Thursday, March 31, 2011

TINGKATKAN EKONOMI MELAYU

Bertindak susun semula ekonomi Melayu

Oleh ROHAMI SHAFIE
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Laporan yang menyatakan saham milik syarikat-syarikat bumiputera di negara ini cuma tinggal RM2 bilion yang pada asalnya diperuntukkan sejumlah RM54 bilion sewajarnya menyedarkan keseluruhan kaum bumiputera. Isu ini perlu dikaji sedalam-dalamnya bagi mencari satu penyelesaian holistik bagi menyusun semula ekonomi kaum bumiputera dan melayu.

Mungkin ada kebenaran di sebalik ingatan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) di Jitra, Kedah pada awal bulan ini. Beliau mengingatkan usahawan Melayu supaya cekap mengurus wang kerana inilah faktor utama kegagalan usahawan Melayu meskipun pelbagai bantuan diberikan kerajaan kepada mereka.

Hakikatnya, bijak mengurus kewangan adalah kunci utama kejayaan sesebuah perniagaan. Tanyalah mana-mana tokoh perniagaan yang bukan berbangsa bumiputera, nescaya jawapan mereka tidak lain tidak bukan ialah mesti cekap mengurus kewangan syarikat.

Apabila tidak dapat mengurus kewangan dengan bijak, perniagaan akan mengalami kerugian dan akhirnya terpaksalah menjual saham milik bumiputera kepada bukan bumiputera.

Cukup malang jika perkara ini terjadi. Sepatutnya saham milik bumiputera semakin meningkat. Peluang yang diberikan sewajarnya digunakan sebaik mungkin. Bukannya akhirnya jatuh ke tangan orang lain. Jika ini berulang kali terjadi sampai bila pun ekonomi bumiputera tidak dapat berada pada paras yang setanding dengan kaum lain.

Itu baru memperkatakan mengenai saham-saham milik bumiputera. Bagaimana pula dengan hartanah yang dijual kepada kaum lain sedangkan hartanah tersebut merupakan warisan turun-menurun. Hartanah tersebut dijual semata-mata untuk mengaut keuntungan jangka masa pendek, walhal keuntungan jangka masa panjang dinikmati oleh orang lain.

Orang lain membeli tanah daripada kaum bumiputera untuk membangunkan hartanah bernilai tinggi bagi mendapatkan keuntungan jangka masa panjang. Umpamanya, membangunkan kilang-kilang milik mereka, pusat perniagaan, kondominium mewah dan kawasan perumahan yang sukar dibeli oleh kaum bumiputera itu sendiri.

Perkara ini nampak ketara apabila hanya segelintir sahaja kaum bumiputera yang mampu memiliki hartanah bernilai tinggi dan selesa di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Majoriti kaum bumiputera tinggal di pinggir-pinggir bandar dan tinggal di rumah yang berharga di bawah RM300,000 ke bawah. Rumah yang diduduki pula kurang selesa, manakala persekitarannya pula tidak begitu baik untuk pembelajaran anak- anak.

Hal ini perlu ditangani segera dengan melaksanakan pelbagai strategi. Pertama, kaum bumiputera perlu dilatih agar bijak mengurus kewangan terutamanya usahawan-usahawan muda.

Antara caranya, mewajibkan mana-mana usahawan-usahawan muda yang ingin memulakan perniagaan menjalani latihan kewangan di mana-mana perniagaan yang ditaja oleh agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Mara.

Selain itu, meramaikan lagi kaum bumiputera yang mahir dalam bidang kewangan. Caranya ialah dengan meningkatkan bilangan pelajar bumiputera yang mengambil kursus perakaunan dan kewangan. Kalau kita lihat pada masa kini, bilangan kaum bumiputera yang memasuki bidang ini masih rendah berbanding kaum bukan bumiputera.

