Sunday, January 31, 2010

TEMUBUAL : TAN SRI AZIZ TAPA



Sumpah Setia Senjata Paling Ampuh
Jan 29th, 2010 By administrator Category: Rencana

http://umno-online.com/?p=5740

Pohon nyior di tepi laut
Dimakan kumbang pucuknya layu
Kepada UMNO kita berpaut
UMNO tumbang hilanglah Melayu

Pembuka kata sesi temubual bersama veteran UMNO Tan Sri Aziz Tapa, 88, dimulai dengan serangkap pantun yang menurut beliau memberi maksud sangat mendalam bahawa hanya dengan UMNO sahaja orang Melayu boleh selamat. Bagi beliau tidak ada satu parti di dalam dunia ini yang boleh bertahan, mengekalkan pemerintahan terus-menerus melainkan UMNO. Parti ini terus bertahan, semakin kuat dan berkembang. Ikuti pandangan, nasihat dan seloka tokoh penuh pengalaman ini.

Ada dua sebab kenapa UMNO masih mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. UMNO sebuah parti yang kuat dan berkuasa. Pemimpin-pemimpinnya adalah mereka yang benar-benar mahu memperjuangkan agenda Melayu.

Bagaimanapun, ahli-ahli dan pemimpin UMNO harus ingat bahawa orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang mula-mula cari menang dah menang cari wang, lepas itu jatuhkan orang , hidup diawang-awang , jatuh terlentang. Dah ramai yang jatuh terlentang.

Kalau UMNO kita pupuk ada satu senjata yang paling ampuh, iaitu taat setia. Itulah pesaka yang kita ada.Kalau ini tidak ada Melayu akan hilang kuasa.

Semasa Dato’ Onn hendak menubuh UMNO dan menentang Malayan Union, orang Melayu bersatu-padu. Dato’ Onn berkempen dengan berkata, Melayu tidak boleh lagi lemah, miskin dan sebagainya tetapi pada setiap penghujung pidatonya, beliau akan berkata sekiranya Malayan Union ditubuhkan, raja-raja Melayu tidak ada kuasa lagi.

Maka dengan sebab itu orang Melayu keluar beramai-ramai menyokong Dato’ Onn kerana dalam satu ungkapan Melayu ada berkata, alam beraja, luak penghulu, bersuku-sukuan, sembah kepada raja. Bagi orang Melayu, alam ini mesti ada Raja, kalau tidak ada raja tak ada alam. Ini rahsianya. Sebab itu mesti ada taat setia.

Semangat taat setia kepada individu sebab politik wang. Mereka yang ada duit sahaja boleh menjadi pemimpin. Ini bahaya dan merosakkan kredibiliti. Kalau sudah boleh beli undi, akan tiba satu ketika nanti orang banyak duit tapi bodoh, tidak boleh memimpin dan tidak tahu perjuangan.

Dari Chenor pergi ke Deli
Di pasar seberang ayam berlaga
UMNO tidak boleh dijual beli
Bukan barang untuk berniaga

Di pasar seberang ayam berlaga
Sayap terdampar patah tajinya
Bukan barang untuk berniaga
Kalau dicabar nyawa padahnya.

Kiasan pantun ini sangat dalam maksudnya kerana UMNO bukan sebuah parti barang dagangan. Tetapi kalau dicabar, nyawa padahnya,. Pertahankan parti dan taat setia pada parti.
UMNO dan Malaysia mendapat pemimpin yang banyak berjasa yang gigih dan memperkembangkan ilmu, Melayu akan lebih berilmu.

Ilmu sangat penting. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda hendak dunia dengan ilmu, hendakkan akhirat dengan ilmu kalau hendakkan kedua-duanya pun dengan ilmu.

Tahun 2020 apakah orang Melayu boleh jadi seperti ikan di laut, air laut masin, isi ikan tidak masin. Tetapi isi ikan mudah masin kalau ia bermain di muka laut, ditanggul nelayan disiang, dibubuh garam, dijemur, isi ikan lebih masin daripada air laut.

Yang mana orang Melayu mahu. Jadi ikan masin atau ikan di laut dalam. Kalau nak jadi ikan masin….senang sahaja. Tapi kalau mahu jadi ikan di laut mesti ada ilmu, banyak berfikir, istiqamah dan menjadikan Islam addin, cara hidup.

Kita tidak boleh buat cara paksa.Kerana orang Melayu kalau paksa dia melantun.Oleh itu kena buat secara berilmu.

Orang kata Melayu malas, tapi sebenarnya tidak.Lihat sahaja askar Melayu. Mereka hebat dan gagah sebab mereka dibimbing. Melayu mahu dibimbing.

Sebab itu kita mahukan Melayu ramai di universiti dan menjadi intelektual.

Saya dididik di Tanjung Malim selama tiga tahun. Semangat cintakan Melayu begitu kuat.
Oleh itu, dasar pendidikan perlu ajar sejarah tanah air sendiri secara lebih terperinci. Mereka mesti tahu akarnya.

