Wednesday, March 9, 2011

GAGAL MENUJU PUTRAJAYA ATAU MENGALIH ISU MORA L

Manipulasi Isu Timur Tengah Cubaan Jahat Pembangkang Dapatkan Kuasa Politik

Oleh: Ropikah Ahmad

http://umno-online.com/?p=33460

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Penganalisis politik tanah air, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam membidas tindakan pakatan pembangkang yang cuba melontarkan hasutan kepada rakyat agar menentang kerajaan sebagaimana telah dilakukan oleh masyarakat di Timur Tengah.

Katanya, tuduhan yang dilontarkan oleh pembangkang kononnya kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) bertindak zalim adalah sesuatu yang tidak benar apatah lagi telah terbukti selama ini bahawa kerajaan sentiasa menjaga kepentingan rakyat.

“Pembangkang minta rakyat untuk bangkit atas alasan kononnya kerajaan berlaku tidak adil dan penindas sedangkan itu adalah satu cadangan jahat yang sememangnya bertentangan dengan tingkah laku dan pemikiran yang waras,” katanya kepada UMNO- Online.

Dilaporkan pakatan pembangkang cuba membangkitkan perasaan rakyat negara ini supaya meniru kebangkitan masyarakat seperti yang sedang berlaku di Libya, Mesir, Yaman, Iran dan lain-lain lagi.

“Sebagai manusia yang berakal tentunya kita tidak mahu keadaan yang huru-hara dan kucar-kacir berlaku dalam negara apatah lagi untuk bertindak liar dan ganas yang langsung tidak sesuai dengan ciri-ciri sebuah kerajaan bertamadun.”

Tambahnya lagi, seharusnya, apa yang mahu dilakukan sama ada oleh mana-mana pihak sekalipun pembangkang perlulah bertindak waras iaitu memikirkan adakah benar bahawa kerajaan bersikap kejam sedangkan realiti telah ada di depan mata.

“Cara yang ganas bukanlah budaya kita kerana kita lebih selesa berdepan dengan mana-mana pihak waima pembangkang sekalipun melalui meja perbincangan dan secara diplomasi kerana inilah nilai yang sebenar dalam masyarakat yang bertamadun,” katanya.

“Cara yang ganas bukanlah budaya kita kerana kita lebih selesa berdepan dengan mana-mana pihak waima pembangkang sekalipun melalui meja perbincangan dan secara diplomasi kerana inilah nilai yang sebenar dalam masyarakat yang bertamadun,” katanya.

Beliau yang juga Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajaran Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), menegaskan juga bahawa tindakan menggulingkan kerajaan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara malahan untuk mencapai kemerdekaan juga, pemimpin atasan lebih bersikap diplomat dan menunjukkan rasa saling hormat serta menghargai antara satu sama lain.

“Pada tahun 1946, sewaktu rakyat bangkit menolak Malayan Union, tiada sebarang keganasan sehingga mengakibatkan sebarang pertumpahan darah sebaliknya, dengan persefahaman dan tolak ansur, kata sepakat dapat dicari sehingga tertubuhnya UMNO yang kemudiannya membawa kepada semangat perjuangan kemerdekaan.

“Kita tidak pernah melakukan sebarang keganasan yang hanya akan mengundang kerugian dalam pelbagai aspek tetapi kita telah membentuk satu masyarakat demokratik dan turut serta dalam pilihan raya apabila pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1955.”

Terang beliau lagi, bersandarkan kepada kejayaan pembentukan masyarakat yang mempunyai rasa toleransi dan persefahaman demi kesejahteraan berkekalan jugalah maka kemerdekaan negara dapat dicapai pada tahun 1957.

“Bersama parti Perikatan yang kemudiannya BN kerajaan telus melakukan penambahbaikan untuk pembangunan dengan kebajikan rakyat terus menjadi agenda utama. Adakah ini yang dimaksudkan zalim oleh pembangkang?” soalnya.

Tambahnya lagi, selama hampir 54 tahun negara ini merdeka dimanakah kezalimannya selain hanya pelbagai manipulasi dan tindakan dangkal pembangkang semata-mata.

“Sejarah sendiri telah membuktikan apakah yang berlaku dalam nega kecuali pada tahun 1969 yang ditimbulkan oleh golongan yang tidak betul dan mahu menggangugugat keharmonian negara.

