Thursday, September 2, 2010

PEMIMPIN DAN "WAR ROOM" UMNO


Sejauh Manakah kemampuan Pemimpin dan “War Room” UMNO?

Tuesday, August 31st, 2010 | Posted by admin

http://www.isuhot.com/?p=1054


KUALA LUMPUR, April 13 — Umno today asked its cyber friends to help uplift the image of the party which has come under increasing attack from various quarters, particularly the opposition.

Ahli-ahli umno disemua peringkat harus merealisasikan apa yang telah diluahkan dan ditafsirkan didalam perhimpunan yang lalu dengan cara kolektif, komprehensif dan konsistan (3K) tanpa sebarang pengucualian.

Pemimpin UMNO disemua peringkat yang telah kehilangan hala tuju dalam kedudukan dan pendekatan mereka sebagai aspirasi daripada akar umbi dan rakyat harusnya di tolak dan digantikan dengan kadar segera. Pada hemat saya UMNO kini tidak mampu lagi untuk memberikan ruang dan peluang terhadap pemimpin yang tidak dapat menjana aspirasi massa

Rakyat didahulukan kini telah menjadi kalimah untuk sesiapa juga yang ingin menjadi pemimpin atau yang bergelar Yang Berhormat- Mereka yang mempunyai berkepentingan diri sudah tiada tempat lagi didalam parti, Hukuman daripada rakyat kini dibuat secara jelas didalam keputusan PRU12 yang lalu.

Ahli UMNO kini mempunyai Hak dan kuasa yang baru didalam menentukan hala tuju pemimpin dan bersama sama membantu didalam menguruskan parti seterusnya didalam menguruskan negara.serta mencorakkan masa depan yang gemilang untuk Agama , Bangsa dan Negara.

Sebagaimana ulasan saya selepas cadangan yang dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia tentang penubuhan bilik perang atau “war room” untuk di wujudkan disemua bahagian yang sedia ada dan menangkis serangan pembangkang, saya rasa adalah lebih baik pihak UMNO bergabung terus dengan Cytroo yang sedia ada dan berpengalaman didalam pencarian maklumat , mencari kelemahan dan perlbagai kepakaran serta melatih AJK Pemuda UMNO agar tahu bagaimana untuk mematahkan hujah hujah apabila berhadapan.

Saya berani katakan 60% anggapan bahawa pemuda atau barisan AJK, Wanita, Pemuda tidak mampu menangkis serangan isu jika diterjahkan kepada mereka. Ini jelas apa bila setiap isu –isu yang berkaitan pada kebioasaannya pihak JASA akan memainkan peranan.

( Bilik Perang http://rmf7.wordpress.com)

Jadi apalah gunanya pengumpulan data didalam “war Room” jika tiada yang berani berhujah berhadapan tidak kira didalam cyber atau pun nyata. Data yang dikumpul hanya berkisar megenai kemerosotan sokongan pemilih dan pengundi terhadap UMNO, perkara ini bukannya dijawab oleh pengundi, akan tetapi ianya harus dijawab oleh pemimpin. kerana mereka lah kemerosotan ini berlaku.

Didalam artikel saya yang lalu. (Kajian sikap pengundi atau Kajian sikap Pemimpin http://rmf7.wordpress.com ) ada menyatakan bahawa kajian sikap Pemimpin adalah lebih penting jika dibandingkan dengan kajian sikap pemilih atau pengundi. Kerana pemilihan pemimpin adalah dibuat oleh rakyat dan akar umbi. Rakyat sedang menolak pemimpin yang mementingkan diri sendiri-Ini semuanya telah dibuktikan secara jelas didalam Piliharaya 12 yang lalu.

Pemimpin yang ada sekarang adalah berdasarkan perjuangan materialistik bukan atas dasar pejuangan untuk Agama , Bnagsa dan Negara, Penyataan saya ini adalah berdasarkan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pihak pembangkang- dan juga beberapa isu dari pemimpin UMNO sendiri.

