Tuesday, August 14, 2012

MERDEKA 55 : "JANJI DITEPATI" vs "SEBANGSA SENEGARA SEJIWA"







Tema 'Janji Ditepati' lebih bermakna daripada 'Sebangsa Senegara Sejiwa'
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS




TEMA hari kemerdekaan 'Merdeka 55 Tahun Janji Ditepati' jelas menyebabkan pihak pembangkang rasa terpukul pukulan knock-out (KO). Dengan senarai manifesto yakni janji pilihan raya di Selangor masih banyak belum dipenuhi kerana mempolitikkan isu yang boleh selesai dengan sekeping surat, pembangkang ibarat cacing kepanasan.

Perdana Menteri sendiri kelmarin dilaporkan berkata, Barisan Nasional (BN) sanggup ditolak oleh rakyat jika gagal menunaikan janji. Satu kenyataan berani yang jarang disebut oleh mana-mana pemimpin di dunia. Bagi parti pembangkang mereka pula lebih selesa mempolitikkan isu yang kadangkala bersifat senjata makan tuan.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said diharap boleh mendeklamasi sajak Tun Dr. Mahathir berjudul Melayu Mudah Lupa kepada 'kawan-kawannya' dalam kalangan ahli parti pembangkang. Masihkah kita semua masih ingat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah berkata, perjuangan UMNO dan BN adalah bersifat kebangsaan bukannya untuk agama Islam. Namun hari ini beliau sendiri dipaksa menerima tema 'Sebangsa, Senegara dan Sejiwa'. Sepatutnya bukan sebangsa tapi seagama.

Jika Pas mendukung tema ini, ia jelas memperlihatkan sikap hipokrit yang melampau dalam kepimpinan parti tersebut. Baru-baru ini semasa debat dengan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dari Ilmuwan di Shah Alam, Selangor Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan juga 'terkantoi' dengan kenyataan tentang sokongan Pengerusi DAP, Karpal Singh bertoleransi dalam soal pelaksanaan hukum hudud. Sedangkan DAP konsisten dengan pendirian mereka menolak hukum tesebut.

Hari ini parti pembangkang cuba mempolitikkan tema hari merdeka seolah-olah perkataan Janji Ditepati ibarat cahaya lampu limpah menyuluh ke arah mereka. Semasa tema 1Malaysia digunakan pada Hari Kemerdekaan tahun 2009, tidak pula mereka mencipta tema sendiri, sedangkan jika dibaca dan difikirkan tema 'Sebangsa, Senegara dan Sejiwa' sama sahaja maknanya dengan Dasar 1Malaysia kecuali mereka tidak akan mematuhi motto 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Motto mereka adalah 'Politik didahulukan, Polemik diutamakan'.

Tema Senegara dan Sebangsa boleh juga diterima, kerana berbunyi patriotik, namun Sejiwa, ia jelas bercanggah dalam kepimpinan parti pembangkang sendiri. Sehingga hari ini, PKR, Pas dan DAP masih belum mencapai makna sejiwa dalam perjuangan politik mereka.

Adakah mereka pasti mereka mampu sejiwa kerana DAP jelas tidak sebulu dengan Pas dalam soal perlaksanaan hukum hudud, hingga ada yang mengecop hubungan antara mereka lebih bersifat kahwin paksa.

Bagi PKR sendiri masih berkira-kira mencari calon lompat parti dalam kem mereka sebagai calon pilihan raya. Adakah calon dalam DAP dan Pas tidak layak mengisi slot tersebut hingga tawaran dibuat kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dianggap berjiwa lemah dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara. Hakikatnya yang berjiwa lemah dan tamakkan kuasa hanya segelintir yang sanggup mencurahkan air di tempayan setelah mendengar guruh di langit, sedangkan ia bunyi kapal terbang yang melintas.

Kepada pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang, cukup-cukuplah mereka ditimpa Tragedi 16 September 2008 hingga pemimpin seperti Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin turut tertipu dengan janji Ketua Pembangkang hendak mengambil alih Putrajaya. Mempolitikkan tema merdeka jelas menunjukkan mereka sudah kehabisan peluru untuk menyerang Dasar 1Malaysia yang hadir dengan pelbagai jenis produk hingga membuatkan mereka tidak lagi ruang untuk mengkritik.

Apa yang boleh disimpulkan ketiga-tiga parti masih bersikap jiwa-jiwa, bak kata orang muda hari ini terlalu sensitif dengan setiap dasar kerajaan hingga tiada satu pun dasar yang dianggap cocok dengan naluri mereka. Contohilah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengotakan segala janji Bajet 2012 yang dibentangkan 7 Oktober tahun lalu.

