Pendidikan untuk masa depan rakyat Malaysia
(Ucapan Perasmian oleh YAB PM -11 September 2012)http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120912/re_01/Pendidikan-untuk-masa-depan-rakyat-Malaysia
Pertamanya, saya ingin menyampaikan rasa kesyukuran yang tidak terhingga terhadap Allah yang telah mengizinkan kita bertemu pada pagi ini.
Bagi seorang yang mempunyai pengalaman sedikit sebanyak dalam menerajui Kementerian Pelajaran, saya menyedari bahawa tugas untuk membentangkan satu Pelan Pembangunan Pendidikan yang bersifat futuristik dan jangka panjang adalah amat mencabar kerana ia melibatkan kepentingan 28 juta rakyat Malaysia dalam hal pendidikan negara.
Malah, bukan itu sahaja tetapi mahu tidak mahu setiap daripada kita mengakui, kita adalah pakar dalam bidang pendidikan.
Di samping itu pelan ini dan kedudukan serta pencapaian sistem pendidikan di bench mark dengan pencapaian negara-negara lain dan penilaian dibuat secara objektif. Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran dan kementeriannya.
Pembentangan kena pada masanya sebab kita mempunyai cita-cita dan impian yang besar.
Ya, jumlah pelaburan penting, ia penambahan perdagangan antarabangsa yang boleh menyuntik pada pertumbuhan ekonomi negara tetapi kalau segala tidak diasaskan pada kualiti pendidikan rakyat Malaysia yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi, nilai, sikap dan pembangunan intelektual kerohanian maka impian mungkin tidak kesampaian.
Sebab itu kalau nak katakan ada satu bidang yang amat penting lagi kritikal untuk masa depan, tidak lain tidak bukan adalah bidang pendidikan negara kita.
Saya tertarik dengan 11 anjakan paradigma yang dihuraikan kerana ada juga daripadanya penegasan kepada soal nilai-nilai masyarakat.
Sehari dua ini keadaan amat tipikal, demonstrasi jalanan bukan nilai Malaysia yang patut kita pupuk apatah lagi melondehkan seluar di khalayak ramai, ia bukan nilai yang boleh kita banggakan.
Jadi kalaulah dalam rombakan sistem pendidikan kita hendak tekan perkara-perkara seperti ini maka kita berminat untuk melahirkan generasi yang boleh membawa kita ke mercu kejayaan.
Pelaburan kerajaan dalam bidang pendidikan sejak 55 tahun merdeka bukanlah kecil, seawal tahun 1980, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan peruntukkan yang tinggi daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Pelaburan ini adalah antara peruntukan yang tertinggi di rantau Asia.
Pada 2011 perbelanjaan pendidikan merupakan 3.81 peratus daripada KDNK dan 8.7 peratus daripada perbelanjaan kerajaan. Barangkali apabila hendak melaksanakan blue print ini peruntukan perlu ditambah.
Keadaan ini selaras dengan trend negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Singapura dan lain-lain dan ia sudah sampai masanya. Kita bukan saja melihat dari segi kuantitatif tetapi juga kualitatif.
Sebagai Menteri Kewangan saya memberi perhatian pada soal value for money dan return of invesment akan kita gunakan untuk pastikan setiap ringgit duit yang datang daripada pembayar cukai digunakan untuk menentukan keberhasilan sebaik mungkin.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kita sentiasa tangani isu pendidikan dan isu ini mesti dilihat sebagai isu yang melampaui politik. Perkiraan pendidikan tidak seharusnya dibuai dengan sentimen kepartian tapi lebih kepada pengiraan nasional.
Matlamat kita adalah untuk pastikan setiap anak Malaysia mampu merealisasikan potensi kurniaan Tuhan yang dimiliki dan apa yang membezakan mereka adalah sama ada dia sanggup berusaha atau tidak.
Jadi untuk pastikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak Malaysia keseluruhannya, maka kita sebagai pemimpin perlu ada keberanian moral sebanyak mungkin untuk depoliticise bidang pendidikan. Ini bagi memastikan kita membuat keputusan berdasarkan kepentingan anak-anak kita dan negara bukannya bersifat populis.