Kontrak sosial jangan dipertikaikan. Apakah kita mahu negara kita hancur. Orang-orang Melayu yang ada rasa tanggungjawab terhadap bangsa dan negaranya mesti mempertahankannya.
Imam Al Ghazali ada berkata, dalam hidup ini ada empat perkara yang hendak dicari. Keadilan, kebenaran, keindahan, kesempurnaan.

Berasaskan kepada ini, apabila tercetusnya 13 Mei, dibuat satu kajian ekonomi, Melayu hanya ada dua sen daripada satu ringgit.

Adalah menjadi tangguangjawab kerajaan untuk meletakkan keadilan dalam hal ekonomi mesti diperbaiki.

DEB dapat mengimbangkan ekonomi Melayu dalam masyarakat pelbagai kaum. Barulah adil.Adil menurut Hamka sesuatu yang tepat pada fungsinya. Kalau hendak membahagikan rezeki secara betul dan seimbang, salahkah kita?

Sekarang kita lihat masyarakat pelbagai kaum dapat makan dan duduk semaja.Tidakkah ini indah.

Ada hikmah di sebalik tragedi 13 Mei. DAP bila menang ejek Melayu di pasar-pasar. Kalau Melayu hendak beli ikan bawal dia tak bagi, dia kata Melayu tak ada duit, beli ikan kembong.
Melayu ni jangan dijatuhkan maruah dia. Sebab itu Melayu kalau air di paras lutut masih ok. PadaParas pinggang ok, dada ok, tetapi apabila sudah berada di paras hidung , batang nibong di panjat. Dia tidak kira batang nibong tu ada duri! Sebab tu jadi 13 Mei.

UMNO beruntung kerana memiliki pemimpin ada wawasan yang mencari kebenaran. Kelebihan Melayu memilih pemimpin ialah:

Pilih-pilih tempat mandi
Pertama teluk, kedua pantai
Pilih-pilih sempat menjadi
Pertama elok kedua pandai

Kalau kita tengok daripada Dato’ Onn sehingga Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, orang baik dan pandai.Baik dan elok didahulukan kerana tidak semestinya yang pandai itu baik.

Orang yang kita kasih belum tentu menyukakan hati kita, tapi orang yang sayangkan kitalah yang menyampaikan hajat kita.

Orang Melayu sekali dia kelancongan (buat salah), mereka tidak akan mendapat kepercayaan lagi.

Mesti sokong UMNO walau apa cara sekali pun. Jangan amalkan politik wang. Ingat bahawa UMNO bukan barang untuk niaga. Pertahankan perlembagaan.

Tuesday, January 26, 2010

LIPIS KEHILANGAN PERMATA : AL-FATIHAH



King Ghaz ikon diplomat


Oleh ROHANI IBRAHIM


rencana@utusan.com.my


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm



ALLAHYARHAM Tun Ghazali Shafie cukup terkenal dengan sikap tegasnya terutamanya ketika menjalankan tugas. Kerana sifat tegas itulah beliau diberikan gelaran 'King Ghaz' oleh mereka yang pernah mengenali beliau.

Biarpun tidak lagi memegang jawatan dalam Kabinet sejak 1984, King Ghaz pernah sesekali dilihat menghadiri majlis syarahan umum atau perbincangan ilmiah anjuran pelbagai pihak termasuk kumpulan kajian strategik tempatan dan antarabangsa.

Penulis sendiri pernah melihat Allahyarham aktif berkongsi pandangan dan pengalaman dengan para peserta dalam satu majlis perbincangan beberapa tahun yang lalu. Sumbangan beliau kepada negara bermula pada tahun 1941 apabila menjadi ahli Pasukan Sukarelawan Malaya.

Pada tahun 1961 pula beliau ditugaskan sebagai Pegawai Projek untuk penubuhan Malaysia dan menganggotai Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962. Antara sumbangan besar beliau kepada negara ialah berhubung pembentukan Rukun Negara, satu prinsip bagi mencetus dan mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini berikutan peristiwa 13 Mei 1969.

King Ghaz mula menyandang jawatan dalam Kabinet pada tahun 1970 apabila dilantik sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas dan kemudiannya Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penerangan pada tahun 1972.

Beliau kemudiannya menyandang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dan Penerangan sehingga Julai 1981 sebelum menjadi Menteri Luar dan meletak jawatan pada 1984. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika dihubungi menyifatkan King Ghaz sentiasa bersikap hands on dan mengetahui sesuatu isu dari segala sudut semasa memimpin Kementerian Dalam Negeri.

"King Ghaz dihormati, disegani dan kadangkala digeruni oleh lawan dari dalam dan luar negara. Idea dan pendekatan beliau pada masa itu merupakan pendekatan di luar kotak. "Walaupun sekarang isu yang saya hadapi adalah berbeza seperti keganasan dan pendatang asing pengalaman, beliau tetap relevan kepada saya yang sekarang ini memikul amanah yang sama," katanya.

