kerana suatu pembunuhan, dengan cara yang baik dan adil di antara orang-orang beriman.

Pasal 3
1. Banu 'Awf (dari Yathrib) tetap mempunyai hak asli mereka, tanggung menanggung wang tebusan darah (diyat).
2. Dan setiap keluarga dari mereka membayar bersama akan wang tebusan dengan baik dan adil di antara orang-orang beriman.

Pasal 4
1. Banu Sa'idah (dari Yathrib) tetap atas hak asli mereka, tanggung menanggung wang tebusan mereka.
2. Dan setiap keluarga dari mereka membayar bersama akan wang tebusan dengan baik dan adil di antara orang-orang beriman.

Pasal 5
1. Banul-Harts (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, saling tanggung-menanggung untuk membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 6
1. Banu Jusyam (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 7
1. Banu Najjar (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) dengan secara baik dan adil.
2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang beriman.

Pasal 8
1. Banu 'Amrin (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 9
1. Banu An-Nabiet (dari suku Yathrib) tetap berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 10
1. Banu Aws (dari suku Yathrib) berpegang atas hak-hak asli mereka, tanggung-menanggung membayar wang tebusan darah (diyat) di antara mereka.
2. Setiap keluarga (tha'ifah) dapat membayar tebusan dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

III PERSATUAN SEAGAMA

Pasal 11
Kena membayar uang tebusan darah dengan secara baik dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Pasal 12
Tidak seorang pun dari orang-orang yang beriman dibolehkan membuat persekutuan dengan teman sekutu dari orang yang beriman lainnya, tanpa persetujuan terlebih dahulu dari padanya.

Pasal 13
1. Segenap orang-orang beriman yang bertaqwa harus menentang setiap orang yang berbuat kesalahan , melanggar ketertiban, penipuan, permusuhan atau pengacauan di kalangan masyarakat orang-orang beriman.
2. Kebulatan persatuan mereka terhadap orang-orang yang bersalah merupakan tangan yang satu, walaupun terhadap anak-anak mereka sendiri.

Pasal 14
1. Tidak diperkenankan seseorang yang beriman membunuh seorang beriman lainnya karena lantaran seorang yang tidak beriman.
2. Tidak pula diperkenankan seorang yang beriman membantu seorang yang kafir untuk melawan seorang yang beriman lainnya.

Pasal 15
1. Jaminan Tuhan adalah satu dan merata, melindungi nasib orang-orang yang lemah.
2. Segenap orang-orang yang beriman harus jamin-menjamin dan setiakawan sesama mereka daripada (gangguan) manusia lain


IV PERSATUAN SEGENAP WARGANEGARA
Pasal 16
Bahwa sesungguhnya kaum-bangsa Yahudi yang setia kepada (negara) kita, berhak mendapatkan bantuan dan perlindungan, tidak boleh dikurangi haknya dan tidak boleh diasingkan dari pergaulan umum.

Pasal 17
1. Perdamaian dari orang-orang beriman adalah satu
2. Tidak diperkenankan segolongan orang-orang yang beriman membuat perjanjian tanpa ikut sertanya segolongan lainnya di dalam suatu peperangan di jalan Tuhan, kecuali atas dasar persamaan dan adil di antara mereka.

Pasal 18
Setiap penyerangan yang dilakukan terhadap kita, merupakan tantangan terhadap semuanya yang harus memperkuat persatuan antara segenap golongan.

Pasal 19
1. Segenap orang-orang yang beriman harus memberikan pembelaan atas tiap-tiap darah yang tertumpah di jalan Tuhan.
2. Setiap orang beriman yang bertaqwa harus berteguh hati atas jalan yang baik dan kuat.

Pasal 20
1. Perlindungan yang diberikan oleh seorang yang tidak beriman (musyrik) terhadap harta dan jiwa seorang musuh Quraisy, tidaklah diakui.
2. Campur tangan apapun tidaklah diijinkan atas kerugian seorang yang beriman.

Pasal 21
1. Barangsiapa yang membunuh akan seorang yang beriman dengan cukup bukti atas perbuatannya harus dihukum bunuh atasnya, kecuali kalau wali (keluarga yang berhak) dari si terbunuh bersedia dan rela menerima ganti kerugian (diyat).
2. Segenap warga yang beriman harus bulat bersatu mengutuk perbuatan itu, dan tidak diizinkan selain daripada menghukum kejahatan itu.

Pasal 22
1. Tidak dibenarkan bagi setiap orang yang mengakui piagam ini dan percaya kepada Tuhan dan hari akhir, akan membantu orang-orang yang salah, dan memberikan tempat kediaman baginya.
2. Siapa yang memberikan bantuan atau memberikan tempat tinggal bagi pengkhianat-pengkhianat negara atau orang-orang yang salah, akan mendapatkan kutukan dan kemurkaan Tuhan di hari kiamat nanti, dan tidak diterima segala pengakuan dan kesaksiannya.

Pasal 23
Apabila timbul perbezaan pendapat di antara kamu di dalam suatu soal, maka kembalikanlah penyelesaiannya pada (hukum) Tuhan dan (keputusan) Muhammad SAW.

V GOLONGAN MINORITAS

Pasal 24
Warganegara (dari golongan) Yahudi memikul biaya bersama-sama dengan kaum beriman, selama negara dalam peperangan.

Pasal 25
1. Kaum Yahudi dari suku 'Awf adalah satu bangsa-negara (ummat) dengan warga yang beriman.
2. Kaum Yahudi bebas memeluk agama mereka, sebagai kaum Muslimin bebas memeluk agama mereka.
3. Kebebasan ini berlaku juga terhadap pengikut-pengikut/sekutu-sekutu mereka, dan diri mereka sendiri.
4. Kecuali kalau ada yang mengacau dan berbuat kejahatan, yang menimpa diri orang yang bersangkutan dan keluarganya.

Pasal 26
Kaum Yahudi dari Banu Najjar diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 27
Kaum Yahudi dari Banul-Harts diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 28
Kaum Yahudi dari Banu Sa'idah diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 29
Kaum Yahudi dari Banu Jusyam diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas
Pasal 30 Kaum Yahudi dari Banu Aws diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas

Pasal 31
1. Kaum Yahudi dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti kaum yahudi dari Banu 'Awf di atas
2. Kecuali orang yang mengacau atau berbuat kejahatan, maka ganjaran dari pengacauan dan kejahatannya itu menimpa dirinya dan keluarganya.

Pasal 32
Suku Jafnah adalah bertali darah dengan kaum Yahudi dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti Banu Tsa'labah

Pasal 33
1. Banu Syuthaibah diperlakukan sama seperti kaum Yahudi dari Banu 'Awf di atas.
2. Sikap yang baik harus dapat membendung segala penyelewengan.

Pasal 34
Pengikut-pengikut/sekutu-sekutu dari Banu Tsa'labah, diperlakukan sama seperti Banu Tsa'labah.

