Friday, July 31, 2009

SUMPAH MELAYU


Written by Webmaster

Maka pada 10 Februari 1946, dibaca oleh orang Melayu mengenai sumpah Melayu untuk Melayu. Maka mereka bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus membentuk tamadun bangsa untuk terus kekal relevan. Hari ini sumpah itu hanya dalam lipatan sejarah. Hari ini sumpah itu seakan di khianati kerana orang Melayu sendiri berfikiran bahawa mereka perlu berubah – berubah dengan kemajuan – berubah untuk meninggalkan – nilai murni bangsa – secocok dengan pembangunan moden dunia dan nilai baru yang sesuai dengan pendidikan moden. Kita bercerita untuk melepaskan sejarah, melanggar sumpah dan terus maju bersama-sama bangsa lain. Kita memilih menukar ketuanan kepada ketuanan rakyat. Ketuanan yang lepaskan hak yang selama ini ada, menjajakan pegangan untuk memperoleh kuasa dan mendabik dada menjadi pejuang politik yang tidak bermakna untuk bangsa itu sendiri.

Sebenarnya ketuanan rakyat yang dilaungkan adalah penjualan hak yang ada. Sebenarnya kesamarataan dalam demokrasi yang diperjuangkan lupa, bahawa Melayu yang mengekor dan belum lagi boleh berlari. Perjuangan Melayu adalah untuk Melayu, tidak perlu digeruni dan di perlu dikhuatiri. Perjuangan Melayu adalah untuk meningkatkan Melayu agar serasi bila bercerita mengenai kemodenan dan pembangunan agar kemajuan itu tidak timbul hanya di kelit mata kemudian di landa kepayahan hidup dan keciciran bangsa.

Kenapa Melayu takut membicarakan sumpah mereka? Kenapa Melayu takut membicarakan perjuangan Melayu? Adakah kerana ini menghilangkan rasa moden di kalangan mereka? Adakah ini menunjukkan bahawa kita tidak maju bila membicarakan tentang perjuangan bangsa?

Melayu sebenarnya perlu sedar dan perlu menjelaskan. Ketegasan kita memperkatakan hak dengan penjelasan yang sempurna. Kita perlu pertahankan sumpah kita kerana kita tidak mahu kedaulatan Melayu mengalir meninggalkan kita – lebih buruk bila Melayu beransur hilang di bumi sendiri.

Kita mesti mengenal apa yang perlu kita perjuangkan dan pertahankan. Jangan terleka dengan perjuangan politik yang mementingkan segelintir mereka yang mahu terus berkuasa. Kita mahu mereka yang turut membicarakan hak yang perlu dipertahankan demi Melayu untuk Melayu.
Ini adalah untuk semua, yang tingi melangit, yang sedang duduk mencoret polisi dan kita yang berkeliaran di muka bumi menjadi rakyat Melayu yang kini seakan kehilangan maruah diri. Jangan angkuh membicarakan kemodenan dalam erti melupakan nilai Melayu kita yang ada. Jangan angkuh membicarakan pembangunan dengan menggadai hak kita.

Melayu itu perlu dicernakan semula. Dalam erti mempertahankan yang ada. Dalam erti memperjuangkan semula, yang telah terlepas akibat melanggar sumpah kita. Melayu itu perlu bangkit dalam melihat bahawa kita bukan ketinggalan tetapi kita semakin hari semakin pupus di muka dunia. Kita perlu menceritakan semula Melayu itu – dalam suasana baru tetapi penuh bermaruah dan tidak perlu segan pada apa yang kita ada.

Sekiranya ada antara kita – menyatakan sumpah ini kuno dan ketinggalan, maka katakan pada mereka, sumpah itu kekal membicarakan perjuangan kita dan yang terlupa adalah mereka yang palsu menyatakan bahawa ketuanan Melayu adalah sisa-sisa sahaja, perlu di campak bersama sampah-sampah lain yang tidak berguna dan bukan budaya yang perlu dipertahankan kerana mereka sedang menuntut kuasa untuk berdendam sesama Melayu yang ada dan mereka tidak ubah seperti sampah yang jijik untuk Melayu melihatnya.

Ini sepatutnya dikenang semula-kerana yang hilang kita, yang dikurangkan hak kita dan yang ada penipuan mereka yang membawa bunga-bunga palsu untuk kita – tidak berbau dan tanpa semangat dan roh sebenar.

Perjuangkan dan pertahankan – maruah bangsa agar kita menginsafi yang hilang pada kita kerana kita Melayu lupa bercerita – kita tidak hilang d dunia – wujud sebagai daun kering yang menanti terlerai dari pepohonan sungguhpun jejak ada tapi tidak bermakna.



