Thursday, February 24, 2011

MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM

Tidak perlu personal Malaysia negara Islam


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_09.htm



SHAH ALAM 22 Feb. - Status Malaysia sebagai negara Islam seharusnya tidak dipersoalkan kerana kerajaan sedia ada berjaya memerintah dengan adil walaupun negara ini mempunyai rakyat pelbagai kaum.

Rektor Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu), Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi berkata, kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dan keharmonian itu patut dijadikan contoh oleh negara Islam lain.

''Pemimpin negara ini mengamalkan kepimpinan wasatiah (kesederhanaan) dan bukan bersikap autokratik.

''Itu sudah cukup untuk membuktikan yang negara ini adalah sebuah negara Islam yang wajar dicontohi oleh negara Islam lain," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau kagum dengan kemampuan negara ini mewujudkan rakyat yang lebih bertamadun dalam tempoh masa sangat singkat.

''Ini semua terdorong kerana kepimpinan negara yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat serta sentiasa mempunyai keinginan melihat negara terus maju ke hadapan.

"Ia sekali gus membuka mata negara Islam lain bahawa cara kepimpinan berteraskan Islam juga mampu menjadikan sesebuah negara itu berkembang maju," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau meramalkan ketamadunan Barat akan pupus dan muncul pula ketamadunan Timur yang dilihat sedang pesat berkembang.

Ini kerana, katanya, lebih 50 peratus daripada jumlah umat Islam adalah remaja di bawah usia 18 tahun manakala 70 peratus daripada populasi ketamadunan Barat pula berusia 60 tahun dan ke atas.

''Untuk itu, Malaysia berperanan menjadi hab pendidikan umat Islam di seluruh dunia memandangkan kemampuannya dari segi kestabilan ekonomi, politik dan kemodenan teknologi," katanya.

1 comment:

  1. Negara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah yang telah runtuh pada tahun 1924.

    Lihatlah Blog Ar Rayah World News
    http://ibnuyassir.blogspot.com/

    Untuk mengetahui perkembagan terkini kebangkitan KHILAFAH.

    ReplyDelete

KUALA LIPIS BERSEJARAH