“Jika benar kerajaan zalim dan tidak bertanggungjawab tentunya tidak ada pendidikan sehinggakan kadar celik huruf di negara kita berada pada tahap yang membanggakan, sampai ke hari ini juga tidak ada individu dalam masyarakat kita yang mati tidak makan atau ditimpa kebuluran kerana taraf hidup kita telah meningkat setanding dengan negara-negara maju lain,” ujarnya.

Katanya lagi, bandingkanlah negara ini dengan situasi di Timur Tengah dan adakah negara kita benar-benar diktator serta menindas rakyat sedangkan kita melihat rakyat hidup aman dengan pelbagai bantuan dan kemudahan disediakan?

“Kita akui bahawa kita juga mempunyai kelemahan tetapi janganlah kerana kelemahan yang sedikit maka semua kebaikan yang ada dihancurkan. Ini adalah isu politik yang sengaja dilakukan untuk mendapatkan kuasa. Tindakan itu perlu ditolak.”

– MediaUMNO.

Tuesday, March 8, 2011

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN VS PERLEMBAGAAN RAKYAT???



Isu perkauman boleh jejas kestabilan negara


2011/03/08

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Isuperkaumanbolehjejaskestabilannegara/Article

Perlembagaan wajar dijadikan paksi kekalkan perpaduan

DI dalam titah pembukaan penggal keempat Parlimen ke-12 semalam, Yang di-Pertuan Agong menyuarakan perhatian mengenai kecenderungan sesetengah pihak membincangkan isu sensitif seperti perkauman. Saya berasa pilu mengingatkan kebimbangan ketua negara mengenai kestabilan negara setelah banyak insiden perkauman berlaku di negara ini.

Secara peribadi saya mengambil titah Yang di-Pertuan Agong sebagai peringatan untuk diri sendiri dan saya catatkan perasaan dan fikiran di ruangan ini untuk dikongsi dengan pembaca.

Seperti yang kita semua maklum titah ucapan seperti ini bukan perkara baru untuk masyarakat Malaysia. Sudah banyak kali peringatan dan titah sebegini kita dengar daripada ketua negara. Ini menunjukkan persoalan berkaitan perkauman adalah sesuatu yang amat dibimbangi baginda.

Walaupun peringatan dan keprihatinan seumpama ini sering kita dengar, ada yang tidak mengambil perhatian dan ia seumpama mencurah air ke daun keladi – berlalu begitu saja tanpa sebarang kesan. Ia memang mengecewakan apabila persoalan berkaitan perkauman sentiasa berkumandang atau ketika ia disusuli dengan perlakuan melampau.

Adakalanya sebagai rakyat, pemerhati dan ahli akademik dalam bidang undang-undang Perlembagaan, saya berasa rimas dan bimbang. Rimas saya maksudkan sebagai perasaan yang tidak nyaman, tidak enak dan gelisah hati. Perasaan ini datang ke hati saya kerana isu perkauman sebenarnya amat berbahaya kepada negara. Ia seolah-olah mencabar kedudukan kaum yang terbabit.

Saya percaya, perasaan ini bukan saja menimpa saya seorang. Saya pasti semua warga negara yang bertanggungjawab akan berasa rimas seperti apa yang saya rasakan.

Saya tidak nafikan bahawa kita tidak dapat mengelak membincangkan perkara berkaitan hubungan antara kaum kerana ia seumpama ‘makanan ruji’ kita. Ini kerana keadaan fabrik masyarakat kita adalah berdasarkan kaum. Itu sudah terang dan nyata.

Ada ketikanya kita perlu menyebut mengenai perkara berkaitan perkauman kerana ia akan menambahkan rasa kefahaman antara kaum. Tetapi perkembangan semasa (mungkin dalam dekad kebelakangan ini) pendekatan mengenai perkara berkaitan perkauman menyerlah lebih keburukan daripada kebaikan kepada hubungan dan integrasi kaum. Ini yang membuatkan saya berasa tidak enak dan tidak nyaman.

Dalam banyak keadaan saya sentiasa berfikir dan menilai beberapa teori. Kenapa kita tidak boleh menerima dan menggunakan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan sebagai kayu pengukur? Kenapa kita tidak boleh berpaksikan kepada Perlembagaan? Adakah kita terfikir bahawa Perlembagaan telah merangka satu sistem yang baik untuk kita dukung dan menerimanya sebaik mungkin? Atau adakah (atas apa jua alasan) kita tidak dapat menerima seruan yang dibuat Perlembagaan?