Pendekatan sebegini amatlah penting kerana kalau kita kaji, rata-rata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terkenal, berjaya dan mempunyai kewangan yang kukuh seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank dan Khazanah Nasional Berhad diketuai oleh golongan yang mahir dalam bidang kewangan.

Kedua, dari segi hartanah. Satu dasar berkaitan hartanah yang lebih jelas perlu dilaksanakan agar tanah-tanah milik bumiputera tidak terlepas ke tangan orang lain. Selalu terjadi tanah-tanah yang pada asalnya milik bumiputera terpaksa dijual secara keseluruhannya apabila sebahagian pemilik telah menjualnya, maka, mahu tidak mahu pemilik lain yang pada awalnya tidak mahu menjual terpaksa menjualnya kepada orang lain.

Selain itu, tanah-tanah milik bumiputera yang tidak dibangunkan perlu dibangunkan seperti tanah wakaf dan tanah terbiar. Antara bidang yang boleh dibangunkan secara besar-besaran ialah pertanian selain daripada membangunkan bangunan bagi tujuan komersial.

Dengan cara ini, kaum bumiputera akan menguasai keseluruhan rantaian nilai bermula sebagai pengilang dan pengeluar sehinggalah penjual. Di sini, teknologi terkini mestilah diterapkan di kalangan usahawan bumiputera.

Ketiga, menggembleng kekuatan usahawan-usahawan bumiputera yang telah berjaya agar membantu usahawan-usahawan baru dari segenap segi. Usahawan-usahawan bumiputera yang telah berjaya perlu mempunyai satu pemikiran dan tindakan bahawa kejayaan usahawan-usahawan baru akan meneruskan usaha-usaha mereka selama ini, seterusnya memberi manfaat kepada anak cucu-cicit dalam tempoh jangka masa panjang.

Begitu juga, janganlah dijual saham-saham dan syarikat-syarikat milik bumiputera semata-mata menginginkan keuntungan jangka masa pendek. Pemikiran yang hanya menginginkan keuntungan jangka masa pendek tanpa memikirkan masa depan kaum bumiputera secara keseluruhannya akan merugikan kaum bumiputera itu sendiri dalam tempoh jangka masa panjang.

Dengan cara ini sahajalah, ekonomi kaum bumiputera dapat dipertingkatkan pada tahap yang setanding dengan kaum bukan bumiputera.

JERAT TAK LUPA PELANDUK......

FAKTA MENGENAI YAHUDI

Sunday, March 27, 2011

http://kerisputera.blogspot.com/2011/03/fakta-mengenai-yahudi.html

KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al- Yabusiyyah. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya ? segi tiga betul dan terbalik ? membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.

YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin).

KONGRES pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland pada 1897. Usul Protocols of Zion mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia telah diterima tanpa bangkangan. Antara strateginya ialah menyebar fitnah, mencetuskan perbalahan dan permusuhan di kalangan negara-negara Eropah. ISRAEL wujud pada 1948 dengan keluasan 20,770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjong Gaza, Jordan, Lebanon dan Syria. Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada bumi Palestin yang dirampas melalui perang dengan sokongan Britain dan Amerika.

BANGSA Yahudi tidak menggalakkan perkahwinan campur. Pada mereka bangsa lain tidak layak berkongsi hidup dengan mereka. Malah mereka juga memberikan pelbagai gelaran negatif kepada Yahudi yang memilih pasangan bangsa lain. KANAK-KANAK Yahudi diajar supaya menyumpah seranah dan memaki hamun tatkala melintasi kawasan perkuburan bangsa lain terutama Islam.

KESALAHAN orang Yahudi paling besar adalah membunuh banyak nabi, antaranya Hizrial, Asy?ia, Armia, Zakaria dan Yahya. Mereka juga cuba membunuh Isa dan Muhammad tetapi gagal. ORANG Yahudi telah menyelewengkan Taurat dan Talmud. Mereka melakukan kekejaman, membunuh serta merampas harta benda orang lain kononnya mengikut ajaran kedua-dua kitab itu. Antara yang diselewengkan: "Orang Israel patut membinasakan orang Arab Kan?an dan tidak akan memberi kehidupan pada mereka walaupun mereka memeluk agama
Yahudi kerana Yahudi untuk Israel sahaja.

