Sunday, January 2, 2011

BN/UMNO : DAHULUKAN RAKYAT

Bersama BN Menjayakan Misi Negara 2011

Saturday, January 1st, 2011 | Posted by Adamyan

http://www.mykmu.net/?p=5713

Tahun 2010 telah meninggalkan kita, tahun 2011 pula menjelang tiba. Perubahan tahun ke tahun ini akan tetap berlaku selagi dunia belum berakhir, cuma kepentingan setiap tahun itu ialah ia dijadikan kayu ukur pencapaian hampir semua perkara baik individu atau kerajaan.

Dari segi politik, tahun 2010 adalah tahun gemilang untuk Barisan Nasional dengan kejayaan demi kejayaan yang diraih, baik dari segi pencapaian dalam pilihanraya kecil mahu pun ukuran kejayaan kerajaan yang dipimpin. Dengan nisbah 3 berbalas 1, BN berjaya merendam keangkuhan pembangkang dalam pilihanraya kecil di Galas, Hulu Selangor dan Batu Sapi, merendam keangkuhan pembangkang yang bangga dengan beberapa kejayaan sama dalam tahun-tahun sebelumnya.

Lebih manis, Hulu Selangor dan Galas adalah kerusi yang dirampas dari pembangkang.

Tahap kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga sebenarnya semakin meningkat walaupun kajian terbaru oleh Merdeka Survey menunjukkan sedikit penurunan yang kemungkinan dipengaruhi oleh kenaikan harga petrol baru-baru ini.

Pelaburan asing masuk yang merudum sebanyak 81% pada 2009 juga telah meningkat 3 kali ganda pada 9 bulan pertama 2010!! Dijangkakan negara akan menerima pelaburan asing masuk sebanyak RM 20 billion bila suku ke 4 berakhir semalam dimuktamadkan. Kalau masa turun 81% pembangkang sibuk menunding jari kepada kerajaan BN dengan tujuan menimbulkan kemarahan rakyat, kenaikan terbaru ini apa pula komen?

Bagi Anwar Ibrahim, dia juga mencatat sejarah tersendiri, untuk 2010, saja dia telah berjaya menangguhkan perbicaraan sebanyak 4 kali!! Ini contoh pemimpin tak boleh pakai, dengan rakyat si bangsat ni cakap lawan tetap lawan, hakikatnya Anwar adalah seorang penakut tahap dewa apabila mencari 1001 alasan untuk menangguhkan kes liwatnya yang mencecah tahun ke 4 tapi separuh jalan pun belum lagi.

Pendedahan Wikileaks menunjukkan komuniti perisikan antarabangsa pun tau kegemaran songsang Anwar.

Tidaklah kita kata pendedahan Wikileaks itu pendedahan muktamad tapi pendedahan itu sekadar membenarkan apa yang kami penyokong BN kempenkan selama ini, lama sebelum Wikileaks dedah pun. Sementara pembangkang cuba mencipta fitnah dengan cuba mengaitkan satu pendedahan Wikileaks dalam isu Altantunya dengan Perdana Menteri, walhal yang dikatakan pendedahan itu tidak merujuk apa-apa penglibatan pun seperti yang difitnahkan pembangkang.

Berlawanan dengan kes liwat Anwar, maklumat yang diperolehi itu adalah maklumat ‘teknikal’, bukan sebarang maklumat tau.

Tahun 2010 juga melihatkan tembelang sebenar PKR dengan kacau bilau dalam pemilihan tahunannya. PKR sebenarnya memang parti milik keluarga Anwar dengan dia, isteri, madu dan anaknya menduduki 4 kerusi tertinggi. Jasa Azmin berkongsi apa yang dinikahnya dengan Anwar terbalas dengan kemenangan ke jawatan Timbalan Presiden mengatasi yang lain termasuk pemimpin yang dulu diangkat sebagai wira kerana meninggalkan kabinet dan BN untuk menyertai PKR, Zaid Ibrahim.

Tahun 2011 adalah tahun yang menarik dengan pilihanraya negeri Sarawak pasti berlangsung selewat-lewatnya pada Julai ini. Dengan pembangkang sudah berkira-kira untuk menguasai kerajaan negeri Sarawak, Ketua Menteri yang baru mendapat ‘semangat baru’ dari Lubnan diharap menggunakan kekuatan baru itu untuk menghadapinya nanti;

Pilihanraya umum pula dijangka tidak akan berlangsung tahun ini, melalui indikasi-indikasi yang diberikan Perdana Menteri dan jika berlangsung sekalipun jentera BN bersedia bila-bila masa untuk menghadapinya.

Pembangkang sebenarnya sedang menghadapi cabaran hebat untuk mempertahankan pakatan dan negeri yang sedang mereka perintah sebab itu sekarang mereka ada banyak masalah termasuk dengan raja sendiri. BN perlu mengambil kesempatan ini untuk mendapat kelebihan politik berbanding pembangkang. Lagipun memilih PAS dan PKR bermaksud membantu DAP menghapuskan institusi beraja di negara ini dan merealisasikan penubuhan sebuah negara republik.

Bak kata Perdana Menteri, masa depan negara dan anak cucu kita nanti bukan untuk dieksperimenkan. Belajarlah dari kesengsaraan rakyat yang hidup dibawah pemerintahan pembangkang terutama di Pulau Pinang dan Selangor. Janji tinggal janji, 1 yang dilaksanakan pun tidak menyeluruh, yang duk rumah flet tak merasa (sekadar menyebut satu).

Mana yang sedia ada dibawah BN, kekalkanlah keadaan itu demi masa yang lebih gemilang.


1 comment:

  1. aku harap ubl lebih garang hentam pembangkang lepas ni. pru13 dh dekat. keris dan lembing mesti sentiasa tajam. bak kata pepatah, politik ni ibarat perang. kalau tidak membunuh kau akan dibunuh. maksudnya bukanlah sampai berbunuh bertumpah darah. itu perumpamaan je. maksudnya kalau nak menang, kena sentiasa menyerang. aku harap ada perubahan, kalau tak, blog umno bahagian lipis ni pulak yg akan aku serang. salam...

    ReplyDelete

KUALA LIPIS BERSEJARAH