Sekiranya kita tatap dan hayati peruntukan Perlembagaan Persekutuan, kita dapati beberapa prinsip yang mengikat sistem dan cara hidup kita di negara ini. Kita mestilah menerima konsep ketinggian Perlembagaan sepenuhnya. Kita hormati prinsip yang ada.

Sebagai contoh, hak keistimewaan kaum Melayu tidak perlu dipersoalkan lagi. Kedudukannya terserlah di dalam Perlembagaan. Dalam tahun kebelakangan (terutama tahun lalu) kita menyaksikan banyak persoalan ditimbulkan mengenai isu ini.

Sekiranya perkara ini dipersoalkan dengan cara provokasi dan menghentam, ia sudah pasti mengundang perasaan tidak puas hati orang Melayu. Melayu akan mula mempertahankan kedudukan mereka. Ini tindakan normal. Ketika melakukan tindakan itu, sudah tentu Melayu akan menimbulkan perkara berkaitan pengorbanan mereka kepada tanah air mereka. Melayu akan mempertahan kedudukan mereka menurut Perlembagaan. Dalam keadaan ini ramai yang melihat Melayu menjadi juara perkauman. Melayu juga telah banyak dipersalahkan kerana mempertahankan kedudukannya di dalam Perlembagaan.

Amat benar, perpaduan dalam kepelbagaian (unity in diversity), sangat perlu untuk kita amalkan dalam menjalani kehidupan di negara yang mempunyai fabrik masyarakat seperti Malaysia. Cadangan sesetengah pihak untuk memadamkan atau memansuhkan ruangan ‘kaum’ atau ‘bangsa’ dalam borang di jabatan kerajaan adalah antara perkara baru yang boleh menjurus kepada satu lagi perdebatan perkauman.

Saya terfikir, kenapa cadangan sedemikian dibuat. Apa yang lahir di dalam pemikiran saya ialah, ini mungkin didorong perasaan kurang mempercayai prinsip perpaduan di dalam kepelbagaian. Ia kurang rasa hormat kepada prinsip nyata di dalam Perlembagaan. Ini tidak harus berlaku dalam masyarakat matang.

Identiti bangsa dalam borang ini perlu dilihat dengan kaca mata positif. Ada lebih kebaikan untuk mengenali bangsa setiap individu. Saya tidak fikir dengan meletakkan identiti bangsa akan menimbulkan prejudis. Saya fikir, masyarakat Malaysia seharusnya berfikiran lebih terbuka dan lebih matang dalam soal ini.

Selama kita mengecapi kemerdekaan, kita boleh berbangga dengan pengiktirafan dunia mengenai perpaduan kaum di negara. Kita tidak mengamalkan asimilasi yang boleh melunturkan identiti bangsa atau kaum yang ada. Inilah yang membanggakan kita di mata dunia.

Walaupun kita tidak meleburkan batang besi dalam memastikan penyatuan atau perpaduan, kita ikat batang besi itu menggunakan ikatan yang kukuh supaya ia tidak terlerai. Maksudnya ialah sistem Perlembagaan dan pemerintahan negara tidak memaksa mana-mana kaum melunturkan atau meleburkan identiti mereka. Malah, semua kaum digalak mengekalkan atau menyerlah identiti masing-masing. Adakalanya kaum lain turut terpengaruh dengan identiti kaum lain dan ini membanggakan kita. Semoga tiada lagi insiden cabar-mencabar antara kaum di negara ini dan kita dapat hidup tanpa rasa rimas, kecewa dan bimbang.


Penulis ialah Penolong Profesor di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


Sunday, March 6, 2011

KHAS UNTUK PEMBANGKANG DAN SEMUA MELAYU



SEMENANJUNG TANAH MELAYU

By Dr. Mahathir Mohamad

on March 3, 2011 5:55 PM | Permalink | Comments (86) | TrackBacks (0)

http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/03/semenanjung-tanah-melayu.html#more

1. Was I rewriting history when I said that Peninsular Malaysia is historically Semenanjung Tanah Melayu? If Mr Gan Ping Sieu 
(MCA Vice President) cares to read the history of this peninsular, he would know that officially the Malayan Union was replaced by Persekutuan Tanah Melayu. The English name "Federation of Malaya" was not official. I ought to know because I lived through this period.