Sungguhpun pernah memegang beberapa portfolio dalam Kabinet, jawatan terakhir Allahyarham iaitu Menteri Luar menjadikan beliau dikenang sehingga hari ini sebagai ikon dan legenda oleh mereka yang berpengalaman bertugas bersama beliau di Wisma Putra. Bekas diplomat, Datuk Dr. Rajmah Hussain yang pernah menjadi Duta Wanita Malaysia yang pertama ke Amerika Syarikat (AS) pernah memberitahu sebuah akhbar berbahasa Inggeris lebih dua tahun lalu bahawa King Ghaz merupakan mentor beliau.

"Dengan King Ghaz, anda perlu sentiasa bersedia sepanjang masa. Beliau sentiasa mengharapkan pegawainya memberikan yang terbaik," jelas Rajmah kepada akhbar berkenaan. Dalam laporan tersebut, beliau turut mengimbau kenangan mengikuti King Ghaz ke India sebagai pegawai baru di Wisma Putra. Ketika itu King Ghaz meminta Rajmah menyediakan pelbagai dokumen dan selepas semua tugasan di India selesai, pembantu King Ghaz pada ketika itu memberitahu Rajmah secara berbisik bahawa beliau sudah 'lulus' semua ujian yang diberikan oleh bosnya.

Bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1980-1984 Tan Sri Zainal Abidin Sulong (yang pernah bekerja bersama Allahyarham ketika proses pembentukan Malaysia) berpendapat King Ghaz sebagai seorang yang berpengaruh dan mempunyai kemahiran meyakinkan orang lain.

Ketika diwawancara oleh sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris Zainal Abidin menyifatkan King Ghaz memainkan peranan yang sangat signifikan dalam pembentukan Malaysia. "Beliau begitu rapat dengan Allahyarham Tun Razak, jika tidak silap, mereka merupakan rakan sekolah. Beliau juga berjaya meyakinkan rakyat Sabah dan Sarawak yang tidak banyak tahu mengenai politik.

"King Ghaz adalah seorang pemimpin yang mampu meyakinkan sesiapa sahaja termasuk semua pihak ketika di Kementerian Luar. Ya, beliau sangat berpengaruh. "Dan ketika pembentukan Malaysia, beliau belum pun menjadi seorang menteri atau timbalan menteri. Hanya seorang penjawat awam. Tanpa King Ghaz perbincangan akan tidak ke mana-mana.

"Saya boleh katakan King Ghaz bukan sahaja bertindak sebagai jurucakap dalam proses pembentukan Malaysia tetapi pemangkin kepada idea pembentukan Malaysia. Saya berasa bertuah bekerja bersama King Ghaz," katanya dalam wawancara itu. Mengenang kembali kenangan bertugas bersama King Ghaz di Kementerian Luar pula, Zainal Abidin menganggap ia merupakan tempoh terbaik sepanjang kerjaya beliau.

Saturday, January 16, 2010

KITA JUARA RAKYAT : DULU, KINI DAN SELAMANYA

Terus Juarai Pendidikan Rakyat

Jan 14th, 2010 By administrator Category: Berita Utama

Disalin daripada Laman Sesawang UMNO-ONLINE

http://umno-online.com/?p=5532

KUALA LUMPUR, 14 Jan. – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mengajak segenap lapisan masyarakat untuk meneruskan aktiviti Juara Rakyat yang berteraskan ‘pendidikan’ sepanjang Januari ini.


Antara program yang akan dilaksanakan sepanjang bulan ini ialah khidmat masyarakat bersama institusi pengajian tinggi, bantuan kepada pelajar-pelajar miskin dan yang memerlukan serta program kepimpinan pelajar.


Dalam hal ini katanya, semua peringkat dalam masyarakat khususnya para pemimpin termasuklah di peringkat akar umbi perlu memahami hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya untuk melihat parti ini lebih berjiwa rakyat dan terus berada di landasan perjuangannya.


“Dalam meneruskan Juara Rakyat tersebut, semua 191 UMNO peringkat bahagian akan menjalankan program masing-masing berlandaskan kepada tema yang ditentukan untuk menjadi aspirasi sepanjang tempoh pelaksanaannya,” katanya.


Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media selepas majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua urus setia yang telah menjayakan Program Juara Rakyat, 8 hingga 10 Januari lalu.


“Kejayaan Program Juara Rakyat minggu lalu yang telah menghimpunkan lebih daripada 50,000 pengunjung adalah satu pencapaian membanggakan yang tentunya tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama semua pihak dalam melaksanakan tugas,” ujar beliau lagi.


Selaras dengan itu, beliau menyatakan bahawa pelaksanaan Juara Rakyat tersebut bukanlah semata-mata untuk menghadapi pilihan raya tetapi ia satu program berterusan ke arah menjalankan tanggungjawab, amanah dan keikhlasan dalam kepimpinan berkerajaan.


“Hasrat ingin menjadi juara adalah keutamaan sebagaimana gagasannya dalam persaingan memenangi hati rakyat malah jika berlaku malapetaka maka kitalah yang pertama akan datang membantu dan konsep ‘juara’ itu sendiri akan meletakkan pemimpin bekerja dengan lebih keras kerana dalam peperangan politik tidak ada naib juara.”


