Monday, July 20, 2009

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS


YB. Abdul Rahman Mohamad memperlawa Dato Razali untuk merasa masakan orang Lipis



YB. dato Razali Ibrahim menandatanggani Buku Pelawat UMNO Bahagian Lipis



Ketua Pemuda Pahang yg juga Ketua PPU Lipis berbincang sesuatu dengan Dato Razali serta
Yb. Abdul Rahman tentang masa depan perjuangan bangsa melayu.

Ketua UMNO Bahagian menyampaikan cenderahati iaitu Ikan Patin dan Ikan Kerai dari
Sungai Jelai


Cenderahati dari PPU Lipis


Saudara Mansor Salleh menerima Sijil AJK Pemuda Lipis seasi 2004 hingga 2008


YB. Dato Razali Ibrahim berucap merasmikan persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis 2009. Dalam ucapannya beliau berharap ahli UMNO berubah daripada sindrom TAHU.
1. TAHU tapi tak buat, tak ikut, tak dengar......
Tiada gunanya kalau kita tahu dan faham sesuatu pekara tetapi kita TIDAK melaksanakan apa yang kita tahu terutamanya dalam usaha menguatkan dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO.
2. TAHU segalanya kita semua tahu sedangkan pada hakikat...
Seperti dijelaskan oleh Dato Seri Najib bahawa hari ini bukan lagi zaman dimana kita mengetahui segalanya. Banyak pekara sebenarnya kita tidak mengetahui dan kita orang-orang UMNO kena pergi turun ke akar-umbi melihat denyut nadi rakyat bawahan.

Diantara AJK Bahagian yang hadir

Ucapan Ketua PPU Lipis yang juga Ketua PPU Negeri Pahang. Menyampaikan hasrat PPU Lipis agar Kementerian Belia dapat melihat kemudahan atau Infrastruktur Sukan di Kawasan Luar Bandar seperti di Daerah Lipis dapat dipertingkatkan. Beliau meminta Kementerian Belia dapat mempertimbangkan beberapa Gelanggang Serbaguna dibina di Lipis.

1 comment:

  1. Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis kerana berjaya menganjurkan Persidangan dengan lancar dan berjaya.

    Semoga Pergerakan Pemuda UMNO Lipis dan Cawangan-Cawangannya terus dirahmati Allah dan dimudahkannya untuk terus berjuang untuk rakyat. InsyaAllah.

    ReplyDelete

KUALA LIPIS BERSEJARAH