Monday, June 28, 2010

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN LIPIS 2010



"
SELAMAT DATANG DAN "


1. MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PUTERI


Tarikh : 27 Jun 2010 (Ahad)
14 Rejab 1431

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Dewan Dato’ Haji Omar Othman
Aras 2, Wisma UMNO Bahagian Lipis

Perasmi : Sdri. Wan Salwati Binti Hj. Abdullah
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia



2. MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA

Tarikh : 03 Julai 2010 (Sabtu)

20 Rejab 1431

Masa : 2.30 Petang


Tempat : Dewan Dato’ Haji Omar Othman

Aras 2, Wisma UMNO Bahagian Lipis

Perasmi : YB. Sdra. Khairy Bin Jamaludin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia



3. MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA

Tarikh : 03 Julai 2010 (Sabtu)

20 Rejab 1431

Masa : 9.00 Pagi


Tempat : Lipis Centrepoint


Perasmi : YB. Senator Dato’ Maznah Binti Mazlan
Timbalan Menteri Sumber Manusia



4. MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN LIPIS

Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad)

28 Rejab 1431

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Dewan Dato’ Haji Omar Othman

Aras 2, Wisma UMNO Bahagian Lipis

Perasmi : YB. Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi


" SELAMAT BERSIDANG SEMUA PERWAKILAN "

Tuesday, June 22, 2010

SESAT DI HUJUNG JALAN.......

Balik Ke Pangkal Jalan, Tinggalkan Pas Yang Kian Kalut

Jun 22nd, 2010 | By administrator | Category: Eksklusif

http://umno-online.com/?p=11597

Oleh: KAMAL ZAILANI

Nik Aziz Nik Mat buat hal lagi. Tok Guru “bertaraf wali” yang dipuja penyokong-penyokong Pas ini memang terkenal dengan perangai suka membuat kenyataan mengikut nafsu serakah. Setelah menjadi pujaan hati DAP si kafir harbi laknatullah kerana kenyataan sanggup berkawan dengan Syaitan, Tok Guru bertaraf “wali’’ di kalangan penyokong-penyokong Pas itu mahu wanita melaksanakan Solat Jumaat.

Ayat 1, Surah al-Hujurat:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kami mendahului Allah dan Rasul Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Rasulullah menegaskan kewajipan solat Jumaat kepada lelaki Islam:
“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit.” -Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim.

Berdasarkan Hadis ini, jelas sekali Nik Aziz mendahului Rasulullah s.a.w. yang sudah pun mengecualikan empat golongan daripada mengerjakan Solat Jumaat.
Terimalah realiti. Perjuangan Pas kini sudah jauh tersasar. Tidak lagi berada di jalan yang lurus. Kelam kabut dan semakin kalut. Pas macam sesumpah. Kejap ok kejap tak ok. Bertukar rupa mengikut keadaan sekeliling. Kejap wanita tak boleh jadi YB, kejap boleh!

Bila bersekongkol dengan PKR, semuanya sama rasa, sama rata. Perjuangan jadi barang dagangan. Boleh dijual beli. Ini kesan akibat fatwa-fatwa songsang dan Amanat Puaka Pas.

Masih ingat lagikah Amanat Puaka yang membawa perpecahan. Suami isteri bercerai. Anak tidak mengaku bapa, keluarga berpecah belah. Sungguh besar dosa dan azab yang ditanggung!

“Saudara-saudara sekalian percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang Barisan Nasional bukan kerana nama dia Barisan Nasional, kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.
Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ni, kalau kita mati dengan berlawan ini mati kita adalah syahid, mati kita adalah mati Islam.
Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tak payah masuk Kristian, kita tak payah masuk Hindu, kita tak payah masuk Buddha tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku.”

Akibat Amanat Puaka Hadi Awang pada 11 November 1084 ini, UMNO dan penyokong-penyokongnya yang mengucap syahadah yang sama, bersembahyang menghadap kiblat yang sama dan menyembah Allah Yang Satu, dituduh kafir kerana bersekongkol dengan MIC dan MCA dalam Barisan Nasional.

Sekarang Pas sendiri bersengkokol dengan DAP kafir harbi laknatullah dan PKR, sebuah parti yang penuh dengan sensasi moral. Lebih hebat lagi, bukan Islam boleh mewakili Pas dalam pilihan raya!