Thursday, July 30, 2009

PENYELEWENGAN PAS

PENYELEWENGAN PAS

OLEH: Ust. Kamal Saidin

Pas hanya sebuah pertubuhan politik yang diasaskan oleh golongan yang kecewa dari mendapatkan kedudukan jawatan. Kekecewaan ini menyebabkan timbullah satu gerakan perjuangan menentang UMNO bermula pada tahun 1951.

Parti ini mengambil nama”Islam” kononnya bercita-cita memperjuangkan Islam sebagai matlamat perjuangan bagi mereka. Hasrat mereka bagi mendapatkan pengaruh di kalangan umat Islam (Melayu) bagi tujuan untuk memperolehi kuasa memerintah.
Persoalannya sekarang: Apakah islam sebagai alat atau matlamat ? Apakah matlamat Islam akan tercapai dengan hanya Islam diperalatkan oleh PAS.

Persoalan inilah yang menjadi punca perbalahan umat Melayu yang membawa kepada perpecahan yang serius yang memerlukan penerangan dan penjelasan sejelas-jelasnya supaya orang Melayu tidak tertipu dengan dakwaan songsang pihak pemimpin-pemimpin Pas yang melabelkan diri mereka sebagai “ulama” jadian.

Menurut falsafah politik bahawa setiap parti lawan adalah musuh, maka setiap musuh wajib diperangi. Cara menguasai kerajaan melalui demokrasi adalah menjatuhkan dalam pilihanraya. Untuk menjatuhkan lawan politik berbagai senjata digunakan termasuk senjata agama dan sehingga sanggup agama diperalatkan.

Dengan menggunkan nama Islam dalam parti ramai orang menjadi keliru. Sanggup mereka menganggap menolak Pas sama dengan menolak islam. Menolak islam boleh menjadi kafir dan murtad yang wajib diperangi – maka inilah jihad sekiranya mati dengan secara jihad ini sebagai shahid dan dijanjikan syurga.

Contoh: ustaz Nik Abd. Aziz semasa beliau mengajar di masjid kampung Pulau Melaka dengan mengatakan : “ Jikalau melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid”. Kaset ucapannya itu tidak diidzinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai, kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalaman semta-mata. (Parti Islam antara realiti dan fantasi : Ust. Omar Khalid)

Dakwaan ini menjadi pegangan yang kukuh di kalangan golongan fanatik Pas yang perlu ditangani dengan cermat kerana ia melibatkan persoalan akidah. Penjelasan dengan bukti yang kukuh berdasarkan Al-Quran dan hadis perlu dijelaskan secara terang agar akidah umat Islam tidak terpesong terlalu jauh.

PAS BUKAN AGAMA

Menjadi kewajiban bagi setiap orang islam di malaysia menagani persoalan ini. Menginsafi mereka bahawa memepralatkan Islam bagi tujuan untuk mendapatkan kuasa politik adalah salah dan mengaibkan agama Islam itu sendiri.

Perlu disedari bahawa PAS bukan AGAMA , tetapi ia adalah sebuah parti politik yang bersandarkan dengan nama Islam sahaja. Barang siapa yang menyamai PAS dengan agama baik secara terang mahupun sembunyi, mereka adalah golongan sesat menyesatkan.
Dari Sabdaan nabi Muhammad s.a.w. diriwayatkan oleh Ad-Dailamy dari saidina Ali k.w. :yang bermaksud:-

“jangan kamu sekali-kali mengqiaskan agamaa kerana sesungguhnya agama itu tidak boleh diqiaskan dan permulaan orang yang mengqiaskan itu ialah iblis”.

Dari firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 153 Allah telah berfirman dengan maksudnya:-

“sesungguhnya inilah jalanku yang lurus (Islam) ikutlah dan jangan mengikuti jalan-jalan lain (yang boleh meneysatkan) . Maka akan terpisah kamu dari jalan Allah”. (terkeluar dari landasan perintah Allah).

Apabila Pas menganggap mereka sahajalah Islam menuduh UMNO tidak mahu kepada Islam malah UMNO mahu buang “ISLAM” adalah satu fitnah dan tuduhan jahat PAS terhadap orang-orang UMNO malah lebih teruk lagi sehingga sanggup mengatakan UMNO – Parti kafir dan orang UMNO – kafir (terbukti dalam “Amanat Haji Hadi 1981).

Perlu diperjelaskan berdasarkan “KITAB HADIS 40” Hadis kedua : Mengenai peristiwa Jibrail A.S. diutuskan Allah menanya nabi S.a.w. tentang apa itu Islam.

Jibrail a.s. yang menyerupai manusia dating kepada nabi Muhammad s.w. menanyakan tentang Islam, Iman dan Ihsan.

