Tuesday, March 15, 2011

BN UTAMAKAN PENDIDIKAN

Transformasi Pendidikan Utamakan Modal Insan – Muhyiddin

http://umno-online.com/?p=33711

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Pembangunan modal insan akan diberi keutamaan menerusi transformasi dalam pendidikan, peningkatan latihan kemahiran dan pemupukan pembelajaran sepanjang hayat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan pembangunan modal insan merupakan ejen penentu yang penting terhadap ekonomi negara, beliau berkata:

“Pastinya, pembekalan dan kualiti bagi kapasiti dan keupayaan sumber manusia akan menjadi prasyarat dalam memacu ekonomi dengan jayanya dengan berpegang kepada asas berkekalan dan mapan”.

“Pastinya, pembekalan dan kualiti bagi kapasiti dan keupayaan sumber manusia akan menjadi prasyarat dalam memacu ekonomi dengan jayanya dengan berpegang kepada asas berkekalan dan mapan”.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian dalam ucapannya pada majlis sambutan ulang tahun ke-75 George Kent (Malaysia) Berhad di sini hari ini.

Beliau berkata untuk memastikan pelbagai kemahiran dan kepakaran yang diperlukan oleh industri dipenuhi, agensi pelaksana telah dipertanggungjawabkan untuk merumuskan dan melaksanakan program-program kapasiti sumber manusia berdasarkan kemahiran yang diperlukan industri masing-masing.

Katanya bagi melengkapkan lagi usaha itu dan memenuhi keperluan bakat yang diperlukan bagi transformasi ekonomi Malaysia, Talent Corporation (TalentCorp) telah ditubuhkan dan diberikan mandat untuk menerajui usaha untuk mengeluarkan bakat sumber manusia yang berkualiti dan mencukupi.

Muhyiddin berkata mereka merupakan pakar yang mempunyai kepakaran tinggi, bagi membantu menjayakan agenda transformasi ekonomi dan menentukan kejayaan negara ini.

Beliau menegaskan bahawa adalah juga amat penting bagi agensi dan jabatan sektor awam untuk mengetahui secara terperinci masalah yang dihadapi sektor swasta, supaya tindakan pemulihan yang perlu dapat dilaksanakan dengan cepat.

Ini, menurut Timbalan Perdana Menteri akan dapat menyumbang ke arah memperbaiki iklim perniagaan dan prestasi sistem penyampaian sektor awam.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan DUN Merlimau baru-baru ini yang dimenangi Barisan Nasional (BN), Muhyiddin berkata ini membuktikan peningkatan keyakinan rakyat dan golongan perniagaan terhadap komitmen ikhlas kerajaan dalam usaha mentransformasikan negara menjadi sebuah ekonomi berdaya maju dan mampan.

“Majoriti lebih besar yang diperoleh di kedua-dua kawasan DUN itu adalah disebabkan mereka yakin kerajaan pimpinan BN pada masa ini mampu menyediakan program-program yang memberikan hasil, dengan mengutamakan keperluan rakyat dan perniagaan,” katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan cek bernilai RM500,000, sumbangan George Kent (M) Berhad untuk Yayasan Perubatan 1Malaysia MCA kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

George Kent ialah kumpulan syarikat kejuruteraan yang terbabit dalam pembuatan komponen dan meter air dan produk perindustrian.

No comments:

Post a Comment

KUALA LIPIS BERSEJARAH