Justeru, terang beliau lagi bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan teratur sejajar dengan manifestasi yang digariskan, semua Naib Presiden dalam UMNO telah dipertanggungjawabkan dengan pembahagian di peringkat bahagian masing-masing selain ahli Majlis Tertinggi dipertanggungjawabkan dengan bahagian angkat.


“Penekanan yang penting ialah untuk menanamkan sikap kesukarelawan dan turun padang bukan sahaja dikalangan pemimpin atasan tetapi juga peringkat bahagian dan cawangan.”
Katanya lagi, sokongan dan bantuan segera yang disalurkan adalah bukti bahawa rakyat di peringkat akar umbi tanpa mengira fahaman politik tidak pernah diketepikan.


Mengulas mengenainya, beliau menyebut kejayaan dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat adalah bukti keprihatinan kerajaan yang ditunjangi UMNO/BN termasuklah bantuan segera bernilai 15.6 juta kepada penduduk 5,000 unit pangsapuri di sekitar Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung yang telah terbengkalai selama lapan tahun oleh Perdana Menteri.


Selain itu, melalui program tersebut juga yang dilaksanakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin telah berjaya menyelesaikan isu berkaitan tapak sekolah Cina di Bukit Tagar, Bukit Beruntung yang juga telah memakan masa selama 10 tahun.


Dalam perancangan yang digariskan, semua pemimpin akan turun padang dan bekerja bagi menjayakan Program Juara Rakyat.


“Sebenarnya program yang dirancang tersebut bukanlah sesuatu yang asing tetapi ia diperincikan dengan lebih teratur dan mantap melalui pelbagai aktiviti akan dijalankan antaranya pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, perekonomian, sosial dan NGO serta pelbagai lagi jenis program yang telah ditentukan.”


Apa yang pasti, katanya lagi, program tersebut tidak mengkhusus kepada UMNO semata-mata tetapi ia adalah gerakan bersepadu merangkumi penglibatan langsung rakan-rakan kompenan dalam BN dengan usaha untuk terus bersama-sama menggembling tenaga memastikan kerukunan dan keharmonian terpelihara.


“Melalui program-program tersebut, kita akan memastikan bahawa tidak akan ada rakyat yang terpinggir atau merasa tersisih kerana mereka akan terlibat secara langsung dalam menjayakan setiap perancangan sama ada di peringkat pusat, bahagian atau cawangan sekalipun,” jelas beliau lagi.


Selaras dengan itu, beliau turut menggesa semua lapisan masyarakat bergerak aktif dan tidak leka dengan matlamat perjuangan untuk terus memperkasa bangsa Malaysia dan memastikan kekukuhan kerajaan berterusan dan terus terpelihara.


“Pelbagai program yang ada pastinya akan dapat membuka minda dan berkongsi matlamat kerajaan dalam manifestasi melihat rakyat dan pemimpin seiring iaitu rakyat memahami aspirasi pemimpin dan pemimpin sendiri menyelami kehendak masyarakat,” katanya.


Tegas beliau juga, program tersebut adalah peluang terbaik kepada rakyat untuk mengenali pemimpin negara yang akan berada bersama-sama sepanjang tiga hari tersebut.


“Dengan kata lain, menerusi program ini akan meletakkan kita berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan.”


Program UMNO Juara Rakyat ini telah dibincangkan secara terperinci dan mendapat kelulusan oleh ahli Majlis Tertinggi menerusi mesyuaratnya yang bersidang pada 4 Disember lalu dengan kesinambungan secara langsung yang akan diteruskan oleh semua peringkat Bahagian melalui skala yang lebih kecil.


Sesungguhnya program ini merujuk kepada hasrat untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.


Berikut adalah tema Program Juara Rakyat setiap bulan:

1. Januari – Pendidikan
2. Februari – Kebajikan
3. Mac – Agensi Kerajaan
4. April – NGO & Swasta
5. Mei – Wanita dan keluarga
6. Jun – Belia dan Sukan
7. Julai – Ekonomi dan Keusahawanan
8. Ogos – Ibadah dan kerohanian
9. September – 1Malaysia – Perpaduan dan Kebudayaan
10. Oktober – Petani, Penternak dan Nelayan
11. November – Kesihatan dan Keselamatan
12. Disember – Kerjaya dan kemahiran

### BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT###

*** HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU ***

Monday, January 11, 2010

PENYELESAIAN ISU KALIMAH "ALLAH"

GUGUR TUNTUTAN PENGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ LANGKAH BIJAK



DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 11 Januari 2010


Oleh: Kawan Lama


http://sahabatmantap.wordpress.com/2010/01/11/kalimah-allah-dalam-buletin-tapi-tak-dalam-bible/


Isu penggunaan Kalimah “ALLAH’ oleh Gereja Katholik dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly perlu dilihat sebagai sesuatu yang pastinya memberikan kesan kurang elok dalam keharmonian kaum dan agama di negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Ia mencabar dan suatu penghinaan kepada penganut agama Islam. Memandangkan ini merupakan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik Melayu seperti UMNO dan sebahagian kecil daripada PAS telah membuat bantahan dan laporan polis di serata pelusuk negeri.Melihat kepada perkembangan semasa yang kian membimbangkan, penulis bersependapat dengan Presiden Majlis Jaksa Pendamai, Datuk Clarence Bongkos Matakun agar pihak Akhbar Herald The catholic Weekly Sabah mengugurkan tuntutan yerhadap penggunaan Klaimah “ALLAH” dalam terbitan mereka.