Nabi Muhammad s.a.w. menjawab sebagaimana tersebut di dalam hadis tersebut: iaitu pertama : Mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang , mengeluarkan zakat, berpuasa bulanRamadan dan kelima : menunaikan haji di Baitullah jika da kemampuan”. Inilah rukun Islam yang lima, yang dengannya menjadikan seseorang manusia itu beragama Islam.
Perlu diperjelaskan: “Siapa sebenarnya yang menjalankan sebahagian besar syariat Islam di Malaysia:

- Baik dari Ibadah
- Baik dari Muamalat
- Baik dari Munakahat

Kecuali Jinayat – HUDUD yang belum dilasanakan sepenuhnya bukan disebabkan ENGKAR atau dianggap HUDUD tidak sesuai sebaliknya atas alasan soal “KEMAMPUAN”.

Hudud PAS

1. Sesungguhnya kewajipan melaksanakan hukum Allah adalah tertakluk kepada kemampuan. Tidak dibeban ke atas seseorang itu melainkan mengikut kadar kemampuannya (Maksud ayat 233/286 surat Al-Baqarah). Maksud hadis Nabi Muhammad s.a.w. pula ,”Apabila aku menyuruh kamu sesuatu , maka lakukanlahmengikut kemampuan kamu” (Riwayat Al- Bukhari, Muslim , An- Nasaai dan Ibn Majjah). Janganlah merancang sesuatu diluar kemampuan nanti tidak matang dan kecundang.

2. HUDUD Allah memang tidak boleh disangkal lagi: tetapi HUDUD PAS hanyalah suatu enakmen yang digubal oleh manusia yang tidak berotoriti. Menjaga identiti dan keluhan hudud Allah adalah kewajiban seluruh muslim. Hudud Pas ini tidak boleh ditrima ebagai hukum Allah: kerana banyak acara hudud Allah yang asal diketepikan dengan begitu terang dan mudah.

3. Faktor kemapuan PAKAR PERUNDANGAN ISLAM, PENGHAYATAN SYARIAT UMAT. KEFAHAMAN ORANG YANG BUKAN ISLAM dan MAJORITI AHLI PARLIMEN mesti diambil kira sebelum HUDUD hendaklah dibawa. Hkum Allah (khususnya HUDUD) tidak boleh tegak ditengah-tengah umat Islam yang gawat dengan kejahilan, maksiat dan berbagai kelemahan. Kaedah usul feqah yang bermaksud , “ sesungguhnya menolak keburukkan mestilah didahulukan sebelum menarik kebaikan” mestilah diberikan perhatian.

4. Hukum Allah kalau tidak lengkap jangan cuba dipermainkan untuk kepentingan; kerana ia merupakan hak dan tugas muslim keseluruhan. Sesungguhnya menjaga kepentingan maruah dan identiti Islam lebih utama dari segala kepentingan. Kita perlu menentang sesiapa juga yang cuba menggunakan agama untuk kepentingan mereka.
Untuk lebih jelas lagi: - lihat satu perbandingan antara Islam dan Pas yang nyata berlaku

PENYELEWENGAN ISLAM OLEH PAS.

CIPTAAN: Islam agama ciptaan Allah yang diturunkan kepada para Nabi sejak nabi Adam a.s. sehingga kepada nabi Muhammad s.a.w. dengan membawa syariat masing-masing untuk seluruh umat manusia dimuka bumi Allah. SEDANGKAN PAS (Ciptaan manusia) hanya di bumi Malaysia khusus orang-orang Melayu yang menjadi ahli Pas sahaja. Lebih teruk lagi apabila mereka menganggap parti ciptaan mereka itu sebagai parti Allah.

DASAR: dasar yang diperjuangkan oleh Islam ialah Al –Quran dan Hadis (sunnah) yang menjadi pegangan umat Islam bagi mencapai kesempurnaan , Iman dan Islam itu sendiri. SEDANGKAN Al-Quran dan Hadis hanya mahu dijadikan sebagai Perlembagaan PARTI dan diperalatkannya untuk mencapai tujuan politik Pas bukan untuk mencapai keredhaan Allah. Sebaliknya Al-Quran dan Hadis hanya sebutan sahaja dibibir mulut pemimpin-pemimpin PAS dan penyokongnya bagi mengelirukan umat Islam.

Kalau dilihat seperti apa yang pernah disebut oleh Saidatina Aishah r.ha. “Akhlak Rasulullah adalah Al- Quran” Persoalan : Apakah akhlak pemimpin-pemimpin PAS dan penyokong PAS samada dari segi (Percakapan dan Perbuatan) mereka mengambarkan Al-Quran dan Hadis? _Jelas amat jauh beza tingkah laku mereka kalau diandingkan dengan Al-Quran dan Hadis. Ini menunjukkan bahawa Al-Quran dan hadis juga turut diperalatkan oleh Pas bagi mencapai tujuan politik mereka.