Pas mudah terangsang apabila DAP bersandiwara meminati Islam dengan membaca beberapa potong ayat Al-Quran hinggakan Lim Guang Eng digelar Khalifah Omar Abdul Aziz.

Sebenarnya tanpa sedar, kerana terlalu tamak kuasa, Pas perlahan-lahan ditarik oleh DAP menyokong mereka hingga sanggup menggadai maruah agama dan menjadi kuda tunggangan DAP.

Ingatlah wahai Pas, Islam tidak akan berjaya dimartabatkan selagi adanya DAP dalam kalangan mereka. DAP tidak mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam di bawah pentadbiran BN? Apakah DAP mengiktiraf Pas yang hendak menjadi pemimpin negara Islam yang mengamalkan Hudud dan Kisas?

Pas sudah lupa agaknya, dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung Pas bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,

PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya Pas menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam. Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:

5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam….

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan mengeluarkan hukum berikut.

“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram”.

Sudah lupakah Pas? Parti yang apabila berkawan dengan DAP dan PKR kini semakin menjadi HamPas!

Pada 12 Mei 1999, Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, Pas sanggup tidak mendirikan negara Islam.Masyaallah!

Kata Nik Aziz lagi, “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan Pas, asalkan tidak mendirikan negara Islam”.

Pada 4 Ogos 2001, Nik Aziz kata tidak ada hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,

“Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan Pas sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu”.

Kata Nik Aziz : “ Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima”. Nauzublillah min zalik!

Jadi benarlah. Syaitan telah diterima bersama-sama dengan Pas walaupun tahu hakikatnya bersubahat dengan Syaitan dalam apa jua keadaan bertentangan dengan ajaran agama. Apakah bantuan Syaitan boleh membawa kepada kegemilangan kerajaan Islam tajaan Pas?

Selain itu, banyak lagi amanat dan fatwa mengarut Pas. Antaranya, Allah mencarut, Pas boleh bersahabat dengan syaitan, DAP boleh menghina Islam kerana dia belum Islam.

Pelajar Tadika pun tahu, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal menyamakan sifat buruk makhluk, iaitu mencarut dengan sifat Allah. Bertaubatlah!

Ingatlah dalam perang Uhud, Tahun ke 3 Hijrah, askar Islam sudah diambang kemenangan tetapi kalah juga kerana pemanah-pemanah Islam lupa tanggung jawab sebenar kerana tamakkan harta rampasan perang.

Begitulah dengan Pas sekarang. Mereka sedang diuji oleh Allah dengana kuasa. Pas sudah lupa akan perjuangan sebenar untuk membentuk negara Islam dan menguatkuasakan hukum hudud.

Pas sekarang tergoda dan terpesona dengan tipu daya kafir harbi hingga sanggup menerima calon bukan Islam dan membentuk sayap bukan Islam Pas.

Pas seperti kayu buruk dimakan anai-anai, perlahan-lahan mereput.

Pas begitu syok sendiri dan terpesona dengan ‘sokongan palsu’ membawa rebah DAP si kafir harbi laknatullah.

Sebenarnya bukan mereka yang memahami Pas, tapi Pas yang tergoda. Kelabu mata kerana nak sangat kuasa untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang terasnya UMNO, parti yang memperjuangkan maruah agama bangsa dan tanahair. Parti yang dipilih rakyat. Kerana rakusnya, hatta dengan syaitan pun sanggup dijadikan sahabat.

Kepada Pas dan penyokong-penyokong parti itu, ingatlah DAP kafir harbi laknatullah ibaratkan seperti pokok jejawi. Dengan perlahan dan senyap akarnya akan mencengkam dan membunuh pokok tempat dia menumpang dan akhirnya berdirilah dia dengan megah dan angkuh.

Kalau sayangkan agama bangsa dan tanahair baliklah ke pangkal jalan. Masih belum terlambat. Fikirlah masa depan anak, cucu. Marilah sama-sama dalam saf UMNO. Bersama-sama dengan ikhlas, kerana Allah memperjuangkan maruah agama bangsa dan tanahair tercinta.

Pas boleh berkawan berbaik dengan sesiapa , hatta dengan syaitan sekali pun tetapi jangan atas nama Islam! .- MediaUMNO

Sunday, June 20, 2010

MARTABAT DAN MORAL SIAPA LEBIH TINGGI?