Pasal 35
Segala pegawai-pegawai dan pembela-pembela kaum Yahudi, diperlakukan sama seperti kaum Yahudi.

VI TUGAS WARGA NEGARA

Pasal 36
1. Tidak seorang pun diperbolehkan bertindak keluar, tanpa ijinnya Muhammad SAW
2. Seorang warga negara dapat membalaskan kejahatan luka yang dilakukan orang kepadanya
3. Siapa yang berbuat kejahatan, maka ganjaran kejahatan itu menimpa dirinya dan keluarganya, kecuali untuk membela diri
4. Tuhan melindungi akan orang-orang yang setia kepada piagam ini

Pasal 37
1. Kaum Yahudi memikul biaya negara, sebagai halnya kaum Muslimin memikul biaya negara
2. Di antara segenap warga negara (Yahudi dan Muslimin) terjalin pembelaan untuk menentang setiap musuh negara yang memerangi setiap peserta dari piagam ini
3. Di antara mereka harus terdapat saling nasihat-menasihati dan berbuat kebajikan, dan menjauhi segala dosa
4. Seorang warga negara tidaklah dianggap bersalah, karena kesalahan yang dibuat sahabat/sekutunya
5. Pertolongan, pembelaan, dan bantuan harus diberikan kepada orang/golongan yang teraniaya
Pasal 38
Warga negara kaum Yahudi memikul biaya bersama-sama warganegara yang beriman, selama peperangan masih terjadi

VII MELINDUNGI NEGARA

Pasal 39
Sesungguhnya kota Yatsrib, Ibukota Negara, tidak boleh dilanggar kehormatannya oleh setiap peserta piagam ini

Pasal 40
Segala tetangga yang berdampingan rumah, harus diperlakukan sebagai diri-sendiri, tidak boleh diganggu ketenteramannya, dan tidak diperlakukan salah

Pasal 41
Tidak seorang pun tetangga wanita boleh diganggu ketenteraman atau kehormatannya, melainkan setiap kunjungan harus dengan izin suaminya

VIII PIMPINAN NEGARA

Pasal 42
1. Tidak boleh terjadi suatu peristiwa di antara peserta piagam ini atau terjadi pertengkaran, melainkan segera dilaporkan dan diserahkan penyelesaiannya menurut (hukum ) Tuhan dan (kebijaksanaan) utusan-Nya, Muhammad SAW
2. Tuhan berpegang teguh kepada piagam ini dan orang-orang yang setia kepadanya

Pasal 43
Sesungguhnya (musuh) Quraisy tidak boleh dilindungi, begitu juga segala orang yang membantu mereka

Pasal 44
Di kalangan warga negara sudah terikat janji pertahanan bersama untuk menentang setiap agresor yang menyergap kota Yathrib

IX POLITIK PERDAMAIAN

Pasal 45
1. Apabila mereka diajak kepada pendamaian (dan) membuat perjanjian damai (treaty), mereka tetap sedia untuk berdamai dan membuat perjanjian damai
2. Setiap kali ajakan pendamaian seperti demikian, sesungguhnya kaum yang beriman harus melakukannya, kecuali terhadap orang (negara) yang menunjukkan permusuhan terhadap agama (Islam)
3. Kewajiban atas setiap warganegara mengambil bahagian dari pihak mereka untuk perdamaian itu

Pasal 46
1. Dan sesungguhnya kaum Yahudi dari Aws dan segala sekutu dan simpatisan mereka, mempunyai kewajiban yang sama dengan segala peserta piagam untuk kebaikan (pendamaian) itu
2. Sesungguhnya kebaikan (pendamaian) dapat menghilangkan segala kesalahan

X PENUTUP

Pasal 47
1. Setiap orang (warganegara) yang berusaha, segala usahanya adalah atas dirinya
2. Sesungguhnya Tuhan menyertai akan segala peserta dari piagam ini, yang menjalankannya dengan jujur dan sebaik-baiknya
3. Sesungguhnya tidaklah boleh piagam ini dipergunakan untuk melindungi orang-orang yang zalim dan bersalah
4. Sesungguhnya (mulai saat ini), orang-orang yang bepergian (keluar), adalah aman
5. Dan orang yang menetap adalah aman pula, kecuali orang-orang yang zalim dan berbuat salah 6. Sesungguhnya Tuhan melindungi orang (warganegara) yang baik dan bersikap taqwa (waspada)
7. Dan (akhirnya) Muhammad adalah Pesuruh Tuhan, semoga Tuhan mencurahkan shalawat dan kesejahteraan atasnya


Keterangan :
• Menurut riwayat Ibnu Ishaq dalam bukunya Sirah an-Nabi SAW juz II hal 119-123, dikutip Ibnu Hisyam (wafat : 213 H.828 M). Disistematisasikan ke dalam pasal-pasal oleh Dr. AJ Wensinck dalam bukunya Mohammad en de Yoden le Medina (1928), pp. 74-84, dan W Montgomery Watt dalam bukunya Mohammad at Medina (1956), pp. 221-225
• Digandakan untuk keperluan pelajaran Pendidikan Ahlussunnah wal-Jama'ah Kelas I (satu) Program Madrasah Diniyyah Wustha (MDW) Al Muayyad Mangkuyudan, Surakarta, semester II, oleh Drs. M Dian Nafi'
( Diketik ulang untuk keperluan publisitas terbatas oleh BLONTANK POeR. Kesalahan ketik dan sebagainya berkenaan dengan penulisan kembali, sepenuhnya menjadi tanggung jawab BLONTANK POeR )

Monday, November 16, 2009

LAWATAN KETUA PENERANGAN UMNO

Sesi Penerangan : Isu-isu semasa
Sempena Program Kelab Sukan Komuniti (KSK)
DUN Padang Tengku 2009








Tarikh : 15 Nov. 2009

Masa : 4.45 petang

Tempat : Dewan Orang Ramai, Kg. Gua

1. UMNO/BN adalah sebuah Parti Politik yang sentiasa berjasa kepada semua rakyat negara ini yang tidak boleh dinafikan semenjak dari kecil hingga mati.