AMANAH PERJUANGAN ISLAM: Sebelumnya adalah dipikul oleh Rasulullah , para sahabat , pejuang-pejuang Islam dan seluruh umat Islam dalam menegakkan kalimah Allah dan agama Allah kini Pas mendakawa bahawa perjuangan Islam: hanya pemimpin-pemimpin mereka. Ulama-ulama mereka sahaja. Ahli-ahli dan penyokong mereka sahaja yang memperjuangkan Islam malah sanggup menafikan hak orang lain dengan penuh sombong dan bongkak. Segala perlaksanaan orang lain tentang semuanya tidak betul malah dicaci sedangkan Pas tidak melakukan apa satu pun dan masih dianggap merekalah lebih ISLAM dari orang lain.

ASAS DAN MATLAMAT PERJUANGAN: Asas dan matlamat perjuangan Islam adalah menegak dan mengukuhkan Iman dan Aqidah termadsuk syariat, muamalah , munakahah merangkumi segala suruhan dan menjauhi segala laerangan Allah. MALAH bagi PAS TIADA ada ASAS perjuangan yang kukuh mengenai persoalan (Iman dan Aqidah).

Hanya bagi mereka semata-mata mahu (BERKUASA) tanpa melaui sebuah doktrin yang jelas. Tegasnya Pas tidak ada lansung matlamat perjuangan sebaliknya hanya memuaskan nafsu di samping mencari kedudukan , kekayaan sehingga agama Allah dijadikan urusan jual beli oleh mereka demi mencapai matlamat ini.

Terbukti matlamat perjuangan Pas tidak melaui dakwah atau tarbiyah didikan Islam sewperti yang dilaksanakan oleh para nabi khususnya nabi Muhammad s.a.w. YANG JelAS diperlakukan oleh Pas adalah dakyah (menghasut dan menanam sifat kebencian di kalangan ahli mereka terhadap pemimpin negara dengan menggelar gelaran yang buruk dan hina). Contoh: “Dr Mahadzir Mahafiraun dan Mahazalim” melalui ceramah-ceramah parti, kaset, majalah , internet dan kempen-kempen politik yang menjadi alat perjuangan bagi mencapai tujuan Pas – perbuatan mereka ini amat bertentangan dengan Islam.

ARAH TUJU ISLAM SEBENAR : seperti yang melaksanakan oleh nabi s.a.w. dan para sahabat seterusnya para-para ulama ‘ warassatun Anbiya’ adalah mengeluarkan manusia dari kejahilan ke jalan kebenaran secara mendampingi mereka dengan memberi nasihat sifat berlemah lembut dan memujuk hati mereka sehingga berjaya memikat mereka kepada Islam sebenarnya. SEBALIKNYA pendekatan Pas memaki hamun, mengkeji caci, menghina dengan sikap kasar semata-mata untuk mendapat pengaruh dan penyokong Pas lebih kepada sikap ganas dan kasar kerana mereka dididik secara agresif oleh pemimpin-pemimpin mereka yang nyata bercanggah dengan kaedah islam.

PERPECAHAN UMAT ISLAM

PUNCA : SALAH TAFSIR AYAT AL-QURAN:
Pada tahun 1963 : Dewan ulamak Pas Kelantan menyalahkan ayat al-Quran dari maksud asalnya yakni surah Aali-Imran ayat 28: memutuskan satu hukum yang berunsur FATWA: “ Orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir (berkongsi kuasa) memerintah negara kafir” (Ayat ini disalah tafsirkan maksud asal dan dibaca separuh awal sahaja).

KESANNYA : Orang Melayu (Islam) yang menyokong UMNO sebelumnya takut dan bimbang menjadi kafir atas penyalah guna ayat ini terus dengan kancah penipuan Pas lantas meninggalkan UMNO. Tambahan diperjelaskan oleh Ustaz Pas kepada masyarakat : “Bagi mereka yang berbuat demikian maka terputus hubungan dengan Allah (kafir) “. Persoalan mereka: dengan siapa nak diharapkan lagi selain pertolongan Allah? Apakah nak bersama UMNO lagi ke? Inilah punca besar kenapa sebilangan rakyat tertipu menjadikan perpecahan hebat pada ketika itu. (Terutama golongan yang kurang pengajian agama) dan terus mempercayai dakyah itu.

Pada tahun 1978: dewan ulamak Pas Kelantan dalam perjumpaan mereka di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan : sebaik sahaja Pas dipecat daripada BN.

Menjadikan surah Al- Maidah ayat 44, 45 dan 47 sekali lagi UMNO menjadi kafir: “Kerana orang UMNO menjadi kafir, zalim dan fasik kerana tidak melaksanakan HUKUM ALLAH”.

Tafsiran hanya diberikan makna lahir sahaja. Dan bercanggah dengan tafsiran AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH yang mengaitkannya dengan sebab ENGKAR barulah menjadi KAFIR.

Al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya: “Menyatakan seseorang muslim itu dia tidak kafir walaupun dia membuat dosa besar. Dikatakannya di dalamnya ada persoalan yang disembunyikan iaitu sesiapa tidak menghukum dengan hukum Allah s.a.w. kerana menolak Al-Quran dan menyangkal Rasul (Hadis) yang mulia maka dia kafir.

