Tuesday, January 11, 2011

UMNO BERTARAF ANTARABANGSA




UMNO Model Parti Politik Antarabangsa

Oleh: ROPIKAH AHMAD.

http://umno-online.com/?p=28888

KUALA LUMPUR, 10 Jan – UMNO bukan hanya sebuah parti politik yang mempunyai struktur organisasi lengkap malah ia adalah pertubuhan yang mantap dengan pentadbirannya dengan bukti kukuh apabila membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat keseluruhan.

Kesepaduan dan kesejahteraan UMNO sebagai tunjang pentadbiran bersama-sama parti kompenan dalam Barisan Nasional (BN) diakui sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Personal Parti Komunis Vietnam, Hoang Nguyen Hoa yang melihat UMNO sebagai model lengkap dalam sebuah organisasi.

“Kami berharap agar dapat menjalin kerjasama dan mendapat input serta mempelajari bagaimana UMNO menyediakan latihan bagi memastikan ahli-ahlinya memahami perjuangan parti,” katanya yang mengetuai kunjungan hormat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Delegasi seramai sepuluh orang berkunjung ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam usaha mereka untuk mempelajari dan mengetahui lebih lanjut berkaitan parti yang telah lebih 64 tahun usianya.

“Ahli-ahli parti mesti mempunyai kekuatan dari segi idealogi serta terus percaya kepada parti yang menjadi pentadbir selain kerajaan sendiri berusaha melakukan yang terbaik dalam usaha membangunkan Vietnam sebagai sebuah negara industri,” katanya.

Tegas Nguyen Hoa lagi, Parti Komunis Vietnam menjadikan UMNO sebagai contoh dalam membawa perubahan kepada sebuah masyarakat yang terus mempertahankan kesejahteraan dan keharmonian.

Dalam pertemuan ini, Tengku Adnan juga melahirkan penghargaan kepada Parti Komunis Vietnam di samping menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjasama dua hala dengan perkongsian idea dan jalinan kerjasama.

Menerusi pertemuan yang berlangsung hampir dua jam, beliau turut menerangkan berkaitan penubuhan UMNO sejak awal pembentukannya pada 11 Mei 1946 dan menjadi pelopor kepada kebangkitan kemerdekaan seterusnya.

Kesempatan ini juga diaplikasi oleh kedua-dua pemimpin parti tersebut bertukar-tukar pandangan di samping membincangkan hal-hal melibatkan kepakaran rakyat tempatan yang berada di luar negara.

“Vietnam adalah sebuah negara yang pesat membangun dan mampu bersaing dengan negara-negara lain dengan pantas. Justeru, kita juga mahu agar ada perkongsian idea dan kepakaran dalam hal-hal yang boleh memberi keuntungan bersama” katanya.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Setiausaha Kerja BN, Datuk Abu Khamis.

– MediaUMNO


No comments:

Post a Comment

KUALA LIPIS BERSEJARAH