2. UMNO untuk UMNO

U = Untuk
M = Membantu/Membina/Memartabatkan
N = Nasib
O = Orang ramai

Wednesday, October 28, 2009

PERTUMBUHAN IDEOLOGI

Pertumbuhan Ideologi


http://almuthaqqaf.blogspot.com/2007/09/pertumbuhan-ideologi_10.html

Sejak abab ke 18,19 dan juga abad ke-20 dunia Barat dikatakan sedang berada dalam abad Idealogi (age of ideologies). Istilah ideologi mula-mula sekali dipakai oleh Destutt de Tracy (754-1836) dalam bukunya, Elements d'ideologie (1796) sebagai satu cabang zoologi untuk mengkaji secara saintifik tentang asal usul idea-idea. Tujuan praktikalnya ialah untuk menyediakn satu asas baru pendidikan yang bebas daripada prasangka agama dan metafizik.
Kini perkataan ideologi dipakai secara meluas untuk sebarang sistem kepercayaan, pemikiran atau kaedah sebagai asas tindakan social dan politik. Antara idealogi-idealogi yang terkenal ialah sekularisme, liberalisme, nasionalisme, kapitalisme, sosialisme, komunisme dan marxisme, evolusionisme atau darwinisme, Freudisme, eksistensialisme dan lain-lain lagi.
Suatu hakikat yang perlu dipandang berat ialah bahawa idealogi-idealogi tersebut bukan sahaja kebanyakannya dipelopori oleh tokoh-tokoh Yahudi, bahkan juga disebarluaskan oleh mereka dengan tujuan untuk menghancurkan manusia bukan yahudi (goyim). Hakikat ini didedahkan dalam Protokol Zionisme sendiri seperti yang berikut:
Biarkan mereka (goyim) dengan teori-teori (sains) itu. Kerana itulah yang sentiasa mempengaruhi mereka supaya mempercayai sepenuhnya teori-teori itu. Para intelek Goyim akan berasa bangga dengan pengetahuan mereka tanpa menentukan sama ada pengetahuan mereka itu betul atau tidak, dan mereka akan menggunakan pengetahuan mereka yang telah diperolehi daripada sains, yang telah digunakan oleh wakil-wakil khas kita, telah menyusun untuk membawa mereka kea rah yang kita mahu. Jangan menyangka bahawa kenyataan-kenyataan ini Kosong dan tidak bermakna. Renungkanlah kejayaan Yang kita usahakan untuk Darwinisme, Marxisme, Nietzscheisme. Bagi kita orang-orang Yahudi nyatalah Bahawa perintah-perintah ini akan melemahkan serta Meleburkan fikiran orang-orang Goyim (perkara 2:3)
Sesuai dengan tujuan asal penggunaan istilah ideologi untuk membebaskan manusia daripada prasangka agama dan metafizik, tidak syak lagi ideologyi-ideologi buatan manusia telah mempengaruhi tindakan manusia dalam kegiatan ilmu dan kehidupan mereka.1)
1) SEKULARISME
Walaupun dari segi istilahnya ia agak baru, namun pada praktiknya ia merupakan fenomena lama dalam sejarah Eropah, Kita mengetahui bahawa proses sekularisasi berjalan serentak dengan gerakan Renaisans dan gerakan refomasi kristian yang kemudiannya mencapai kemuncaknya pada era Enlightenment pad abad ke-18 apabila agama dan kepercayaan diperangi sebagai ajaran tahyul. Tentang istilah sekularisme itu sendiri, pada mulanya yang lebih banyak dipakai ialah atheisme atau fahaman tidak bertuhan, oleh tokoh-tokoh atheis Inggeris pada abad ke-19 seperti Shelley, Richard Carlile, G.J Holyoeke, Robert Cooper, Charles Southwell, Charles Bradlaugh, G.W Foote dan Chapman Cohen. Dan pada abad ke-20 pula ialah tokoh-tokoh seperti John Ellis McTaggrt, G.E Moore dan Bertrand Russell. Tetapi pada tahun1852 Holyoeke lalu mempopularkan istilah 'secularist' untuk menggantikan atheisme. Pandanganya disanggah oleh Bradlaugh, sehingga pada tahun1870 tercetus perdebatan sengit antara kedua-duanya kerana Bradlaugh tetap mempertahankan istilah atheisme,sedangkan Holyoeke menolaknya kerana dianggap kasar dan tidak bermoral. Sejak itu istilah sekularisme mula terkenal, walaupun dari segi konsepnya ia telah alma diamalkan.
2) LEBERALISME
Ia merupakan suatu fahaman tentang kebebasan, tokoh-tokohnya yang utama ialah John Locke (1632-1704) dan Montesquieu (1689-1755), yang merupakan ahli Rosicrucian dan freemanson yang tersohor. Sesuai dengan melieunya, aliran ini memang paling dominant pada zaman Enlightenment dan revolusi perancis 1789. dengan dukungan Freemenson, aliran leberalisme merupakan ideologi yang terpengaruh dalam mencetuskan Revolusi Amerika 1776, Revolusi Perancis 1789, Revolusi-Revolusi 1848 dan revolusi-revolusi lainnya di Eropah. Sebenarnya leberalisme di sini bukanlah seperti yang difahami oleh pejuang-pejuang hak asasi manusia, iaitu bebas berfikir, bersuara dan bertindak untuk membasmi kezaliman. Leberalisme yang dituntut oleh Freemason ialah bebas membuat anarki dan konflik yang berterusan sehingga meruntuhkan nilai agama dan moral.
3) NASIONALISME
Akibat langsung daripada aliran leberalisme ialah semaraknya semangat nasionalisme. Sebagai reaksi terhadap dasar imperialisme Napoleon Bonaparte, lahirlah gerakan nasionalisme di negeri-negeri seperti Jerman dan Itali. Antara tokoh nasionalis terkemuka Itali ialah Giuseppe Mazzini, yang sangat terpengaruh kepada pemikiran Rousseau dan Mazzini itu senderi merupakan tokoh Freemason Itali abad ke-18 bersama Garibaldi.
Kadang-kadang nasionalisme mengambil bentuk yang sangat sempit, iaitu semangat rasisme atau rasialisme (semangat yang menekankan bahawa suku kaum sendiri yang paling unggul) dan tribalisme.Thomas Jefferson misalnya, sebagai sebagai tokoh Freemason yang terkemuka di Amerika, walaupun secara teori menerima konsep egalitarian tentang kesamaan manusia, tetapi nasih menganggap kulit hitam adalah lemah berbanding dengan kebolehan semulajadi orang kulit putih baik dari segi fizikal mahupun mental. Sebenarnya jika ditelusuri semangat rasisme dalam sejarah, ternyata usianya sangat tua sekali, iaitu semangat semitisme di kalangan oaring-orang Yahudiyang menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan. Semangat inilah menjadi asas kepada gerakan Zionisme pada zama moden, yang turut dikembangkan secara rahsia melalui gerakan Freemason dan Illuminati. Sebagai reaksi terhadap semangat Semitisme itu timbulah pula semangat anti-semitisme di Jerman, iaitu apabila Carl Ritter (1779-1859) menekankan keunggulan Ras Aryan atau bangsa Jerman khususnya sebagai bangsa yang terunggul.Doktrin Aryanisme kemudiannya menjadi dasar perjuangan parti Nazi pimpinan Hilter, yang menghapuskan berjuta-juta kaum Yahudi dalam tragedi Holocoust.
3) KAPITALISME
