Tuesday, July 21, 2009

PEMUDA UMNO SOKONG TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA

KUALA LUMPUR 20 Julai - Suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock perlu ditubuhkan segera bagi mengelakkan kes itu terus dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, penubuhan suruhanjaya itu juga perlu supaya tidak timbul pertikaian yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada keamanan negara.
"Ia (penubuhan suruhanjaya) perlu dilaksanakan segera agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

"Kita bimbang jika pelaksanaannya tidak disegerakan akan timbul masalah yang lebih buruk dan tidak terkawal," katanya kepada pemberita ketika sesi memanas badan pasukan ragbi Pemuda UMNO di Padang Merbok di sini hari ini.

Selain itu, Razali berkata, penubuhan suruhanjaya tersebut juga dilihat dapat mengelakkan salah faham rakyat terhadap sistem undang-undang negara.
"Dengan ini siasatan secara menyeluruh dapat dilakukan tanpa sebarang penipuan," jelas beliau.
Beliau menyelar tindakan pihak pakatan pembangkang yang menganjurkan perhimpunan dan demonstrasi jalanan dan disifatkannya memperalatkan keluarga Beng Hock.

3 comments:

  1. Tahniah UMNO Lipis. Harap Moderator akan update selalu.

    ReplyDelete
  2. saya dah linkkan umno lipis dgn blog ahli parlimen lipis.

    ReplyDelete

KUALA LIPIS BERSEJARAH