Sunday, December 6, 2009

ANTARA DOA DAN POLITIK


Antara doa dan politik

Minda Dr. Maza

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?=2009&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak Kelantan. Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak.

Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.

Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka.

Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku. Sedangkan nas syarak itu asas, sedangkan realiti itu dinilai dalam melihat adakah wujud keserasian untuk dipadankan nas tertentu dengan konteksnya yang sesuai.

Maka perkara pertama seorang pengkaji Islam hendaklah memahami apakah dalil-dalil syarak dalam sesuatu perkara. Kedua, adakah dalil-dalil itu bertepatan dengan realiti atau konteks yang wujud. Umpamanya perkara yang pernah saya sebutkan dahulu tentang hukum menjawab salam bukan Muslim. Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu 'alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa 'alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka ertinya menjawab salam bukan Muslim dengan ucapan 'wa 'alaika' itu hanya dalam konteks di mana mereka memberi salam dengan cara dan niat yang jahat, bukan dalam keadaan yang apabila salam diberikan dengan sopan dan hormat.

Ertinya melihat nas dalam realitinya adalah penting bagi seorang sarjana dalam memahami sesuatu hukum. Perbezaan keadaan boleh membawa kepada perbezaan hukum. Namun, dalam menilai hukum ia mestilah bertitik tolak dari dalil-dalil syarak, kemudian memahami dalil-dalil tersebut dalam realitinya yang sebenar.

Saya bukan ingin berbicara tentang doa politik tersebut, tetapi ingin berbalik kepada isu doa keburukan kepada sesama Muslim, boleh atau tidak?.

Ada yang menjawab sama sekali tidak boleh. Ada pula yang menjawab sama sekali boleh. Mungkin ada yang fanatik parti akan menjawab, doa untuk parti musuh boleh, parti sendiri tak boleh. Itu pun belum lagi kita tanya dia 'Bagaimanakah mengklasifikasi perkataan 'musuh' menurut Islam?!

Sebelum kita melihat ke dalam konteks bersaing politik dan salahguna agama dalam suasana politik yang ada, mungkin seseorang boleh menjadikan soalan itu lebih mudah dihayati dan difahami dengan bertanya; "Jika seseorang Muslim menzalimi saya, bolehkah saya doakan agar Allah mengambil tindakan atau menghukumnya di dunia?".

Maka di sinilah memerlukan dalil-dalil syarak dalam menetap asas ini. Kemudian, barulah kita akan lihat konteksnya, iaitu adakah orang yang dikatakan zalim itu memang benar-benar zalim?! Kemudian, adakah setimpal kadar kezaliman itu dengan isi doa yang dilafazkan?!
Dalam hidup kita ini kita mungkin akan menemui manusia yang mengaku Muslim tetapi sangat jahat, menganiayai dan menzalimi kita. Menipu, memfitnah dan menyiksa kita; boleh atau tidak kita berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya?

Lebih jelas jika kita kenang wanita yang dirogol, atau diragut sehingga cacat, atau keluarga dibunuh, adakah mereka diizinkan Islam agar berdoakan kepada Allah untuk menurunkan musibah atau balasan dunia kepada orang menzalimi mereka?!

Ungkapan sesetengah tokoh agama bahawa sama sekali tidak boleh doa bala atau keburukan kepada Muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan nas-nas yang mengizinkan hal ini. Sementara kenyataan yang menyebut boleh secara mutlak berdoa agar diturunkan bala kepada Muslim atau bukan Muslim tanpa meneliti kadar yang dikatakan zalim itu, atau musibah yang diminta itu akan menyebabkan doa menjadi permainan lidah dan berlaku perbuatan melampau dalam berdoa.

Diizinkan

Namun kita percaya Allah Yang Maha Bijaksana tidak akan menerima doa yang tidak betul atau disalahgunakan.

-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis.

4 comments:

  1. Saya kurang arif mengenai isu ini.Tetapi melalui apa yang saya pelajari kalau kita dizalimi Allah tidak akan menolak doa orang yang dizalimi.Dalam isu ini perjanjian telah dibuat dalam isu royalti minyak.Mengapa menukar takrifnya kepada wang ehsan.Sebenarnya pihak mana yang tidak mengikut perjanjian.Hak rakyat mesti diberi kerana kerajaan hanya pihak yang menguruskan.Dalam berbagai isu kebanyakan rakyat sudah faham apa yang cuba disembunyikan kerana bagi saya bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan sehelai kain.Fikiran dan pengetahuan rakyat yang ambil berat soal politik tidak akan mudah ditipu.Kalau dana yang diberi kepada rakyat melalui jalan yang sah dan tanpa ada tapisan daripada pihak tertentu semestinya akan menggerakkan ekonomi yang stabil.Politik dan agama adalah satu dan tidak boleh dipisahkan kerana setiap saat dan detik semuanya dikira dalam catatan kita.Apa sahaja yang dibuat termasuk dalam agama.Kekosongan kerusi dan mahkamah telah jadi hancur dan akan kembali mengena kepada si pembuatnya.Kisah hidup seorang penipu tidak akan selamanya dapat menipu kerana kebenaran akan mengatasinya.Sepandai-pandai menipu akhirnya akan lupa dari sudut mana dia akan mengakhiri ceritanya.Alasan-alasan tidak akan lagi dipakai setelah semua orang tahu bahawa sebenarnya dia seorang penipu.Dan isu doa nik aziz mengapa nak takut kalau tak salah.biarlah dia berdoa.Allah itu maha mengetahui siapa yang benar dan siapa yang salah.Kita lihat sendiri nanti....