Kemudiannya tentang aliran kapitalisme, sebagai anak kandung liberalisme, ia berasakan prinsip individualisme yang kemudiannya melahirkan sistem pasaran bebas. Secara teorinya sistem ini dikembangkan oleh Adam Smith (1773-1779), melalui karyanya, The Wealth of Nation, yang diterbitkan pada tahun tercetusnya revolusi Amerika 1776. Sebagai seorang seorng penyokong Freemason, beliau sangat dipengaruh oleh John Locke. Bagaimanapun secara praktiknya sistem kapitalisme dikembangkan oleh kaum Yahudi yang sejak zaman-berzaman mengamalkan sistem riba dan monopoli dalam kegiatan ekonomi mereka.
Dalam agama Yahudi sendiri terdapat ajaran yang menghalalkan riba jika berusan dengan orang asing, tetapi melarangnya apabila berusan dengan orang yahudi (Sifir al-Tathniah 23 : 19) sebab itulah jesus Christ dikatakan sangat benci kepada pemiutang Yahudi, lantaran mereka mengamalkan riba. Mereka dianggap menyembah Mammon dan berkumpul di dalam Synagogue Satan (Revelation 2 : 9). Golongan kapitalis Yahudi memainkan peranan utama dalam peperangan saudara (1642-1649) dan Revolusi Gemilang 1688 di England yang membawa kejatuhan James 11 (1685-1688) dan seterusnya kenaikan orang yang mereka bantu, William of Orange dan isterinya Mery. Dengan kenaikan mereka, golongan yahudi ini mendesak agar diberikan kebenaran menubuhkan Bank of England, yang berjaya ditubuhkan pada tahun 1694 di bwah pimpinan William Paterson. Namun kemudian bank ini dikuasai oleh keluarga Rothschild, penganjur sistem kapitalis moden berbangsa Yahudi.
4) SOSIALISME
Mengenai aliran sosiallisme pula, ia juga di namakan komunismeatau marxisme, kerana menurut nama pengasasnya Karl Marx (1818-1883), seorang bangsa yahudi. Memang Komunisme dipengaruhi oleh Marx, tetapi dia sendiri dipengaruhi oleh Hegel dan Darwin. Dalam propagandanya sering ditekankan bahawa sosialisme bertentangan dengan kapitalisme dalam banyak hal,seperti masalah hak milik, masalah nilai lebih (surplus value) dan sebagainya. Tetapi itu pada zahirnya sahaja. Sedangkan hakikatnya baik kapitalisme mahupun sosialisme lebih merupakan saudra kembar sahaja, seperti dalam dua muka (two side of the same coin). Memang Marx banyak menyerang amalan surplus value sebagai jenayah terhadap rakyat, tetapi dia sama sekali tidak menyebutkan keburukan hutang dan riba (interest). Sebenarnya dalam sejarah sendiri sistem sosialis di Russia berjalan di bawah perancangan dan pembiayaan para kapitalis Yahudi. Bahkan Marx sendiri hidup di bawah ehsan kapitalis besar, Friedrich Engels. Pada hakikatnya kedua-dua ideologiekonomi ini terbina di atas prinsip yang sama, iaitu materialisme dan monetarisme. Atau lebih tepat, kedua-duanya adalah sub-sistem monetarisme belaka.
5) EVOLUSIONISME
Ia juga dinamakan Darwinisme menurut nema pengasasnya, Charles Darwin (1808-1882), seorang yahudi. Memang ada tokoh-tokoh evolusionis pra-Darwin seperti Lamark, Charles Lyell, William Paley dan Robert Malthus. Tetapi baru di tangan Darwin melalui dua buah bukunya. The Origin for spices (1859) dan The Descent of Man (1871) teori evolusi menadi terkenal. Dan selepas Darwin, timbul tokoh-tokoh pos-Darwinian seperti Haeckel, Hooker dan Thomas Huxley yang merupakan ahli The Royal Soceity of London. Pada asasnya terdapat dua konsep penting dalam teori Darwin . Pertama, anggapanya bahawa sepsis purba yang simple telah berevolusi menjadi sepsis yang kompleks melalui proses rawak atau kebetulan (accident, chance) tanpa bantuan dari sebarang kuasa. Kedua, proses rawak itu dipandu oleh pilihan tabii (natural selection) atau pertarungan tabii (way of nature) di mana yang kuat sahajalah yang akan hidup (survival for the fittest).
Prinsip evolusionisme telah mempengaruhi kelahiran pragmatisme, yang diasaskan oleh Charles S. Peirce (1839-1914),William James (1842-1910) dan John Dewey (1859-1952). Dengan menolak konsep falsafah metafizik dan spekulatif, aliran pragmatisme lebih menekankan falsafah amali, yakni akibat yang praktikalnya (practical consequences) sebagai ukuran baik buruk sesuatu. Yang benar ialah yang bernilai praktikal atau yang dapat atau yang dapat dikerjakan (that which works). Dengan berfikir secara pragmatik, bererti kita mementingkan apa yang dapat dibuat, faedah dan keuntungannya, sesusai atau tidak dengan situasi atau realiti yang berbeza dab berubah-ubah, di samping menyediakan rancangan daruratnya sekali. Sedangkan apa sahaja yang tidak praktikal atau tidak dapat dikerjakan,semuanya itu tidak bernilai dan tidak berguna sama sekali.
6) FREUDISME
Kemudianya tentang aliran Freudian, sesuai dengan namanya, ia diasaskan oleh seorang tokoh berbangsa yahudi juga, Sigmund Freud (1856- 1939). Peranan yang terbesar ialah dalam bidang psikologi atau psikiatri dan psikoterapi, iaitu melalui teorinya tentang pengaruh kuasa tidak sedar (unconscious force) terhadap fikiran dan kelakuan manusia, serta teori respresi seks sebagai punca neurosis atau sakit jiwa. Pada mulanya Freud dibantu oleh tokoh-tokoh seperti Alfred Adler dan Carl G. Jung. Tetapi lantaran teori-teori freud yang controversial itu mereka lalu berpisah dan menjadi tokoh psikologi yang terkenal pula.
7) EKSISTENSIALISME
Mengenai aliran eksistensialisme ia dipelopori oleh Soren Kierkegaard (1813-1835) dan dikembangkan oleh Martin Heidegger (1889-1976), Karl Jasper (1883-1969), dan novelis-novelis atheis seperti Jean-Paul Satre (1905-1980) dan Albert Camus (1913-1960). Bagi Kierkegaard yang masih percaya kepada tuhan, eksistensialisme lahir sebagai suatu reaksi atau protes terhadap masalah manusia yang serba rumit lagi membingungkan dan absurd. Tetapi ditangan Satre yang berbangsa Yahudi itu eksistensialisme sudah bercorak athestik.
Demikianlah antara lain ideologi-ideologi barat moden yang kemunculannya merupakan puncak proses sekularisasi yang bermula sejak zaman Renaisans sebelumnya. Memang tidak semua ideologi lahir kerana dorongan ilmu, tetapi dalam perkembangannya ia membawa natijah yang besar terhadap wajah dan arah ilmu pengatahuan itu sendiri. Ideologi nasionalisme misalnya, walaupun ia merupakan ideology politik, tetapi ia banyak mencorakan kegiatan ilmu dan penyelidikan yang dijalankan. Apalagi pada ideologi-ideologi yang bersifat ilmu pada mulanya, seperti Marxisme, Darwisme, dan Freudian, maka lebih jelas lagi kesannya terhadap wajah dan corak ilmu pengatahuan yang dihasilkan. Dan di dalam perkembangan dan penyebaran semuanya itu, di belakang tabir berdirilah dalangnya yang utama, iaitu golongan Yahudi dan konco-konconya yang biasanya terdiri daripada golongan yang berkuasa.

