Thursday, August 19, 2010

ANDAKAH SI KITOL DAN RAJA MENDELIAR ?


Gurindam 13 resolusi MCA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0819&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Alamak MCA buat hal lagi
Kali ini dengan 13 resolusi
Kuota 30 peratus minta dihapusi
Sekolah Cina hendak ditambah lagi

Minyak dan Gas juga minta dibukakan

Dari huluan sehingga hiliran

Kononnya industri sudah tinggi kedudukan

Sedangkan Melayu masih ketinggalan

GLC juga jadi sasaran

Permintaannya yang bukan-bukan

Ke dalam Lembaga Pengarah perlu dimuatkan

Bukan bumiputera demi kesaksamaan

Di sektor swasta tidak pula dibangkitkan

Melayu dilantik sebagai perhiasan

Kalau yang bekerja peluang disisihkan

Kepada yang memohon Mandarin diperlukan

Satu lagi tuntutan tentang liberalisasi

Apa yang ada tidak mencukupi

Mana bidang yang belum dibuka lagi

Patut dibuka jangan tangguh-tangguh lagi

Tender juga harus terbuka

Walaupun bahan binaan dah kuasa mereka

Projek mereka tak mahu bagi kita

Lama-lama isi ke dia, kuah ke kita

Bila biasiswa diberikan kepada semua 9A

Gembira mereka tidak terkata

Mereka lupa beza pelajar di bandar dengan di desa

Alamat yang di kampong ketinggalanlah nampaknya

Jangan kita nak tolak tepi

Amaran MCA nak kerjasama dengan DAP

Jangan-jangan nak ajak juga PAP

Sebab mereka tahu perpaduan UMNO-Pas tak boleh jadi

Kadang-kadang kita pun hairan

Dalam semua bidang Melayu ketinggalan

Rancangan Malaysia pertama hingga kesembilan

Tidak kurang satu trilion sudah dibelanjakan

Cuba kita tanya siapa yang menguasai kekayaan

Sejak 45 tahun Rancangan Malaysia diperkenalkan

Bumiputera hanya miliki 21.9

Itu tak kira hartanah dan tabung simpanan

Ada yang kata FDI jatuh pasal DEB

Sedangkan tiada perubahan dalam industri

Mesin lama dipakai lagi

Sedangkan orang dah pergi ke teknologi tinggi

80 peratus tenaga kerja lulusan SPM

Yang mahir hanya suku bahagian

Sektor swasta juga buat kesalahan

Tidak ada rancangan latihan kemahiran

Sepuluh tahun kita tidur lena

Sejak berlakunya krisis kewangan Asia

Struktur ekonomi tidak disusun semula

Sekarang baru nak buat semua

Generasi muda pula sukar dipengaruhi

Mereka punyai pendirian sendiri

Ramai yang belajar di luar negeri

Yang tiris, bocor, rasuah semua diketahui

Walaupun dah hilang dua pertiga

Perubahan tidak lagi punyai masa

Pembangkang pun dah naik besar kepala

Apa nak tunggu hilang semua?

Walaupun MCA macam-macam retoriknya

Hanya 9 peratus masyarakat Cina yang terima

Soi Lek tak peduli apa ‘Merdeka Center’ kata

Kepada kerajaan dia akan sondol aje.

Dato’ Salleh Majid

Kuala Lumpur

1 comment:

  1. Susah senang kita kena kerja sorang. MCA, Gerakan hatta MIC susah nak dipercayai. Komponen ini tidak perlu diharap untuk ketuanan melayu. Yang confirm, dalam hati setiap satunya adalah anti melayu. Yang paling malang dalam kita ada sikitol. Tau sapa sikitol? Ada bersama kita...

    ReplyDelete

KUALA LIPIS BERSEJARAH