Siapa Sebenarnya Pengkhianat, UMNO Atau Pembangkang?
Oleh : Mohd Nasri Zakariah.
http://umno-online.com/?p=29972
LABIS 24 Jan – UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menjadi pengkhianat atau penderhaka kepada institusi raja-raja, sebalik pihak pembangkanglah yang sering melakukan perbuatan itu demi kepentingan politik mereka.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata dakwaan itu bagaikan berbalik semula kepada pembangkang ibarat seperti `meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri’ berdasarkan kepada beberapa kejadian yang berlaku sebelum ini seperti di Perak dan Selangor.
Menurutnya, seperti apa yang berlaku baru-baru ini apabila kerajaan Selangor tidak mengiktiraf perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Khusrin Munawi walaupun sudah diperkenankan oleh Sultan Selangor.
“Kita tak pernah mengata sultan `bersultan di mata, beraja di hati’ yang dikatakan oleh wakil rakyat PKR di Selangor, kita tak pernah sebut, dari segi perlantikkan SUK, sudah diperkenankan oleh Sultan tetapi protes secara terbuka dilakukan, siapakah sebenar yang menjadi penderhaka,
“Ini bukan satu insiden baru, dulu-dulu pun, berapa banyak laporan polis dibuat terhadap pemimpin-pemimpin parti sewaktu PKR memerintah Perak, apa yang dilakukan kepada Raja Muda Perak, Raja Nazrin yang terpaksa menunggu berjam-jam sebelum dewan dimulakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pembentangan cadangan pindaan Perkara 52 (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 pada sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Pindaan itu bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri yang kini di bawah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan, iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Ismail Sabri berkata, tidak perlu Khalid membuat tuduhan terhadap UMNO dan BN tetapi perlu melihat apa yang telah dilakukan oleh Pengerusi Dap, Karpal Singh yang sering kali membuat kenyataan menghina sultan.
“Berapa banyak kenyataan Karpal Sighn menghina sultan, sehingga berpuluh-puluh laporan polis dibuat terhadap Karpal, ini jelas menunjukkan penderhakaan dan pengkhianat sebenar adalah parti pembangkang, sama ada PKR, Dap termasuk juga Pas, bersetongkol dengan mereka .
“Saya pun tidak tahu apa motif sebenarnya, tetapi di Selangor semua orang tahu, memerintah bukan PKR, di Selangor yang memerintah Selangor, sebenarnya Dap, saya percaya Khalid adalah patung sahaja, yang menurut perintah daripada Dap tidak lebih daripada itu, semua orang Selangor tahu, siapa yang memerintah Selangor,” katanya.
Beliau menasihat rakyat supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan apa yang diperkatakan oleh pembangkang seperti apa yang berlaku di Selangor sehingga ada pihak sanggup diperalatkan bagi merealisasikan cita-cita politik.
Media UMNO.
No comments:
Post a Comment