Tuesday, October 20, 2009

AWASI PROTOKOL YAHUDI


PROTOKOL-PROTOKOL ZIONIS YAHUDI

Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”(Goyyim). Protokol-protokol ini telahditerjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

1. Protokol Pertama
Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.

2. Protokol Kedua
Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

3. Protokol Ketiga
Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menybabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘pasukan kita' iaitu Sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

4. Protokol Keempat
Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

5. Protokol Kelima
Sekiranya ada di kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusa untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.

6. Protokol Keenam
Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki mertabat kaum buruh yang melarat.
7. Protokol Ketujuh
Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

8. Protokol Kelapan
Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.

9. Protokol Kesembilan
Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

10. Protokol Kesepuluh
Yahudi akan membawa masuk racun ‘Liberalisma' ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

11. Protokol Kesebelas
Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.

12. Protokol Kedua belas
Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbaratau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.

13. Protokol Ketiga belas
Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

14. Protokol Keempat belas
Para filosuf Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan grafi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

15. Protokol Kelima belas
Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya ‘FREMASONIC LODGE' iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang orang Yahudi.

16. Protokol Keenam belas
Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

17. Protokol Ketujuh belas
Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

18. Protokol Kelapan belas
The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal pengawal rahsia, kerana orang-orang yahudi tidak akan membuka pinti kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi

19. Protokol Kesembilan belas
Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

20. Protokol Kedua puluh
Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut.

21. Protokol Kedua puluh Satu
Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

22. Protokol Kedua puluh dua
Untuk sampai ketujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

23. Protokol Kedua puluh tiga
Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

24. Protokol Kedua puluh empat
Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).

Bacalah dgn tenang dan fikir2 kanlah.... untuk keterangan lanjut sila rujuk:

http://umplife.bestdiscussion.net/odd-news-f17/protokol-yahudi-t950.htm

http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.view&friendId=71414431&blogId=480555684

http://buluh.iluvislam.com/?p=19

http://www.ismaweb.net/v2/Article838.html

http://ustazmoden.wordpress.com/2008/06/19/protokol-protokol-zionis-antarabangsa-sebagai-peringatan/

Thursday, October 15, 2009

MENJUNJUNG TRADISI MENZAHIR PERUBAHAN


Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan
Oct 15th, 2009 By administrator Category: Berita Eksklusif

http://umno-online.com/?p=4718


KUALA LUMPUR, 15 Okt. – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyemarakkan semangat bangsa para perwakilan yang berada di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) melalui ucapan sulungnya sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung Umno 2009.

Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau yang juga Perdana Menteri telah menyusur semula perjuangan UMNO dengan mengaitkan kepada peristiwa-peristiwa semasa termasuklah penggubalan dasar-dasar dalam kerajaan yang membawa kepada kemajuan rakyat keseluruhannya.

“Untuk menongkah masa depan yang cemerlang, kita perlu berakar teguh, dengan beriktibar daripada sejarah dan sistem nilai, barulah kita berupaya untuk tegak menghadapi masa mendatang,” katanya.

Lantas dengan susur galur UMNO sejak ditubuhkan hinggalah mengharungi pelbagai krisis terbukti keteguhan UMNO tidak ada bandingannya sama ada krisis politik dalam negara atau krisis antarabangsa termasuklah kemelesetan ekonomi dunia.
“Umno tidak boleh lagi kelihatan sebagai parti yang hanya dilihat condong kepada satu-satu pihak sahaja,” katanya dengan penuh semangat.

Menurut beliau lagi, selama ini UMNO dihormati dan disegani sebagai sebuah parti politik disebabkan ia mendapat sokongan majoriti dari orang-orang Melayu dan Bumiputera, lantas kekuatan UMNO adalah bergantung kepada ahlinya.

Beliau juga turut menempelak pihak yang mengatakan UMNO parti perkauman kerana hakikatnya UMNO dan orang Melayu amat terbuka dan bertolak ansur dengan kaum lain.
“UMNO akan terus mendapat tempat selama mana kehendak dan kemampuan rakyat dapat dizahirkan dalam perjuangan, seterusnya dimanifestasikan dalam gerak kerja demi kepentingan rakyat menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata sebagai tonggak parti pemerintah, UMNO akan terus menjuarai soal kebajikan dan periuk nasi semua rakyat dan mahukan gerak kerja parti selari dengan tuntutan zaman.
“Khidmat UMNO harus merata. Kita akan tetap menjadi parti yang pro kepada pertumbuhan ekonomi berdaya tahan, pengagihan kekayaan yang adil, jaringan keselamatan sosial menyeluruh dan kos hidup terkawal,” ujar beliau lagi kepada para perwakilan yang berjumlah 2,541 orang. "

Dalam ucapan tersebut juga, beliau turut menyeru semua bangsa Melayu untuk bersama-sama membentuk satu saf yang berasaskan pertautan pemikiran dan memulih silaturrahim demi kepentingan bersama.

“Apa yang penting, ahli-ahli UMNO perlu mewajahkan peri laku mulia dan nilai-nilai murni sebagai asas jati diri dan kekuatan parti,” tegasnya.

Beliau yang mengambil alih tampuk kepimpinan parti melalui proses peralihan daripada pemimpin sebelumnya Tun Abdullah Ahmad Badawi Mac lalu turut berpesan kepada golongan pemimpin di semua peringkat lapisan agar sentiasa melakukan muhasabah dalam diri, melihat kelemahan dan memperbetulkan kekhilafan.

“Janganlah segan untuk turun ke bawah dan merapatkan diri dengan akar umbi sekalipun kita menyandang jawatan tinggi – ini kerana mereka yang menunjukkan keikhlasan dan merasai keseronokan menabur bakti kepada rakyat akan menjadi pemimpin yang disanjung.”

Dalam proses perubahan UMNO juga, beliau menegaskan bahawa kriteria dalam menentukan calon pilihan raya akan diubah kerana calon itu perlulah seseorang yang diterima masyarakat tempatan di samping mempunyai kualiti untuk berkhidmat kepada tiga peringkat penting iaitu peringkat rakyat, peringkat parti dan peringkat negara.