Permohonan demi permohonan bagi meluluskan pengunaan Kalimah ”ALLAH” oleh gereja katholik ini telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri pada setiap permohonan mereka dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati pihak gereja yang dalam misi untuk membuat gerakan dakwah mereka. Lantaran itu, mereka mengambil langkah terakhir iaitu melalui proses undang-undang. Mereka telah mencabar keputusan yang dibuat oleh KDN dan memohon kepada mahkamah. Pada 31 Disember 09 lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan telah memberikan kebenaran penggunaan Kalimah “ALLAH” dalam penerbitan mereka.


Penulis tidak berniat untuk mempertikaikan keputusan mahkamah. Namun atas dasar apakah yang dibuat sehinggakan kelulusan tersebut diberikan? Seandainya keputusan itu berdasarkan kepada faktor bahawa Kalimah “ALLAH’ telah lama atau pernah digunakan dalam kitab suci penganut Kristian (Bible) terdahulu, maka persoalannya, ‘telah lama’ dan ‘pernah’ adalah sesuatu yang tidak digunapakai lagi sekarang ini.. Alasan inilah jugalah yang kerap penulis lihat yang dinyatakan oleh pemberi komen terhadap artikel-artikel blog yang mempertikaikan tindakan gereja tersebut dan keputusan mahkamah.


Catatan dalam blog IPOHMALAY bertajuk “Surat Terbuka Kepada Penganut Kristian oleh Nabzrol”, pengkajian beliau selama lebih 10 tahun mengenai ajaran Kristian, beliau mendapati bahwa berlaku percanggahan di antara puak Protestant dengan Katholik mengenai kandungan Bible. Pada tahun 1560, puak Protestant telah melarang penggunaan kitab Bible edisi Geneva pengikut Katholik. Pada tahun 1611 mereka semua menerima pakai edisi King James. Pada waktu ini hanya terdapat empat (4) kalimat “Alah” dalam edisi King James. Namun pada tahun 1769, kesemua cabangan agama Kristian telah bersetuju mengeluarkan perkataan tersebut daripada Bible King James. Sehingga ke hari ini, tiada satu perkataan “ALLAH” mahupun “Alah” dalam kitab suci penganut agama Kristian. 240 tahun lamanya mereka telah menolaknya. Justeru itu, penulis tertanya-tanya, apakah rasionalnya tuntutan Paderi Murphy Pakiam bagi penggunaan kalimah “ALLAH” dalam bulletin Herald The Catholic Weekly sedangkan mereka sendiri telah menolak penggunaannya sejak tahun 1769 lagi? Tambahan pula, penulis percaya bahawa beliau amat jelas mengenai penolakkan penggunaan kalimat ‘ALLAH’ atau ‘Alah’ dalam bible.


Selain itu, penulis juga ingin kita sama-sama merujuk kembali kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dengan jelas memperuntukkan artikel berhubung dengan agama. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Perkara 3 (i) Islam adalah agama Persekutan Tanah Melayu dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Menghormati Islam sebagai agama Persekutuan adalah tuntutan yang terkandung dan dipertahankan dalam Perlembagaan negara. Sebagai menghormati kepada agama selain Islam penganutnya bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing TAPI dengan ‘Aman dan Damai’. Namun apa yang dikesali, disebabkan oleh ingin menggunakan perkataan “ALLAH” dalam buletin Herald The Catholic Weekly, sensitiviti terhadap orang Islam/ penganut agama Persekutan Tanah Melayu tidak dijaga. Ketegangan berlaku kerana ‘kedegilan dan kedangkalan’ sesetengah pihak yang ingin ‘menangguk di air yang keroh’. Kini apa yang cuba dibuat oleh Paderi Murphy Pakiam telah menimbulkan suasana yang tidak aman dan damai.