2. But when the federation was enlarged to include Singapore, Sabah and Sarawak, the Malays, led by the Tunku agreed to the name "Malaysia" for the enlarged federation. Historically therefore the Malays agreed to the renaming of Persekutuan Tanah Melayu. But historically the peninsular was Tanah Melayu, made up of Malay States ruled by their rulers, the Malay Sultans. All agreements with the British were made by the Malay Sultans of the Malay States of the Peninsular. Malaya or Malaysia never entered into agreements with the British simply because they did not exist as sovereign states.

3. These are the facts of history. I was speaking about the origins of Malaysia. Can we say the origin of Malaysia was Malaysia. Historically there was no Malaysia.

4. I talked about this in response to certain people who claim that the Malays are as much immigrants as the Chinese and Indians.

5. Some Malays are obviously descended from people who came to the Malay Peninsular from the Indonesian islands, India and the Arabian Peninsular.

6. Having come here they were assimilated after they identified themselves completely with the Malays by adopting the Malay language, their customs and traditions and by being Muslims.

7. This is a common phenomenon. In America, Australia, Latin America, the later immigrants accepted the languages of their adopted country as their mother tongue as well as the culture.

8. After doing this they no longer think of themselves as being of their original country. They are Americans, Australians and Argentinians period. We don't hear them claiming to be German Americans, Portuguese Australians or Italian Argentinians, even though they or their ancestors came from these countries.

9. Malays are Malays and it is mischievous to suggest that when asked about their race they would say they are Bugis or Javanese. It is only if they are asked where their ancestors came from that they would say Celebes or Java. Otherwise they are just Malays.

10. If you ask me I would reply that I am a Malay. I would not say I am a Malay or Malaysian of ethnic Indian origin. My mother tongue and home language is Malay, my culture and tradition is Malay and I am a Muslim. The constitution defines a Malay as a person who habitually speaks Malay, practices Malay custom and tradition and is a Muslim.

11. However I am told that IC cards in Singapore ignore Malays and state that the person is Bugis or Javanese. The intention is clear; to kill the Malay identity and create the impression that they are foreign immigrants.

12. Malays are caught in a dilemma. When challenged by the opposition on any racial issue, they are unable to respond because if they do then they would be accused of being racist even by members of the Barisan Nasional. When they do not reply then UMNO in particular would lose Malay support for not defending them. This will lead to UMNO being rejected by them. The Chinese have openly declared that they will not support Barisan Nasional. (read here)

13. Without Malay support and deprived of Chinese support UMNO would lose. Barisan Nasional would also lose.

14. Preventing Malays from defending themselves is not much different from supporting the opposition. When I rebut the anti-Malay racism of the opposition I am only trying to ensure that at least the Malays would support Barisan Nasional. I am no racist. Those who support racist statements by the opposition are the real racists.

15. For almost 52 years the Alliance and Barisan Nasional coalitions had worked well together. The prosperity that we enjoy during those years is the result of inter-racial cooperation through the Barisan Nasional.

16. In multiracial Malaysia no one can have everything that they consider they are entitled to - neither the Malays, nor the Chinese nor the Indians nor the different tribal groups in Sabah and Sarawak. The moment anyone demands that he be given everything that he thinks he is entitled to then there can be no inter-racial cooperation. Without inter-racial cooperation this country would go to the dogs.

17. We have read the fable of the thief who shouted "thief"! The racists are the same. They shout racist at others to distract from their own racism.


Saturday, March 5, 2011

BN : BINA NEGARA - UNDILAH BN

Masa terbaik untuk pengundi

Oleh NAZERI NONG SAMAH

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dalam kawasan Parlimen Kuala Krau, Ahad ini adalah masa terbaik bagi 8,999 pengundi berdaftar kawasan tersebut untuk membalas budi kerajaan Barisan Nasional (BN).

PRK itu akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan calon Pas, Hassanuddin Salim yang pernah tewas di DUN Kerdau pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

BN diyakini memenangi PRK ini kelak, sekali gus membuktikan pengundi amat bertanggungjawab dalam mempertahankan Islam daripada diperalatkan oleh Pas yang bersekongkol dengan DAP.