Beliau juga mengajak agar ahli-ahli UMNO berhijrah meninggalkan gejala negatif seperti politik wang supaya UMNO menjadi parti yang bersih dan dihormati setelah pindaan perlembagaan parti dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO.

Katanya pindaan itu bukan bersifat kosmetik mahu pun tempel-tempelan, sebaliknya ia adalah perubahan secara tuntas dan signifikan.

Wednesday, October 14, 2009

RUKUN PEMBAHARUAN UMNO


4 Rukun Pembaharuan – TPM

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm


KUALA LUMPUR 13 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat rukun yang perlu digerakkan oleh seluruh warga UMNO bagi menjayakan perubahan dan pembaharuan demi kelangsungan perjuangan parti terus relevan serta mendapat kepercayaan rakyat.

Dalam ucapan bertajuk Menggalas Tuntutan Perubahan ketika merasmikan serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di sini malam ini, Timbalan Presiden parti mengingatkan tanpa kesediaan untuk berubah, UMNO akan diubah.

Muhyiddin menekankan betapa perlunya menerima hakikat bahawa landskap politik negara sudah berubah, nilai dan budaya politik masyarakat Melayu sendiri juga telah berubah.

“Tidak ada ertinya sekiranya kita hanya mampu berubah tetapi tidak menjadikan UMNO relevan dengan putaran masa. UMNO perlu relevan memahami suara, bahasa, gaya dan nuansa politik baru,” kata beliau dalam ucapan perasmian sulungnya itu yang dihadiri oleh 2,379 perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri.

Empat rukun bagi melakukan perubahan dan pembaharuan parti itu perlu bermula dengan
1. kesatuan minda (wahdatul fikr);
2. dihayati dengan kesatuan hati (wahdatul qalb);
3. bergerak dengan kesatuan amal (wahdatul amal); dan
4. menuju kesatuan matlamat (wahdatul hadaf).

“ Dengan terbinanya kesatuan minda, UMNO akan mempunyai visi perjuangan yang jelas. Terjalinnya kesatuan hati, setiap daripada kita akan menjiwai erti perjuangan UMNO. Dengan terbentuknya kesatuan amal, kita bergerak dan bertindak di atas satu landasan dan satu pasukan. Dengan terpaterinya kesatuan matlamat, kita akan dapat mencapai tujuan perjuangan kita demi agama, bangsa dan tanah air.

“ Sekiranya kita dapat menghayati dan melaksanakan keempat-empat rukun ini, kita pasti akan melahirkan generasi pemimpin Ulul Albab yang teguh imannya, tajam ilmunya dan berkat perjuangannya.”

Sambil merujuk peringatan Allah dalam ayat al-Quran surah al-Shof, ayat 4, Muhyiddin berkata, parti perlu sentiasa diperkukuh dan dimantapkan, perlu bergerak sederap dan senafas, setia memikul amanah, menurut perintah dan meletakkan matlamat perjuangan parti mengatasi kepentingan amarah diri.

“Marilah kita menterjemahkan amanat Presiden agar tidak ada lagi di antara kita yang menjadi batu api, batu ronson, kaki cucuk, talam dua muka, pepat di luar rencong di dalam dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang.

“Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi Team A, Team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuhkan pemimpin dan tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, satu UMNO,” kata beliau.

Timbalan Presiden menegaskan, UMNO tidak tertegak sebagai parti yang statik, jumud dan beku ketika zaman sedang berubah dengan pantas.

“ Saya yakin UMNO mahu berubah. UMNO telah mula berubah. Dan UMNO akan terus membuat perubahan untuk kebaikan. Sebagai sebuah parti yang lahir dari suara Melayu dan yang mendapat dokongan rakyat, UMNO pasti akan melakukan perubahan untuk mencapai kebaikan.

“UMNO mengambil serius tuntutan ke arah perubahan ini kerana proses pembugaran semula adalah kunci kekuatan UMNO masa kini bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang,’’ katanya.

Tradisi perjuangan UMNO membela bangsa, kata Muhyiddin, tidak pernah padam meskipun terpaksa berhempas pulas dalam gelombang sistem politik demokrasi.

“Kita sedar demokrasi tidak mengenal rekod pencapaian dan sejarah perjuangan silam. Sebuah parti yang banyak berjasa dan gah berkuasa sekalipun boleh rebah sekiranya tidak lagi diterima rakyat,” jelasnya.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan: “UMNO mampu menempuh cabaran ini dan memenuhi harapan baru. Ini kerana UMNO adalah parti yang pragmatik dan pantas membaca keadaan serta berani membuat perubahan.”

Beliau bagaimanapun menarik perhatian bahawa bukan UMNO sahaja perlu berubah tetapi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain juga perlu berubah.

“Kita perlu bersedia untuk melakukan transformasi yang lebih mendalam termasuk mencapai muafakat baru dalam hubungan antara parti-parti dalam BN. Muafakat baru ini mestilah berlandaskan semangat penerimaan antara kaum dan penyanjungan terhadap kepelbagaian sebagai sumber kekuatan kita sebagaimana digariskan oleh Presiden dalam gagasan 1Malaysia.”

Dalam mendepani cabaran semasa, Muhyiddin menyatakan keadaan zaman gila (jaman edan) seperti digambarkan oleh pujangga Ronggowarsito dapat dirasakan apabila rakyat dihidangkan dengan fitnah dan pembohongan sehingga kekeliruan dan kepalsuan menjadi kebiasaan.

“Khabar angin, provokasi, cerita palsu, berita sensasi sengaja direka untuk membangkitkan rasa benci terhadap musuh. Masyarakat sukar untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan kemungkaran. Akhirnya, yang benar menjadi palsu, yang palsu menjadi benar. Yang maaruf menjadi mungkar, yang mungkar menjadi maaruf. Yang adil menjadi zalim, yang zalim menjadi adil. Yang hak menjadi batil, yang batil menjadi hak."

“ Ini adalah hasil tangan-tangan mereka yang melakukan kerosakan atas nama kebebasan, kesaksamaan, keadilan dan juga atas nama agama. Matlamat menghalalkan cara, walaupun taruhannya sebuah bangsa dan negara.”

Dalam menangani situasi tersebut, Muhyiddin mengajak warga UMNO terus berjuang dengan berbekalkan semangat dan iltizam membela agama, bangsa dan negara.

Tuesday, October 13, 2009

UMNO DAN PERUBAHAN

UMNO Dan Perubahan

http://umno-online.com/?p=4600

KUALA LUMPUR, 13 Okt – BAGI memastikan kelangsungan UMNO sebagai sebuah parti yang tetap kukuh dan teguh pada masa hadapan, sememangnya perubahan dilakukan dengan kesesuaian sebagai landasan utama meneruskan perjuangan termasuklah meminda perlembagaan yang akan direalitikan dalam persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2009 ini.
Perlu difahami, kesanggupan para pemimpin dalam teraju atasan untuk meminda perlembagaan parti, sesungguhnya adalah bukti kesungguhan bagi merealisasikan apa yang pernah dikata iaitu mahukan perubahan, lantas perubahan dilakukan dalam semua aspek.

