Sunday, February 20, 2011

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU : MALAYSIA

Malaysia Tanah Pusaka Orang Melayu

|

http://www.isuhot.com/?p=2952

A Kadir Jasin

[MUKHADIMAH] — DEFINISI Melayu mengikut Artikel 160(2) iaitu “Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan :-

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.

MENGIKUT semantik semasa di kalangan sesetengah orang bukan Melayu dan segelintir orang Melayu sesat, tajuk di atas adalah rasis kerana sesiapa pun yang bercakap mempertahankan bangsa Melayu adalah seorang yang rasis.

Sebaliknya mempertahankan hak bangsa-bangsa lain di bumi yang sama adalah “hak”. Natijahnya, orang Melayu mempertahankan haknya dia dianggap rasis, tetapi apabila orang bukan Melayu melakukan yang sama ia dikatakan hak mereka.

Sentimen ini diulang sebut oleh bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di wacana ilmu anjuran bersama Mubarak, Yayasan Perikatan dan Arkib Negara di ibu negara semalam.

Tetapi Dr Mahathir “memberanikan” diri mengulangi bahawa bumi ini adalah bumi Melayu. Melayu adalah tuan rumah. Melayu menentang Malayan Union. Melayu menuntut kemerdekaan dan Melayu bersetuju menerima kewarganegaraan kaum pendatang dari China dan India.

Menggunakan landasan jus soli, British berjaya memujuk orang Melayu menerima kewarganegaraan satu juta orang keturunan imigran yang lahir di Tanah Melayu apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.

Tuan Rumah Terpaksa Berkongsi Rumah

Sekali gus mereka mendapat hak sebagai warganegara dan bagi orang Melayu, daripada “tuan rumah” di Tanah Melayu mereka terpaksa berkongsi rumah itu dengan orang Cina dan India.

Saya hadir wacana ilmu itu, tetapi ingin merujuk kepada laporan portal berita Malaysian Insider yang memetik Dr Mahathir sebagai berkata, pemimpin negara yang terdahulu memberikan kewarganegaraan kepada orang Cina dan India kerana mereka menjangka orang Cina dan India akan menghormati kedaulatan Melayu.

Jadi adakah Dr Mahathir rasis dan sesiapa yang sependapat dengan beliau rasis apabila beliau mengulang tegas bahawa Malaysia dimiliki oleh orang Melayu dan sesiapa yang menjadi rakyat negara ini wajiblah menerima budaya dan bahasa Melayu sebagai budaya dan bahasa dominan?

Seperti saya tulis berulang kali, orang yang menafikan Melayu sebagai tuan rumah bumi Malaysia ini atau segelintir orang Melayu sendiri yang berkata mereka juga pendatang adalah buta sejarah atau hidup dalam penafian.

Lama sebelum kelompok cauvinis dan penentang sejarah ini mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu (termasuk Bumiputera lain) serta kedudukan mereka sebagai tuan rumah, para sejarawan, pengembara dan pelukis peta Barat sudah mengakui kewujudan Dunia Melayu dalam wilayah geografi (geographical area) yang mereka panggil “Malay Archipelago” (Kepulauan Melayu).

Lama sebelum itu, ahli geografi Greek, Claudius Ptolemy (c.90-168) memberi nama Golden Chersonese atau dalam bahasa Greek, Chersonesus Aurea, kepada Semenanjung Tanah Melayu. Dia memberi label itu kerana Semenanjung Tanah Melayu mempunyai reputasi sebagai sumber penting emas dunia.

Hakikatnya, emas (dan kemudian bijih timah) lah yang membawa ramai perantau Cina ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 hingga pertengahan kurun ke-20. Emas masih dilombong di negara kita hingga ke hari ini.

Manakala orang India umumnya datang ke Tanah Melayu atas tajaan British dan agen-agennya untuk bekerja sebagai “coolie” di ladang-ladang kelapa, getah dan teh, orang Cina dibawa masuk oleh tauke-tauke lombong Cina atau datang sendiri untuk menanam gambir, lada dan sayur-sayuran serta berniaga kecil-kecilan.

(Demi mengelak daripada dituduh rasis dan tidak sensitif, saya ingin menjelaskan yang istilah coolie atau disebut juga cooley, kuli, quli dan koelie berasal daripada perkataan Urdu quli yang bererti pekerja harian atau pekerja bergaji hari.)

Yang dibawa oleh Inggeris adalah candu kerana mereka memonopoli perniagaan candu dan ramai imigran dari China menagih candu. British berperang dua kali dengan China untuk menguasai perdagangan candu (1839-42 dan 1856-60).