Manusia lain selain Yahudi adalah anjing. Kami tidak mengambil tanah milik orang-orang Arab dan tidak menguasai sesuatu pun milik orang lain akan tetapi ia adalah warisan nenek moyang kami yang telah dikuasai musuh dan zalim. Manakala dalam Talmud yang diselewengkan ialah:"Semua bangsa selain Yahudi adalah laknat. Penguasaan Yahudi atas apa yang dimiliki al-quwaiin (selain Yahudi) adalah benar dan usaha menjaganya terus menerus dan abadi".

DENGAN berpegang kepada kitab yang diselewengkan itu juga mereka bebas melakukan keganasan di mana saja bumi dipijak. Sebenarnya orang Yahudi telah melancarkan operasi ?sapu bersih? ke atas rakyat Palestin sejak sebelum penubuhan Israel lagi. Mereka mahu menjadikan negara itu seratus peratus Yahudi. Antara kekejaman yang mereka lakukan ialah: 13 Disember 1947 ? Sebuah perkampungan orang Islam Palestin, Yehida berhampiran Petah Tekva penempatan pertama Zionis yang dibina pada 1878. diserang. Sekumpulan Yahudi yang menyamar sebagai tentera peronda British telah melepaskan tembakan dan mengebom
rumah penduduk perkampungan itu.

1 Januari 1948 ? kira-kira 200 pelampau Yahudi bersenjata mesingan dan bom tangan menceroboh kampong Al-Sheikh (5 km di tenggara Haifa) lalu membunuh wanita dan kanak-kanak.

9 ? 10 April 1948 ? dalam Operation Unity, pengganas Haganah, Irgun dan Stern bersatu mengepung kampong Deir Yassin selama dua hari. Dalam tempoh itu 250 orang Arab dibunuh dan dengan kejam dan wanitanya dirogol. Seramai 25 orang wanita hamil dibelah perutnya dan bayi mereka disembelih, 52 kanak-kanak dikudungkan kaki dan tangan.

11 Julai 1948 ? Batalion ke-89 komando Yahudi yang diketuai Moshe Dayan menawarkan pengampunan kepada penduduk Islam Lyadd dan Ramle setelah berjaya menawan perkampungan tersebut. Seramai 100 menerima itu dan berkumpul di Masjid Dahmash seperti di janjikan. Namun malang, perlindungan yang diharapkan rupanya bala yang tiba, mereka semua mati.

15 ? 18 September 1982: Seramai 3,000 kanak-kanak dan wanita Palestin disembelih di khemah di Sabra dan Shatila di Lebanon. Ketua tukang sembelih itu ialah Ariel Sharon, Bekas Perdana Menteri Israel

Posted by KERIS PUTERA at 12:09 PM

Friday, March 25, 2011

KONGRES CURANG???

‘Kongres curang’ gugat pemimpin

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0325&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Eustace Chester, dalam bukunya Love Without Fear menggunakan istilah ‘kongres curang’ bagi menggantikan perbuatan hubungan seks. Hubungan seks yang dilihat sebagai curang ialah hubungan yang berlaku dalam keadaan bertentangan dengan peraturan, moral dan susila. Ia mungkin hubungan antara kekasih yang masih belum diikatkan dengan perkahwinan. Atau hubungan sulit dalam istilah sekarang.

Tentunya hubungan itu berlaku secara sorok-sorok, atau sembunyi-sembunyi. Ia tidak akan berlaku secara terang-terangan. Ia akan mengakibatkan lebih banyak tafsiran negatif sehingga boleh menyebabkan kedudukan seseorang berubah.