Al-Iman Al Razi berkata dalam tafsirannya : “ Adapun orang yang mengenali dengan hatinya adanya hukum Allah s.w.t. dan mengakui dengan lidahnya adanya hukum Allah s.w.t. tetapi dia bertindak menyalahinya maka dia telah menghukum dengan apa yang diturunkan Allah s.w.t. . Akan tetapi dia telah meninggalkannya dari segi perbuatan. Maka tidak mesti termasuk dalam kategori ayat ini, maksudnya tidak kafir. Inilah jawapan yang betul . Wallahu A’alam. (Tafsir Al-Razi Juuzuk 3, halaman 410).

Pada 24 September, 1980: Hj.Hadi Awang salah tafsir: Maksud Ayat 251 surah Al- Baqarah
Katanya: “Dan jikalau Tuhan tidak menjadikan manusia itu bergaduh, bermusuh, berkelahi, nescaya akan rosaklah muka bumi”.

Apabila cerita sebenar disembunyikan dan tidak diperjelaskan menyebabkan pengikut Pas menjadi lebih berani bermusuh kerana ada hukum yang difahami mereka pengikut Pas menjadi lebih berani bermusuh kerana ada hukumyang difahami mereka sebagai fatwa: “ Tuhan Mahu Kita Bergaduh” itu – Kesannya orang Pas berani bertindak ganas dan mahu kepada perbalahan. Tambahan pula pada tahun 1981 Hj. Hadi sekali lagi MENCIPTA HUKUM : yang paling kontroversi dan kemudian dicetak menjadi AMANAT HAJI HADI. Makksud hukum itu ialah “LAWAN UMNO/BN MATI SHAHID”.

Kesannya : berlarutan sembahyang dua imam di terengganu. Lebih serius lagi 19 Nov. 1985 “PERISTIWA BERDARAH MEMALI” yang mengorbankan 18 jiwa.

Nasihat Luqman bentuk peribadi Muslim sejati

Nasihat Luqman bentuk peribadi Muslim sejati

Oleh Zahid Zamri


SURAH Luqman adalah surah ke-31 dalam al-Quran, salah satu daripada surah Makkiyah. Ia mempunyai 34 ayat, lapan daripadanya menceritakan mengenai Luqman dan nasihat beliau kepada anaknya bermula dari ayat 12 hingga 19.
style="font-family:arial;">
Identiti sebenar Luqman tidaklah diberitahu dalam al-Quran, tidak dinyatakan dari mana asalnya atau dari umat nabi manakah beliau tergolong. Ada mengatakan Luqman seorang lelaki kulit hitam seperti Bilal.

Cukup untuk kita ketahui bahawa beliau adalah hamba yang terpilih sehingga tersemat namanya dalam al-Quran sebagai hamba Allah SWT yang bersyukur seperti tertulis di permulaan ayat yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami berikan hikmat kepada Luqman iaitu: Bersyukurlah kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri." (Surah Luqman, ayat 12)

Walaupun nasihat Luqman ditujukan untuk anaknya, ia boleh menjadi pegangan kepada umat Islam seluruhnya tidak kira muda atau tua. Iktibar boleh diambil daripada mana-mana sudut kefahaman sama ada sebagai panduan bagi ibu bapa untuk mendidik anak, panduan menjadi anak yang soleh dan juga panduan menjadi Muslim yang diredai.

Jika diteliti, nasihat Luqman berkisar kepada beberapa aspek penting. Beliau memberi penekanan mengenai penjagaan akidah, amal perbuatan, ibadat, dakwah dan akhlak. Kesemua aspek itu penting dan berkait rapat dalam usaha mencapai peribadi Muslim sejati.

Pertama, aspek penting dan diberi keutamaan adalah akidah. Luqman mengingatkan dan menekankan betapa pentingnya untuk sentiasa mentauhidkan Allah SWT serta tidak melakukan syirik. Kekuatan akidah diberi penekanan kuat kerana ia adalah perkara asas yang perlu dimantapkan dalam diri setiap Islam kerana dari situ barulah dapat dimajukan aspek keagamaan lain.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran bahawa Luqman berkata kepada anaknya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." (Surah Luqman, ayat 13)

Seterusnya Allah SWT membenarkan apa yang dikatakan Luqman dalam ayat seterusnya dengan menambah mengenai betapa pentingnya untuk kekal mentauhidkan Allah SWT walaupun jika kedua ibu bapa melarang daripada mempercayai bahawa Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Esa. Kedua ibu bapa mestilah dilayan dengan baik kerana mereka tetap individu yang banyak berjasa membesarkan kita dan mempunyai pertalian darah daging yang tidak ada pada orang lain selain kedua ibu bapa sendiri.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) terhadap dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah, dan menceraikannya daripada menyusu dalam masa dua tahun. Dan jika kedua-duanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu mengenai itu, maka janganlah kamu mengikuti kedua-duanya, dan pergauilah kedua-duanya dengan baik." (Surah Luqman, ayat 14 dan 15)

Ini kemudiannya dikaitkan dengan aspek amal perbuatan ketika Luqman berkata lagi: "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatanginya (membalasnya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui." (Surah Luqman, ayat 16)

Ayat itu menekankan betapa pentingnya menjaga setiap amal perbuatan, walaupun ketika menghadapi dugaan berat seperti memiliki ibu bapa yang tidak mengikut lunas akidah Islam. Kita mestilah sentiasa berbuat baik kerana Allah tetap akan menilai setiap perbuatan tidak kira dalam apa juga situasi dan di mana saja.