Antara bekas penagih candu terkenal dan berjaya di Tanah Melayu adalah Kuok Keng Kang, bapa kepada Raja Gula Robert Kuok Hock Nien. Keng Kang mengatasi penagihan candu apabila “dibawa” melancong ke Eropah oleh kawan-kawan Melayunya pada tahun 1928. Keng Kang menjadi lebih berjaya apabila diberikan kontrak oleh Inggeris untuk membekalkan makanan kepada 50,000 tawanan perang Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

Kedai candu (opium den) dan kedai todi adalah antara perniagaan yang paling awal dilesenkan oleh British. Kedai candu dan penagihan candu sudah lama diharamkan, tetapi kedai todi ada lagi.

Saya membaca dalam akhbar bahawa kedai todi terakhir di Kuala Lumpur yang terletak di Brickfields akan ditutup kerana kehadirannya tidak cocok lagi dengan imej moden Brickfields sebagai “Little India” hasil ledakan minda Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.

Kesan Buruk Ekonomi Penjajah

Oleh kerana minat Inggeris di Tanah Melayu adalah ke atas kekayaan bumi dan bukan penaklukan mutakhir maka mereka memberikan “kebebasan” kepada orang Melayu untuk terus miskin dan pada masa yang sama membenarkan kaum imigran mengamalkan cara hidup mereka.

Selain candu dan todi, turut datang dengan kaum-kaum imigran adalah agama dan budaya mereka, termasuklah kasta bagi orang Hindu dan kongsi gelap bagi orang Cina.

Ekonomi dipecah-pecahkan. Melayu dikekalkan di luar bandar dengan ekonomi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (subsistence economy), Cina dalam sektor perlombongan dan perniagaan manakala India perladangan dan perburuhan.

Sebahagian besar kesan pemisahan ekonomi dan sosial oleh penjajahan Inggeris, seperti Dr Mahathir tegaskan, masih wujud dan inilah yang perlu diatasi sebelum bangsa Malaysia yang sejati boleh diwujudkan.

Katanya, walaupun orang Melayu telah mencatat banyak kejayaan, namun jurang yang memisahkan mereka dengan orang keturunan imigran masih luas dan mungkin menjadi lebih luas jika dasar pembahagian kekayaan negara seperti yang terkandung dalam Dasar Ekonomi Baru dihapuskan.

Dr Mahathir tidak melihat tindakan mewujudkan label akan membawa kebaikan kepada negara sekiranya tidak dijelaskan dan dibentuk dengan cara yang boleh difahami umum.

Menjawab pertanyaan mengenai 1Malaysia, Dr Mahathir berkata tinjauan rambang memberi gambaran bahawa kepada orang Melayu 1Malaysia bererti satu aliran sekolah. Jadi mereka mahu sekolah Cina dan Tamil dihapuskan. Kepada orang Cina dan India pula, kekalkan sekolah Cina dan Tamil, tapi hapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu.

Dr Mahathir berkata beliau pernah mengemukakan konsep dan aspirasi Bangsa Malaysia sewaktu memperkenalkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 di mana semua kaum meletakkan kepentingan negara di atas kepentingan kaum masing-masing.

Dr Mahathir berkata, kalau kaum-kaum di Malaysia terus memperjuangkan hak masing-masing berdasarkan negara asal mereka, maka ini jelas membuktikan bahawa mereka mengaku mereka adalah pendatang.

Sekarang Adalah “Masa Depan”

Beliau mengingatkan orang Melayu, apa yang mereka lalui hari ini adalah “masa depan” yang diperjuangkan oleh orang Melayu sebelum merdeka.

Sama ada “masa depan” yang akan mendatang yang sedang dibahaskan sekarang akan lebih baik dari yang ada pada hari ini atau sebaliknya bergantung kepada kesepakatan orang Melayu dan pemimpin mereka.

Dr Mahathir membuat kesimpulan semasa orang Melayu lemah di segi politik dan ekonomi, mereka menjadi kuat hingga mampu melawan Malayan Union dan akhirnya mencapai kemerdekaan kerana mereka bersatu padu.

Hari ini, orang Melayu mungkin lebih kuat sedikit di segi ekonomi, tetapi mereka lemah di segi politik sehingga terpaksa bergantung kepada kaum-kaum minoriti kerana Melayu berpecah-belah, korup dan mudah diperkotak-katikkan. Penawar kepada maladi (penyakit) bangsa ini, kata Dr Mahathir, adalah perpaduan.

sumber:-

Friday, February 18, 2011

ISA & OPS LALANG

ISA: Pengakuan bekas Ketua Polis Negara

Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_346e3c61-7f000010-2cbbb200-db33d36c

Mantan Ketua Polis Negara (KPN), Tun Hanif Omar mengakui beliau yang mendesak mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohammad supaya menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang 1987.

