Monday, July 9, 2012

3K BERKEMBAR BN VS 3P BERKEMBAR PAKATAN???





3K Berkembar Bukti Rakyat Perlu Terus Sokong BN

Oleh: Azlina Rosdy





KUALA LUMPUR, 9 Julai  - 3K yang membawa maksud keamanan dan keselamatan; kestabilan dan keharmonian; kemakmuran dan kemajuan adalah bukti kukuh mengapa rakyat perlu terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui negara.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan kebaikan untuk rakyat dan masa hadapan negara, kerana itulah janji-janji yang dibuat adalah janji yang ditepati.
Ini amat berlainan dengan sikap pembangkang yang terkenal dengan janji kosong. Apabila janji mereka dituntut, mereka akan memberi alasan akan menunaikan janji sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan.

BN pula tidak pernah mengenakan sebarang syarat dalam mendahulukan rakyat malah setiap janji yang dibuat bukanlah hanya untuk penyokong BN. Semua rakyat tanpa mengira fahaman politik akan mendapat kebaikan dari setiap janji yang telah dilafazkan oleh kerajaan.
Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohamed Yusoff berkata, telah terbukti selama 66 tahun BN memerintah negara dan menjaga segala kebaikan rakyat dengan begitu baik sekali.

“Mustahil selama 66 tahun tiada satupun kebaikan yang rakyat perolehi hasil daripada kepimpinan BN. Dengan kebijaksanaan pemimim terdahulu sehinggalah sekarang, sudah pasti ada sahaja kebaikan yang telah BN lakukan demi rakyat.

“Kita nak kecapi kebaikan ini untuk selamanya. Bukan hanya untuk sementara dan telah terbukti juga hanya BN yang mengota segala janji. Takkan kita nak biar pembangkang ambil alih negara sedangkan kita tahu banyak janji mereka hanya tinggal janji. Kita mahukan seorang pemimpin yang berkaliber dan mampu membawa negara terus gah di mata dunia. Bukan pemimpin yang hanya pandai bermain ‘drama’,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah beliau, rakyat perlu bersyukur dengan apa yang telah BN dan UMNO lakukan demi pembangunan negara tanpa pernah mengabaikan kebajikan rakyat.

Tegas beliau jangan hanya kerana terpengaruh dengan kata-kata manis pembangkang, rakyat tersalah membuat pilihan seperti yang terjadi pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu di mana kehilangan lima negeri pada PRU lalu telah menyebabkan kebajikan rakyat di negeri tersebut terjejas.

“Kerajaan Pusat tetap cuba sedaya upaya membantu negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang namun lihatlah apa terjadi kepada Pulau Pinang, Selangor dan Kedah…  Janganlah kita biarkan perkara ini berterusan sehinggakan negara kita tergadai di tangan pembangkang,” ujarnya lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di Selangor semalam berkata, pendekatan 3K berkembar yang dilaksanakan BN sejaka 55 tahun lalu adalah bukti kerajaan terus menunaikan janji utnuk pembangunan negara dan rakyat.

Beliau berkata, pendekatan BN berbeza dengan pembangkang dan ianya dapat dilihat apabila pelbagai janji pembangkang pada PRU 2008 gagal dilaksanakan.

MediaUMNO

KOMEN:

3P Berkembar Pakatan Pembangkang
          
         Pembohong dan Penipu 
         Pluralisme dan Peliwat 
         Pemurtad dan Pengkhianat

No comments:

Post a Comment

KUALA LIPIS BERSEJARAH