Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Politik 2010. Siapa kecundang?


ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 27/12/2009


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm


Tinggal beberapa hari lagi, tahun 2009 akan menutup tirainya dan kita akan melangkah ke tahun baru 2010.

Sepanjang tahun ini, pelbagai peristiwa suka dan duka mewarnai kehidupan di negara ini.
Awang bersyukur kerana 2009 menyaksikan banyak peningkatan dalam semua bidang terutama di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak.

Sokongan terhadap kerajaan yang sebelum ini sesuatu yang dianggap kritikal telah berubah menjadi jauh lebih baik.

Pada masa yang sama, pembangkang berdepan dengan banyak masalah dalaman dan kajian mendapati sokongan terhadap pembangkang termasuk daripada kalangan orang muda, merosot.
Isu-isu politik akan terus menjadi tumpuan pada tahun depan. Barisan Nasional (BN) kini menghadapi isu-isu tertunggak yang perlu diatasi termasuk kemelut MCA dan PPP. Formula terbaik, Presidennya, Ong Tee Keat wajar berundur dan perlu ada barisan kepimpinan baru.

Awang juga berharap kelesuan dalam Gerakan ekoran kekalahan teruk parti itu pada pilihan raya umum lalu dapat dipulihkan. Tanda-tanda kebangkitan parti itu belum nampak. Timbul persoalan, apa yang Presidennya, Koh Tsu Koon lakukan? Jika beliau tidak agresif, lebih baik berundur dan beri peluang kepada pemimpin pelapis. Yang paling dinantikan ialah peralihan kepimpinan MIC daripada S. Samy Vellu kepada penggantinya. Samy sudah menerajui MIC terlalu lama dan tiada sebab BN perlu berkompromi untuk mengekalkan kedudukannya. Awang percaya tanpa Samy, potensi MIC untuk menarik sokongan masyarakat India jauh lebih besar. Parti itu sendiri harus merasa malu besar jika gagal memastikan peralihan seolah-olah pergantungan mereka kepada Samy terlalu luar biasa.

UMNO seimbas lalu kelihatan kukuh tetapi itu bukan jaminan parti tersebut boleh selesa. Ini kerana keberkesanan kebanyakan bahagian UMNO untuk mendampingi rakyat terutama golongan muda masih di takuk lama.

Desas-desus rombakan kecil bagi jawatan menteri dan timbalan menteri melibatkan beberapa pemimpin UMNO terus berlegar dan mungkin menjadi kenyataan pada tahun baru.

Antara nama yang disebut-sebut akan dilantik ialah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Kedudukan beliau di luar jawatan kerajaan seperti sekarang memberi kelebihan untuk melonjakkan misi parti. Tetapi jika dilantik, Awang percaya ia langkah yang tepat. Sama ada suka atau tidak, Khairy sememangnya berkebolehan dan boleh menjadi sandaran. Bagi pembangkang, 2009 pasti menjadi tahun yang amat mencabar. Kes liwat Anwar Ibrahim terhadap pembantunya, Saiful Azlan Bukhari pasti menjadi tumpuan seluruh negara.

Berdasarkan petunjuk terbaru, Anwar tidak lagi menerima sokongan padu daripada pembangkang. Sebahagian pemimpin Pas misalnya tidak lagi teruja mempertahankan beliau kerana tidak mahu parti itu terbabit dalam isu moralnya. Taktik beliau asyik menangguhkan kes itu juga mencetuskan persoalan besar semua pihak termasuk pembangkang - mengapa takut?
Perpecahan dalam Pas diramalkan oleh banyak pihak akan 'meletup' tahun depan. Kedudukan Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat makin goyah. Isu menantunya, tajaan haji dan pendirian pro kumpulan Erdogan dan DAP, mengheret beliau kepada kemerosotan sokongan yang belum pernah berlaku selama ini. PKR pula bertungkus lumus untuk membendung kejatuhan sokongan rakyat ekoran pelbagai isu terutama kelemahan dan kepincangan kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim. Keraguan terhadap Naib Presiden, Azmin Ali juga terus memuncak dan yang nyata, pergeseran dalaman PKR kian melemahkan parti tersebut. Dalam pada itu, DAP kelihatan terdesak untuk mengekalkan momentum sokongan kaum Cina dengan memainkan banyak isu perkauman dan hal-hal yang menyentuh Perlembagaan.

Pada Awang, DAP meneruskan rekodnya sebagai parti paling rasis bukan sahaja di Malaysia, malah di dunia.

Tetapi isu lebih kritikal yang melingkari pembangkang ialah kegagalan untuk membina pakatan sebenar kerana bimbang ada parti yang lebih dominan.

Memandangkan begitu banyak kepincangan pembangkang maka strategi mereka ialah memanipulasi isu-isu tertentu termasuk yang terbaru berkaitan kehilangan enjin pesawat TUDM. Awang lega kerana kerajaan komited kepada siasatan penuh untuk menghukum sesiapa yang bersalah.

Apa pun banyak persoalan berlegar terhadap isu politik tahun depan. Apakah pembangkang terutama PKR akan merudum teruk atas segala kepincangan atau sebaliknya BN tidak melonjak hanya kerana kesilapan dan kelalaiannya? Yang lebih menjadi perhatian, siapakah politikus yang akan kecundang? Apa pula doa dan harapan Awang bagi tahun 2010? Semoga negara diselamatkan daripada politikus musang berbulu ayam - yang berniat jahat, menjadi alat pihak asing dan yang mahu merungkai Perlembagaan negara.

Saturday, December 26, 2009

TUN MAHATHIR, LAGENDA MELAYU

TUN DR. MAHATHIR, LEGENDA MELAYU

Petikan daripada blog di URL berikut:

http://braveheart-blogger.blogspot.com/2009/12/siapa-sayangkan-umno-tun-mahathir.html


Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia.Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran.Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21.

Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya.Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya.Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama ada terlalu memuji-memuja atau sangat negatif dan seolah-olah mengeji. Tidak ada gelaran yang `jalan tengah' dalam mana ciri-ciri positif dan negatif tersimpul satu.