Siapa berbohong dan siapa bakal Mursyidul Am Pas?


Suatu catatan daripada Awang Selamat - Mingguan Malaysia 20/06/2010

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim terus berdepan dengan isu apakah beliau berbohong lagi. Terbaru, Anwar gagal memberikan penjelasan menyakinkan terhadap dakwaan bahawa beliau pernah mengaku memiliki dan menonton video lucah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Skandal seks ADUN tersebut pernah menggemparkan negara tidak lama dulu selepas ia terdedah menerusi pengedaran video sebagaimana skandal bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek. Bezanya, Wong terus menyandang jawatan sebagai exco kerajaan negeri Selangor sementara Soi Lek mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan.

Berdasarkan pendedahan beberapa bekas Ahli Parlimen PKR termasuk Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Zulkifli Noordin (Kulim -Bandar Baharu) baru-baru ini, Anwar pernah membuat pengakuan memiliki dan menonton video adegan seks ADUN berkenaan. Malah beliau ketika itu mahu Wong dipecat daripada jawatan Exco.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan tersebut. Dalam reaksi balasnya, Zahrain menyatakan beliau tidak terkejut dengan penafian Anwar 'kerana itu kepakarannya'. Menurut beliau lagi: ''Saya sanggup bersumpah bahawa Anwar pernah memberitahu kami dalam satu taklimat yang beliau pernah melihat gambar dan video seks Elizabeth Wong." Persoalannya siapakah yang berbohong? Selepas Anwar dikritik hebat oleh pelbagai pihak ekoran isu pembohongan 16 September dan menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), tidak sukar sebenarnya untuk membuat rumusan dalam hal ini.

Awang turut tertarik dengan pendedahan bekas sahabat Anwar, S.Nallakaruppan bahawa ketua pembangkang itu adalah 'penyokong' syarikat perjudian Magnum Corporation Berhad (Magnum) terutama semasa berada dalam Kabinet.

Nallakaruppan yang juga bekas Pengarah Eksekutif Magnum berkata, Anwar selalu berusaha untuk mendapatkan bantuan Magnum termasuk menggunakan pesawat milik syarikat perjudian itu untuk ke luar negara. Banyak lagi perihal Anwar yang rahsianya dalam genggaman Nallakaruppan.

Sebab itu beliau dan ramai lagi pemimpin PKR yang telah meninggalkan parti melabelkan Anwar sebagai putar alam. Isu moral termasuk kes liwat kali kedua, isu pengkhianatannya terhadap kepentingan agama dan bangsa serta cubaan berterusan mendapatkan campur tangan asing, menyebabkan imej beliau merudum.

Dalam pada itu, Awang tergamam apabila Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa Anwar lebih layak untuk menggantikan tempat beliau. ''Kalau saya diberi peluang, saya mahu beri jawatan ini (Mursyidul Am Pas) kepada Anwar kerana beliau telah melalui pelbagai cabaran," katanya. Mursyidul Am adalah jawatan bukan eksekutif yang tertinggi, berfungsi sebagai penasihat kepada semua perjalanan dan keputusan yang diambil oleh parti itu. Apakah serendah itu tanda aras yang ditetapkan oleh seorang tok guru dan mendakwa diri ulama bagi mencari penggantinya?

Awang dapat tahu kenyataan Nik Aziz mengundang reaksi kurang senang di kalangan ramai pemimpin dan ahli Pas. Ia seolah-olah menampakkan tiada pemimpin Pas yang layak untuk jawatan tersebut sedangkan parti itu tidak ketandusan pemimpin pelapis yang berkebolehan. Lebih mengganggu fikiran mereka ialah Nik Aziz terlalu mengangkat Anwar.

Pada mereka, mengaitkan pemimpin PKR itu ke jawatan Mursyidul Am umpama suatu penghinaan kepada Pas. Apakah motif Nik Aziz? Berdasarkan perbualan Awang dengan beberapa aktivis dan pemimpin negeri di bawah Pas, Menteri Besar Kelantan itu mungkin mahu 'menghidupkan semula' pengaruh kumpulan Erdogan (pro Anwar) dalam parti itu yang beliau adalah pendokongnya. Ada pula berpandangan, Nik Aziz mahu membuka laluan awal kepada Anwar untuk menyertai Pas memandangkan PKR makin lemah dan dijangka berkubur tidak lama lagi.

