Kekalkanlah ketenangan di Tenang
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
JIKA bukan kerana peristiwa tragis pembunuhan demi pembunuhan, kemalangan ngeri jalan raya serta kekalutan politik pembangkang, tentunya tahun 2010 akan merupakan tahun yang penuh dengan keindahan dan harmonis buat rakyat Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia, saya agak terpanggil untuk berkongsi pandangan perihal kelakuan, perangai serta peradaban yang ditonjolkan oleh segelintir politikus terutamanya daripada pihak pembangkang.
Tak perlulah saya ulangi akan kisah-kisah tak senonoh mereka di Dewan Rakyat serta isu-isu yang mereka pertahan atau perjuangkan. Bukankah sepatutnya mereka menjadi pejuang dan jurubicara kepada rakyat yang telah memilih mereka untuk membela nasib rakyat?
Di sinilah saya sangat-sangat berharap satu "Gelombang Transformasi Politik Baru" akan dapat diterjemahkan dalam bentuk realiti. Dan tentu sekali, Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang diharapkan menjadi satu titikpermulaan budaya tersebut.
Pilihan Raya Kecil Tenang merupakan satu pilihan raya kecil yang amat penting sekali dalam sejarah tanah air atas tiga sebab utama.
Pertama, ia merupakan pilihan raya kecil yang terakhir (diambil kira baki wajib) dan ia berada di negeri yang dikatakan sebagai tiang seri Barisan Nasional.
Kedua, keputusan serta lebihan majoriti akan menjadi penanda aras terhadap penerimaan rakyat terhadap keberkesanan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam agenda beliau mentransformasikan negara.
Dan ketiga, secara kebetulan DUN Tenang berada dalam Parlimen Labis yang pernah satu ketika menjadi kawasan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang sekarang diterajui oleh anak beliau. Tentunya peratusan undi Cina yang memberi sokongan kepada BN akan menjadi perhatian semua.
Kepada Datuk Abdul Ghani Othman selaku Pengarah jentera pilihan raya Tenang, beliau cukup arif serta berpengalaman dalam mengetuai amanah tersebut.
Sesungguhnya gerak kerja serta sistem holistik yang beliau perkenalkan sejak lebih 16 tahun yang lalu diharap akan membuahkan hasil, insya-Allah.
Berilah penuh kepercayaan untuk beliau membawa arus transformasi politik yang telah beliau perkenalkan buat sekian lama untuk diterjemahkan oleh rakyat Tenang dalam bentuk undian.
Biarlah pilihan raya kecil Tenang berjalan dengan penuh "kesederhanaan". Tentunya penglibatan serta sumbangan selama dua penggal bekas ADUN Tenang, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang cukup sinonim dengan rakyat Tenang serta kemesraan dan personaliti beliau yang 'berpijak di bumi' memberikan pulangan yang amat berharga untuk BN.
Sesungguhnya rakyat Tenang sangat-sangat berharap agar anak tempatan yang berwibawa akan dapat menggantikan ketokohan yang di tinggalkan beliau.
Sebagai rakyat Johor, saya ingin menyarankan kepada parti-parti politik yang terbabit agar biarlah Tenang berada dalam ketenangannya seperti sedia kala walaupun masa musim berkempen bermula.
Kepada mereka yang akan berkampung di Tenang, hormatilah budaya hidup serta adab susila orang Johor yang memang penuh dengan adab budaya Melayu.
Rakyat Johor, suka pada politik secara berhemah dan bertatasusila. Selamat berkempen.
DR. MOHD. AZAM RAUZAN,
Bandar Baru Uda, Johor Bahru
1.. Kenaikan minyak masak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.
ReplyDelete2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit minyak masak tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.
(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga MINYAK MASAK antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand .
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, kita saling membantu.
4. Penjimatan subsidi dipulangkan balik pada rakyat.
5. Langkah ini adalah situasi menang-menang.