Di dalam isu isu yang amat sensitif sekali pun masih terdapat pemimpin yang di tampok pemerintahan tidak berani menyanggah atau mengeluarkan kenyataan membidas- atau mempertahan kan kedaulatan sesuatu isu. Kenapa?

Penubuhan “war room” telah pun di laksanakan dan boleh dikatakan semua bahagian bahagian umno didalam negeri telah menuhubkannya. Penubuhan “War Room” ini adalah bertujuaan perkara yang berkaitan dengan kekuatan dan kelemahan pihak lawan dan juga strategi untuk berhujah berdasarkan fakta.Data data demografi pengundi bukan pilihan, yang mana semua aspek diambil kira untuk meraih kemenangan dan meraih sokongan daripada akar umbi terhadap parti, Apakah ini akan dapat membantu jika sekiranya tiada kesedaran dikalngan pemimpin itu sendiri?

Berbicara tentang “war room” sudah semestinya ianya mempunyai Jeneral yang mengetuai segenap operasi yang akan dijalankan. Jika didalam keadaan ini setiap ketumbukan perang menpunyai askar-askar yang bersedia untuk menepis. Menangkis setiap genap penjuru serangan yang dibuat oleh pihak musuh- akan tetapi mampukah mereka? atau adakah UMNO Bahagian dan Negeri mempunyai ketumbukan askar yang berani bersama sama Cytroo dialam cyber atau nyata menyanggah kenyataan pembangkang dengan fakta.?

Dan askar askar yang dipilih oleh “Jeneral” ( Side War ) ini sudah cukup lengkap untuk masuk kelapangan dan membentuk. Mengolah,Mengkaji mengulas dengan butiran lengkap isu-isu yang dibangkitkan dengan fakta bukan dengan bercakap untuk menang.( hujah macam budak darjah 2C ) -berdasarkan pengalaman yang lalu.

Jika kewujudan bilik perang ini hanya sekadar retorik cadangan dari KP UMNO Malaysia Sdr. Khairy Jamaluddin, maka saya beranggapan bahawa Ketumbukan UMNO sekarang kini sudah ketinggalan 10 tahun kebelakang didalam persediaan bilik perang-

Jika dulu- mereka mereka ini telah menubuhkan bilik perangnya sendiri iaitu KPMU. Untuk menyaingi KMU.NET didalam isu isu yang dibangkitkan dengan membayar beberapa orang didalamnya “War Room” untuk mengeluarkan. Mengumpulkan data, fakta dan hujah dalam beberapa isu nasional yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang dan juga pihak pro umno, akan tetapi kedangkalan Admin dan peneraju didalam isu telah menjadikan bilik perang tersebut gagal berfungsi sebagimana sepatutnya. Sehinggakan saya di banned selama 2 tahun kerana mempertikaikan hujah hujah yang dikemukakan oleh KPMU .

Ketiadaan pengalaman untuk mematahkan hujah, kegagalan pengalaman didalam dunia cyber, kegagalan didalam rangkaian bersama blogger dan cytroo adalah punca utama kegagalan bilik perang yang hanya ‘Gah” di mata penyokongnya..

Kini selepas perhimpunan agong UMNO yang lalu, sekali lagi cadangan bilik perang telah dicadangkan semula tetapi kali ini dengan melibatkan semua bahagian dan negeri dengan terlantiknya “Side War” .( Ulasan saya didalam Bilik Perang http://rmf7.wordpress.com )

Bagi pihak saya dan pandangan saya sebagaimana saya nyatakan diatas “War Room” ini hanya berfungsi serta berkemampuan untuk mengumpulkan data data pilihanraya, data pengundi, data status pengundi, Stategi terhadap pengundi dimasa pilihan raya dan sebagainya .

Itu adalah diantara tugasan yang mungkin akan dilakukan oleh “War Room” akan tetapi mampukah didalam “War Room” mengupas isu sebenar yang berada dihadapan mata yang mana berubah-ubah corak serangan dilakukan oleh pembangkang? Kerana saya percaya mereka tidak mampu…

Terus terang saya kata bahawa saya belum lagi melihat dikalangan hardcore “War Room” dan “Side War” sepanjang penubuhannya berada didalam maya untuk memberikan sokongan kepada cytroo didalam penyaluran maklumat , strategi, untuk bersama-sama menumbangkan pembangkang, memujuk, dan menyakinkan mereka untuk memberikan sokongan kembali kepada UMNO/BN.