Maka demikian keadaannya sungguh menarik kepada ramai pemerhati mengenai Dr. Mahathir.

Dapat disimpulkan bahawa Dr. Mahathir, biar apa pun gelaran yang diberikan oleh sesiapa saja, adalah seorang tokoh yang mendapat perhatian umum dan cukup luas audiennya, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Di kalangan anggota ASEAN beliau dianggap sebagai seorang pemimpin yang full-of-substance, atau kental lagi berisi.

Dalam UMNO ada yang menganggapnya sebagai seorang magician, yang punyai banyak muslihat dan mantera. Ada juga yang melihatnya macam seorang guru besar yang garang dan kuat disiplin serta suka merotan. Tak kurang juga bilangan orang BN dan UMNO yang melihatnya sebagai seorang intelektual, yang dilatih dalam bidang kedoktoran perubatan, tetapi menguasai ilmu dan infomasi yang mendalam tentang pelbagai bidang lain.Kalau kita teliti setiap komen, pemerhatian dan gelaran yang telah diberikan terhadap Dr. Mahathir kita akan dapati beliau mempunyai kesemua ciri tersebut. Seperti cerita kanak-kanak tentang 12 orang buta dengan seekor gajah, tidak ada seorang pun yang memberikan komentar terhadap Dr. Mahathir telah mengalami semua aspek kesan daripada kepimpinannya.Lain orang, lain pengalamannya dalam berinteraksi dengan Dr. Mahathir. Maka lainlah persepsi dan pandangan mengenai beliau.

Apabila kita gaur-campur kesemua pandangan ini, maka Dr. Mahathir bukan hanya seorang `gajah', malah jauh lebih besar dari itu. Sebenarnya beliau adalah suatu fenomena. Biar sebanyak manapun pandangan yang telah diluahkan oleh pelbagai orang dan yang telah dirakamkan dalam bentuk tulisan, jauh lebih besar lagi bilangan manusia di seluruh dunia yang mempunyai pandangan masing-masing mengenai Dr. Mahathir tetapi tidak meluahkannya secara terbuka. Mungkin mereka tidak ada kesempatan berbuat demikian atau tidak punyai saluran untuk menyuarakannya.

Yang menyokong atau membangkang mungkin mengatakan bahawa bangunan Petronas Twin Tower sebagai `Twin Tower Mahathir', perlumbaan kereta Formula 1 di Sepang sebagai `F1 Mahathir', jambatan Pulau Pinang sebagai `Jambatan Mahathir', lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, atau KLIA, sebagai `KLIA Mahathir', lebuh raya Utara-Selatan sebagai `Lebuh Raya Mahathir', yang pastinya, dari sudut linguistiks, perkataan atau nama Mahathir sudah menjadi suatu idiom yang telah diterimapakai dan digunakan dalam wacana rasmi dan perbualan seharian di Malaysia.

Apabila sesuatu hal atau seseorang mempunyai pengaruh dan kesan yang bagitu luas dan mendalam dalam sesebuah masyarakat, lokal dan global, seperti kini yang dialami oleh Dr. Mahathir, maka, dari sudut sosiologikal, ia mengangkat sesuatu hal atau tokoh berkenaan ke taraf suatu fenomena. Maka tidaklah keterlaluan untuk mengungkapkan Dr. Mahathir sebagai suatu fenomena. Inilah pertama kali seorang pemimpin Malaysia boleh dikategorikan sedemikian.

Yang paling penting ialah tempoh jangka waktu yang panjang beliau menerajui Malaysia. Beliau bermula, awalnya, sebagai seorang Menteri Kabinet, pada 1974, dan akhirnya menjadi Perdana Menteri, pada 1981 dan bersara pada 2003. Ertinya, beliau telah menjadi Menteri Kabinet kira-kira 30 tahun dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka.Yang paling signifikan ialah fakta bahawa hampir 22 tahun, dalam tempoh 30 tahun beliau menjadi Menteri Kabinet itu atau dalam tempoh 46 tahun Malaysia merdeka, beliau telah menjawat jawatan Perdana Menteri.

Oleh kerana jawatan-jawatan kabinet yang telah beliau sandang itu, seperti Menteri Pelajaran dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Antarabangsa, adalah jawatan-jawatan yang sangat tinggi profilnya di pandangan masyarakat tempatan dan dunia, maka beliau senantiasa berada dalam pemerhatian umum, setidak-tidaknya dalam radar sosial setiap rakyat Malaysia.Dalam bidang kajian demografi, tempoh 30 tahun itu dihitung sebagai satu generasi. Maka Dr. Mahathir telah memerintah selama satu generasi. Oleh yang demikian, segala dasar dan pelaksanaan dasar yang digubalnya mengesankan setidak-tidaknya tiga generasi, iaitu, generasi beliau (yang berumur 50-an semasa beliau mula-mula menjadi Menteri Kabinet), generasi yang lahir lepas kemerdekaan 1957, dan generasi yang lahir selepas beliau menjadi Menteri Kabinet.Ini bermakna kesan pelaksanaan semua dasar yang diperkenal oleh Dr. Mahathir telah mengesankan tiga generasi rakyat Malaysia. Tidak pernah seorang Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau memerintah lebih dari satu generasi.

Faktor jangka waktu ini sangat signifikan dalam meletakkan beliau sebagai seorang pemimpin yang mencapai taraf fenomena. Kerana beliau punyai waktu yang relatifnya sangat panjang untuk memperkenalkan sesuatu dasar, melaksanakannya, merobahnya bila perlu dan memperkenal sesuatu yang baru. Dalam kata lain, kita telah didedahkan kepada pemerintahan gaya Mahathir cukup panjang.Dalam tempoh berkenaan beliau telah mampu atau terpaksa menangani pelbagai isu domestik yang mencabar. Dalam tempoh berkenaan juga beliau mempunyai waktu dan ruang untuk menerobos ke arena politik antarabangsa dan melibatkan diri dengan aktif.