Lantaran itu, kesedaran atas satu perubahan memastikan bahawa pindaan perlembagaan UMNO ini dibuat bukan sekadar hanya melepas batuk ditangga sebaliknya dilakukan dalam satu persidangan khas dengan perancangan dan rangka teliti meliputi semua aspek.
Usul pindaan tersebut yang akan dibahaskan oleh para perwakilan juga bertunjangkan empat perkara iaitu;

1. dilakukan atas keinsafan dan kesungguhan UMNO untuk berubah.
2. dilakukan berdasarkan tuntutan ahli dan kepemimpinan akar umbi.
3. perubahan berdasarkan pola landskap politik semasa dan akan datang
4. perubahan yang membabitkan UMNO melalui proses tepat dan betul.

Selaras dengan itu juga, ia adalah untuk memastikan bahawa UMNO menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif berdasarkan pindaan yang menjurus kepada lapan perkara pokok membabitkan:

1. Perluasan jumlah perwakilan yang bakal menentukan kepemimpinan tertinggi parti.
2. Penghapusan sistem kuota.
3. Perjalanan mesyuarat perwakilan secara serentak.
4. Menghakupayakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di cawangan.
5. Menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.
6. Menjadikan yuran keahlian RM2 sebagai yuran seumur hidup.
7. Memberi kuasa sayap pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri meluluskan keahlian baru
8. Mengiktiraf sumbangan Setiausaha Bahagian.

Sesungguhnya, perubahan dalam UMNO ini juga bukan hanya untuk memenuhi tuntutan semasa malahan ia j adalah sebagai alternatif utama bagi memastikan kesinambungan warisan yang akan terus menjadi pusaka kepada generasi akan datang lantas memastikan kewujudan UMNO terus relevan.

Atas kesinambungan warisan parti tersebutlah maka kini taraf hidup rakyat Malaysia adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan sebelum merdeka. Di samping dapat menidakkan segelintir pihak yang hanya tahu mengecam, tidak suka melihat orang melayu miskin, tetapi mereka juga tidak suka melihat orang melayu maju dan berjaya.Dalam masa yang sama, mereka sendiri tidak ada cadangan untuk membuat sesuatu demi kemajuan melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan UMNO pernah memaklumkan bahawa dengan pindaan tersebut purata 500 perwakilan setiap satu daripada 191 UMNO bahagian (dengan jumlah keseluruhan 146,500 orang) akan terbabit dalam proses pemilihan barisan kepemimpinan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mulai 2011. Daripada jumlah itu, 51,000 adalah daripada kalangan sayap pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.

Lantas, bersandarkan kepada kewajaran melihat ahli UMNO yang berjumlah lebih 3.4 juta, sememangnya memberi lebih hak kepada ahli untuk menentukan kepemimpinan dengan menggariskan syarat-syarat tertentu adalah perlu, dan inilah yang akan dilakukan!

Sunday, October 11, 2009

SAMBUTAN AIDIL FITRI 1430H

Assalamualaikum wbt.
Salam 1Malaysia

Dengan segala hormatnya saya bersama barisan AJK UMNO Bahagian Lipis menjemput YB Dato'/Dato'/Tuan/Puan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran UMNO Bahagian Lipis.


Tarikh : 12/10/2009

Jam : 3.30 petang

Tempat : Dewan Residen Lipis


Sekian, Terima Kasih.


Daripada:

Ketua UMNO Bahagian Lipis

Wednesday, September 16, 2009

MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

Melayu dalam Perlembagaan

Siaran: August 30, 2009

MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?

MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.

Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan?

MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.

Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini dalam konteks Perlembagaan?

MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.

Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.

Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini.

Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?

MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.

Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa.
Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-pisahkan?
MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-undang imigresen dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.
Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?
MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.
Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?
MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.
Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?
MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu ialah pertama raja sendiri yang memerintah. Kedua raja memerintah mengikut nasihat. Ketiga raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut.
Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?

MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.

Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?

MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu.

Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.
Nota: Ps/– Wawancara Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID.

MERDEKA

Tuesday, September 8, 2009

UMNO YANG BERMARUAH

PM: UMNO tidak akan gadai maruah

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB dan AZRAN FITRI RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA KRAI 7 Sept. – UMNO tidak akan menggadai maruahnya walaupun ia bersedia untuk bersama-sama dengan Pas bagi membincangkan perkara yang menyentuh kepentingan ummah dan Islam di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengulangi kesanggupannya berunding dengan Pas berkata, ia dilakukan semata-mata untuk melihat nasib umat Islam negara ini terus dibela dan dipertingkatkan.

Namun tegasnya, dalam usaha ke arah itu beliau tidak rela UMNO dan mereka yang menyokong parti itu dihina, dipersoal dan diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

“Saya sanggup berunding dengan Pas untuk kepentingan Islam tetapi tidak rela UMNO dihina oleh sesiapa sahaja. Kalau nak buat, buat cara baik, jangan perkecil dan pertikai akidah kita, jangan kata kita luaran saja dalam tidak, sebab ini akan menimbulkan kekalutan dalam masyarakat, yang penting kita buat dengan baik.

“Penilaian sama ada yang kita buat diterima atau tidak, itu bukan kerja kita, kerja Allah. Jadi yang penting kita beri tumpuan pada cara UMNO untuk membangunkan umat Islam dan pada masa sama kita tidak lupa untuk berlaku adil kepada bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini hari ini.
Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan pemimpin UMNO negeri. Ia turut disertai kira-kira 4,000 rakyat dari kawasan ini.

Pada majlis tersebut, beliau bersama Rosmah turut menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal dan golongan yang memerlukan.

Sebelum ini, pemimpin pembangkang terutama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertikaikan UMNO dan mendakwa parti itu bukan Islam yang tulen kerana memisahkan agama dan politik malah penyokong UMNO tidak akan masuk syurga.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, dakwaan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang itu tidak benar sama sekali kerana perjuangan parti itu sejak dahulu lagi selaras dengan tuntutan agama.

“Memang benar sejak dahulu lagi apa yang kita lakukan ini selaras dengan tuntutan agama sebab peristiwa yang amat besar apabila mencapai kemerdekaan ialah menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Cuba bayangkan kalau kita tidak merdeka, kita tidak mungkin dapat jadikan Islam sebagai agama Persekutuan, jika Islam tidak menjadi agama Persekutuan tidak mungkin kita mendapat peruntukan yang besar.

“Setiap institusi Islam yang besar, jasa siapa, jasa UMNO. Lihat sistem persekolahan Islam, Tabung Haji, sistem mahkamah syariah, undang-undang keluarga, jasa siapa. Inilah jasa UMNO untuk membangunkan umat Islam negara ini,” tegasnya.