Aspek berikutnya adalah mengenai ibadat dan Luqman mengingatkan anaknya supaya tidak meninggalkan ibadat solat yang menjadi kefarduan bagi seluruh umat Islam. Beliau berkata: "Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang perlu diambil berat untuk melakukannya." (Surah Luqman, ayat 17)

Di situ dapat dilihat Luqman turut menekankan kepentingan melakukan dakwah. Perkara yang tidak baik hendaklah ditegah manakala perkara yang baik hendaklah digalakkan. Ia menjadi tanggungjawab setiap Muslim. Sifat tabah juga perlu dalam usaha menyebarkan dakwah kerana sudah pasti ada pelbagai dugaan dan cabaran menanti.

Seterusnya Luqman menasihati lagi supaya jangan bermegah-megah dan bongkak kerana Allah SWT benci akan sifat sombong. Hendaklah seseorang itu sentiasa bersifat tawaduk dan merendah diri melakukan dakwah walaupun memiliki ilmu pengetahuan agama yang tinggi. Janganlah menganggap diri lebih baik dan pandai daripada orang lain sehingga lupa bahawa manusia adalah tidak lain selain hamba Allah SWT yang lemah.

Luqman berkata: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Surah Luqman, ayat 18)

Justeru, aspek akhlak juga penting bagi melengkapkan ciri-ciri yang diperlukan dalam diri setiap Muslim. Sikap dan penampilan peribadi perlu dijaga bermula daripada cara seseorang itu bercakap hinggalah kepada gaya ketika berjalan. Nasihat terakhir Luqman: "Dan bersederhanalah kamu dalam berjalan (tidak terlalu cepat atau terlalu lambat) dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." (Surah Luqman, ayat 19)

Jika diteliti dengan mendalam, nasihat Luqman merangkumi semua aspek penting yang sangat berguna bukan saja kepada anaknya, kepada semua individu Muslim tidak kira peringkat umur dan zaman.

Peranan dan tanggungjawab digalas setiap Muslim mesti dilaksanakan sama ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa, sesama manusia dan paling penting tanggungjawab manusia kepada Pencipta untuk taat patuh suruhan-Nya.

Wednesday, July 29, 2009

MAJLIS PENERANGAN ISU-ISU SEMASA

Dimaklumkan UMNO Bahagian Lipis akan mengadakan Ceramah Penerangan Isu-isu semasa sepertimana berikut :

CERAMAH 1.

TEMPAT : BALAIRAYA KG JERANSANG
TARIKH : 31/7/2009
MASA : 5.00 PETANG

PENCERAMAH

1. YB. ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD, KETUA UMNO BAHAGIAN LIPIS
2. AZHAR HJ AHMAD, KETUA PENERANGAN
3. UST. TAHARUDDIN BIN YAAKOB, AJK BAHAGIAN LIPIS


CERAMAH 2

TEMPAT : ASTAKA PEKAN SEHARI MELA
TARIKH : 31/7/2009
MASA : 9.00 MALAM

PENCERAMAH

1. YB. ABDUL RAHMAN MOHAMAD, KETUA UMNO BAHAGIAN LIPIS
2. YH. DATO SUHAIMI IBRAHIM, TIM. KETUA UMNO BHG. LIPIS
3. UST. TAHARUDDIN BIN YAAKOB, AJK BAHAGIAN LIPIS


CERAMAH 3

TEMPAT : DEWAN ORANGRAMAI PAGAR SASAK
TARIKH : 9/8/2009
MASA : 9.00 MALAM

PENCERAMAH

1. YB. ABDUL RAHMAN MOHAMAD, KETUA BHG. LIPIS
2. AZHAR AHMAD, KETUA PENERANGAN BHG LIPIS
3. LOKMAN BIN ADAM, EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Tuan-tuan dijemput HADIR dan diharap juga dapat memaklumkan kepada seluruh masyarakat untuk bersama-sama pergi kemajlis tersebut.