Seperti kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ketika majlis ramah mesra pemimpin bersama penduduk di Rumpun Makmur, Kuala Krau, semalam, pengundi sedar bahawa dalam situasi politik semasa amat jelas bahawa menyokong calon Pas sama seperti masuk perangkap DAP, sekali gus menghancurkan masa depan agama dan bangsa.

Ada banyak faktor yang memungkinkan BN terus mempertahankan kerusi DUN Kerdau antaranya ialah kawasan itu merupakan tradisi kubu kuat BN sejak dulu lagi.

Selain itu, majoriti pengundi Melayu berjumlah 83 peratus daripada keseluruhan pengundi di DUN Kerdau adalah penyokong senyap BN yang mempunyai kesedaran tinggi bahawa mereka tidak mahu melepaskan banyak peluang keemasan di bawah pemerintahan BN.

Jika pada PRU 2008, calon BN Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim memperoleh majoriti 1,615 undi menewaskan Hassanuddin (calon yang sama), maka ada kemungkinan, majoriti kali ini lebih besar daripada yang diperoleh BN sebelumnya.

Di samping itu, kekerapan pemimpin tertinggi BN turun padang menemui rakyat di DUN Kerdau termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiga kali membuktikan mereka amat prihatin terhadap kebajikan penduduk setempat.

Calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad pula adalah pemimpin yang mesra rakyat dan tidak asing bagi penduduk kerana beliau pernah menjadi penyelaras DUN itu ketika Allahyarham Zaharuddin sakit dahulu.

''Saya sentiasa bersedia untuk terus berbakti kepada rakyat dan yakin mereka akan memilih calon yang boleh membela nasib mereka," kata Syed Ibrahim yang berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau itu.

Sementara itu, peranan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob merangkap Pengarah PRK DUN Kerdau terbukti berkesan kerana beliau tegas dan pintar mematahkan setiap hujah pihak pembangkang.

Begitu juga dengan kerja kuat kempen oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said selaku Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau bersama jentera parti itu di segenap peringkat, termasuk sokongan parti komponen dari luar turut memantapkan lagi kecemerlangan yang bakal diperoleh calon BN.

Bagi Ketua Penerangan UMNO cawangan Kerdau, Sharifuddin Mohamed, strategi yang disusun rapi oleh jentera parti terutama menyelesaikan masalah kebajikan individu pengundi pada saat-saat akhir kempen membuktikan BN tidak mengabaikan isu mikro tetapi boleh memberikan impak besar jika diabaikan.

Kesimpulannya, penulis sebagai anak tempatan yang membesar dalam DUN Kerdau percaya para pengundi dalam kawasan pilihan raya berkenaan tidak mudah terkeliru antara realiti di bawah pemerintahan BN dengan janji bulan bintang yang terlalu sayup dan mustahil sama sekali untuk dicapai.

Friday, February 25, 2011

PRU 13 : 13 IKTIBAR DAN ILTIZAM UNTUK BN

Sudah bersediakah BN?

Oleh DR. SIVAMURUGAN PANDIAN

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

SEJAK Konvensyen Barisan Nasional (BN) pada Disember 2010, Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak secara berterusan bertemu dengan pelbagai lapisan pemimpin.

Ekoran itu, ramai pihak menafsirkan bahawa Parlimen akan dibubar dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan diadakan tidak lama lagi. Benarkah BN sudah bersedia untuk berhadapan dengan PRU-13? Mampukah BN kembali meraih cemerlang sebelum PRU-12 pada 2008? Benarkah BN akan sekadar berpuas hati dengan keputusan yang hampir sama dengan PRU 2008 atau berpuas hati dengan peningkatan beberapa kerusi sahaja?

Selepas Mac 2008, tidak dinafikan BN sudah melalui proses muhasabah dan cuba membina parti berasaskan perubahan persekitaran landskap politik tanah air. Pelbagai pendekatan cuba diketengahkan termasuk memperkenalkan gagasan 1Malaysia yang diikat dengan tiang seri seperti Pelan Transformasi Kerajaan (PTK). Ia didokongi pula dengan Bidang Keberhasilan Utama Baru (NKRA), Pelan Transformasi Ekonomi (PTE), Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10).

Malahan, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak kebelakangan ini menyebelahi BN dan antara faktor penarik adalah Najib dan gagasan besar beliau. Walaupun begitu, adakah ini boleh dijadikan kayu pengukur bahawa BN sudah bersedia berhadapan dengan PRU-13?