Justeru, kepada pemimpin pembangkang jika tema Janji Ditepati berbunyi terlalu BN maka terimalah dengan hati dan minda yang terbuka kerana pengertian Janji Ditepati begitu luas. Ia mungkin bermakna saranan kepada diri mereka sendiri untuk segera menunaikan janji-janji manifesto yang masih tertunggak kerana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sudah tidak lama lagi. Mungkin itu yang menyebabkan pemimpin pembangkang berasa tidak puas hati seolah-olah dunia ini tidak adil kepada mereka. Hakikatnya pembangkang adalah rakyat Malaysia juga dan perlulah mereka menghormati pendirian Ulil Amri yang melahirkan tema tersebut.

Pihak pembangkang perlu segera menunaikan janji manifesto mereka sebelum dicop sebagai munafik dan ditolak oleh pengundi. Di Selangor, rakyat sanggup memilih pakatan pembangkang sebagai kerajaan negeri pada PRU-12 dan memberi mereka peluang mentadbir, namun setakat ini tidak banyak yang boleh dibanggakan oleh rakyat negeri ini. Rumah kos rendah pun tidak ada.

Tema Janji Ditepati hendaklah juga dihayati oleh pemimpin Barisan Nasional di seluruh negara supaya jangan terlampau petah membuat janji tapi tidak ditepati. Ingatlah bahawa parti pembangkang seperti PKR dan parti Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF) sedang giat mengintai calon untuk direkrut sebagai skuad penabur janji yang baru. Insya-Allah, kepada pemimpin BN yang menjadi calon PRU-13 dan komited menunaikan janji, pasti meraih undi majoriti.



7 comments:

  1. (( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



    Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

    Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

    Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

    Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


    (Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Dear Abdul Razak Idris,

    Your statement is too much political rather uniting 1 Malaysia. I do not sense anything fishy with "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". As a citizen of Malaysia, I criticised 'Janji Ditepati' because it is more suitable for election campaign, absolutely not appropriate for National day theme. As far as I know "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" theme does not originally came out from PR. It is from 'rakyat' who voicing his frustration with our 55th Merdeka anniversary theme. He has suggested to bring forward this brilliant nationalist theme for us to share and celebrate our national day more meaningfully. Hence, the theme has better sense of appreciating 1 Malaysia theme: "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". How I perceive "Rakyat didahulukan" should really mean is listening to the people's voice and "Pencapaian diutamakan" is to articulate those voices for better Malaysia. Whereas,"Janji Ditepati" is just denoting clear meaning of 1 Malaysia theme in such politically way.

    I apologies, I am supporting pro-Idea and honestly Im not siding any political party in particular. This is only my humble opinion as I love my country very much.

    Happy National Day.

    ReplyDelete
  4. .


    (( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



    Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

    Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

    Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

    Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


    (Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')

    ReplyDelete
  5. PAKATAN RAKYAT lagi x nampak nak buat hudud... kes kecil mcam rampasan arak, murtad(SELANGOR)pun x leh setel inikan pula HUDUD???
    kita kalo nak buat mende baik mulakan dari yang kecil dahulu... baru la benda2 besar wei... (maknanya kump anak2 muda keluar UMNO BODOH sebab benda kecik ko x nampak..) fikiran perlu analitikal weh... setakat copy paste baik x payah...BODOH namanyer...

    ReplyDelete
  6. Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?


    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~


    Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

    Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?







    (( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))

    ReplyDelete
  7. Kumpulan ini (Kelab Puteri UMNO Mahu Lingkupkan UMNO) adalah merupakan kumpulan yang tak berpijak dibumi yang nyata. Mereka ini menulis tiada fakta sokongan dan seolah-plah tak belajar sejarah.... mungkin tak sekolah langsung agaknya.

    Kalau tak wujud perpaduan dalam BN..... masakan kemerdekaan negara dapat dikekalkan hingga 55 tahun.... inilah jasa2 dan hasil perpaduan BN. Jika BN/Perikatan tak memerdekakan negara mungkin yang beri komen di atas masih pakai cawat dan tinggal di atas pokok lagi.

    Janganlah terikut-ikut dengan gerakan pembangkang yang kononnya suatu pakatan tetapi masih haram..... tak tau siapa yang menjadi teras dalam kelompok tersebut. Yang mendakwa perjuangkan agama berada ditahap pencacai..... yang berkuasa penuh dalam pakatan nampaknya yang menolak perjuangan agama.

    Kepada penyokong2 pembangkang khususnya yang berbangsa melayu... kembalilah kepangkal jalan.... jangan jadi kitol n raja medaliar... jangan jadi bangsat n penderhaka kepada agama bangsa dan negara.

    ReplyDelete

KUALA LIPIS BERSEJARAH