Perdana Menteri berkata, hala tuju UMNO adalah untuk memperjuangkan Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis serta berusaha mengukuhkan akidah umat Islam.
“Kita mahu jadikan negara kita terdiri daripada umat Islam yang progresif dan berjaya, semuanya ini kita berpandu pada slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

“Konsep dan gagasan ini merupakan pelengkap kepada perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu, sama ada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga pemimpin sebelum itu. Semuanya ingin kepada pembentukan satu negara yang bersatu padu,” jelasnya.

MENTAATI PEMIMPIN TUNTUTAN ISLAM



" Mentaati pemimpin tuntutan Islam "

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh
Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Malaysia (Usim)

Kepemimpinan tidak berwibawa punca kerajaan lemah, rakyat porak-peranda perebutan kuasa, huru hara, perang saudara dan kemusnahan harta benda

APABILA menyebut soal ketaatan, ia membayangkan sikap mulia yang dilakukan oleh seseorang terhadap Allah, Rasulullah SAW atau orang lain, sama ada anak kepada ibu bapa, murid kepada guru, isteri kepada suami, adik kepada kakak atau abang dan rakyat kepada pemimpin.

Tidak semudah menyebutnya, ramai anak yang tidak suka lagi mendengar kata ibu bapa kerana beranggapan mereka tidak adil, tidak mengikut peredaran zaman, mungkin kekampungan.

Segelintir pelajar juga sudah berani menampar guru, penderaan siber kepada guru melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan jenayah lainnya yang bagaikan bukan keaiban lagi, bahkan sesuatu wajar berlaku setanding kemajuan dan kemodenan hari ini.

Pelbagai keluhan dan rintihan suami pula rata-ratanya kerana sikap isteri mementingkan diri sendiri, tidak mahu lagi menjadi isteri dan ibu yang solehah, sebaliknya mengimpikan kehidupan lepas bebas, selagi masih berpeluang hidup di dunia.

Adik yang tidak tahu mengenang masa depan serta menghargai saudara yang lebih tua, kononnya mereka boleh berdikari, tanpa mengambil kira soal qada dan qadar Allah.

Tidak sukar mengajar mereka semua itu menjadi santun jika kena caranya, tetapi yang paling sukar ialah apabila rakyat tidak taat kepada pemimpin, kerana jumlahnya berkali ganda daripada institusi lainnya. Ketaatan terhadap pemimpin yang melindungi dan mempertahankan hak adalah satu kewajipan yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa, apatah lagi jika pemimpin itu memelihara kesucian agama Islam yang dijunjung Rasulullah SAW, pemimpin utama umat Islam di dunia.

Setiap rakyat yang berada di bawah kepemimpinan yang mengejar akhirat tanpa mengkesampingkan dunia untuk mendapat keredaan Ilahi haruslah melahirkan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasulullah dan kepada 'Ulil Amri' (orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (al-Quran) dan (sunnah) Rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya." (Surah an-Nisaa', ayat 59)

Kewajipan mentaati Ulil Amri ialah mentaati ketua negara selagi mana ia bukan perintah untuk melakukan maksiat dan dosa. Akur dengan perintah pemimpin adalah termasuk patuh kepada undang-undang serta menjunjung perlembagaan negara yang melambangkan sesuatu bangsa itu berada di bawah daulat pemimpin yang memayungi seluruh pimpinannya. Islam menolak sikap tidak tunduk dan patuh kepada pemimpin, hatta kepada seorang suami yang juga memimpin rumah tangga. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mati sedangkan ia tidak memberi perakuan taat setia kepada pemimpin adalah ia mati dalam keadaan jahiliah." (Hadis riwayat Muslim)

Kebimbangan umat Islam hari ini adalah kerana dunia tanpa sempadan mengizinkan sekecil-kecil anak menerobos ruang yang tidak sepatutnya untuk mereka demi meneroka dunia yang tidak mampu digapai tangan. Mereka melihat keangkuhan manusia yang menolak kuasa Allah, memerhati perilaku manusia yang zalim menceroboh dan menyembelih umat Islam tanpa simpati, walaupun bayi dalam kandungan, melihat kerosakan serta kebinasaan dunia kerana umat Islam berbalah sesama sendiri merebut kuasa dan harta.

Mereka juga melihat kehidupan yang asing iaitu manusia yang tidak tahu menghormati dan taat kepada ibu bapa, guru, orang yang lebih tua dan pemimpin kerana keangkuhan lahir sebagai manusia. Anak kecil juga sedia maklum bagi sesetengah negara yang menghadapi krisis kepemimpinan, di mana mereka tidak mempunyai pemimpin berwibawa atau kerajaan yang lemah, berlaku pelbagai masalah dalaman seperti perebutan kuasa, huru hara, perang saudara dan kemusnahan harta benda.

Semuanya berlaku kerana mereka bukan saja tidak taat kepada pemimpin, malah juga ingkar terhadap perintah Allah dan Rasulullah SAW. Sebab itulah umat Islam mengajar anaknya taat kepada perintah Allah dan rasul-Nya serta orang yang lebih dewasa seawal usia setahun jagung, solat tepat waktunya, berpuasa di bulan Ramadan, menutup aurat, salam bercium tangan serta tunduk membongkok melintasi orang. Umat Islam juga dididik supaya bercakap lemah lembut, senyum, memberi salam serta mendengar kata ibu bapa serta guru sebelum mereka terikut-ikut dengan budaya lainnya yang bertentangan dengan agama dan norma.

Tambahan pula hari ini ibu bapa tidak terdaya mengawal anak sepanjang masa sehingga ada kalanya tidak bertentang mata berhari-hari lamanya. Oleh kerana Allah tidak meletakkan semua peraturan kehidupan dunia dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, maka pemerintah yang dilantik diberi kuasa untuk mentadbir atau mengurus negara. Ia termasuklah membuat perancangan, melaksanakan dan mengenakan peraturan demi keadilan, kesejahteraan serta kebaikan yang tidak lari daripada prinsip hukum agama.

Sebab itulah Allah mewajibkan setiap umat Islam mentaati pemerintah yang adil, menjunjung agama dan mengurus kehidupan berasaskan wahyu. Mentaati pemimpin bermula dengan pendidikan awal yang dibiasakan dari rumah. Akibat tidak taat, ada pekerja yang tidak betah berkerja dalam sistem yang berhieraki dan berorganisasi kerana tidak ingin menunaikan perintah.

Allah mengingatkan kita supaya sentiasa mentaati pemimpin dan tidak sekali-kali memuliakan yang fasik, yang mempunyai agenda untuk menghancurkan umat Islam di dunia dengan pertolongan umat Islam sendiri. Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai orang beriman. Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

MELAYUKAH MELAYU?


MELAYU

PUISI - DR. USMAN AWANG

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabaumemang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu (Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

~ Usman Awang

KUALA LIPIS BERSEJARAH