Anwar perlukan landasan politik baru dan dikatakan akan lebih selamat berada dalam nakhoda Pas berbanding DAP. Tidak kurang juga yang membaca kenyataan itu sebagai tanda kurang yakin Tok Guru kepada pemimpin Pas khususnya Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa yang dilihat bukan orangnya. Pelbagai analisis berlegar. Apa pun, suara perwakilan muktamar tahunan Pas yang mahu parti itu lebih dominan dalam pakatan pembangkang dan tidak dibayangi parti lain iaitu DAP dan PKR nampaknya tidak dihiraukan oleh Nik Aziz. Jika impian beliau menempatkan Anwar sebagai Mursyidul Am tercapai, Pas akan menjadi parti yang 'berjaya' membantu menyelamatkan karier Anwar. Buat pertama kalinya nanti Mursyidul Am Pas disandang oleh pemimpin yang diwarnai isu moral, integriti, pengkhianatan dan pembohongan. Pas akan berubah menjadi parti yang serba boleh. Menarik...

Sunday, June 13, 2010

PRESTASI NAJIB CEMERLANG : TUN ABDULLAH


Prestasi Najib tadbir negara cemerlang: Tun Abdullah

2010/06/13

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PrestasiNajibtadbirnegaracemerlang_TunAbdullah/Article

KEPALA BATAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan prestasi cemerlang dalam mentadbir negara dan ini dibuktikan melalui pelaksanaan beberapa dasar baru yang memberi manfaat kepada rakyat, kata bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, antara kejayaan itu ialah pengenalan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang bermatlamat memastikan kesejahteraan rakyat dan kejayaan Malaysia tersenarai dalam kedudukan 10 negara paling kompetitif di dunia.

"Seperti contoh tersenarai di tempat ke-10 negara paling kompetitif, fakta ini bukan direka dan ia bukannya dikeluarkan Barisan Nasional (BN) tetapi oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa.

"Tiada satu negara dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Negara-Negara Berkecuali (NAM) tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik. Ini satu perkara baik dan pihak lain tidak perlu lagi pertikai kredibiliti Perdana Menteri," katanya.

Abdullah yang juga ahli Parlimen Kepala Batas berkata demikian ketika merasmikan Minggu Perpaduan peringkat negeri di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas di sini, hari ini.

Enam NKRA berkenaan ialah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, menambahbaik sistem pengangkutan awam, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan akses lebih luas kepada pendidikan.

Abdullah berkata, Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) yang dibentangkan Najib pada Khamis juga adalah pelan pembangunan lima tahun yang mapan.
Oleh yang demikian, katanya, jangan ada pihak yang cuba mempertikaikan usaha Najib dalam mentadbir negara yang telah membuahkan hasil dan memberi banyak faedah kepada rakyat dan negara.

Sementara itu, beliau menyeru rakyat supaya terus berpegang kepada semangat muafakat serta perpaduan bagi memastikan kelancaran pembangunan Malaysia.

"Berpegang kuat kepada perpaduan dan jangan timbulkan prasangka tidak baik di kalangan masyarakat. Kalau tiada perpaduan akan berlaku kacau bilau serta pergaduhan, tiada siapa senang dan merugikan ramai pihak," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan.

- Bernama

Wednesday, June 9, 2010

1MALAYSIA, GTP DAN MEB



Kepemimpinan Najib terus diterima: Kajian

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2010/06/09

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KepemimpinanNajibterusditerima_Kajian/Article

Pelan, dasar diperkenal kerajaan disambut baik rakyat

KUALA LUMPUR: Kadar penerimaan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meningkat kepada 72 peratus berbanding 69 peratus pada April lalu.

Menurut kaji selidik dilakukan Merdeka Centre, kadar penerimaan tertinggi yang dicatatkan adalah di kalangan kaum India (80 peratus) diikuti Melayu (77 peratus) dan Cina (58 peratus).

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Sufian, berkata kadar penerimaan yang tinggi itu didasari usaha dan pelan dirancang Perdana Menteri seperti gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (MEB).