Dalam sejarah manusia, sudah banyak pemimpin handal dan bijaksana menjadi korban kongres curang. Masyarakat Amerika Syarikat (AS) yang terkenal dengan seks bebas tetap tidak boleh menerima pemimpin mereka terbabit dengan kongres curang. Kes Bill Clinton dan Monica Lewinsky telah menggugat pengaruh seorang presiden sehingga dilihat sebagai seorang yang tidak lagi boleh dipercayai. Akhirnya siasatan dilakukan, dan sepanjang tempoh itu jugalah timbulnya pelbagai istilah dalam kongres curang itu, antaranya “Monicagate”, “Lewinskygate”, “Tailgate”, “Sexgate”, dan “Zippergate”.

Pada tahun 1963, berlaku skandal yang menyebabkan Setiausaha Negara Britain, John Profuno menghadapi tekanan apabila kongres curangnya dengan seorang wanita pengintip KGB, Christine Keeler terdedah. John Profuno pada mulanya cuba menafikan penglibatannya, sebagaimana Bill Clinton membuat pengakuan bersumpah. Ikut menjadi mangsa kerana mempertahankan Profuno, Perdana Menteri Harold Macmillan turut dipaksa berundur diri.

Terbaru ialah bekas Presiden Israel, Moshe Katsav telah dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun setelah didapati bersalah merogol seorang kakitangan wanita pada tahun 2005.

Dalam penantian untuk diadili ialah penglibatan Silvio Berlusconi, Perdana Menteri Itali. Beliau dikatakan gemar mengadakan parti seks, melanggan pelacur dan mendampingi wanita seksi walaupun ada di antaranya masih di bawah umur. Beliau sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan kongres curang sehingga sanggup menipu tarikh lahir dan memberikan wang yang banyak. Kedudukannya semakin terancam. Masa depan politiknya menjadi semakin suram.

Daripada perspektif sejarah, krisis politik atau kepimpinan yang melibatkan kongres curang adalah satu bentuk krisis moral. Krisis moral berlaku dalam semua masyarakat, termasuk masyarakat beragama.

Menurut seorang ahli sosiologi Islam terkemuka pada abad ke-15, Ibnu Khaldun, kedudukan seseorang yang berkuasa amat mudah terpengaruh dengan pelbagai godaan, kemegahan, harta (wang) dan wanita. Makin tinggi kedudukan kuasa seseorang itu maka makin bertambah kuat godaan yang mengasak naluri dan minda.

Sejarah banyak mencatatkan bahawa sebab utama kejatuhan seseorang pemimpin ialah kerana larut dalam godaan sehingga tidak lagi mampu memenuhi kehendak rakyat.

Kebangkitan kuasa rakyat di Tunisia, Mesir, Yemen dan kini sedang hebat berlaku di Libya mempunyai kaitan rapat dengan larutnya pemimpin dengan godaan kemewahan tanpa mempedulikan rakyat. Semakin lama berkuasa, pemimpin-pemimpin terbabit telah membina kekayaan peribadi dan menjadi lebih autokratik sehingga tidak lagi memberikan perhatian kepada rakyat kebanyakan.

Akhirnya rakyat sedar, mereka telah diperlakukan sebagai alat untuk mendapatkan kuasa, tetapi apabila berkuasa dilupakan. Lama kelamaan membangkitkan kemarahan, konflik, pemberontakan dan desakan menyingkirkan pemimpin.

Meskipun pendapat Ibn Khaldun itu mewakili analisis sejarah yang berlaku sehingga abad ke-15, realitinya masih berlaku hingga kini. Bagi menghindarkan diri daripada terperangkap dengan godaan, Ibnu Khaldun menasihatkan para pemimpin agar berhati-hati, kerana adakalanya musuh sengaja melakukan usaha untuk menjatuhkan seseorang. Kini, wanita cantik dan seksi digunakan sebagai umpan, untuk mendapatkan rahsia negara ataupun menjatuhkan kekuasaan seseorang pemimpin.