Dalam konteks Malaysia, beliau telah melakukan satu anjakan paradigma penting dalam bidang ekonomi yang mengesankan kehidupan setiap rakyat Malaysia. Beliau telah merobah wajah ekonomi Malaysia daripada bergantung kepada komoditi utama, seperti bijih, getah dan kelapa sawit, kepada yang berorientasikan pengeluaran industri untuk eksport. Dalam bidang pengeluaran industri ini pula Malaysia tidak hanya menumpukan kepada pengeluaran dan eksport barangan yang menggunakan teknologi rendah dan sederhana (seperti industri membuat pakaian, bahan elektronik dan lain-lain) tetapi juga yang menggunakan teknologi tinggi (seperti industri automobil, ICT dan aeroangkasa).

Limpahan ekonomi daripada anjakan paradigma ekonomi ini telah dirasakan oleh rakyat Malaysia dengan meningkat berlipat gandanya pendapatan per kapita daripada sekitar AS$800 ke AS$3,000 dalam tempoh dua dasawarsa. Loncatan pendapatan per kapita inilah yang dijadikan bahan bualan dan pujian, malah menimbulkan semacam rasa ajaib, di kalangan pimpinan negara-negara Dunia Ketiga, OIC, dan juga pimpinan negara maju G7 serta badan-badan dunia seperti Bank Dunia dan IMF.

Kejayaan ekonomi ini pastinya telah melibatkan pembentukan rangkaian hubungan bilateral dan multilateral dalam bidang ekonomi dengan pelbagai negara di dunia dan juga dengan gergasi-gergasi syarikat multinasional global.Berlandaskan hubungan ini dan juga kejayaan yang dicapai telah memungkinkan beliau menerobos ke arena politik antarabangsa.Beliau telah memprofil Malaysia, di pentas politik global, sebagai sebuah middle-range power, justeru melipat gandakan kegiatan Malaysia dalam ASEAN, APEC, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat ASEAN-Eropah (ASEM) dan akhir-akhir ini OIC.

Melalui platform wacana Selatan-Selatan dan Dialog Antarabangsa Langkawi beliau bukan sahaja meletakkan Malaysia sebagai sebuah kuasa politik bahkan juga sebagai satu model pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan ikutan.

Banyak lagi kegiatan yang boleh disenaraikan yang telah dilaksanakan oleh Dr. Mahathir dalam tempoh 30 tahun sebagai Menteri Kabinet termasuk 22 tahun sebagai Perdana Menteri, yang mengesankan manusia dalam dan luar Malaysia. Tidak semuanya berjaya. Adunan kejayaan dan kegagalan beliau itu telah memperkukuhkan lagi klise bahawa manusia itu tidak sempurna.Kejayaan beliau dalam ketidaksempurnaan itulah yang telah menjadi buah mulut sedunia dan akan terus menjadi buah mulut. Inilah yang sebenarnya telah mengangkat Mahathir ke taraf suatu fenomena.

- Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharudin adalah Pengarah Institut Kajian Oksidental (Ikon).


Kisah penerbitan buku Malaysian Maverick oleh Barry Wain rupa2nya adalah permainan kotor dari bapak komunis di negara Singapura. Dikhabarkan ini adalah permainan kotor Al juburi dan juga anak menantu untuk mencalarkan imej Tun M.


Barry Wain adalah merupakan dari kumpulan pemikir (Think Tank) Lee KW dan ditugaskan khas untuk mencari sumber yang mampu menenggelamkan karakter Tun M dimata dunia. Namun Tun M bukanlah calang2 manusia. Idea pemikiran Tun M sering melangkaui sempadan masa dan diakui pemikir hebat di kalangan negara2 Islam sedunia.

Tun M bertindak bijak apabila mendedahkan wang pemberian Petronas kepada negara di zaman pemerintahan Tun Lah untuk dibandingkan dengan tuduhan kerugian 100 billion wang negara selama 22 tahun pemerintahannya.Tun M juga telah menyenaraikan projek2 selama 22 tahun beliau memerintah negara.

Penang Bridge, Twin Towers, KL Tower, KL International Airport, North Port and West Port in Klang, commuter train, LRT and monorail, numerous expressways all over the country, electrification and double tracking, Putrajaya, Cyberjaya, Langkawi development, Proton, Modenas, Silterra chip manufacturing plant, cement plants etc. etc.

Tindakan Tun M menyeret Tun Lah didalam isu ini akan membuatkan Tun Lah terpaksa mengeluarkan statement untuk mempertahankan dirinya. Ini akan menyebabkan semua penyamun2 belakang tabir selama 5 tahun pemerintahannya dibongkar satu persatu.

Tun M juga mempersoalkan kemana hilangnya wang hasil dari Petronas yang berjumlah 270 billion semasa era Tun Lah. Dalam masa 5 tahun sahaja wang sebegini banyak lesap dari perbendaharaan negara hinggakan untuk membina Jambatan kedua Pulau Pinang pun terpaksa meminjam dari negara China. Toyol manakah yang melesapkkannya ?Mungkinkah anak menantu and the geng akan diheret didalam isu 270 billion wang Petronas ini ?Kepada pihak2 terbabit, apa tunggu lagi ? Tubuhlah suruhanjaya untuk siasat 270 billion ini. Jangan lupa seret anak menantu, Kali dan juga Brendan sekali.Mesti panas punggung anak menantu and the geng dengan pendedahan Tun M kali ini.
at
9:45 AM

Saturday, December 19, 2009

CELIK SEJARAH : KETUANAN MELAYU

Celik sejarah elak fahaman sempit Ketuanan Melayu

Oleh Jamhariah Jaafarbhnews@bharian.com.my

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Rencana/20091219002321/Article/index_html


SEKEJAP timbul, sekejap tenggelam. Demikian lumrahnya isu Ketuanan Melayu di kalangan rakyat negara ini. Selepas lama tenggelam, perkataan ini bergema kembali dan seperti biasa ia mencetus perdebatan amat panas terutama apabila diapi-apikan dengan sentimen negatif. Oleh itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pernah mengingatkan parti pembangkang tidak terus memainkan sentimen yang mencabar kedaulatan Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Sejak gagasan 1Malaysia diperkenalkan, banyak pihak mengambil kesempatan untuk mengelirukan slogan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai usaha ke arah hak persamaan, sedangkan Perdana Menteri dengan tegas sering menyatakan konsep itu bersandar kepada perlembagaan.