Katanya, walaupun kaji selidik itu tidak menterjemahkan keseluruhan penerimaan kepemimpinan Najib, ia jelas menunjukkan rakyat terus menerima pembaharuan atau dasar yang hendak dibawa Perdana Menteri.

“Kaji selidik mendapati, responden memberi markah tinggi terhadap kepemimpinan Najib kerana mereka meyakini usaha dan rancangan yang hendak dilaksanakan Perdana Menteri.

“Namun, kita juga dapat menilai bahawa rakyat masih menunggu apakah `hadiah’ baru yang akan diumumkan Perdana Menteri lagi selepas ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Seramai 1,028 rakyat Malaysia dipilih secara rawak dalam kaji selidik itu yang dilakukan antara 6 sehingga 16 Mei lalu iaitu 10 hari selepas pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan berakhirnya pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Rekod menunjukkan sokongan rakyat terhadap Najib terus meningkat terutama di kalangan tiga kaum berkenaan sejak Merdeka Centre mengadakan kaji selidik tahap penerimaan Perdana Menteri mulai Mac tahun lalu.

Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) oleh Perdana Menteri di Parlimen esok adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu rakyat dan dijangka meningkatkan lagi kadar penerimaan rakyat terhadap beliau.

Ibrahim berkata, hasil kaji selidik itu juga menunjukkan populariti Najib masih menjadi kunci utama kepada kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam kempen pilihan raya.

Namun katanya, kaji selidik itu menunjukkan majoriti rakyat Malaysia masih kurang berpuas hati terhadap usaha kerajaan memerangi rasuah dan jenayah.

“Kira-kira 61 peratus responden tidak berpuas hati terhadap usaha memerangi rasuah dan 57 peratus terhadap usaha menangani masalah jenayah,” katanya.

Beliau juga berkata, 50 peratus daripada responden yakin Perdana Menteri mampu mencapai sasaran dalam gagasan 1Malaysia, GTP dan MEB dalam tempoh dua tahun.

Katanya, 65 peratus responden India dan 60 peratus Melayu yakin sasaran itu mampu dicapai namun 60 peratus responden Cina tidak yakin ia boleh dicapai.

“Kira-kira 58 peratus responden bersetuju bahawa pentadbiran Najib adalah perancang yang baik namun mempunyai kelemahan dalam aspek pelaksanaan.

“Malah satu pertiga responden Cina atau 74 peratus menyokong kelemahan itu diikuti orang Melayu iaitu 51 peratus dan India, 43 peratus,” katanya.

Tuesday, June 8, 2010

WAHAI UMAT MELAYU/ISLAM BERSATULAH!



UMNO, PKR, dan PAS: Siapa Lebih Yahudi???

June 7, 2010

by OnDaStreet

http://ondastreet.wordpress.com/2010/06/07/umno-pkr-dan-pas-siapa-lebih-yahudi/#comments


Sebelum anda melompat tidak tentu arah, ingin saya memohon maaf kerana memilih tajuk yang sedemikian. Sila baca hingga ke penghujung artikel ini sebelum “menoreh” artikel dan blog ini mengikut bicara amarah tanpa akal, iman dan kesabaran.

Sengaja saya meletakkan nama-nama parti-parti politik diatas (biarpun tidak semua tetapi rasanya memadai untuk mesej yang cuba disampaikan). Saya tahu yang UMNO, PKR dan PAS dan penyokong masing-masing akan marah apabila dikatakan yahudi atau bersekongkol dengan yahudi. Bagi yang agamanya Islam terutamanya, ada yang melompat marah sehingga budi bicara entah ke mana.

Manakan tidak, secara sah anda adalah muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mengaku Allah itu Esa dan tiada tuhan melainkan Allah. Mungkin anda juga lengkap solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan antara anda yang sudah pun menunaikan haji. Anda juga mengaku beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab Allah, Nabi dan Rasul Allah, percaya akan ketibaan Hari Kiamat dan juga qada’ dan qadar. Cukup rukun Islam dan cukup rukun Iman.

Secara zahirnya anda cukup.. tetapi berdasarkan itukah anda berhak untuk mengatakan saudara seIslam mu yahudi? Berdasarkan itukah anda berhak berbicara secara kasar? Berdasarkan itukah anda berhak menidakkan usaha orang lain hanya kerana dia bukan daripada kumpulanmu?