Hanif juga berkata, Mahathir dan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyuarakan cadangan untuk menghapuskan ISA, tetapi beliau yang menghalang mereka.

“Saya yang menghalang mereka (Mahathir dan Anwar) daripada menghapuskan ISA,” kata Tun Hanif ketika bercakap sebagai salah seorang ahli panel forum Cabaran Semasa sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan parlimen, Khamis.

Menurut Hanif, cadangan memansuhkan ISA itu dikemukakan oleh Anwar dalam mesyuarat keselamatan sebelum beliau bersara sebagai Ketua Polis Negara.

“Anwar kata kita patut mansuhkan ISA dan Tun Mahathir kata okay. Tetapi saya menasihatkan kedua-duanya supaya menimbang semula keputusan itu demi keselamatan negara.

“Tun Mahathir sejak awal sentiasa konsisten membantah ISA. Sebaik Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, saya diingatkan oleh Tun Musa Hitam (yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri) supaya jangan bangkitkan isu ISA kerana Dr Mahathir tak suka,” kata Hanif.

Baru-baru ini pembangkang mempersalahkan Mahathir dalam Operasi Lalang 1987 di mana 104 orang, termasuk Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng ditahan di bawah ISA.

Hanif menjelaskan peristiwa berdarah yang berlaku apabila prebet Adam Jaafar mengamuk pada 1987, mendorong beliau mempertahankan Akta ISA kerana situasi ketika itu di luar kawalan.

“Dr Mahathir pada mulanya membantah. Tetapi dia mengalah apabila saya menegaskan, sekiranya kita tidak bertindak tegas, peristiwa lebih serius daripada 13 Mei 1969 boleh berlaku.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Ketua Polis Negara ketika itu untuk menjamin keselamatan negara. Sebagai Ketua Polis saya patut menurut arahan Perdana Menteri, tetapi kesetiaan saya bukan kepada Perdana Menteri tetapi kepada undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Mahathir yang juga salah seorang panel forum berkenaan, berkata, beliau memang pernah menyokong supaya ISA dihapuskan, tetapi setelah mendapat nasihat daripada KPN dia yakin akta itu perlu demi keselamatan negara. Bagaimanapun dia bersetuju supaya beberapa perubahan dibuat.

“ISA perlu dalam keadaan tertentu, tapi jangan disalahguna dan jangan tangkap orang tanpa sebab,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahathir berkata, perlembagaan negara adalah adil dan tidak memihak kepada sesiapa tetapi ada kalanya perlu dipinda untuk permudah perlaksanaan majukan negara.

“Tapi ada perlembagaan yang tak boleh dipinda, terutama hak rakyat. Oleh itu kita kena bijak elak halangan-halangan yang ada dalam perlembagaan untuk menjayakan Wawasan 2020,” katanya.

Tun menganggap tuduhan bahawa Malaysia tidak mengamalkan demokrasi, sebagai tidak berasas. Katanya perubahan lanskap politik membuktikan sistem demokrasi di negara ini adil.

“Apakah sepanjang 53 tahun kerajaan kita tak demokratik? Pada pilihanraya umum PRU 2004 kita menang lebih 90% dan pada 2008 rakyat berpendapat mempunyai parti lawan itu penting maka pada ada 2008 kita tak dapat satu pertiga kerusi Dewan Rakyat.

“Ini menunjukkan rakyat mempunyai pilihan. Sistem demokrasi kita tepat, iaitu kuasa diberi kepada rakyat memilih siapa mereka nak. Tetapi demokrasi bukan sistem yang sempurna kerana kita memberi rakyat hak memilih.

“Tetapi kadangkala rakyat tidak cekap memilih atau dipengaruhi sentimen dan putar-belit,” katanya.

Tun berkata, salah satu kecacatan sistem demokrasi ialah disebabkan rakyat merasakan mereka berhak memilih, mereka juga rasa berhak membuat demonstrasi dan menjejaskan ekonomi.

Menjawab cadangan Ahli Parlimen Pasir Pas, Datuk Ibrahim Ali, ketika sesi soal balas, Mahathir berkata dia bersetuju supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada antara lapan hingga 10 tahun.

“Tahun pertama baru nak belajar. Pemimpin baru nak mula mempelajari selok belok pemerintahan. Tahun kedua pula dia merangka dan menyusun program manakala tahun ketiga untuk melaksanakan apa yang dirancang.