    ReplyDelete
  2. Ni...pasal isu minyak kat Kelantan...bukan main kecoh lagi nak bawa isu ini kat mahkamah dunia...isu ni senang jer...PAS kata ada perjanjian antara PETRONAS dengan kerajaan Kelantan. Memang betul tu..Tapi kena sedar, perjanjian yang ditandatangani dulu adalah di antara kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan BN.

    Sekarang dah tak ada lagi kerajaan BN Kelantan..(Bukan bermaksud 'royalti minyak ni hok BN, tapi perjanjian dengan kerajaan BN)dengan sendirinya perjanjian itu terbatal! PETRONAS tak pernah buat perjanjian dengan kerajaan PAS Kelantan...!.(Langsung tak pernah berjanji dengan kerajaan PAS) Jadi, pergilah ke mahkamah mana pun.. Insyaallah..PAS tak akan menang...memang tak layak dan tak ada perjanjian.

    Oleh kerana tak ada kerajaan BN kat kelantan lah (Kerajaan yg pernah buat perjanjian dgn PETRONAS)maka PM atas dasar ehsan memberikan 'wang ehsan' kepada rakyat kelantan melalui JPP. PAS kata kononnya ini hak rakyat Kelantn...Nah..itukan dah diberikan kepada rakyat...Kalau dah hak rakyat, mana-mana saluranpun kira sampai untuk rakyat, kenapa Kerajaan PAS pulak yang beriya-iya benar...ada udang sebalik mee kot!

    Kalau nak ikut logik akal mudah jer...ibarat seorang anak yang tak kenang budi, setiap hari mencerca, mengutuk, mengata, mengherdik... dihebohkan kepada semua orang ramai...cakap kasar dengan ayah! tiba-tiba nak minta wang dari ayahnya yang diiburuk-burukkan tadi...agak-agak ayah ni nak bagi tak..?, anak yang baik ke kalau macam ini? ....sama lah juga dengan Kerajaan Pusat...apa lagi yang PAS tak kata pada kerajaan pusat...bukan setakat kerajaan malah secara individu diserangnya...puas la Datuk Najib menjawab isu-isu peribadi yang ditimbulkan PAS...

    ReplyDelete
  3. Hai marah nampak.Saham minyak dah dapat ke.Boleh le beli kereta baru.Nampaknya penyokong bn masih tak dapat memahami keadaan hidup yang terpaksa dilalui oleh rakyat.Kalau orang berada dan nasibnya baik takpe le,kita kena ambil kisah dengan keluarga yang mempunyai keluarga ramai dan tanggungjawab yang sungguh membebankan.Slogan dibuat tetapi tidak juga rakyat mencapai taraf yang dikehendaki.Kalau nak kira perjanjian yang telah dibuat mengapa kalau tukar perdana menteri mengapa perjanjian tidak ditukar.Kalau perjajian dan undang-undang lama pun pakai lagi mengapa tuan punya yang buat perjanjian pun bising.Takkan dia tak tahu bahawa kerajaan dah bertukar.Saya nak tanya kalau kita pergi keluar negara berapa nilai wang kita dan negara lain.Tentunya ini akan mengurangkan jumlah tukaran wang kita.Semuanya disebabkan kerajaan yang membazir dana sehingga tidak disalurkan kepada jalan yang lebih bemanafaat yang dapat menjana ekonomi rakyat.Asyik -asyik dana kepada projek mega.Berapa kerat rakyat yang dapat merasa dari hasil projek ini.Yang lain berhempas pulas nak teruskan hidup.Hasil titik peluh rakyat pergi kepada orang yang tak keluar pun peluh.Cukai berlapis-lapis dan tak ada pilihan bagi rakyat.Kuasa juga disalah gunakan.Dan kalau nak kira kerajaan dan rakyat seperti ayah dan anak adalah silap.Ayah tidak diundi oleh anak tetapi kerajaan diundi oleh rakyat.Mereka sebagai pemegang amanah kepada rakyat sepatutnya mereka yang perlu berterima kasih kepada rakyat yang melayakkan mereka hidup senang dan mewah tanpa perlu berjemur diterik matahari.Mereka hanya buat undang-undang dan banyak berpihak kepada kroni.Kalau rakyat tak bayar cukai mereka dapat kesan dengan cepat tetapi kalau rakyat hidup melarat dan merempat mereka langsung tak nampak dan buat-nuat tak nampak.Kerajaan yang adil adalah kerajaan yang hidup sederhana seperti rakyat juga dan turut merasa kesusahan rakyat.Kalaulah PRU lalu bn menang banyak tentunya banyaklah harta benda dan hak-hak rakyat yang semakin hilang.Dah lama duduk dalam pentadbiran bn rakyat dah jemu dan ingin merasa corak pemerintahan yang boleh menjamin hak rakyat.Suara rakyat diketepikan sahaja.Kalau penyokong bn tetap nak menyokong juga ikut suka hati merekalah tetapi bagi saya berbagai persoalan yang tidak dapat dijawab oleh bn akan terjawab bila PR menang pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
  4. Kata saya marah itu tidak benar.... cubalah berpijak dibunmi yang nyata... nyatakan nama.

    Semua orang yang menggunakan minyak telah dapat sahamnya secara langsung (subsidi)... termasuk tanpa nama.... jangan cuba nafikan.

    Idealogi sosialis nampaknya yang tanpa nama amalkan dan pegang.... ingin jadi jaguh rakyat tapi tak berpegang kepada asas dan fakta.

    Banyakkan lagi membuar inferen dan rujukan sejarah.... jangan cepat melatah.

    Tukar kerajaan bukan semudah menukar baju... salah-salah tukar terkena baju dah lama tak basuh.... nanti berkurap... baru nak menyesal.

    ReplyDelete

KUALA LIPIS BERSEJARAH