Ada ura-ura untuk mengadakan PRU dan pilihan raya negeri Sarawak serentak. Barangkali, perlu diingatkan kepada pihak yang berpandangan sedemikian bahawa PRU tidak boleh diadakan serentak semata-mata untuk menyelamatkan keputusan dan kepimpinan di Sarawak, walhal ia boleh diadakan pada masa berlainan dengan menanam keyakinan untuk mempertahankan majoriti dua pertiga, walaupun kemungkinan tidak sama dengan keputusan tahun 2006.

Keputusan PRU-13 adalah untuk membolehkan Najib diberi mandat bagi mentadbir urus negara tanpa perlu memikirkan persoalan politik yang terus menghujani negara sejak Mac 2008 terutama manipulasi yang berterusan sehingga melahirkan keadaan tidak menentu.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dijadikan iktibar dan iltizam sebelum benar-benar bersedia untuk melangkah ke PRU.

Pertama, adakah BN sudah melalui proses reformasi, pembaharuan menyeluruh dan bersedia menunjukkan keunikannya supaya pengundi memilih calon BN dan keluar dari krisis keyakinan serta kepercayaan yang terhakis sebelum Mac 2008? Ia harus bermula dengan persiapan dalam parti komponen termasuk mengiktiraf kumpulan keahlian langsung parti BN serta beberapa kumpulan yang dilancar sewaktu Konvensyen 2010. Jika ahli terus BN dipilih sebagai calon, bersediakah parti komponen BN menerima keputusan sedemikian atas kepentingan martabat parti induk?

Kedua, adakah persediaan BN kali ini bebas dari kumpulan serpihan dalam parti yang menjadi dalang sehingga melakukan cah keting, sabotaj, boikot dan cantas mencantas. Musuh BN adalah BN sendiri dan bukan barisan pembangkang. BN tidak boleh menyatakan ia sudah bersedia semata-mata kerana pihak pembangkang berhadapan dengan masalah kepincangan kepimpinan parti ataupun PRU perlu diawalkan memandangkan global akan berhadapan dengan kegawatan ekonomi yang lebih buruk.

Malahan rentetan peristiwa di Asia Tengah seolah-olah menunjukkan krisis ekonomi global satu kebarangkalian besar terutama dengan penawaran dan permintaan minyak yang mungkin akan melambung selepas ini. Apapun, persediaan BN perlu melangkaui elemen-elemen tersebut.

Ketiga, apakah jentera parti sudah mantap berbanding dengan persediaan sebelum ini yang sering berkeyakinan tinggi sebelum PRU tetapi lembap dan kurang berdaya ketika PRU kerana sikap terlalu yakin. Apakah ia sudah padat dengan skil berpolitik alaf baru dengan keupayaan manipulasi politik secara kreatif termasuk media alternatif untuk bersifat ofensif daripada defensif dalam parti komponen agar ia dapat digerak sebagai satu pasukan 1Malaysia BN.

Pengerusi BN perlu diberikan informasi tepat mengenai persekitaran komuniti serta anggota parti kerana masa depan BN juga bergantung kepada prestasi komponen BN. Pemimpin akar umbi perlu diberi pengiktirafan terhadap tanggungjawab mereka untuk membawa sokongan ke atas BN.

Keempat, adakah manifesto PRU-12 sudah dipenuhi beserta dengan pelaksanaan menyeluruh gagasan doktrin Najib kerana slogan 'pencapaian diutamakan', sudah pasti akan menjadi sebahagian daripada manifesto BN pada PRU-13. Kegagalan melaksanakan apa yang dirungkai dalam manifesto 2004 pada PRU-11 menyebabkan keyakinan pengundi BN merosot pada PRU-12.

Kelima, apabila BN nyatakan sudah bersedia, ia juga akan mencerminkan ia sudah berdiri dengan kekuatan sendiri dan bukan kelemahan lawan. Politik adalah 'the arts of possible', banyak kemungkinan yang perlu dihalusi, diteliti dan diperincikan sebelum BN boleh menganggap ia bersedia. BN perlu belajar daripada kesilapan congakan Mac 2008 apabila ada laporan tidak benar bersifat membodek pemimpin diberikan semata-mata untuk menyedapkan hati pemimpin atasan termasuk fakta yang tidak memperlihatkan sentimen di peringkat akar umbi.