Laporan yang dilancarkan adalah laporan awal bagi menjemput cadangan, makluman balas, komen, kritikan dan sokongan. Ia sesuai dengan ucapan saya sebelum ini bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan telah berakhir. Kerajaan menjemput agar semua rakyat Malaysia untuk bersama memberi pandangan dalam pelan yang amat penting ini.
Rupa bentuk negara di masa depan akan ditentukan dari langkah dan pelan yang diambil hari ini dan kenyataan ini cukup signifikan dalam bidang pendidikan sebab apa yang diputuskan akan menjangkau masa yang lama.
Justeru, kita tidak mampu menangguhkan apa yang kita perlu atau mengambil sikap perubahan yang berdikit-dikit. Untuk mengaut laba masa depan kita perlu berani melabur dan menyemai secara bijak dan perubahan yang perlu dilakukan dalam mencapai keberhasilan yang bersifat lonjakan berganda.
Kemeriahan sambutan kemerdekaan masih lagi terasa. Sejak merdeka hasil sikap pragmatik dan penolakan kita terhadap kaedah yang dogmatik dalam hal ehwal nasional menyebabkan kita telah menempa kejayaan demi kejayaan.
Dalam beberapa dekat di awal kemerdekaan, kita telah berjaya lakukan transformasi dari ekonomi pertanian yang berpendapatan rendah kepada ekonomi perindustrian yang berpendapatan sederhana tinggi. Setiap dekad kemerdekaan menyaksikan cabaran bitara dan kita telah berjaya mengharunginya.
Era awal kemerdekaan telah menyaksikan bagaimana kita tangani masalah buta huruf diikuti cara kita tangani era ekonomi berasas pertanian dan kemudian perindustrian.
Hari ini Malaysia adalah negara dalam transisi ke arah negara maju berpendapatan tinggi dengan ekonomi berasaskan paradigma yang berbeza dengan ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan pada pengamatan saya ada dua corak dalam ekonomi akan datang dan ekonomi dahulu.
Satu, waktu di bangku sekolah bila belajar krisis ekonomi kita diperkenalkan dengan tradisional factors production tapi hari ini tradisional factors of production telah digantikan dengan pengetahuan dan ia berteraskan tiga nilai iaitu pengetahuan, teknologi dan inovasi.
Jadi bila merombak sistem pendidikan mesti faham the new economic yang terasnya adalah ketiga-tiga nilai itu.
Jadi sistem pendidikan kita mesti mampu disesuaikan untuk hadapi cabaran-cabaran semasa.
Dua, mesti lakukan hari ini, kita menyediakan anak-anak kita untuk mengisi pekerjaan yang belum lagi wujud.
Dua cabaran ini penting untuk kita mengolah sistem pendidikan kita supaya mampu menyediakan apa yang dikatakan untuk masa depan era yang berubah dengan perubahan yang begitu pantas.
Dalam laporan, kerajaan mengambil sikap bertanggungjawab, kita tidak rasa segan dan takut untuk mengatakan apabila kita dinilai dalam Ujian Programme for Internasional Student Assessment (PISA) berada di kohort 1\3 paling bawah.
Kita sedar adalah lebih baik mengakui daripada menutup dan ini menunjukkan keberanian moral dengan mengaku kesalahan apatah lagi berani untuk melakukan perubahan dan anjakan. Kita perlu mencari penyelesaian yang kreatif dan inovatif.
Kita perlukan komitmen dan kepakaran, perlukan pengorbanan dan sumbangan semua segmen masyarakat dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Kita tak nafikan kita telah melakukan banyak perubahan. Tiang seri utama sistem pendidikan kita telah diterapkan semenjak Penyata Razak diikuti Penyata Rahman Talib dan terkini ditegaskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Kita bertuah kerana hidup dalam negara yang unik. Kepelbagaian kita anggap sebagai satu kekuatan pada negara yang kita cuba tangani sebaik mungkin, walaupun tak kurang hebatnya cabaran itu.
Kita terima sebagai generasi terkemudian bahawa pengatur, bapa-bapa kita yang telah mengasaskan negara ini melalui kebijaksanaan mereka telah memilih jalan integrasi - berbeza dengan sesetengah negara lain.
Ini jalan yang telah dipilih dan kita tak boleh berpatah balik tapi terima sebagai legasi dan tidak ada bidang yang dapat mencermin perkara ini dengan jelas berbanding apa yang kita lihat dalam pendidikan nasional kita.
