Wednesday, August 18, 2010

HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU



UMNO Tetap Pentakrif Kesatuan Melayu Berteraskan Perlembagaan Malaysia



Oleh: ROFIKAH AHMAD


http://umno-online.com/?p=18463


KUALA LUMPUR 17 Ogos – UMNO adalah satu-satunya parti yang bertunjangkan prinsip perjuangan mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara berdasarkan Perlembagaan Malaysia, kata Profesor Datuk Dr. Shamsul Amri.

Beliau yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melihat bahawa pendedahan berkaitan wujudnya ‘perlembagaan baru’ yang dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
“Kita perlu tegas menangani hal tersebut dan jangan terperangkap dengan agenda pihak yang sengaja mahu mengelirukan masyarakat dan menarik perhatian melalui propaganda sedemikian,” katanya.

Terang beliau kepada umno-online.com, kewujudan perlembagaan sedemikian sebenarnya bukanlah satu perkara baru tetapi mesti diambil sebagai satu manfaat untuk memperkukuh dan memperkuatkan UMNO yang mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.
“Ketegasan mesti dinyatakan dan diluahkan agar tidak ada pihak yang mengambil mudah atau memperlekeh kedudukan UMNO itu sendiri dalam mendukung Perlembagaan Negara,” katanya.

Ujarnya, UMNO mentakrif perpaduan Melayu melalui kesatuan dalam parti itu sendiri.
“Justeru, ia mesti direalisasikan sebagai kekuatan dan soalnya bagaimana untuk mentakrif perpaduan dan kekuatan itu sendiri?

“Berdasarkan sejarah lalu, pelbagai perlembagaan telah diwujudkan yang menjadi teras dalam pentadbiran misalnya ketika zaman kolonial dan zaman pemerintahan Jepun kerana ia adalah bentuk dan acuan kerajaan yang mereka mahukan,” katanya.

Namun begitu, katanya lagi perlembagaan ini tidak kekal sebagaimana tempoh kewujudan sesebuah bentuk kerajaan itu sendiri ekoran wuudnya kerajaan baru dengan dokumen pentadbiran yang juga baru.

Tambahnya lagi, tidak mustahil jika ‘perlembagaan baru’ tersebut telah lama ada sebagaimana hasrat pakatan pembangkang yang mahukan kerajaan sendiri dengan corak pemerintahan berbeza sekiranya mereka mendapat kuasa.

“Kita lihat DAP dengan Malaysian Malaysianya, maka sudah tentu mereka ada perlembagaan sendiri sebagaimana impian mereka untuk berkerajaan. Bila pelaksanaannya bermula adalah berdasarkan kepada perlembagaan atau bentuk dokumen pentadbiran yang mereka tulis sendiri,” jelasnya.

Katanya lagi, parti PAS juga pernah mengutarakan agenda sama iaitu untuk mewujudkan perlembagaan berteraskan Islam dengan angan-angan untuk menjadi kerajaan sedangkan hakikatnya mereka tidak realistik.

“Kita lihat DAP dengan Malaysian Malaysianya, maka sudah tentu mereka ada perlembagaan sendiri sebagaimana impian mereka untuk berkerajaan. Bila pelaksanaannya bermula adalah berdasarkan kepada perlembagaan atau bentuk dokumen pentadbiran yang mereka tulis sendiri,” jelasnya.

“Kita lihat sehingga hari ini pentadbiran PAS seakan masih tercari-cari matlamat mereka kerana apa sahaja yang mahu ditimbulkan oleh pembangkang adalah berkait dengan negara idaman mereka, dan pastinya ia menjadi agenda politik dalam hasrat mengaburi masyarakat dengan stategi kempen yang mereka lakukan.”

Dalam hal ini, beliau menggesa masyarakat termasuk orang Melayu sendiri bijak membuat penilaian dan membuat keputusan bersandarkan kepada realiti sebenar yang sedia ada.
“Rakyat bukan bodoh dan tentunya akan buat keputusan setelah tahu isi kandungannya. Sekiranya ‘perlembagaan baru’ yang mahu diwujudkan oleh pihak tertentu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga agama Islam maka mana mungkin bangsa Melayu itu sendiri mahu menerimanya?” soal beliau lagi.

Tegasnya lagi, berapa banyak pun perlembagaan yang ada atau yang mahu diwujudkan oleh pembangkang maka ia akan tetap hanya sebagai taktik politik semata-mata sekiranya Perlembagaan Malaysia masih dilaksana.

“Membina perlembagaan bukan perkara mudah sebagaimana yang dilakukan oleh pakatan pembangkang. Kita jangan melatah dengan tindakan mereka sebaliknya perteguhkan langkah sendiri ibarat jika nak bersilat tahu bunga-bunganya kerana jika tersalah langkah sumbang jadinya.”

- MediaUMNO

2 comments:

  1. Sori nak cakap. UMNO mcm dah kuat sgt. Tak ada idea ke nak buat ceramah blasah PR sebagaimana PR tak penah berenti blasah UMNO/BN. Cuba radikal sikit masa ni. Sunami politik nampak tidak cukup mengejutkan UMNO Lipis. Masih lena mcm biasa sebab UMNO x penah terlepas Lipis. Boleh x ambik iktibar apa yang dh berlaku kt S'gor, Perak, Kedah & PP. Susah sgt ke nak cari isu? Belambak 3 hari 3 malam cerita x habis. OK, aku nak ingatkan semula, lepas raya ni buat program mcm yang aku cadangkan. Jemput sapa2 yg ada karisma berucap dtg & beri ceramah. YB Aman, apa lagi nak tunggu. Jangan la kita asyik kelahi sesama sendiri, kt sebelah tu satu markaz senyum & sengih.

    ReplyDelete
  2. Bab barang naik tak habis nak jawab.
    Duit semakin tak bernilai...

    ReplyDelete

KUALA LIPIS BERSEJARAH