PRU13: Anwar sudah sedia, BN pula bagaimana?
Wednesday, June 15th, 2011 | Posted by dukeofmontecristo
Anwar sudah mula palu “gendang perang” di sini. Katanya, Pakatan Haram kekal fokus dalam misi menawan Putrajaya. Katanya, Jika SPR telus pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, Pakatan Haram sudah tentu menang pada tahun 2008. Dan katanya lagi, sekiranya Pakatan Haram membentuk Kerajaan Pusat, dia akan menurunkan harga minyak dalam masa 24 jam!
Memang hebat kata-kata Anwar jika sekali dengar. Sebagaimana kita tahu, Anwar memang hebat di pentas, dan “hebat” juga di”ranjang”. Pada saya, belum ada lagi pemimpin politik yang mempunyai kehebatan seperti Anwar berpidato. Pidatonya berapi dan penuh dengan mitos, hikayat dan fantasi yang memukau pendengarnya. Apatah lagi dengan janji manis yang ditabur, tak kuat iman, pasti terkulai dalam “dakapan”nya..
Namun pada saya, pidato Anwar itu hanya sekadar bunyi saja yang kuat, tapi isinya “kosong”! Pembangkang memang mahu menawan Putrajaya. Tak payah beritahu pun, kita semua sudah tahu. Namun, meskipun BN dilanda tsunami politik pada 2008 kerana Pak Lah dan “menantu”, BN tetap membentuk Kerajaan walaupun dengan majoriti mudah. Memang memalukan, namun BN tetap menang PRU!
Apatah lagi kini Pak Lah dan “menantu” sudah turun “takhta”. Kini BN mempunyai “Nakhoda” yang cukup berhati-hati, cukup popular dan cukup ampuh. Mampukah Anwar dan angkatan perangnya menafikan majoriti 2/3 BN pada PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi? Saya fikir, Anwar perlu balik kepada realiti politik semasa!
Benarkah SPR tidak telus sebagaimana yang didakwa Anwar? Jika tidak telus, mengapa sebanyak 5 negeri BN tumbang dan berjaya dijajah Pakatan Haram pada tahun 2008? Apakah ini tanda ketidak telusan SPR? Pada saya, sekiranya SPR tidak telus, jangankan 5 negeri, silap-silap, Kelantan pun akan jadi milik BN kembali! Justeru itu, kenyataan Anwar itu jelas tidak benar dan boleh disanggah!
Pada saya, SPR seharusnya menyaman Anwar atas tuduhannya kepada suruhanjaya itu. Anwar harus dibawa kemuka pengadilan kerana menghina, menipu rakyat dan memburuk-burukkan agensi bebas itu tanpa sebarang bukti yang kukuh. Dan pula, sekiranya Anwar yakin dengan dakwaannya itu, sila saman SPR dan usah menyalak macam anjing gila. Seperkara lagi, apakah SPR hanya telus di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, dan kini tidak?
Namun, dari sudut positif, saya ingin bertanya pada jentera BN, apakah mereka juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya? Apakah mereka benar-benar yakin mampu memberikan kemenangan kepada BN sekiranya Parlimen dibubarkan bulan ini? Apakah mereka benar-benar yakin mereka sudah bersedia?
Pada saya, Datuk Seri Najib sememangnya sudah bersedia untuk PRU ke-13. Najib popular di kalangan rakyat dan mendapat sokongan yang kuat. Malah UMNO yang dulunya sangat lemah dibawah Pak Lah dan “menantu”, kini kembali bertenaga, kukuh, gagah dan perkasa di bawah kendalian Najib. Tapi, hanya Najib seorang sajalah…
Yang belum sedia ialah BN. UMNO mungkin sudah gagah kembali. Tapi, bagaimana dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen yang lain? Apakah mereka boleh dikatakan sudah kembali gagah seperti dulu? Mereka mendapat sokongan dari bangsa mereka, kah?
Pada saya, hanya Najib saja yang sudah bersedia. Pemimpin UMNO yang lain hanya menumpang pada kekuatan Najib sahaja. Hanya dia saja yang popular, yang lain tidak. Hanya Najib saja yang bertransfomasi, yang lain kurang. Mereka hanya sebut dan tulis saja perkataan “transformasi”, namun tidak semestinya mereka melakukan perubahan. Saya fikir, Najib perlu teliti perkara tersebut sebelum membubarkan Parlimen. Jangan jadi macam Pak Lah dan “menantu” yang berpuas hati dengan “simple majority”!
MCA perlu buktikan mereka sudah mendapat sokongan dari 75% kaum Cina. Jika tidak, mereka boleh dikategorikan sebagai “gagal”. MCA sebelum ini kuat. Namun setelah MCA dipegang oleh Chua Soi Lek, parti itu bukan bertambah kuat, malah bertambah lemah! Entah “ubat” apa yang Chua Soi Lek beri MCA makan…?
MIC? Entahlah. Katanya, setelah Sammy Vellu letak jawatan, MIC akan bertambah kuat. Kononnya Sammy Vellu yang sudah lama mengetuai MIC sudah bertukar menjadi “liabiliti”. Namun, setelah Palanivel “pegang” MIC, saya lihat parti itu juga kurang “perform”. Mendatar saja grafnya. Apa sudah jadi pada MIC? Takkanlah PPP lagi kuat dari MIC? Saya fikir, Kayveas tidaklah sekuat mana, nak lawan Kamalanathan pun tak lepas rasanya…
Justeru itu, saya fikir, BN perlu bekerja dalam satu pasukan. MCA dan MIC perlu bergerak sama dengan UMNO. Tumpang pada kekuatan yang UMNO miliki jika mahu menang PRU. MCA dan MIC perlu lipat 10 kali ganda usaha mereka sekarang untuk menguatkan kembali parti mereka. Tarik sokongan dari kaum masing-masing. Barulah 1Malaysia..!!!
Anwar dan Pakatan Haram sudah bersedia untuk “berperang”, BN dan kita semua bagaimana?
No comments:
Post a Comment