“Manakala tahun keempat sudah nak kena bersedia untuk pillihanraya akan datang pula. Jadi mana nak sempat nak lakukan apa yang dirancang.

“Mungkin halangan kita untuk majukan negara ialah kerana kita terlalu tumpukan perhatian kepada politik untuk mengekalkan kepimpinan,” katanya dalam nada berseloroh.

Katanya cadangan mengehadkan perkhidmatan Perdana Menteri itu boleh dipertimbangkan kerana jika tempoh kuasa Perdana Menteri dihadkan, contohnya cuma untuk satu penggal, ia tidak membolehkan seseorang pemimpin itu melakukan tugas dengan efisyen dan gagal melaksanakan apa yang dirancang,” katanya.

– 17/02/11.

Wednesday, February 16, 2011

DIGNITI MELAYU

Digniti Melayu abad ke-21

Oleh RUHANIE AHMAD

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

HIPOTESIS artikel ini adalah konsep ketuanan Melayu bukannya elitis, tidak diwujudkan untuk mengagung-agungkan bangsa Melayu, atau untuk menyanggah aspirasi melahirkan bangsa Malaysia yang bermaruah di hari muka. Sebaliknya, konsep ini wujud untuk memberikan digniti kepada bangsa Melayu dan bumiputera yang daif serba-serbi akibat penjajahan selama 446 tahun. Dalam erti kata lain, ketuanan Melayu adalah konsep anti-penjajahan biar dalam bentuk apa sekalipun dalam era pasca-merdeka.

Ini kerana Persekutuan Tanah Melayu adalah entiti negara yang diwujudkan oleh para pemimpin multi keturunan menerusi kemerdekaan tanah air pada 31 Ogos 1957. Malaysia juga terbentuk daripada permuafakatan multi etnik di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura. Maksudnya, sebelum Tanah Melayu dijajah mulai 1511 hingga 1957, bumi ini adalah gabungan negeri-negeri Melayu yang dikategorikan sebagai negara-bangsa kerana majoriti rakyatnya terdiri daripada satu rumpun bangsa yang sama, berkongsi sejarah dan warisan budaya yang serupa, serta berasal dari wilayah geografi yang satu, iaitu kepulauan Nusantara (rujuk Buzan 1983:36-72).

Sejarah silam juga membuktikan bangsa Melayu adalah bangsa yang mempunyai digniti yang tersendiri sejak berkurun lamanya. Lantas, bukan satu jenayah untuk membicarakan konsep ketuanan Melayu dalam konteks Malaysia kontemporari. Ini kerana bangsa Melayu adalah bangsa yang wujud bersama sejarah bumi Melayu yang kini diidentitikan sebagai Malaysia.

Konsep ketuanan Melayu juga tidak boleh ditafsirkan sebagai instrumen penindasan atau diskriminasi terhadap rakyat bukan Melayu dan bukan bumiputera. Sebaliknya, konsep ini diterjemahkan ke dalam pelbagai dasar dan program pemerintah supaya wujud keseimbangan dalam survival dan digniti warganegara Malaysia yang berbilang keturunan dalam era merdeka.

Hakikatnya, perjuangan memajmukkan Tanah Melayu menerusi kemerdekaan tidak diterima sepenuhnya oleh majoriti bangsa Melayu pada era pra-merdeka. Tunku Abdul Rahman selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Perikatan terpaksa menghadapi cabaran serius daripada kalangan UMNO dan bangsa Melayu di luar UMNO yang curiga implikasi perjuangan memerdekakan negara bersama-sama keturunan Cina dan India di hari muka.

Tetapi, Tunku Abdul Rahman tetap bertegas. Beliau menegaskan "ada yang berkata kita (orang Melayu) hendak berlawan dengan Raja-raja Melayu. Tetapi, tuduhan yang palsu ini tidak ada tempat dalam perjuangan kita kerana kita telah mengisytiharkan bersama-sama MCA bahawa kita akan menjaga dan memelihara taraf raja kita dan juga agama kita yang maha suci." (Tunku Abdul Rahman 2009:76).

Kenyataan ini membuktikan bahawa kemerdekaan tanah air pada 1957 adalah perjuangan yang mengiktiraf keindukan Melayu, status Raja-raja Melayu, serta kedudukan Islam sebagai agama orang Melayu. Ia juga membuktikan bahawa ketuanan Melayu diiktiraf oleh seluruh pejuang kemerdekaan yang multi keturunan bukan untuk mengagung-agungkan bangsa Melayu, tetapi untuk memanifestasikan kesinambungan sejarah kewarganegaraan Melayu di bumi Melayu dalam era pra-penjajah.