Begitu juga di peringkat nyata, tiada dikalangan AJK Pemuda Bahagian. Wanita bahagian, puteri, yang mampu bersaing diperingkat hadapan dengan isu isu terkini untuk di perdebatkan, akan tetapi mereka ini (AJK ) cukup mahir didalam mengesan “projek” dan tanah .serta mengampu ketua bahagian. ( mengikut apa yang di salurkan kepada saya )

Apa yang disalurkan itu ada logiknya, kerana saya ada terbaca bahawa sebilangan besar daripada mereka ini adalah “Buta IT” Ini bermakna jika mereka ini ditahun 1970an.. mereka ini adalah dikalangan yang ‘Buta Huruf” dan ini sudah tentu tidak melayakkan mereka memegang jawatan jawatan di dalam parti dimana penyaluran maklumat yang begitu terkini dan kajian kajian dan capaian maklumat dibuat menggunakan komputer. Alasan itu juga logic daripada yang kita lihat daripada perkembangan terjahan isu daripada pembangkang –semuanya dijawab oleh orang lain. Mereka ini hanya mampu “Sokong!!! Saya Sokong!!! “ dan mereka juga dipilih kerana cantik… macam akademi fantasia pulak…Hanyutttttttt!! UMNO kalau ada jenis ini…

Jika benar UMNO ingin menghasilkan satu generasi yang yang mampu berhujah dengan fakta, seharusnya mereka ini dilatih melakukan research dari dalam dan luar negara tentang isu yang dibangkitkan seperti –sesama tau sudah la…

Dan banyak lagi isu isu yang telah menjadi modal kepada pembangkang menjahanamkan BN/UMNO tanpa sebarang hujahan bidasan yang cukup jelas dari pada pihak yang dipertanggungjawabkan.

Didalam isu isu yang menjatuhkan maruah Agama. Bangsa dan Negara juga maruah UMNO/BN sebagaimana yang saya nyatakan diatas- Berapa banyakkah kajian data, yang telah dibuat oleh “War Room” untuk diterjemahkan didalam penghujahan secara jelas untuk menyanggah kepalsuan isu yang dibangkitkan.

Persoalan nya disini dimanakah “ Side War” yang dilantik dan dibayar untuk tugasan ini. Jawapannya “TIADA” . Ya!! Tiada diantara pemimpin atau “Side War” atau anggota dari “War Room” yang berani tampil membuat sanggahan. Jadi disini kita dapat melihat apakah fungsinya “War Room” dan Side War” sebenarnya? Atau hanya sebagai tempat pengumpulan data dan bahan untuk ceramah ceramah yang mana akan digunakan semasa berkempen.

Semua isu isu telah dimainkan oleh pembangkang dah telah di terjah dan di sanggah dengan aggresif oleh cytroo-cytroo didalam Cyber War dan juga didalam Blog blog untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kepimpinan BN/UMNO – walaupun mereka ini tidak di bayar dan disokong oleh UMNO sendiri. Tetapi dimanakah “Side War” dan anggotanya didalam “War Room” untuk membantu.

Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Perdana Menteri dan Timbalannya- UMNO tidak akan mengamalkan konsep bertahan lagi- serangan seharusnya dilakukan semula- serangan demi serangan untuk mematahkan isu isu yang dibangkitkan pembangkang-

Tetapi siapakah yang akan melakukan serangan tersebut? Adalah menjadi harapan Perdana Menteri Malaysia agar ruangan cyber digunakan sepenuhnya untuk menyanggah fitnah-fitnah yang dibawa oleh pembangkang .ini termasuk pembinaan Blog, Forum.FB, Cyber War dan lain lain lagi alternative untuk menyahut seruan tersebut.