Tuesday, July 21, 2009

PEMUDA UMNO SOKONG TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA

KUALA LUMPUR 20 Julai - Suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat kes kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock perlu ditubuhkan segera bagi mengelakkan kes itu terus dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, penubuhan suruhanjaya itu juga perlu supaya tidak timbul pertikaian yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada keamanan negara.
"Ia (penubuhan suruhanjaya) perlu dilaksanakan segera agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

"Kita bimbang jika pelaksanaannya tidak disegerakan akan timbul masalah yang lebih buruk dan tidak terkawal," katanya kepada pemberita ketika sesi memanas badan pasukan ragbi Pemuda UMNO di Padang Merbok di sini hari ini.

Selain itu, Razali berkata, penubuhan suruhanjaya tersebut juga dilihat dapat mengelakkan salah faham rakyat terhadap sistem undang-undang negara.
"Dengan ini siasatan secara menyeluruh dapat dilakukan tanpa sebarang penipuan," jelas beliau.
Beliau menyelar tindakan pihak pakatan pembangkang yang menganjurkan perhimpunan dan demonstrasi jalanan dan disifatkannya memperalatkan keluarga Beng Hock.

Monday, July 20, 2009

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS


YB. Abdul Rahman Mohamad memperlawa Dato Razali untuk merasa masakan orang Lipis



YB. dato Razali Ibrahim menandatanggani Buku Pelawat UMNO Bahagian Lipis



Ketua Pemuda Pahang yg juga Ketua PPU Lipis berbincang sesuatu dengan Dato Razali serta
Yb. Abdul Rahman tentang masa depan perjuangan bangsa melayu.

Ketua UMNO Bahagian menyampaikan cenderahati iaitu Ikan Patin dan Ikan Kerai dari
Sungai Jelai


Cenderahati dari PPU Lipis


Saudara Mansor Salleh menerima Sijil AJK Pemuda Lipis seasi 2004 hingga 2008


YB. Dato Razali Ibrahim berucap merasmikan persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis 2009. Dalam ucapannya beliau berharap ahli UMNO berubah daripada sindrom TAHU.
1. TAHU tapi tak buat, tak ikut, tak dengar......
Tiada gunanya kalau kita tahu dan faham sesuatu pekara tetapi kita TIDAK melaksanakan apa yang kita tahu terutamanya dalam usaha menguatkan dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO.
2. TAHU segalanya kita semua tahu sedangkan pada hakikat...
Seperti dijelaskan oleh Dato Seri Najib bahawa hari ini bukan lagi zaman dimana kita mengetahui segalanya. Banyak pekara sebenarnya kita tidak mengetahui dan kita orang-orang UMNO kena pergi turun ke akar-umbi melihat denyut nadi rakyat bawahan.

Diantara AJK Bahagian yang hadir

Ucapan Ketua PPU Lipis yang juga Ketua PPU Negeri Pahang. Menyampaikan hasrat PPU Lipis agar Kementerian Belia dapat melihat kemudahan atau Infrastruktur Sukan di Kawasan Luar Bandar seperti di Daerah Lipis dapat dipertingkatkan. Beliau meminta Kementerian Belia dapat mempertimbangkan beberapa Gelanggang Serbaguna dibina di Lipis.

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN LIPIS 2009







































































































































































Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis telahpun dijalankan di Wisma UMNO Lipis pada 18 Julai 2009 yang lepas. Persidangan tersebut dirasmikan oleh YB. Dato Razali bin Ibrahim iaitu Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan.


Seramai 111 perwakilan hadir dari 186 orang dari 53 cawangan PPU yang bermesyuarat. Ia dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap Saudara Sahidan Hamid dan Timbalan Pengerusi Tetap Saudara Hamidi Mohd Noh.


Turut hadir ialah Saudara Zulkefli bin Shamsudin Ketua PPU Bahagian Paya Besar dan AJK nya merangkap wakil Badan Perhubungan PPU Negeri Pahang.





BN AKAN HANTAR PETISYEN CABAR KEPUTUSAN PILIHANRAYA MANEK URAI


KUALA LUMPUR 19 Julai – UMNO mengkaji kemungkinan menghantar petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan, yang dimenangi oleh Pas dengan majoriti kecil 65 undi.
Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, parti itu kini sedang memperhalusi langkah tersebut bersama Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohamed Hafarizam Harun.

‘‘Saya tidak menolak kemungkinan itu (petisyen), tetapi perkara ini akan diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
‘‘Saya tidak mahu mendahului pemimpin tertinggi UMNO, tetapi Barisan Nasional (BN) masih mempunyai waktu untuk berbuat demikian dan kita sedang memperhalusi perkara tersebut,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Memperkasakan Perpaduan Melalui Penerangan di sini hari ini.

Ahmad diminta mengulas dakwaan wujudnya sedikit keraguan terhadap keputusan pilihan raya di Manek Urai apabila beberapa pihak mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersilap mengumumkan keputusan undi bagi kawasan Manek Urai Lama.
Desas-desus wujud keraguan keputusan pengiraan di peti undi Manek Urai Lama timbul apabila BN sepatutnya dikatakan menang dengan majoriti 289 undi, tetapi hanya diumumkan 189 undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Perkara itu disahkan oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah baru-baru ini.