Amat mengecewakan selepas 52 tahun Malaysia merdeka, negara yang terkenal dengan keunikan kerana memiliki rakyat pelbagai bangsa, agama dan budaya masih tidak dapat memahami serta menghormati hak yang diberi serta dinikmati selama ini. Lebih mengecewakan apabila ada pihak menggunakan ensiklopedia bebas seperti Wikipedia untuk menyebarkan tafsiran sempit dengan menulis 'Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia'. Padahal, 'Ketuanan Melayu' hanya perkataan yang digunakan sebagai lambang bahawa bangsa Melayu rakyat peribumi negara ini dan amat bertolak ansur dalam berkongsi kekayaan bumi bertuah ini dengan bangsa lain.


Setiap rakyat perlu menerima hakikat dalam memastikan keunikan Malaysia sebagai negara yang memiliki pelbagai bangsa, kaum, agama, budaya dan etnik – isu perkauman akan menjadi antara perkara yang tidak akan dapat dihapuskan. Persoalannya ialah apa masalahnya jika bersikap perkauman kerana asas nilai diri seseorang individu berdasarkan bangsa.


Malaysia tidak lagi terikat dengan definisi kamus Oxford yang mentakrif perkauman sebagai kepercayaan atau ideologi yang dimiliki semua individu dalam setiap satu bangsa atau kemampuan khusus untuk kaum terbabit, terutama untuk mengenal pasti sama ia adalah tinggi atau rendah kepada kumpulan bangsa lain.


Kamus Merriam-Webster turut menjadikan Amerika Syarikat rujukan apabila memberi definisi perkauman adalah kepercayaan bahawa bangsa sebagai faktor penentu nilai diri manusia, manakala kemampuan serta perbezaan kaum menghasilkan kedudukan tinggi atau rendah sesuatu kumpulan kaum itu dan mencetus prejudis berasaskan kedudukan berkenaan.


Seorang lagi pakar sosiologi Amerika Syarikat, Joe Feagin mengatakan negaranya boleh dianggap sebagai 'masyarakat yang benar-benar rasis kerana perkauman digunakan untuk menguruskan setiap institusi sosial'. Dalam menerima pakai definisi Barat itu, bangsa Melayu yang berselimutkan konsep Ketuanan Melayu tidak berpaksi kepada kedudukan 'lebih tinggi' berbanding bangsa lain kerana walaupun dianggap 'tuan kepada bumi ini', hakikatnya kuasa ekonomi dimiliki bangsa lain.


Tafsiran Ketuanan Melayu seperti ditulis di Wikipedia boleh mencetus pelbagai polemik dan menaikkan kemarahan bangsa Melayu apabila dikatakan: "Konsep Ketuanan Melayu sering dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) yang berpengaruh sejak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya daripada Britain sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif mengenai konsep atau fahaman ini."


Tafsiran sempit ini boleh mengelirukan sesiapa yang mencari tafsiran 'Ketuanan Melayu' di laman web kerana Wikipedia akan dijadikan pedoman terutama bagi mereka yang tidak mengetahui sejarah mendalam Tanah Melayu, sebelum menjadi Malaysia. Tindakan penulis menulis 'hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia' boleh mencetus perdebatan hangat kerana hakikat bahawa orang Melayu adalah bangsa peribumi negara ini secara tidak langsung dicabar melalui ensiklopedia bebas ini.


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mencadangkan perkataan 'Ketuanan Melayu' diganti dengan 'Keterasan Melayu', tetapi tidak payahlah bangsa lain mempertikai perkataan yang digunakan kerana ia hanya dua patah perkataan yang amat jarang diguna, kecuali diprovokasi bertali arus. Krisis 13 Mei 1969 bukan saja mencipta sejarah hitam dalam hubungan antara kaum, malah mewujudkan semula perpaduan antara rakyat pelbagai kaum yang meletakkan Malaysia sebagai negara amat unik di dunia.


Rakyat Malaysia yang melalui pengalaman 13 Mei, tidak lagi mahu melalui krisis perkauman yang mencetuskan kebimbangan, ketakutan, perasaan saling tidak mempercayai dan penuh syak wasangka, sebaliknya bekerja keras untuk tidak menyentuh sensitiviti kaum. Selagi wujud perkataan bangsa dan agama, maka adalah mustahil untuk menghapuskan sikap perkauman.


Di Malaysia semua bangsa pelbagai negara tidak dapat lari daripada perasaan ini. Kebanyakan generasi Malaysia hari ini sependapat bahawa isu bangsa dan etnik hanya hadir dalam bahasa dan fikiran. Ia tidak perlu menggugat keharmonian serta semangat setia kawan yang wujud di kalangan rakyat hari ini.

Sunday, December 13, 2009

MELAYU KETUANAN MELAYU

Masih adakah Ketuanan Melayu?