Saya percaya dengan mengwujudkan “War Room” dan “ Side War” saya cukup yakin UMNO/BN kini telah mempunyai anggota yang cukup berani untuk mematahkan serangan tersebut, Jika di Perak Dato Khusairy Talib pada kebiasaannya akan menyanggah didalam Blog beliau, Dato Hamidah , MP NIzar Zakaria didalam Cyber War bersama cytroo berjuang mematahkan hujah hujah pembangkang.

Tetapi dimanakah “Side War” dari mana mana Negeri yang telah ada “War Room” bersama-sama ketumbukannya askar -askarnya untuk melakukan serangan balas? Jika ingin mengwujudkan “War Room” yang betul betul berkesan lakukan dengan cara yang bertepatan, bukan hanya sebagai tempat untuk pengumpulan data semata-

Kemampuan ini akan dapat menyalurkan maklumat tepat, tentang semua perkara berhubungkait dgn persoalan kenapa dan mengapa sesuatu isu dimainkan, bagimana untuk melakukan recovery semula,kenapa dan mengapa pengundi menolak kepimpinan UMNO/BN walaupun mereka didalam UMNO/BN juga. Perkara ini amat penting untuk dikaji.

Contoh isu 1 yang nyata : Kenyataan –kenyataan CSL tempoh hari telah menyebabkan banyak pihak bersuara dengan rasa tidak puas hati kerana ianya dilakukan oleh komponen BN sendiri- Akan tetapi dimanakah pemimpin pemimpin UMNO/BN atau “Side War” atau anggota “War Room” di peringkat negeri dan bahagian menyanggah kenyataan tersebut? Sehingga Tim. Perdana Menteri yang bersuara?

Contoh isu ke 2 yang nyata “ Kenapa sebahagian ahli UMNO/BN menolak kepimpinan Khairy Jamaluddin dan menyatakan dia merupakan Liabiliti terhadap UMNO/BN?- Ini contoh isu perpecahan sokongan kepimpinan didalam UMNO/BN sendiri- Untuk jawapannya kajian dasar terpaksa dilakukan bukan atas dasar kepentingan peribadi akan tetapi sebagai satu jalan untuk meleraikan isu dan mengukuhkan parti- Walaupun pahit keputusannya. ( KJ Liabiliti kepada UMNO http://rmf7.wordpress.com)

Contoh 3: Didalam Isu menterbalikkan bendera. Membakar bendera, mempermainkan perlembagaan, Lagu negaraku, kenapa tiada tekanan yang dibuat oleh Pemimpin UMNO/BN terhadap isu ini. Sehingga KDN terpaksa akur dengan karenah-karenah ini hanya dengan AMARAN yang telah diberikan dan sekali gus merosakkan maruah Agama, Bangsa dan Negara. Sikap tidak tegas terhadap isu demi kesinambungan karier politik telah menyebabkan mereka berani melaku dan terus melakukannya lagi. (Ketegasan KDN dituntut http://rmf7.wordpress.com)

Jika ini berlaku adalah menjadi tanggungjawab “ Side War” dan “War Room” memikirkan kaedah yang seharusnya diambil , kerana ianya telah melibatkan maruah parti. Maruah Agama, maruah Bangsa dan maruah Negara yang dimainkan didalam arena politik yang semakin hari cukup untuk kita kehilangan sabar.

Saya pernah diberitahu oleh seseorang daripada penjawat didalam wanita UMNO dalam Bahagian yang menyatakan bahawa pemegang jawatan didalam wanita tidak dibenarkan untuk membantu cytroo didalam FB untuk perang cyber- dengan alasan takut keterampilan sebagai penjawat dalam wanita umno terjejas begitu juga pengakuan seorang dalam Bahagian UMNO yang menyatakan bahawa mereka tidak akan memperdulikan isu isu yang dibangkitkan kerana tidak akan memberikan pulangan kepada mereka. Ini kah pemimpin UMNO/BN?