Sejak timbulnya kempen “1Malaysia” dan “PAS for all” sehinggalah ke beberapa hari ini (terutama apabila misi keamanan yang disertai oleh rakyat Malaysia), banyak yang diperbualkan, diperdebatkan, diper”dabik”kan tentang usaha membantu rakyat Palestin. Ada yang ikhlas dan ada yang berunsur memperlekeh. Sebagai contoh, anda baca artikel ini, ini, ini, dan ini, berserta komen-komen yang ada. Apa lagi jika media turut melaporkan lebih sekadar berita, tetapi dalam masa sama memperlekeh pihak lain sekali (seperti ini dan ini). Bukankah seperti ini sudah memadai?

Ini belum termasuk yang tertulis di laman Facebook yang saya pasti ada yang penuh dengan maki hamun dan debat kosong yang lebih bertumpu siapa lebih zionis, yahudi dan siapa yang lebih teruk. Penyokong UMNO kutuk PAS dan PKR, penyokong PAS dan PKR kutuk UMNO. Bicara banyak berkisar menuding kekurangan pihak yang satu lagi dengan menutup sebelah mata akan kebaikan yang dibawa oleh pihak tersebut.

Sebagai contoh, kita ambil kisah misi keamanan dan bantuan ke Gaza. Ya, ianya belum dapat disampaikan oleh mereka ini kepada penduduk di Gaza. Benar, bantuan belum dapat dinikmati, tetapi bukan kerana si penyampai tidak berusaha, tetapi pengangkutan ditahan dan dirampas oleh tentera Israel.

Jika anda melihat cuma satu sahaja objektif iaitu bantuan yang cuba disampaikan tidak sampai, ya, misi itu gagal dan PGPO (malah ada yang mengaitkannya dengan UMNO) hanya bersorak kosong kerana masih gagal memberikan bantuan. Malah, jika anda bersikap berat sebelah, anda akan mengatakan juga misi itu mengorbankan nyawa yang tidak bersalah.

Mungkin dengan “kegagalan” misi ini mendorong untuk umat Islam lebih bertindak lebih bijak dan berani untuk bangkit bersatu. Mungkin itu yang seharusnya dilakukan. Jika sekadar berdoa tanpa usaha, manakan nasib umat Islam akan berubah. Apatah lagi iman dan perpaduan umat Islam tidak seperti dahulu. Dikalangan kita kini tiada nabi yang dengan doanya sudah cukup menghancurkan musuh Allah. Dikalangan kita ketika ini belum ada barisan Islam bersatu padu yang digeruni semangat jihad, bijak dan gagah berani.

Setidaknya ada pihak mencuba… anda yang mengutuk tetapi tidak berusaha bagaimana pula?

Jika anda berlumba menunjuk siapa lebih teruk, zionis dan yahudi tetapi tidak memperbaiki keadaan, maaf, bagi saya tiada nilainya. Menunjuk kelemahan itu satu perkara, tetapi menunjukkan kelemahan dan kemudiannya bersama memperbaiki itu perkara yang lain. Ianya bagaikan menyelak kain orang lain, mendapati orang itu tidak pakai seluar dalam dan kemudiannya anda memberitahu orang lain tetapi tidak memberikan “penyelesaian” bagi orang yang tidak memakai seluar dalam itu. Ada hasil? Kalau hasilnya mengaibkan orang itu, mungkinlah. Akan tetapi orang itu mungkin masih lagi tidak berseluar dalam.

Boleh saya tanya kepada anda yang suka membuka pekung dada orang lain dan menyelak kain orang lain tetapi tidak berusaha bersama memperbaikinya, apakah nilai tambah dan sumbangan anda terhadap kemajuan bersama?

Selain itu juga, jika kita benar-benar mengamalkan yang LIMA dan ENAM itu, saya fikir bicara antara kita seharusnya tidak kasar. Ya, amarah itu ada dalam manusia, tetapi kita juga disertakan akal untuk berfikir. Melainkan anda berpegang pada kata-kata Tuhan pun mencarut, terpulanglah kepada anda.. tetapi apa pula hak anda untuk mencarut biarpun benar Tuhan pun mencarut? Ini belum lagi apakah perkataan carut yang anda pakai.