Sunday, December 13, 2009

Mingguan Malaysia, 13 Disember 2009
Ingatan demi ingatan telah saya ajukan akan bahayanya golongan ultra kiasu, tetapi kita terus memberi muka. Sedangkan mereka tidak pernah serik dan mengambil pengajaran. Sejak dahulu lagi ultra kiasu ini membangkitkan isu-isu sensitif dan menentang apa juga perkara yang menyebelahi bangsa Melayu dan Islam di bumi Melayu ini walaupun hak-hak ini dijamin dalam perlembagaan. Pada mereka, semua rakyat Malaysia mesti berpegang kepada formula sama rata dan sama rasa atau fair and square atau Malaysian Malaysia. Mereka tidak mahu langsung melihat perkara-perkara yang berkaitan dengan kelebihan Melayu Islam seperti mahukan bahasa Melayu ditukar kepada bahasa Malaysia, negara Islam kepada negara sekular, ketuanan Melayu kepada ketuanan rakyat dan sebagainya. Apakah ultra kiasu akan bersetuju dengan ketuanan Islam yang diperjuangkan oleh rakan sekutunya PAS? Mungkin PAS boleh bertanya ultra kiasu itu yang menjadi rakan baiknya.
Penggunaan istilah ketuanan Melayu tidak langsung menggambarkan hubungan antara ‘tuan’ dengan ‘hamba’ sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan ultra kiasu. Jika orang bukan Melayu itu hamba, masakan penguasaan ekonomi bukan Melayu begitu jauh meninggalkan orang Melayu Islam. Lihat sahaja senarai 10 jutawan terkaya di negara ini. Siapakah mereka? Jika ada ketuanan Melayu sudah pasti akan ada beberapa muka-muka Melayu. Jika orang Melayu itu tuan, sudah tentu mereka akan menyekat ‘hamba-hamba’ ini untuk berjaya, tetapi adakah ia sebenarnya berlaku? Inilah bahaya bila ada sifat kiasu yang terlalu ultra? Kini mereka begitu berani mempertikaikan peruntukan atau dana-dana yang disediakan untuk pembangunan Islam oleh kerajaan termasuk pembinaan dan pembiayaan masjid, yang berkaitan dengan ketuanan Melayu dan Islam. Malah dana zakat turut mahu diambil. Saya terlalu ingin melihat apakah respon Tok Guru dan PAS terhadap kenyataan amat biadab ini.
Sebenarnya isu ketuanan Melayu dan Islam dibangkitkan semula untuk menagih simpati dan sentimen orang bukan Melayu agar tidak lupa menyokong mereka. Mereka mahu pastikan agar penyokong-penyokong parti ultra kiasu ini sentiasa berjaga-jaga dan dikejutkan agar tidak leka. Sama juga dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Singapura yang begitu agresif dengan kempen-kempen dan ingatan kepada rakyat mereka agar sentiasa berhati-hati dengan musuh yang sebenar iaitu negara-negara di sekelilingnya seperti Malaysia dan Indonesia. Parti ultra kiasu faham benar akan taktik ini kerana mereka adalah daripada kumpulan yang sama di sana.
Dapatan kajian saya menunjukkan bahawa, golongan ultra kiasu ini memang telah berjaya menanamkan pemikiran bangsanya agar menolak ketuanan Melayu dan Islam secara total. Ketuanan Melayu sengaja diperbesar-besarkan dengan dikaitkan hubungan antara tuan dan hamba.Sebagai pengkaji politik, saya amat yakin golongan ultra kiasu ini amat faham maksud ketuanan Melayu tersebut bukanlah seperti yang digembar-gemburkan. Saya bukanlah menyokong ketuanan Melayu, tetapi saya faham sangat akan maksud ketuanan Melayu secara tersurat dan tersirat. Saya celik sejarah dan tidak memutar-belitkannya demi mencapai cita-cita politik rakus. Saya begitu bersyukur dilahirkan di bumi bertuah ini, begitu juga dengan nenek moyang saya.
Ketuanan Melayu hanya satu istilah untuk menunjukkan bahawa orang Melayu adalah bangsa asal negara ini, selain orang asli. Atas kefahaman ini, maka saya dapat menerima istilah ini tanpa prejudis, apatah lagi untuk mempertikaikan bahawa orang Melayu juga adalah pendatang, berasal dari Yunan dan Indonesia. Inilah hujah-hujah yang selalu digunakan oleh kumpulan ultra kiasu ini, termasuk segelintir mereka yang berada dalam komponen BN seperti MCA dan Gerakan. Sebenarnya pengikut ultra kiasu ini adalah ramai, mereka tidak bersendirian. Bekas Presiden Gerakan adalah antaranya yang begitu lantang mengkritik ketuanan Melayu ini. Apakah mungkin kita tidak perasan dengan taktik mereka? Pusat mereka berada di Pulau, jangan kita lupa, cukuplah terlepas dua pulau.
Persoalan seterusnya, apakah orang Cina atau India tidak mempunyai semangat ketuanan Cina atau ketuanan India? Janganlah tipu, ia cuma tidak dilaungkan sahaja. Ketuanan mereka itu sudah jelas terpancar ketika mereka mempertahankan hak-hak mereka secara ekstrim yang telah diperolehi. Ketuanan inilah yang menyatukan mereka.
Apakah tuntutan dan desakan yang dikemukakan selama ini tidak melambangkan ketuanan bangsa? Sekurang-kurangnya orang Melayu yang melaungkan ketuanan Melayu itu berterus-terang, membuka ruang kepada pandangan dan kritikan. Berbeza dengan ultra kiasu, lantang mengkritik, tapi bekerja senyap-senyap, sedar-sedar dah jadi. Mula-mula ditutup-tutup, bila tiba-tiba dibuka, masyaAllah, besarnya patung yang didirikan. Licik sungguh strategi mereka. Umat Islam bila lagi? Takkan asyik berterus-terang. Jika kerja berjalan boleh tahan juga, tetapi cakap banyak, kerja tidak berjalan.