Jika demikian anggota-anggota atau ahli penjawat didalam UMNO dan tertubuhnya “War Room” maka saya beranggapan

Bahawa “WAR ROOM” TIDAK UBAH SEBAGAI RETORIK POLITIK SEMATA-MATA BUKAN DENGAN TUJUAN YANG SEBENAR- HANYA UNTUK MATLAMAT PRU13 UNTUK DIRI SENDIRI ATAU JAWATAN PERDANA MENTERI.

Sebagai Blogger dan juga Cytroo , saya akan menentang ahli politik dan ahli UMNO itu sendiri yang cuba mengaburi mata akar umbi dgn retorik “Kurang Akal” terutama “Liabiliti Dalam UMNO” didalam keadaan UMNO/BN memerlukan sokongan akar umbi untuk meneruskan agenda Melayu didalam pemerintahan sebagaimana sebelum ini.

Jika demikian dan jika ianya masih berlaku sememangnya UMNO tidak berubah dan terus tidak mahu berubah walaupun negara tergadai. Nyanyian “anak kecil main api” sudah tidak relevan dimata mereka , Jika wanitanya dengan bertudung jambul dan bergelang besar, Puteri dikatakan sebagai rebutan gandingan pemuda , projek rebutan. kuasa ditamakkan, Jadi tidak hairanlah mengapa masih ada kes kes terpinggir dikalangan akar umbi- Siapa yang mahu ambil peduli?

Lima tahun sekali kain batik diberikan – bukan tanah sebagai pemberi rezeki- Kerakusan pemimpin baru tidak sabar-sabar mengejar gelaran “YANG BERHORMAT” yang mana setengah daripadanya tak pernah kenal akar umbi yang hanya mengampu ketua bahagian sedang menampakkan keruntuhan UMNO/BN itu sendiri-

Sekarang rakyat sedang membuat penilaian. pemerhatian, siapakah pemimpin yang mampu membela mereka, bukan sekadar membela “orang-orang tidak berguna “ didalam Bahagian dan cawangan demi kesinambungan politik diri sendiri .Malah orang orang yang meruntuhkan umno dari dalam pula disanjung didalam bahagian kerana ketakutan ketua bahagian diancam “ Jawatan Pusaka”nya.

Sayu hati saya bila melihat apa yang sedang bergolak sekarang : Retorik politik Liabiliti dalam UMNO masih lagi tak berkesudahan; Kehancuran yang dibawa oleh mereka masih tidak meyedarkan pemimpin Melayu. Dan kajian harus dibuat mengenai “War Room” dengan ertikata lain.. Sejauh manakah kemampuan pemimpin didalam “War Room” UMNO? Sedangkan mereka tidak mampu langsung untuk bersuara kerana takut kehilangan jawatan mereka.

Anak kecil main api,

Terbakar hatinya yang sepi,

Air mata darah bercampur keringat,

Bumi di pijak milik orang.

Sepertimana didalam artikel saya yang lepas-

Jangan Salahkan Pengundi jika PRU13?

…………Fikir-fikirkan lah…………

*** Semua yang ditulis ini adalah berdasarkan maklumat-maklumat sahih dari bahagian- bahagian umno dibeberapa buah negeri termasuk Perak sebagaimana yang disalurkan ***

http://rmf7.wordpress.com

2 comments:

  1. Salam tuan,
    Salam untuk seluruh UMNO Bahagian Lipis, saya menghargai apa yang dilakukan ini, mungkin Bahagian Lipis diantara Bahagian UMNO yang paling peka tentang perlunya ada blog resmi sebagai menyambung lidah pemimpin bahagian, Teruskan, saya peribadinya sentiasa menyokong, bahkan jika UMNO Bahagian Lipis memerlukan apa-apa pertolongan, pandangan atau nasihat serta mengadakan kursus blog saya akan sentiasa sedia membantu. Hubungi email saya. Terima kasih ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  2. Kat sini jangan copy & paste cerita luar dari lipis.Buat cerita sendiri(tempatan) dan letak gambar.Baru menarik sikit.

    ReplyDelete

KUALA LIPIS BERSEJARAH