Bermula dengan peperangan dan pertempuran di laman-lalan blog, kemudian diikuti dengan demonstrasi di jalanraya/pejabat wakil rakyat dan terbaru insiden serangan di beberapa buah gereja di ibukota menuntut campurtangan DYMM Yang Di Pertuan Agong. Tambah parah, ahli-ahli politik pembangkang khususnya DAP dan PKR telah mengambil kesempatan ini untuk mempolitikkan isu ini demi kelabaan politik mereka sendiri. DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ secara terang-terangan tanpa rasa segan dan silu menyokong keputusan mahkamah Jelas bahawa dalam mereka asyik berkempen dan menabur fitnah di jalanan dan laman blog mereka, perihal perkauman dan hak kebebasan beragama serta menuntut hak sama seperti agama Islam. Sedangkan mereka sendiri mengetahui dan faham bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan agama Islam amat istimewa kerana ia merupakan agama Persekutuan Tanah Melayu. Hak telah diberikan kepada agama lain adalah mereka bebas menganut, mengamal dan membantu melalui peruntukkan sendiri. Jangan cuba nak menuding jari kepada UMNO/BN yang jelas mengamalkan konsep perpaduan kaum dan menghormati agama lain seperti termaktub dalam Perlembagaan negara.


Hal sebegini tidak akan timbul sekiranya pihak Gereja Katholik sabah tersebut mengikuti arahan dan larangan oleh pihak Kementerian Dalam negeri. Namun atas alasan hak dan keadlian agama dan misi pendakwahan mereka, maka hal ini telah di bawa ke mahkamah. Kelulusan yang diberikan pihak mahkamah mungkin bersebabkan factor tiada kes seumpama ini berlaku untuk dijadikan rujukan. Atau tiada sebarang peruntukkan jelas dari aspek perundangan. Walau apa pun, kini keegooan pihak Paderi Murphy Pakiam ini telah secara langsung memperlihatkan bahawa mereka ‘akan dibela’ oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang kononnya berjuang atas adil dan sama rata seperti DAP dan Anwar Ibrahim.


Masalah sosial yang meruncing dilihat sebagai sebagai faktor penyumbang kepada wujudnya sub
budaya dan ajaran-ajaran baru dalam mencari pengganti kepada agama Kristian itu sendiri oleh penganut. Melihat Islam dan cara hidup yang sedrhana yang diamalkan, maka Islam menjadi agama pilihan mereka. Ramai di kalangan mereka yang beragama Kristian di barat seperti di Jerman, Perancis, England dan negara-negara Eropah telah mula menerima dan menganut agama Islam. Melihat kepada perkembangan tersebut, mereka telah mula mensasarkan Asia kerana mereka sendiri sedar melalui fakta sejarah bahawa masyarakat Asia adalah mereka yang amat taat kepada agama dan adat budaya.


Penulis percaya proses pendakwahan ajaran Kristian kepada penganut Islam telah lama dilaksanakan, Pada tahun-tahun lewat 70-an atau sekitar awal tahun 80-an, telah muncul persatuan Pemuda-Pemudi Melayu Kristian di Singapura yang juga membabitkan sedikit ahlinya di kalangan orang Melayu di Johor dan Kuala Lumpur. Kes murtad di kalangan masyarakat Melayu/Islam di Malaysia semakin serius. Antara contoh jelas adalah kes Lina Joy yang mendapat pembelaan dan dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Memandangkan masalah murtad dikalangan orang melayu terjadi walaupun tanpa sebarang perkataan ALLAH dalam Bible mereka, apatah lagi sekiranya perkataan ALLAH digunakan. Kekeliruan pasti berlaku dan antara yang kerap kita dengar pada hari ini adalah ‘Tuhan kita semuanya satu’, ‘Islam dan Kristian hampir sama aje’.


Akhirnya penulis mengajak kita semua berfikir secara tenang dan rasional, Janganlah mengambil tindakan yang akan menambah-burukkan lagi suasana. Pembentangan YAB Dato’ Seri Najib, PM kita kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telahpun diperkenan. Pihak mahkamah, KDN dan pihak gereja dahpun bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan keputusan mahkamah. Bagi yang sedar bahawa mereka sayangkan perpaduan, kerharmonian dan kerjasama kaum, hormatilah keputusan ini.


Rujuk juga untuk lebih lanjut:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Friday, January 8, 2010

IMPAK KONSEP MATLAMAT MENGHALALKAN CARA?

Perpaduan Tercalar, Perlembagaan Tercabar

Jan 4th, 2010 By administrator Category: Berita Eksklusif

Dipetik daripada laman UMNO Malaysia.

http://umno-online.com/?p=5392

Natijah atas apa yang dilakukan oleh masyarakat Islam dan bangsa Melayu telah pun terungkai apabila perpaduan sesama bangsa dan agama diketepikan malah menjadi satu permainan kepada segelintir pihak dalam merencana agenda politik seterusnya pada masa hadapan.


Lihat sahaja bagaimana kehadiran tahun baru mencetuskan suasana bimbang di kalangan masrayakat Islam apabila Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald – The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.
Sesungguhnya inilah harga dan nilai apabila kelihatan lemah atau kekuatan dalam perpaduan itu mahu diuji dengan menterjemahkannya dalam bahasa perundangan.


Sedangkan telah jelas bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan di samping Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan sendiri menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.


Dalam hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO sendiri pernah dipersalahkan oleh sesetengah pihak khususnya pembangkang yang menggunakan Islam sebagai proksinya hanya kerana keterbukaan beliau menyambut salam untuk menjalinkan perpaduan atas nama agama dan bangsa demi kesejahteraan semua.