Antara buktinya, Perikatan secara sebulat suara memperakukan bahawa Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu (Ahmad Ibrahim 1978:48). Hakikat ini membuktikan bahawa perkara khusus mengenai Islam dan struktur kewarganegaraan di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara dua peruntukan penting yang dimaktubkan sebagai manifestasi permuafakatan bangsa Melayu, keturunan Cina, dan keturunan India dalam era menjelang merdeka.

Kedua-dua peruntukan ini bukannya dimaktubkan atas dasar ketuanan Melayu, sebaliknya atas dasar kesinambungan sejarah pra-merdeka dan dasar memelihara keselamatan masyarakat serta keselamatan nasional. Lantas, apakah kaitannya konsep ketuanan Melayu dengan kedua-dua peruntukan ini sehingga wujud pihak yang mencadangkan supaya konsep ini digantikan dengan konsep ketuanan rakyat kononnya supaya anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'?

Konsep ketuanan Melayu juga sering dikecam menerusi perspektif dasar afirmatif kerajaan yang berpaksikan kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks ini, tidak ramai antara kita menyedari hakikat bahawa dasar-dasar berkenaan adalah sebahagian daripada ciri-ciri keselamatan insan, ekonomi dan nasional Malaysia sejajar dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang memberikan digniti kepada insan manusia (rujuk mukadimah the Universal Declaration of Human Rights 1948).

Lantaran itu, segelintir parti siasah yang mendakwa sebagai jaguh hak asasi manusia sejagat semestinya menginsafi hakikat bahawa bangsa Melayu dan bumiputera adalah kelompok warganegara Malaysia yang kehilangan digniti ekonomi dan sosialnya akibat polisi-polisi penindasan penjajah yang silih berganti selama 446 tahun.

Lantas, apa faedahnya dibangkit dan diungkit soal kuota 30 peratus yang dikhususkan kepada Melayu dan bumiputera menerusi Dasar Ekonomi Baru apabila kedua-dua kelompok ini langsung tidak pernah mempersoalkan kuota 70 peratus yang dinikmati bukan Melayu dan kapitalis asing di Malaysia selama ini?

Oleh sebab itulah, orang Melayu dan bumiputera menyifatkan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan dan pelbagai dasar afirmatif yang berindukkan perkara ini sebagai sesuatu yang suci, manakala sesetengah orang bukan Melayu mempersoalkan peruntukan tersebut adalah berkaitan dan mengikat hingga ke hari ini. Mengikut mana-mana tafsiran yang munasabah, makna peruntukan tersebut di dalam perlembagaan adalah kesejahteraan ekonomi dan sosial orang Melayu yang lemah dari segi ekonomi hendaklah dilindungi dan digalakkan berbanding dengan orang bukan Melayu yang lebih maju. (Faaland, Parkinson & Rais Saniman 2002:16).

Sebagai balasan kerana diberikan perlindungan menerusi Perkara 153, orang Melayu mengadakan konsesi yang berpadu mengikut kuasa politik dengan memberikan kewarganegaraan Persekutuan kepada orang bukan Melayu. Sebagai tambahan, orang bukan Melayu dijamin mereka bebas menjalankan perniagaan tanpa diganggu, boleh mengekalkan dan mengembangkan budaya serta warisan bahasa mereka sendiri, dan boleh hidup secara berasingan. (ibid: 17).

Demikianlah semangat yang lahir daripada konsep ketuanan Melayu yang dijelmakan menerusi Perikatan dalam era menjelang kemerdekaan tanah air. Konsep tersebut tidak pernah membakar atau menyemarakkan sentimen perkauman di Malaysia sebelum munculnya konsep Malaysian Malaysia dalam tempoh 1963-1965 yang mempertikaikan seluruh perkara strategik dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamanya mengenai bahasa Melayu, agama Islam serta hak dan keistimewaan Melayu dan bumiputera (rujuk Ghazali Ismail 1990).

Setelah Singapura tersingkir dari Malaysia pada 1965, konsep Malaysian Malaysia diteruskan perjuangannya oleh DAP sebagaimana terkandung dalam the Setapak Declaration yang diperakukan dalam kongres DAP pertama pada 29 Julai 1967. Deklarasi tersebut menjadi prinsip panduan perjuangan DAP sejak kelahirannya. (salinankarbon.com 14 Julai 2009).

DAP mengaplikasikan prinsip deklarasi ini dalam PRU 1969 dengan menyerang MCA kerana menyerahkan hak-hak keturunan Cina kepada UMNO menerusi Perikatan. Platfom DAP ketika itu adalah Setapak Declaration of Principles yang secara prinsipnya menentang hegemoni Melayu dan menyokong konsep Malaysian Malaysia. (Comber 2001:65).