Keputusan itu dikatakan memberi kesan yang besar sehingga menyebabkan BN kalah pada pilihan raya kecil Selasa lalu, sedangkan jika mengambil kira undi 289 di Manek Urai Lama dan undi pos, BN menang kira-kira 42 undi.
Keputusan pilihan raya kecil tersebut menyaksikan calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah mendapat 5,348 undi, manakala calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat memperoleh 5,283 undi, manakala sebanyak 117 undi rosak.

Mengulas lanjut, Ahmad mengesahkan, beliau telah diberitahu mengenai kekeliruan itu.
Sementara itu, bercakap mengenai agenda penerangan, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memberitahu, rakyat kini telah kembali memberi sokongan kepada UMNO dan BN.
‘‘Saya telah turun memberi penerangan di 20 buah UMNO bahagian di seluruh negara dan rakyat semakin menerima pendekatan kerajaan.
‘‘Hasilnya telah diperoleh di Manek Urai apabila BN berjaya menarik sokongan pengundi di kubu kuat Pas,’’ jelasnya.

PEMIMPIN UMNO AKAN IKUTI KURSUS BANGKIT SEMANGAT BARU


SHAH ALAM 19 Julai - Semua pemimpin UMNO di setiap peringkat akan mengikuti program latihan dan motivasi secara berperingkat bagi menyuntik semangat baru di kalangan mereka mulai bulan depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri berkata, program itu akan dimulakan dengan penyertaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang.

Beliau memberitahu, program yang dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Pengurusan dan MT UMNO itu akan diperluaskan ke seluruh negara dan melibatkan pemimpin UMNO bahagian dan cawangan.
Katanya, langkah itu untuk menyuntik semangat pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dalam usaha membangkitkan semula keyakinan baru dan kepercayaan masyarakat kepada parti tersebut.

"Kita tidak mahu selepas pilihan raya umum lalu di beberapa tempat dan negeri yang kita kalah, seolah-olah ahli parti sudah tidak bersemangat lagi
"Saya percaya perlu ada suntikan baru jadi dengan pendekatan dan modul baru ini saya yakin ini dapat membangkitkan semangat baru di kalangan ahli-ahli parti," kata beliau.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam di sini hari ini.
Hadir sama ialah Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ahmad Nawawi M. Zain.
Muhyiddin menjelaskan, dalam tempoh dua tahun ini latihan lebih ditumpukan untuk pemimpin-pemimpin di semua peringkat.
Katanya, ini penting kerana mereka akan menjadi penggerak utama dan membimbing ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan terhadap hala tuju perjuangan parti.
"Kita mahu supaya ada imej baru dapat ditonjolkan dan ini akan digandingkan dengan tindakan-tindakan bersama rakyat hingga peringkat bawah.
"Tindakan juga diambil bagi mengetahui apa yang ahli parti lakukan untuk menangani rintihan rakyat dan menyelesaikan isu-isu mereka," katanya.
Katanya, usaha itu bukan sahaja mendekati rakyat tetapi meneruskan perjuangan membela nasib orang Melayu dan masyarakat Malaysia.
"Ia akan meningkatkan semula keyakinan baru bahawa UMNO mampu membawa perubahan kepada negara ini,"jelasnya.
Beliau memberitahu, latihan itu akan dilaksanakan secara berterusan kerana jumlah ahli UMNO kira-kira tiga juta orang menyebabkan tidak mungkin ia boleh diselesaikan dalam tempoh singkat.
Tambahnya, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) juga turut digalakkan menganjurkan latihan motivasi seperti itu.
Sementara itu dalam ucapannya, Muhyiddin mahu ahli-ahli UMNO di Selangor bangkit untuk menghadapi apa juga cabaran bagi mengembalikan semula pemerintahan negeri kepada BN.
Katanya, walaupun berada dalam keadaan yang kritikal tetapi itu bukan bermakna UMNO dan BN tiada harapan meraih kecemerlangan dalam pilihan raya akan datang.
"Saya percaya kita dapat kembalikan semula kepimpinan masyarakat Melayu di negeri ini," katanya.

Monday, July 13, 2009

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA UMNO LIPIS 5/09

Umno Bahagian Lipis telah mengadakan mesyuarat AJK bagi kali ke 5 bagi tahun 2009 sepertimana berikut :-

Tarikh : 10.07.2009
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Wisma UMNO Lipis

Friday, July 10, 2009

4 Misi UMNO Lipis

1. Memastikan BN cemerlang dalam pilihan raya umum ke 13.

2. Mengukuh dan memantapkan parti di semua peringkat.

3 Menyatu padukan orang Melayu.

4. Menarik kembali keyakinan sokongan bukan Melayu kepada BN.

KUALA LIPIS BERSEJARAH