Lihat strategi mereka, ketuanan Melayu dipertikaikan diikuti selepas itu dengan mempersoalkan penggunaan dana kerajaan terhadap perkembangan syiar Islam seperti pembinaan masjid. Persoalan saya, apakah kerajaan negeri dan persekutuan tidak membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam? Jangan asyik menyatakan orang, tanpa mensyukuri toleransi yang berlaku. Inilah belang ultra kiasu yang sebenar, pepat di luar rencong di dalam. Lihatlah bagaimana bersatunya mereka ketika pembukaan rasmi bangunan Kek Lok Si dan patung Kuan Yin yang begitu besar di negeri ultra kiasu baru-baru ini. Ini tidak termasuk pandangan di Batu Caves. Wajarkah ia dibina dalam sebuah negara Islam sehingga menenggelamkan kedudukan bangsa dan agama Islam sebagai bangsa majoriti dan agama persekutuan? Adakah kebebasan ini diberikan kepada umat Islam di negeri China dan India mahupun Switzerland? Alangkah sedihnya melihat masjid babri yang dimusnah dan diganti dengan kuil Hindu. Tidak ramai orang Islam yang membantah. Inilah sifat yang amat saya puji, walaupun dalam hati amat berat untuk menerima. Sifat sebegini jarang dapat dilihat pada orang lain. Banyak yang telah dapat, tetapi tidak pernah puas itulah ultra. Strategi mereka sekarang, tuntut semaksima mungkin, tak dapat banyak, kerajaan bagi sedikit. Sedikit itu kemenangan besar.
Kalau tidak percaya, tanyalah ketua-ketua parti komponen BN. Adakah selama ini mereka tidak dapat apa yang dituntut. Adakah rumah ibadat mereka tidak dibantu kerajaan? Jangan tanya kepada parti ultra kiasu kerana mereka tidak pernah puas selagi kuasa tidak berada di tangan mereka sepenuhnya. Mereka bercita-cita mahu menjadi perdana menteri atau timbalan perdana menteri. Pernahkah kita bertanya kepada orang Melayu Islam, sakitkah hati mereka melihat patung-patung yang begitu besar dan tinggi, yang terang-terang bercanggah dengan fitrah agamanya atau setiap kali lalu di tempat-tempat tersebut? Kita tidak pernah bertanya bukan? Kita hanya marah dalam hati kerana kita mahu menjaga hati orang lain dan hak bukan Islam.
Pernahkah orang Islam melarang pembinaan patung sebesar itu dalam sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Kalau adapun sedikit sangat. Apakah hak bukan Islam dinafikan walaupun ketuanan Melayu dilaungkan?Apakah Lee Kuan Yew tidak menegakkan ketuanan Cina di Singapura? Terangkatkah ketuanan Melayu di negeri Melayu Singapura? Orang Melayu tidak mendapat tempat di sana berbanding orang India yang lebih sedikit bilangannya. Kalau dulu Yusuf Ishak boleh menjadi presiden, selepas beliau, nama Melayu sudah tidak muncul lagi. Bila orang Melayu yang mengkritik ketuanan Cina di Singapura, mereka akan dibuang jauh-jauh. Pernahkah kerajaan hari ini membuang kumpulan ultra kiasu ke luar negara walaupun ia amat lantang mengkritik orang Melayu, Islam dan raja-raja Melayu? Saya fikir orang Melayu lebih mempercayai bukan Melayu daripada bukan Melayu mempercayai Melayu.
Orang Melayu (Islam) tidak pernah campurtangan dalam urusan orang bukan Islam, tetapi kenapa dan mengatakan orang bukan Islam begitu kurang ajar mencampuri setiap perkara sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam? Fikirkanlah isu-isu seperti pemelukan agama Islam, murtad, kedudukan mahkamah syariah, kedudukan Islam dan keistimewaannya dalam perlembagaan dan sebagainya.Toleransi ini tidak pernah dihargai oleh kumpulan ultra kiasu ini. Tidak pernah puas dan bersyukur. Bila kita tanya toleransi tidak pernah berlaku di negara lain, kenapa tidak menghargai? Maka mereka menjawab, inilah keunikan yang perlu ditonjolkan di Malaysia. Licik juga strategik dan taktik mereka, bila kena pada kita, mereka kata inilah keunikan Malaysia dan semangat 1Malaysia, tetapi bila kena pada mereka, maka jawapannya tidak adil, bukan Melayu dipinggirkan dan didiskriminasikan dan berbagai-bagai tohmahan lagi. Selain daripada kumpulan ultra kiasu ini, mungkin kita boleh melihat pakatan jahat mereka dengan majlis peguam dan persatuan-persatuan agama-agama bukan Islam. Adalah amat tidak logik apabila melihat bilangan rumah ibadat orang bukan Islam yang hanya berjumlah 45 peratus, melebihi berkali ganda bilangan masjid dan surau di dalam sebuah negara Islam yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, yang bilangannya melebihi 55 peratus.
Puak ultra kiasu ini memang tidak pernah bersyukur. Taktik mereka menentang sekeras-kerasnya tanpa kompromi. Mereka tahu mereka tidak keseorangan. Sokongan ke atas mereka amat jitu dan padu. Kita jangan terlalu bersangka baik walaupun ia sifat yang amat mulia. Terlalu bersangka baiklah maka hari ini kepala kita bukan sahaja dipijak-pijak malahan, mereka sudah hampir sampai ke tahap untuk menguasai kita. Bayangkan jika benar-benar mereka berpakat dengan negara kecil yang begitu kuat di selatan Johor itu?
Saya mahu mengajak kita semua berfikir sebentar, apakah dengan laungan ketuanan Melayu itu, benar-benar Melayu dan Islam telah menjadi tuan? Apa yang saya tahu semakin kuat kita melaungkan ketuanan Melayu semakin banyak tanah rezab Melayu yang telah tergadai kepada bukan Melayu? Kedudukan bahasa Melayu dan agama Islam semakin terancam.
Kadangkala ternyata-tanya pada diri sendiri, apakah dengan mendapat potongan lima peratus untuk membeli sebuah rumah dan kewujudan MARA sudah cukup melambangkan itulah hak istimewa orang Melayu? Jika itulah yang melambang ketuanan Melayu, alangkah hinanya kita. Ketuanan Melayu yang sebenar adalah apa juga yang berkaitan dengan Melayu selaku bangsa majoriti termasuk bahasa, agama dan cara hidupnya akan mendominasi suasana negara ini. Tetapi adakah ini berlaku?Lihat saya kedudukan media cetak dan media elektronik di negara kita. Adakah bahasa Melayu yang mendominasinya? Jawapan mudah, tidak. Kalau ada pun media Melayu, ia hanya dibaca atau ditonton oleh Melayu sahaja. Saya tidak fikir ada orang bukan Melayu yang akan membaca dan menonton media Melayu. Kecuali kumpulan ultra kiasu. Itupun mereka hanya berminat untuk mengorek rahsia dan membaca psikologi orang Melayu. Jika tidak, mereka tidak akan ada hati juga untuk melihat dan membacanya.
Apakah dengan laungan ketuanan Melayu kemudahan orang Cina (India) untu berniaga semakin berkurang? Sekolah Cina atau Tamil semakin berkurang? Rumah ibadat orang Cina, India semakin berkurang? Hak-hak bukan Melayu semakin dinafikan? Tulisan jawi semakin berpengaruh? Wujudkah sekolah Melayu berbanding sekolah Cina dan India? Masih adakah ketuanan Melayu? Justeru, rugikah orang Cina, India jika UMNO terus melaungkan ketuanan Melayu atau hidup Melayu atau ia sekadar mahu mengingatkan orang Melayu supaya tidak mudah lupa diri di tanah air sendiri dan mara untuk terus berjuang. Jika nama Tanah Melayu kekal tanpa di tukar kepada Malaysia, saya tidak nampak relevannya ketuanan melayu. Seperti mana nama negeri China dan India. Mereka tidak perlu sebut ketuanan China atau ketuanan India sebab nama negara mereka sudah mencerminkan ketuanan mereka. Maka tidak hairanlah orang Islam merempat hidupnya di bumi mereka. Masjid dirampas menjadi kuil. Apakah orang Islam hidup senang lenang di negara bukan Islam berbanding orang bukan Islam hidup dalam negara Islam seperti Malaysia. Sedarkah puak-puak ultra kiasu?
Saya cukup bimbang laungan ketuanan Melayu hanya tinggal sebagai laungan sahaja seperti mana nama-nama Melayu yang semakin hilang seperti Keretapi Tanah Melayu menjadi KTM. Perancangan yang sungguh licik. Kita asyik mengalah. Bila diugut, maka kita akan tunduk kepada desakan dan tuntutan mereka. Apa yang jelas sinergi ultra kiasu semakin mantap, manakala sinergi kita semakin merosot, yang tinggal hanya laungan dan slogan yang tidak dapat dipertahankan.