Banyak nilai seperti maklumat empirikal perlu menyokong laporan yang menyatakan BN sudah mendapat sokongan. Jika ya..., bagaimana dan mengapa sudah berubah untuk membolehkan strategi yang sesuai disusun dalam kerangka pemasaran politik BN.

Keenam, persediaan akan menyerlah jika isu nasional dapat diminimumkan serta mempunyai pemikiran sebagaimana pihak pembangkang berfikir untuk menangkis sebarang isu dengan segera dan lincah dalam menangani isu tersebut. Ini memerlukan latihan berterusan melibatkan pemimpin akar umbi yang perlu diberi pengiktirafan sewajarnya secara berterusan. PRU-13 akan bersifat lokal dan pemimpin akar umbi merupakan 'pelengkap' antara parti dan pengundi setempat.

Ketujuh, koordinasi dengan badan bukan kerajaan dan organisasi baik di peringkat lokal, negeri mahupun kebangsaan sudah diperbaiki kalaupun tidak diperkukuhkan. Yang penting adalah kestabilan hubungan yang berpanjangan dan bukan bermusim.

Kelapan, integrasi dengan pengundi muda yang sebilangannya mempunyai tendensi untuk menilai dan bergantung kepada maklumat yang diperoleh dari media alternatif yang kemudiannya turut digunakan untuk mempengaruhi orang tua mereka.

Kesembilan, sokongan penjawat awam yang merudum ketika Mac 2008. Adakah usaha dilakukan untuk mengenal pasti faktor mengapa ia berlaku dan dalam proses menjadi negara berpendapatan tinggi, adakah sudah tiba masanya untuk meminda skala gaji penjawat awam termasuk anggota polis, tentera, guru, pensyarah, kakitangan agensi lain mengikut skala gaji negara berpendapatan tinggi?

Kesepuluh, 'winneable candidate' termasuk kedudukan BN di konstitusi yang tewas pada PRU-12. Adakah penyelaras akan dilantik semula sebagai calon atau BN sudah mengenal pasti beberapa calon agar pengundi diberi pilihan dan diminta pandangan sebelum dipilih sebagai calon agar masalah pilihan raya lalu tidak berulang sehingga berlaku penukaran senarai calon pada saat-saat akhir yang boleh menimbulkan masalah dalaman berpanjangan.

Kesebelas, formula agihan kerusi termasuk penukaran kerusi sesama parti komponen perlu dirancang dan dibincang, bukan beberapa hari sebelum atau selepas pembubaran Parlimen. Perbincangan menyeluruh dari semasa ke semasa dengan nilai konsistensi dari semua pihak akan menguntungkan BN.

Kedua belas, adakah BN sudah bersedia untuk 'menggempur' dengan perang saraf di ruang siber bersandarkan kepada matlamat untuk kekal di Putrajaya? Persoalan faktor 'X' mengapa pengundi perlu mengundi BN perlu diteliti sepenuhnya sebelum tarikh PRU-13 diumum.

Ketiga belas, tarikan ke atas pengundi atas pagar yang memerhati, meninjau dan akan membuat keputusan di saat-saat akhir hari pengundian. BN perlu konsisten untuk memenangi kumpulan ini dan pendekatan BN juga perlu disesuaikan dengan kumpulan sasar seperti wanita, belia, orang kelainan upaya dan warga emas. PRU-13 penting untuk mendapatkan semula mandat besar bagi BN dan kesemua 13 indikator di atas boleh dijadikan rujukan ke arah tersebut.

BN hanya dapat mengisytiharkan sudah bersedia jika masalah dalaman berjaya diminimumkan, manifesto PRU-12 dan doktrin Najib sudah dipenuhi, isu tempatan sudah diselesaikan, jentera mantap sebagai satu pasukan dan amalan skil berpolitik matang bersesuaian dengan persekitaran politik baru tanah air. Apa yang wajar dilakukan kini adalah mengambil kira pertimbangan dan pandangan Najib sepanjang pertemuan yang diadakan untuk kemenangan BN dan ia banyak bergantung kepada motivasi dan keazaman kepimpinan setempat untuk melakukan apa sahaja tanggungjawab yang belum diselesaikan demi masa depan BN.

Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian

Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia

KUALA LIPIS BERSEJARAH