Ini membuktikan bahawa isu mengenai struktur kewarganegaraan Malaysia, bahasa Melayu, agama Islam, Raja-raja Melayu, dan keistimewaan bangsa Melayu serta bumiputera hanya menjadi isu politik akibat kemunculan konsep Malaysian Malaysia yang kemudiannya diperjuangkan oleh segolongan parti pembangkang di Malaysia.

Kesimpulannya, ketuanan Melayu adalah konsep yang memanifestasikan kesinambungan sejarah dan tamadun Melayu sebelum tanah air ini dijajah selama 446 tahun. Ia bukannya konsep yang mengagungkan bangsa Melayu, sebaliknya, konsep yang memberikan digniti kepada bangsa Melayu, sama seperti digniti keturunan bukan Melayu di negara asal masing-masing.

DATUK RUHANIE AHMAD

ialah Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong,

Johor yang sedang mengikuti kursus pasca-siswazah

dalam Jurusan Strategi dan Keselamatan di UKM Bangi.

Monday, February 14, 2011

1MALAYSIA : 1UMNO - DAHULUKAN RAKYAT



Pertemuan serlah isu bahagian, kepemimpinan

Oleh Azhar Abu Samah
bhnews@bharian.com.my
2011/02/14

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pertemuanserlahisubahagian_kepemimpinan/Article

PM guna peluang dengar sendiri perjalanan, pengurusan beri input berguna bela nasib rakyat

BAGI kepemimpinan UMNO, terutama Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, sesi pertemuan khas bersama 118 ketua bahagian UMNO bukan Ahli Parlimen, Sabtu lalu amat penting untuk mendapatkan maklum balas daripada pemimpin akar umbi bagi membolehkan beliau menentukan hala tuju dan tindakan seterusnya demi kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, ada pula pihak yang ‘membaca’ pertemuan itu yang menjadi sebahagian rancangan ‘transformasi politik’ itu berkemungkinan ada kaitan Parlimen akan dibubarkan supaya pilihan raya umum dapat diadakan, apatah lagi pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin itu dilihat seolah-olah memberi tumpuan khusus kepada Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor dan Wilayah Persekutuan – yang dikuasai pakatan pembangkang apabila kepemimpinan UMNO dari negeri berkenaan mendahului pertemuan dengan Najib sebelum wakil negeri lain di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Walau apapun alasan diberikan Najib bagi mengelakkannya dikaitkan dengan pilihan raya umum, hakikatnya pembangkang akan tetap menjuruskannya ke arah itu. Paling penting, beliau sudah mendapat gambaran awal mengenai kelebihan atau kekurangan, mahupun kelemahan di sesuatu bahagian UMNO. Tidak dinafikan, ada ketua bahagian yang mungkin memberikan laporan ‘tidak seperti digambarkan’ kepada beliau, namun Perdana Menteri pastinya sudah pun mendapat laporan awal daripada ‘sumber-sumber’ beliau sendiri mengenai kerenah kepemimpinan di bahagian yang bermasalah.

Seperti kata Presiden UMNO itu, beliau menggunakan peluang itu sepenuhnya untuk mendengar sendiri perjalanan, pengurusan kepemimpinan peringkat bahagian serta permasalahan dihadapi, sekali gus memberikannya banyak input berguna untuk membela nasib rakyat.

“Sesi ini sangat berguna walaupun ambil masa sangat panjang. Saya duduk di kerusi sejak jam 8.30 pagi hingga 1.30 tengah hari, tak bergerak. Tetapi, ia sangat berfaedah kerana saya dan Setiausaha Agung (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) dapat dengar pandangan mereka mengenai rintihan dan keperluan rakyat,” katanya pada sidang media ketika sesi itu dihentikan sementara kelmarin.

Sebelum ini, program sama diadakan khas untuk semua Ahli Parlimen BN dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak. Dijangkakan, dalam tempoh terdekat, satu lagi sesi pertemuan akan diadakan membabitkan semua ADUN BN.

Ketika pertemuan ini, Najib mengakui banyak isu seperti soal projek kecil, kemudahan asas termasuk ada yang memohon pembangunan hospital dan sekolah di kawasan masing-masing dibangkitkan kepada beliau. Semua maklumat itu, termasuk beberapa memorandum yang diserahkan direkodkan sebelum ditapis untuk diselesaikan dalam jangka pendek, manakala isu memerlukan proses jangka panjang akan diselesaikan berperingkat kerana kerajaan tidak boleh menyelesaikan semua isu secara serentak disebabkan masalah peruntukan kewangan, selain perlu mengutamakan keperluan membabitkan kehendak dan kepuasan rakyat.