Gagasan 1Malaysia tidak lagi dilihat sebagai gagasan untuk memperkasa masa hadapan tetapi untuk menuntut apa yang belum dapat dan menambah apa yang telah dapat! Sampai bilakah kita mampu terus bertahan? Apakah sinergi orang Melayu (Islam) semakin pupus di bumi Melayu? Tidakkah kita perlu kembalikan semula sinergi yang semakin hilang?
Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Tulisan ini adalah pendapat peribadi beliau.

Sunday, December 6, 2009

ANTARA DOA DAN POLITIK


Antara doa dan politik

Minda Dr. Maza

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?=2009&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak Kelantan. Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak.

Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.

Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka.

Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku. Sedangkan nas syarak itu asas, sedangkan realiti itu dinilai dalam melihat adakah wujud keserasian untuk dipadankan nas tertentu dengan konteksnya yang sesuai.

Maka perkara pertama seorang pengkaji Islam hendaklah memahami apakah dalil-dalil syarak dalam sesuatu perkara. Kedua, adakah dalil-dalil itu bertepatan dengan realiti atau konteks yang wujud. Umpamanya perkara yang pernah saya sebutkan dahulu tentang hukum menjawab salam bukan Muslim. Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu 'alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa 'alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka ertinya menjawab salam bukan Muslim dengan ucapan 'wa 'alaika' itu hanya dalam konteks di mana mereka memberi salam dengan cara dan niat yang jahat, bukan dalam keadaan yang apabila salam diberikan dengan sopan dan hormat.

Ertinya melihat nas dalam realitinya adalah penting bagi seorang sarjana dalam memahami sesuatu hukum. Perbezaan keadaan boleh membawa kepada perbezaan hukum. Namun, dalam menilai hukum ia mestilah bertitik tolak dari dalil-dalil syarak, kemudian memahami dalil-dalil tersebut dalam realitinya yang sebenar.

Saya bukan ingin berbicara tentang doa politik tersebut, tetapi ingin berbalik kepada isu doa keburukan kepada sesama Muslim, boleh atau tidak?.

Ada yang menjawab sama sekali tidak boleh. Ada pula yang menjawab sama sekali boleh. Mungkin ada yang fanatik parti akan menjawab, doa untuk parti musuh boleh, parti sendiri tak boleh. Itu pun belum lagi kita tanya dia 'Bagaimanakah mengklasifikasi perkataan 'musuh' menurut Islam?!

Sebelum kita melihat ke dalam konteks bersaing politik dan salahguna agama dalam suasana politik yang ada, mungkin seseorang boleh menjadikan soalan itu lebih mudah dihayati dan difahami dengan bertanya; "Jika seseorang Muslim menzalimi saya, bolehkah saya doakan agar Allah mengambil tindakan atau menghukumnya di dunia?".

Maka di sinilah memerlukan dalil-dalil syarak dalam menetap asas ini. Kemudian, barulah kita akan lihat konteksnya, iaitu adakah orang yang dikatakan zalim itu memang benar-benar zalim?! Kemudian, adakah setimpal kadar kezaliman itu dengan isi doa yang dilafazkan?!
Dalam hidup kita ini kita mungkin akan menemui manusia yang mengaku Muslim tetapi sangat jahat, menganiayai dan menzalimi kita. Menipu, memfitnah dan menyiksa kita; boleh atau tidak kita berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya?

Lebih jelas jika kita kenang wanita yang dirogol, atau diragut sehingga cacat, atau keluarga dibunuh, adakah mereka diizinkan Islam agar berdoakan kepada Allah untuk menurunkan musibah atau balasan dunia kepada orang menzalimi mereka?!