Renungkanlah wahai saudara seIslamku. Jika disatu pihak itu melakukan amal dan kebaikan, janganlah dibezakan semata ianya bukan dari golonganmu. Buangkan perbezaan politik dalam agama. Sokonglah, bantulah demi kebaikan bersama.

Buat ahli UMNO, PAS dan PKR yang beragama Islam, bersatulah. Hendak mengutuk Israel pun berpecah-pecah. Anda berkelahi, kutuk bagai tidak ingat dunia, perlekeh usaha yang baik dan murni, apakah hasilnya membantu pembangunan dan kemajuan bersama? Kritiklah, berbeza pendapat dan pandanganlah, tetapi jangan sampai pecah belah perpaduan ummah.

Harapan OnDaStreet: Janganlah dilumbakan antara umat Islam itu siapa lebih yahudi dan zionis.. kerana Islam itu sendiri bukan Yahudi mahupun Nasrani…

Friday, June 4, 2010

KEARAH NEGARA PERPENDAPATAN TINGGI


Dr M minta rakyat sokong Najib
Oleh Wan Jailani Razak dan Nazura Ngah

2010/06/04

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DrMmintarakyatsokongNajib/Article

Malaysia tak boleh bergantung kepada FDI industri berasaskan tenaga buruh

TANJUNG KARANG: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengajak rakyat memberi ruang dan masa kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memantapkan perpaduan sekali gus mengukuhkan pembangunan negara.

Beliau yakin Perdana Menteri sedang gigih berusaha walaupun mungkin belum berjaya dan masih ada yang kurang yakin dengan kebolehannya.

Katanya, bukan mudah untuk memulihkan keadaan tetapi ia dapat dipulihkan jika seseorang pemimpin mendapat sokongan jitu daripada rakyat.

"Kalau melakukan sesuatu yang tidak baik, tegurlah tetapi kalau dia melakukan yang baik, sokonglah pemimpin kita supaya dia akan dapat kekuatan daripada sokongan kita.

“Apabila mendapat sokongan yang kuat, dia dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Sudah tentu pemimpin lemah tidak dapat melindungi kita. Sama juga dengan apa-apa kumpulan, pemimpin yang lemah tidak akan memberi manfaat kepada kita.

"Untuk dia menjadi kuat, dia perlu sokongan daripada kita tetapi pada masa sama perlu mengambil berat akan tuntutan daripada kita semua sebagai pengikutnya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri program `Bicara Bersama Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad' sempena program `Jom Gegar Tanjung Karang', di Padang Astaka, di sini.

Dr Mahathir berkata, orang Melayu perlu bersatu kembali untuk mengembalikan kuasa politik mereka kerana walaupun mereka kaum majoriti iaitu 60 peratus daripada rakyat Malaysia, mereka terpecah kepada tiga.


Katanya, Melayu kini terpecah kepada tiga dan secara matematik UMNO hanya mewakili 20 peratus daripada 60 peratus Melayu, begitu juga dengan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Dua puluh peratus bagi setiap parti orang Melayu dianggap lemah. Orang Melayu sudah hilang haluan ada yang dah masuk DAP. Ada orang Melayu pakai tudung bawa bendera roket (DAP) masa pilihan raya kecil Parlimen Sibu," katanya.

Di KUALA LUMPUR: Dr Mahathir berkata bagi menjayakan ekonomi berpendapatan tinggi sekali gus mencapai Wawasan 2020, negara perlu melakukan perubahan drastik dengan tidak lagi bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) dalam industri berasaskan tenaga buruh.

Beliau berkata, ekonomi berpendapatan tinggi bergantung kepada kos sara hidup yang tinggi

“Hari ini Malaysia adalah negara yang sangat murah, semuanya murah di sini tetapi kita tak mampu untuk mendapatkan semua benda murah jika kita mahukan ekonomi berpendapatan tinggi.

“Oleh itu kita perlu berubah dalam usaha mencapai ekonomi berpendapatan tinggi dengan tidak bergantung lagi kepada FDI dalam industri intensif buruh,” katanya pada pemberita selepas menyampaikan ucapan di Persidangan Antarabangsa Akademi Sains Malaysia 2010, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk memastikan Wawasan 2020 dapat dicapai pada masa yang ditetapkan.

KUALA LIPIS BERSEJARAH