Begitu banyak jenis sekolah dalam sistem kita. Ada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah agama, sekolah persendirian Cina, sekolah mubaligh, sekolah swasta dan antarabangsa. Saya tak fikir ada negara lain mempunyai sistem sekolah seperti yang kita ada iaitu banyak jenis sekolah. Kita kena urus perkara ini sebab ia sudah merupakan legasi kita.
Oleh itu melalui pelan yang baru ini, saya telah mendapat penegasan daripada Menteri Pelajaran, setiap perubahan harus membawa manfaat dan kesan yang disasarkan pada semua jenis sekolah yang ada. Kita tidak mahu ia akan dijadikan bahan politik mana-mana pihak.
Saya nak sebut setelah 55 tahun merdeka, Kita mesti pastikan setiap rakyat mampu bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan baik. Kalau tidak boleh menulis tetapi dari segi pertuturan, cakap dan sebutannya mestilah baik.
Suka saya tegaskan kepada semua sekolah mesti menguasai bahasa kebangsaan ini. Ini bukan soal politik tetapi nasional. Kita juga hendak tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
Saya fikir nak belajar Bahasa Inggeris kena bermula dengan sastera Inggeris secara berperingkat malah penguasaan bahasa ketiga amat digalakkan. Saya sendiri menggalakkan anak-anak saya untuk kuasai Mandarin.
Kita sebuah negara berbilang kaum dan bangsa. Kita boleh kuasai kepelbagaian yang orang lain tak boleh kuasai. Kenapa loose kelebihan itu.
Melalui sistem pendidikan kita tak mungkin dapat realisasikan apa yang diharapkan. Oleh itu kita ada banyak aspirasi dan tidak kurang prinsip pendemonstrasian pendidikan nasional. Sebab kita mahu akses terhadap pendidikan berkualiti dapat dinikmati semua rakyat tak kira di mana mereka berada. Sama ada di Kampung Bantal Ulu Tembeling atau Rumah Panjang Ulu Lacau di Sarawak.
Semua tempat mesti mendapat akses pendidikan berkualiti tapi ia bergantung kepada guru besar dan pengetua yang berkualiti tetapi mahukah guru kita ke kawasan luar bandar. Nak?
Tapi jangan pula menulis surat kecil minta ditukar ke tempat lain. Jangan pula datang berjumpa dengan menteri, dengan Saya, jumpa dengan wakil rakyat tempatan. Kalau disuruh berkhidmat demi negara, berkhidmatlah.
.
ReplyDelete(( Take Note )) Anda Tentukan - Rakyat Terengganu Atau Rakyat Selangor Rakyat Terbodoh?..
Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang selesai. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..
Kumpulan ini (Kump. Anak2 Muda Keluar UMNO) adalah merupakan kumpulan yang tak berpijak dibumi yang nyata. Mereka ini menulis tiada fakta sokongan dan seolah-plah tak belajar sejarah.... mungkin tak sekolah langsung agaknya.
ReplyDeleteKalau tak wujud perpaduan dalam BN..... masakan kemerdekaan negara dapat dikekalkan hingga 55 tahun.... inilah jasa2 dan hasil perpaduan BN. Jika BN/Perikatan tak memerdekakan negara mungkin yang beri komen di atas masih pakai cawat dan tinggal di atas pokok lagi.
Janganlah terikut-ikut dengan gerakan pembangkang yang kononnya suatu pakatan tetapi masih haram..... tak tau siapa yang menjadi teras dalam kelompok tersebut. Yang mendakwa perjuangkan agama berada ditahap pencacai..... yang berkuasa penuh dalam pakatan nampaknya yang menolak perjuangan agama.
Kepada penyokong2 pembangkang khususnya yang berbangsa melayu... kembalilah kepangkal jalan.... jangan jadi kitol n raja medaliar... jangan jadi bangsat n penderhaka kepada agama bangsa dan negara.
hakikatnya adalah di Selangor, akibat hendak selesai hutang negeri, hak rakyat diabaikan, pengurusan (sampah) paling teruk tidak dikutip seminggu lebih.. amalan kronisme bertambah buruk walaupun ada SELCAT.. kita berbicara hal yang lebih besar tetapi hal kecil macam sampah pun tidak buleh handle inikan pula nak tadbir negara. Pakatan Rakyat Pembohong Besar...
ReplyDelete