Ungkapan sesetengah tokoh agama bahawa sama sekali tidak boleh doa bala atau keburukan kepada Muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan nas-nas yang mengizinkan hal ini. Sementara kenyataan yang menyebut boleh secara mutlak berdoa agar diturunkan bala kepada Muslim atau bukan Muslim tanpa meneliti kadar yang dikatakan zalim itu, atau musibah yang diminta itu akan menyebabkan doa menjadi permainan lidah dan berlaku perbuatan melampau dalam berdoa.

Diizinkan

Namun kita percaya Allah Yang Maha Bijaksana tidak akan menerima doa yang tidak betul atau disalahgunakan.

-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis.

Friday, December 4, 2009

DOA : POLITIK ATAU IBADAH?


Doa adalah ibadat dilakukan untuk kebaikan

Oleh Abdullah Md Zain

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Agama/20091204002321/Article/index_html

MASYARAKAT Islam di negara kita sekali lagi dikejutkan oleh kenyataan melampau dan sangat keterlaluan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika berkhutbah pada Hari Raya Korban di Kota Bharu, 27 November lalu. Kenyataannya mendoakan agar Allah SWT memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan. Begitu juga dilaporkan bahawa sebelum ini beliau pernah membuat doa yang sama dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir dan Bagan Pinang iaitu dengan menyebut ‘pergi jahanamlah Umno’.

Kenyataan Nik Aziz menimbulkan sanggahan dan kritikan daripada tokoh politik, ulama dan intelek serta pemimpin pertubuhan dan masyarakat dalam negara. Namun, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan meminta Menteri Besar Kelantan itu menarik balik kenyataannya atau memohon maaf selepas berdoa supaya Allah SWT memusnahkan masa depannya jika tidak memberi royalti minyak kepada negeri itu. Perdana Menteri berharap Mursyidul Am Pas itu sedar sendiri dengan tindakannya itu kerana ramai umat Islam merasakan kenyataan terbabit adalah keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keIslaman yang dituntut agama. Sikap Nik Aziz ini dengan jelas bertentangan dengan kedudukannya sebagai seorang ulama? yang tentunya amat memahami bahawa Islam sama sekali melarang umatnya berdoa dengan tujuan memusnahkan sesama Islam.
Doa menurut Islam ialah ‘pengharapan seseorang untuk mendapat kebaikan daripada Allah SWT dengan memohon secara langsung kepadanya’. Setiap individu mempunyai keperluan dan keinginan masing-masing sama ada secara positif atau negatif, kerana mereka terpaksa menghadapi pelbagai ragam hidup yang berupa cabaran, halangan, dugaan dan lain-lain. Justeru mereka berdoa kepada Allah SWT memohon limpah perkenan dan rahmatnya supaya hajat mereka termakbul. Kita disyariatkan berdoa untuk kebaikan diri, keluarga, sahabat, sesama Islam hatta kepada bukan Islam sekali pun supaya mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT.

Allah SWT menyuruh kita berdoa dan memohon restu daripadaNya. Allah SWT berjanji memperkenankan permohonan yang diminta oleh mereka sebagaimana firmanNya dalam surah al-Mu’min ayat 60 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan perkenankan doa permohonan mu”. Imam Ahmad meriwayatkan daripada al Nu’man ibn Basyir bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya doa itu adalah ibadat”, manakala al-Tirmizi pula meriwayatkan daripada Salman al-Farisi bahawa Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: “Qada’ Allah tidak dapat dihapuskan melainkan dengan doa dan umur seseorang itu tidak akan bertambah melainkan dengan melakukan kebaikan”.

Begitu juga al-Bazzar, al-Tabrani dan al-Hakim ada meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Persediaan dan berhati-hati tidak mampu untuk mengatasi takdir Allah, manakala doa berguna untuk mengatasi apa yang ditakdir dan apa yang dilaksanakan, sesungguhnya ujian Allah akan diturunkan dan akan berjumpa dengan doa yang diminta, lalu kedua-dua saling bertarung sehingga hari kiamat”. Daripada hadis-hadis di atas, jelas menerangkan peranan doa dalam Islam adalah sebagai ibadat yang perlu dilakukan untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan ummah seluruhnya. Umat Islam tidaklah disyariatkan, malah dilarang keras mendoakan kemusnahan dan kehancuran sesama Islam, kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya (seagama) sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri”. Begitu juga Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kamu dapati orang mukmin itu dalam berkasih sayang, tolong menolong dan silaturahim, bandingannya seperti satu tubuh, apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan maka seluruh anggota tubuh yang lain akan turut juga berjaga malam dan demam.” Daripada hadis di atas, jelas menggambarkan keunggulan masyarakat Islam yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW. Mereka saling berkasih sayang, bantu membantu serta bekerjasama antara satu sama lain. Oleh itu, Islam melarang keras berdoa untuk keburukan sesama umat Islam. Malah bukan cara Islam juga untuk mendoakan keburukan terhadap orang bukan Islam. Ini kerana Rasulullah SAW apabila dakwahnya ditolak keras oleh penduduk Taif, baginda diberi pilihan oleh malaikat yang menjaga urusan bukit-bukau supaya baginda perintahkan saja kepadanya untuk membinasakan kaum yang degil itu dengan mencampakkan bukit-bukau ke atas mereka.
Tetapi tawaran itu ditolak oleh Rasulullah SAW kerana baginda masih mengharapkan kebaikan daripada keturunan mereka yang degil tadi, mungkin suatu hari nanti keturunan mereka ada yang beriman. Lalu Rasulullah SAW berdoa yang bermaksud: “Wahai Tuhanku, berilah hidayah dan petunjukMu kepada kaumku, kerana mereka tidak mengetahui”. Sebagai kesimpulannya, doa menurut Islam, ia sebagai suatu alat untuk digunakan oleh orang Islam bagi mendapat pertolongan daripada Allah SWT. Namun begitu, ia hendaklah digunakan untuk tujuan baik dan konstruktif, bukan untuk menakut-nakutkan orang ramai. Umat Islam hendaklah berdoa setelah didahului dengan usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh dan doa digunakan untuk kebaikan dan kemaslahatan ummah seluruhnya.

KUALA LIPIS BERSEJARAH