Bukan itu sahaja, Perdana Menteri pula dituduh kononnya menggunakan agenda perpaduan tersebut sebagai fitnah dan tohmahan jahat UMNO yang terdesak sedangkan cadangan asalnya terbit dari Presiden dalam sekutu pembangkang sendiri.


Lantas keterbukaan UMNO untuk bersatu dan berpadu dengan bangsa sendiri dan atas nama agama Islam tidak menjadi realiti ekoran pandangan negatif pihak terbabit yang sentiasa berprasangka buruk sedangkan hakikatnya parti yang didukung mereka diperkudakan oleh pihak lain atas kepentingan pangkat, kuasa dan kedudukan.


Lebih malang lagi apabila dikatakan ada pemimpin pembangkang yang beragama Islam sendiri mula bermain dengan sandiwara apabila menyokong gerakan yang mahukan penggunaan Allah digunapakai oleh agama lain selain Islam dengan tujuan untuk dilihat terbuka dan sesuai dengan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.


Dalam memasuki usia 53 tahun kemerdekaan, kesejahteraan dan kerukunan dalam kepelbagaian ini perlulah dihargai berlandaskan kepada prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan yang jelas perlu terus difahami.


Justeru, bagi memastikan negara kekal aman, setiap individu di negara ini waima yang bukan bukan beragama Islam perlu saling mengambil kira soal sensitiviti agama dan kaum lain.
Malah telah jelas dikatakan dan digunapakai selama ini bahawa perkataan Allah adalah spesifik bagi umat Islam sahaja manakala perkataan tuhan atau god dalam bahasa Inggeris adalah untuk penganut agama lain.

Tuesday, January 5, 2010

UMNO JUARA RAKYAT



A. Program UMNO Malaysia

Majlis Pelancaran Program "UMNO JUARA RAKYAT"

Tarikh : 09 Januari 2010 bersamaan 23 Muharram 1431 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Jalan Orkit 1, Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

==============================================

B. Program UMNO Bahagian Lipis

Sambutan Maal Hijrah 1431

"Memantap ukhwah memperkasa Ummah"

الحمد لله مستحق الحمد وأهله، والصلاة والسلام على خير خلقه وأشرف رسله،
وعلى آله وصحبه وبارك وسلم...


1. DUN Benta

Tarikh : 08 Januari 2010 bersamaan 22 Muharram 1431 (Jumaat)

Masa : Mulai waktu Mahgrib

Tempat : Masjid Kampong Tualang Padang, Benta.

Orang ramai dijemput dan dipersilakan hadir.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2. DUN Ceka

Tarikh : 10 Januari 2010 bersamaan 24 Muharram 1431 (Ahad)

Masa : Mulai waktu Maghrib

Tempat : Masjid Kampong Batu Sembilan, Cheka II

Orang ramai dijemput dan dipersilakan hadir.


ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالمين.

Friday, January 1, 2010

SEDAR DAN BANGKITLAH MELAYU

50 tahun lagi, Melayu akan ditendang dan disepak keluar dari Parlimen

Sumbangan daripada : writtenbyhim.wordpress.com
Terima kasih.

December 12, 2009 • 9:59 am

http://writtenbyhim.wordpress.com/2009/12/12/50-tahun-lagi-melayu-akan-ditendang-dan-disepak-keluar-dari-parlimen/#more-2229

“Pada saya, apa yang melayu Malaysia hadapi sekarang akan menjurus kepada apa yang melayu singapura hadapi masa ini. Dulu melayu singapura adalah se gah masyarakat melayu Malaysia. Tapi di sebabkan oleh sikap mudah lupa orang melayu ni, jadilah apa yg terjadi pada orang melayu singapura sekarang.

Persoalan saya, perlukah melayu Malaysia ni mengahadapi scenario yg sama utk menjadi seperti melayu singapura???? Hilang tanah, maruah bangsa tergadai baru nak jadi kuat? Perlukah kita jadi sombong dan bangga selepas kita hilang segalanya..

Orang melayu singapura nak pijak tanah pun susah. semua duduk diatas angin.. kelangit tidak ke bumi pun tidak. kira peratus orang melayu yang punya tanah di singapura, ada berapa peratus??? Susah nak jumpa orang melayu yang adatanah di sana. atau mungkin dah tak ada.( Atuk nenek saya sendiri duduk di apartment di area bedok!!! Tanah beli di Malaysia atas nama ayah saya. melayu singapura nak beli tanah??? Mimpi je la)

Sekarang kalau sedara mara kita di singapura nak rasa balik kampong makan buah hutan. balik ke kampung2 yg ada kat Malaysia ni (yg mana ada kampong la) kalau orang melayu Malaysia jadi macam org melayu singapura. mana kita nak balik??? Ada ke lagi perkataan kampong utk kita?? Jumpa ker lagi buah2 hutan kalo kita nak merasa makan buah2 tu. isk. x bole nak bayangkan.