Daripada senario yang lebih meluas, kepemimpinan tertinggi UMNO sudah menyelesaikan masalah yang membabitkan kepemimpinan UMNO negeri, berikutan rombakan jawatan Pengerusi Perhubungan negeri yang membabitkan Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu yang pelantikan berkenaan diterima baik oleh pengurusan UMNO negeri.

Bagaimanapun, sehingga kini beberapa masalah kepemimpinan bahagian masih berlarutan tetapi tidak sampai ke tahap kronik sehingga ada ahli yang meninggalkan parti, kecuali tugas pimpinan bahagian diletakkan di bawah Pengerusi Perhubungan negeri, misalnya UMNO bahagian Rantau Panjang di Kelantan atau ‘permusuhan’ berterusan pemimpin bahagian Permatang Pauh di Pulau Pinang dan pada peringkat negeri, ‘perbalahan’ terbuka di antara Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dengan Ketua UMNO bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua UMNO bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin.

Sebelum ini pun, timbul sedikit ‘permasalahan’ dalam UMNO Terengganu dan sudah diselesaikan Najib dengan melantik Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sebagai Pengerusi Perhubungan negeri menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dari segi lahiriah, sudah tidak nampak masalah yang membabitkan UMNO negeri berikutan perubahan kepemimpinan yang dilaksanakan baru-baru ini. Bagaimanapun, budaya ‘cah keting’ yang begitu sinonim di Kelantan dan Terengganu sedikit masa lalu, kini sudah merebak ke Kedah.

Ia diakui Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bahawa Perdana Menteri mengingatkan beberapa bahagian di Kedah supaya mengurangkan isu dalaman termasuk ‘cantas-mencantas’, antaranya di bahagian Sungai Petani.

Di sebalik ‘kelemahan’ kecil yang dialami UMNO, kesepaduan kepemimpinan pada semua peringkat di seluruh negara kelihatan semakin kukuh. Satu demi satu program dirangka untuk mengukuhkan kedudukan UMNO pada pengundi, selain negeri yang dikuasai pembangkang ketika ini, sudah berani menetapkan sasaran untuk merampas kepemimpinan negeri.

Kejayaan ‘Gelombang Biru’ di Terengganu yang dapat merampas tampuk kepemimpinan pada Pilihan Raya Umum 2004 daripada PAS ternyata memberi inspirasi kepada UMNO Kelantan untuk membuat pendekatan sama. ‘Gelombang Merah Transformasi Kelantan’ yang dilancarkan Mustapa baru-baru ini, bakal menjadi pemangkin kepada UMNO dan BN negeri mencapai matlamat menguasai 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Tidak mustahil ia dapat dicapai jika semua pemimpin ikhlas untuk menjayakannya, selain mengutamakan parti daripada kepentingan diri.


Friday, February 11, 2011

INGAT KEMBALI OPS LALANG?

Ops Lalang: Satu Pendedahan….Kaum Cina Patut Bersyukur

Thursday, February 10th, 2011 | Posted by admin

http://www.isuhot.com/?p=2923

Bekas ketua Polis, Tun Haniff Omar tegas mengatakan bahawa Tun Mahathir tidak pernah mengarahkan ops lalang...satu kenyataan yang akan disambut oleh penyokong mat liwat dengan maki hamun dan caci maki…..inilah kebenaran yang sukar diterima oleh puak-puak ini.

Selama ini mereka telah meracuni pemikiran generasi baru Malaysia dengan kenyataan bahawa era Tun Mahathir merupakan era gelap bagi Malaysia…dan lebih menyedihkan , gara-gara ingin menutupi legasi kejayaan dan kegemilangan era Tun Mahathir….perbandingan kononnya bebas dan maju di era Pak Lah….satu perbandingan retorik dari DAP khususnya…

Benarkah ketika era Tun Mahathir, ramai rakyat Malaysia dikurung dan dizalimi? atau di kala ini warganegara berumur antara 25-45 pupus dibunuh oleh rejim dahulu? hairan bila melihat kelaku dan gerak kerja yang dilakukan oleh DAP ini….mereka sedaya upaya ingin menghapuskan nama Tun Mahathir dari kejayaan yang dikecapi oleh Malaysia pada hari ini….

Sebenarnya ketika Tun Mahathir, pihak Polis bertindak atas dasar keselamatan negara dan tiada campur tangan dari pihak kerajaan seperti yang difitnah oleh pembangkang di parlimen….

“Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu…

“Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang,”

Demikian kata Tun Mahathir…mengenai ops lalang….sepatutnya pembangkang perlu bertanya kembali kenapa polis mengambil pendekatan demikian? mungkin antara kita yang lupa peristiwa sebelum ops lalang di lakukan…..dan mungkin ramai yang lupa ketika itu Anwar@peliwat tegar merupakan menteri didalam kerajaan BN…..

Sejarah tidak boleh diubah sesuka hati mengikur kehendak rasa….demikianlah juga kejadian sebelum ops lalang, ketika itu isu perlantikan gurubesar sekolah kebangsaan cina di jadikan isu…oleh parti-parti bermajoritikan kaum cina..(.istem sekolah vernakular merupakan sistem pengasingan ala komunis)

Pada 1987, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Anwar Ibrahim@mat liwat menghadapi bantahan daripada Dong Jiau Zong serta Persatuan Cina Malaysia (MCA) tentang soal kenaikan pangkat guru-guru Cina yang tidak terdidik dalam bahasa Mandarin menjadi guru besar dan guru penolong kanan untuk sekolah rendah Cina. Peristiwa itu hampir-hampir membawa Malaysia ke kancah satu pergaduhan kaum.

MCA menyatakan bantahan secara terbuka pada akhir September 1987 bahawa mereka mahukan jawatan guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah Cina diberikan kepada mereka yang terdidik dalam bahasa Mandarin sahaja.

Pertemuan dengan Menteri Pelajaran Anwar Ibrahim gagal menghasilkan sebarang penyelesaian yang sempurna. Anwar sewaktu itu lebih mementingkan imejnya sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah dilihat berkompromi dengan mana-mana pihak dan lantaran itu, secara terbuka menyatakan bahawa dia tidak akan menarik balik keputusan yang telah dibuat.

MCA dan Gerakan terpaksa bergabung tenaga dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang merupakan musuh politik kepada Barisan Nasional. Dalam satu perhimpunan Cina pada 11 Oktober 1987 yang dihadiri oleh ketiga-tiga parti politik itu serta pertubuhan Cina yang lain di sebuah kuil di Kuala Lumpur, mereka bersetuju untuk menyeru para pelajar Cina memulaukan kelas jika perkara perlantikan tersebut tidak diselesaikan menjelang 14 Oktober 1987.

Pada saat terakhir pada 14 Oktober 1987, UMNO mencuba meredakan keadaan dengan melantik sebuah jawatankuasa lima menteri yang dipengerusi oleh Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan masalah itu. Lee Kim Sai, menteri MCA, turut menyertai jawatankuasa itu. Tetapi keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa sudah terlambat untuk merayu pelajar Cina supaya jangan memulaukan kelas. Pada 17 Oktober 1987, Pergerakan Pemuda UMNO mengadakan satu perhimpunan raksasa di Stadium Raja Muda di Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 20,000 orang bagi mendesak bahawa Lee Kim Sai dipecat. Tindakan Pemuda UMNO itu tidak syak lagi menaikkan suhu politik negara yang akhirnya mengakibatkan Operasi Lalang.

Tetapi siapakah yang sebenarnya mengakibatkan perkara ini, jika bukan Anwar Ibrahim@mat liwat sendiri?

Apakah sejarah ini mampu diubah kerana ingin meletakkan segala kesalahan kepada orang lain? apakah keputusan kerajaan ketika itu tidak memberi ruang dan menutup sekolah cina?apakah tindakan mereka mengugut dan memulau kelas dengan niat menjatuhkan imej negara satu tindakan yang tepat?

Dalam peristiwa ini, kaum cina merasakan diri mereka berkuasa dan berhak keatas tanah melayu ini dan sengaja mencari punca bagi menterbalikkan kemakmuran negara? Mereka merasakan kaum melayu wajib menurut kehendak mereka….dan anwar@mat liwat gagal dalam menangani hal ini…

Hari ini mereka cuba menyalahkan Tun Mahathir bertanggungjawab dan menyucikan dosa-dosa anwar@mat liwat secara total….tindakan polis melakukan ops lalang adalah tepat ini kerana tindakan ahli politik mengugat keselamatan negara..

Cuma apa yang dikesalkan apabila kerajaan tidak menutup kesemua sekolah cina dan mengistiharkan darurat dan menghalau kepada penyokong perkauman cina ditransit ke hongkong dan singapura negara pujaan mereka…mungkin disana mereka boleh mendesak kerajaan komunis membuka sekolah cina adaptasi kekiasuan mereka

rujukan: sini

KUALA LIPIS BERSEJARAH