Thursday, April 5, 2012

BN ADA 1MALAYSIA, GTP DAN ETP, PEMBANGKANG CUMA ADA SAUDAGAR MIMPI

Najib Selepas 3 Tahun Bergelar Perdana Menteri…

April 3, 2012 · 85 Comments

http://www.mykmu.net/?p=18196

Tanggal 3 April 2012. Genaplah 3 tahun Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tahniah saya ucapkan kepada beliau.

Meskipun baru hanya 3 tahun mentadbir negara, pelbagai perubahan dan transformasi yang dilaksanakan beliau. Dan satu demi satu kesan positifnya dirasai oleh segenap rakyat sama ada di bandar atau di luar bandar, di dalam negara mahupun di luar sana.

Dari GTP hinggalah ETP, segala program yang diilhamkan Perdana Menteri berjalan begitu lancar meskipun sekali sekala diganggu oleh pihak pembangkang yang cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Najib. Selayaknya beliau perlu diberi pujian atas prestasi yang memberangsangkan itu.

Semalam Perdana Menteri ada menceritakan tentang GTP dan ETP menerusi kaca televisyen, bukan? Saya fikir, tak payahlah saya ulang tentang semua itu. Nanti ada pula pihak yang iri hati dan menuduh saya riak pula dengan kejayaan Najib.

Saya memuji bukan kerana saya seorang ahli UMNO atau penyokong parti kerajaan. Saya memuji kerana saya adalah salah seorang dari rakyat yang bersyukur kepada Allah SWT yang mengurniakan seorang Perdana Menteri yang sebagus dan sehebat Najib.

Tidak dapat dinafikan, ketika Najib menerima amanah dari Pak Lah, UMNO “sakit teruk”selepas dilanda ‘tsunami’. Ekoran lemahnya UMNO yang menjadi tunjang kepada pentadbiran negara, kerajaan juga dilihat agak goyah menerima serangan dari pihak pembangkang di dalam di “luar negara”.

Namun sudah resmi Najib, pantang anak Melayu undur, membujur lalu melintang patah, beliau berjaya merubah segala kelemahan tersebut sehinggan UMNO kembali berdiri teguh berbanding sebelumnya. Siapa yang mengikuti perkembangan kerajaan di zaman Pak Lah, sudah tentu akan mengakui perubahan-perubahan positif yang di bawa oleh Najib, bukan?

Salah satu intipati peringatan Najib di dalam ucapannya semalam ialah “jangan ubah pemandu yang terbukti cekap menguruskan negara ketika berada di tengah jalan”, bukan? Apa maksud beliau?

Saya kira, kita semua faham maksudnya. Maksudnya, jangan gadaikan masa depan negara kepada pihak yang merbahaya dan diragui prestasinya…

Bukan mahu memperkecilkan pembangkang, namun pada pandangan saya memang benar bahawa pembangkang adalah pihak yang merbahaya dan sangat meragukan rakyat. Jangan berkecil hati saya kata begitu. Ia memang realiti yang perlu diterima.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berasal dari UMNO dan kami yang membesar di zaman “kegemilangan”Anwar memang tahu prestasinya. Dia pernah memegang jawatan Menteri di pelbagai portfolio. Malangnya, semuanya gagal dan dia hanya mengharapkan “sentuhan” Tun M dan “think tank” milik Tun M untuk kekal “survive”.

Sehingga ke jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, dia tetap gagal teruk! Mujurlah Tun M bertindak lebih awal menyelamatkan keadaan.

Kita tentu tidak lupa tentang krisis mata wang yang melanda dunia, bukan? Ingat kisah Anwar dengan IMF dan Tun M yang menambat matawang? Kalau diikutkan idea TPM merangkap Menteri Kewangan ketika itu, Malaysia sudah lama tergadai pada IMF…

Itu sudut prestasi Anwar yang merupakan graduan kelas bawahan ijazah sastera. Bagaimana pula dengan sikap dan peribadinya? Dia kahwin lari. Dia suka buat kecoh. Dia terkenal dengan aktiviti sodom sejak di MCKK lagi. Dia pandai menipu sejak azali. Itu Anwar dulu kini dan selamanya.

Ya. Saya akui dia hebat berpidato. Tapi para ulama memberitahu bahawa mereka yang banyak bercakap itu sebenarnya “tin kosong”. Hebat berbunyi tanpa sebarang isi. Apatah lagi yang terpacul dari bibirnya itu dusta belaka. Sudahlah menipu rakyat, dia boleh bangga pula dengan dosanya itu…

Itu Anwar. Bagaimana pula dengan PAS? PAS seperti biasa. Siang malam kerjanya berniaga. PAS tak kira waktu menjadikan Islam sebagai ‘barang dagangan” mereka. Mana-mana umat Islam yang menolak PAS akan dianggap kafir, masuk neraka, jahil, thoghut dan sebagainya.

Kalau umat Islam ikut PAS, maka mereka akan diberikan “tiket ke syurga”. Kononnya, “PAS is the path to heaven”. Malah PAS kini berkawan dengan “syaitan” untuk menumbangkan saudara seagama dengannya.

Mengenai pentadbiran PAS? Lihat di Kelantan dan Kedah. Kelantan diperintah PAS lebih dari 20 tahun. Tapi hanya sebuah masjid saja dibina dan Mbnya begitu berbangga dengan sebuah TESCO, kononnya itu lambang “imarahnya Islam” dan “kemajuan ekonomi” di Kelantan.

Di Kedah? Tak usah cakaplah. Malu orang Kedah dibuatnya. MB Kedah sampai “bebal”, dan lebih rela menyerahkan Kedah kembali kepada UMNO/BN dari menyerahkan negeri itu kepada pemimpin PAS yang lain di sana. PAS Kedah bergolak hebat! Macam itu nak diharapkan memerintah negara?

DAP? Tak usah ceritalah. Segala-galanya memang hancur! Dari segi perlembagaan dan perundangan, politik hinggalah ke peringkat moral. DAP mahu ubah perlembagaan mengikut acuan Malaysian Malaysia sebagaimana dasar “abang besar” mereka di Singapura.

Politik DAP ala-ala diktator atau sistem “God Father”. Sila rujuk pada Professor Ramasamy di Pulau Pinang. Moralnya begitu “tinggi” sekali. Ramai ibu-ibu berbangsa Cina di Selangor dan Pulau Pinang marah-marah kerana suami mereka sering “kantoi” di pusat hiburan dan mabuk-mabuk sambil berkepit dengan China Dolls!

Apakah mereka ini semua dilihat lebih baik dari kerajaan sedia ada? Ya, saya tidak kata kerajaan sedia ada sempurna 100%. Tapi kini Najib sedang melakukan transformasi ke arah mengatasi masalah-masalah yang ada. Dan rakyat melihat perkembangan itu sangat memberangsangkan.

Saya faham bahawa pihak pembangkang sering memburuk-burukkan usaha beliau dengan mengada-adakan cerita fitnah. Sudah ketua pembangkang itu resminya pembohong. Bila hobi Anwar berbohong, maka fitnah pun berleluasalah di zaman ini.

Justeru, saya tak mahu tulis banyak lagi. Apa yang perlu kita lakukan kini ialah berikan mandat kepada Najib. Pada PRU ke-13 ini, terjemahkan undi anda kepada BN kerana Najib merupakan permata negara yang kini semakin menyinari rakyat Malaysia. Syukur alhamdulillah. Titik.

No comments:

Post a Comment

KUALA LIPIS BERSEJARAH