Orang melayu Malaysia sekarang ni memang tengah lupa!!! Melayu sengketa sesame melayu berlaku sana sini. baik yang dalam ‘parti’ mahupun individu. Di sebabkan sengketa sesame sendiri lah orang melayu singapura jadi seperti sekarang. MELAYU MALAYSIA. nak jadi mcm tu jugak ke??”

From: SahabatInteraktif@yahoogroups.com

[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of rio hirowati. Sent: Tuesday, August 26, 2008 10:34 AM

“Dulu macam ini lah (Malaysia kini) berlaku di Singapura. Saya ingat masa itu saya di sekolah rendah di Singapura. Celaru Melayu kerana parti parti Melayu bersengketa. Saya masih ingat lagi ada UMNO, ada PEKEMAS untuk perjuangkan nasib Melayu. Rata rata bersetuju dengan PAP kerana berpendapat Melayu akan terbela dengan PRESIDEN kita yang ISLAM sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. Kemudian – Presiden Sheares – ……..rakan- rakan boleh ikut perkembangan. Dari akar umbi Melayu terus terlaknat kerana dengki dengan bangsa sendiri.”

From: SahabatInteraktif@yahoogroups.com

On Tue, 8/26/08, Sarah Hidden [EMAIL PROTECTED]

“Ada sesiapa pernah mengalami keadaan di mana awak seorang saja pelajar Melayu di kalangan guru guru dan rakan rakan yang semua nya bangsa lain. Jika mereka dapati awak boleh score 80% , they will start the plan to make sure you fail atau tidak boleh go higher up the ladder of SUCCESS.Mereka work together supaya awak K.O . Ini berlaku apabila Melayu hilang suara.”

From: SahabatInteraktif@yahoogroups.com

On Tue, 8/26/08 From: Megat Shah Rizal Noor Ikhsan [EMAIL PROTECTED]

Berikut merupakan email yang dikirim oleh orang-orang Melayu di Singapura. Sudah nasib, bekas negeri Melayu yang pernah mempunyai Sultan namun kini hanya tinggal sejarah apabila Singapura hari ini diperintah oleh bukan Melayu.

Apakah kita mahu melihat perkara yang sama berlaku kepada anak cucu kita? Lihat sahaja lah kepada DAP, yang juga merupakan parti serpihan daripada PAP yang memerintah Singapura hingga kini. Baru 2 tahun memerintah, DAP sudah berani mempersolkan hak istimewa orang Melayu dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Tidak cukup dengan itu, DAP terus mempesoalkan syi’ar Islam di negara ini. Walaupun penyokong PKR dan PAS tahu akan sikap yang semakin menjadi-jadi DAP ini, namun mereka terus menutup sebelah mata demi kuasa dan masa depan politik mereka.
Kerana mahu kekal sebagai “rakan kongsi”, PKR dan PAS semakin hari semakin menutup kedua-dua belah matanya kerana tidak mahu bergaduh dengan DAP. Hari demi hari, pemimpin PAS cuba menyelamatkan kenyataan ‘maut’ DAP dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith, demi survivor politik Pakatan Rakyat.

Para penyokong pembangkang yang sebangsa denganku yang sedang membaca artikel ini. Dengarlah rintihan Melayu Singapura ini. Kepada bukan Melayu, bukannya saya mahu menjadi rasis, tetapi apa nak dibuat, saya terpaksa menjadi rasis. Rasis kerana sayangkan bangsa sendiri, tidak mahu memakan diri.

Kita semua ada perbezaan pendapat, tetapi apabila ia membabitkan Islam, sewajarnya kita bersatu atas nama saudara se-Muslim.

Saya amat sedih apabila ada orang Islam yang mempertahankan tindakan DAP dengan berkata ia merupakan putar belit media dan sebagainya. Lebih teruk lagi ada ayat-ayat Al-Quran pula diselang-selikan seolah-olah mereka tidak bersalah. Apakah semua ini? Adakah ini dinamakan Islam for all?

Setiap muka pemimpin DAP memang halal ditampar. Namun apabila ada Melayu yang menghalang/menepis penampar itu, Melayu yang menghalang daripada ditampar itu harus diterajang dan ditampar 10 kali berturut-turut. Mungkin perumpamaan mudah sebegini boleh difahami.

Apabila melihat seorang ADUN muda berbangsa India memaki hamun ketua pembangkang di Pulau Pinang baru-baru ini, terdetik di hati saya bahawa adakah ini benar-benar berlaku? Melayu dimaki hamun oleh bangsa asing di atas buminya sendiri?

Saya rasa anda boleh bayangkan, jika mereka berkuasa, 50 tahun lagi, mungkin kita akan melihat orang Melayu ditendang dan disepak keluar dari Parlimen. Oleh kerana begitu takut, kita akan menutup televisyen dan suruh anak-anak kita kunci pintu dan masuk tidur.
Wahai bangsaku, fikirkan lah. Berbaloikah perjuangan yang kau junjung sekarang?

KUALA LIPIS BERSEJARAH