Dalam memperkatakan jenis dan bentuk godaan, Ibnu Khaldun menyimpulkannya kepada tiga. Pertama, kekuasaan secara langsung cenderung membangkitkan godaan bermegah-megah apabila diri dipuja dan disanjung. Inilah yang dinamakan mabuk pujian, dan terlalu sukar untuk menerima teguran. Teguran dianggap sebagai alahan yang wajib dijauhkan.

Kedua, bila berada di puncak kuasa, pemimpin akan merasai betapa gahnya kuasa, dan dengan kuasa itu dia berhak melakukan apa sahaja. Dia berhak untuk mengumpulkan kekayaan, maka diselidikilah kaedah terbaik bagi tidak menampakkan berlakunya salah guna kuasa. Pada ketika itulah sikap tamaknya menjadi semakin besar, dan jika boleh ingin dikuasai kesemuanya dari apa yang ada di atas bumi, di ruang udara, di perut bumi dan di laut dalam wilayah yang dikuasainya.

Hukum moral semakin menipis, yang menebal ialah aset dan harta benda. Maka apabila dipaksa menyerah diri, maka semakin banyaklah skandal dan salah guna kuasa didedahkan.

Godaan ketiga, menurut Ibnu Khaldun datangnya dalam bentuk tarikan yang boleh mencairkan iman seseorang. Bagi seorang lelaki, tarikan yang paling memukau ialah wanita cantik, seksi, mulus dan manja. Wanita tersebut bukan sahaja menjadi daya penarik bagi kepentingan dirinya sendiri, malah ada ketikanya membawa muslihat mengkhianati negara.

Dalam dunia perisikan, penggunaan wanita cantik memang menjadi satu strategi yang amat berkesan. Kecekapan dan kecantikan Anna Chapman, seorang wanita seksi Rusia akhirnya terbongkar apabila dia kerap menunjukkan kemewahannya.

Bagi menghindari godaan, Ibnu Khaldun meletakkan agama sebagai pendinding kebal. Agama diberikan nilai yang tinggi dalam membentuk sesuatu peradaban. Baginya, agama adalah faktor asas terpenting bagi membentuk sebuah peradaban besar dan hebat. Agama dijadikan acuan falsafah moral yang dapat meneguhkan sesebuah peradaban.

Akibat tidak meletakkan falsafah moral sebagai acuan peradaban, ia akan mengibarkan kekalutan dan kekeluaruan. Kecelaruan itu merupakan dosa sejarah yang besar dalam bentuk kesombongan, keangkuhan material dan ketamakan. Bila agama dikesampingkan, maka peradaban akan mengalami kehancuran. Dengan demikian, agama merupakan suatu kekuatan dalam menentukan perjalanan sejarah manusia.

Namun, ada segelintir pemimpin cuba mempergunakan agama sebagai bahan tarikan kepercayaan lahiriah, hanya sekadar memenuhi keperluan ‘menunjukkan hakikat beriman’, tetapi hatinya tersalut nafsu serakah yang tidak dapat dikawal. Agama menjadi mainan mulut sahaja.

Orang yang mempunyai kuasa digalakkan mempunyai ilmu dan apa sahaja kepakaran bagi memenuhi tuntutan kehidupan dalam dunia yang serba canggih ini. Tetapi ilmu dan kepakaran itu tidak seharusnya digunakan untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri tanpa mengambil kira hak dan keperluan orang lain.

Ilmu tidak seharusnya digunakan untuk menindas, tetapi hendaklah disisipkan dengan nilai-nilai keimanan. Akal yang dianugerahkan kepada kita, seharusnya digunakan sebagai perintang dan penghadang memasuki perilaku yang dikategorikan sebagai dosa, termasuk menipu untuk mengekalkan kuasa.

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR

Yang Dipertua Yayasan Dakwah

Islamiah Malaysia (Yadim)

KUALA LIPIS BERSEJARAH