Modus Operandi CIA~NED Cetuskan Gelombang ‘Kuasa Rakyat’ Di Malaysia
Tuesday, June 28th, 2011 | Posted by AIDC
http://www.anwaraidc.com/?p=13316
AIDCNews – 28/06/11 – Philip Agee atau nama sebenarnya Philip Burnett Franklin Agee, mendedahkan modus operandi CIA (Central Intelligence Agency) ‘menakluk’ sesebuah negara menggunakan topeng demokrasi khususnya semasa pilihanraya umum sesebuah negara tersebut.
“Teknik lama CIA, (dengan) menubuhkan (sesuatu) organisasi (NGO) yang kuat (di kawasan) Pasifik yang akan terlibat dalam memantau pilihanraya atau sesuatu sepertinya.
“Yang pertama yang saya tahu adalah NAMFREL di Filipina, yang ditubuhkan sekitar tahun 1950-1951, sebagai salah satu usaha negara tersebut untuk menentang pemberontakan.
“Sebab kami mahukan instrumen (jentera) untuk menjadikan anggota kami (kader-kader/ proksi) sebagai Presiden Filipina.
“Dan kami melaksanakannya melalui organisasi ini, NAMFREL..NAMFREL mengilhamkan (moto perjuangan) Kuasa Rakyat(People Power),” dedahnya yang pernah terlibat sebagai pegawai operasi CIA mulai tahun 1957 dan meninggalkan agensi perisikan itu pada tahun 1968.
NAMFREL, MAFREL & ANFREL Berpaksikan IRI, NDI & NED
Menurut wikipedia, NAMFREL adalah singkatan kepada The National Citizens’ Movement for Free Elections. Klik di sini
Antara rangkaian-rangkaian yang disenaraikan NAMFREL [klik di sini] adalah ANFREL (Asian Network for Free Elections), NDI (National Democratic Institute) DI (Democracy International, Inc) dan IFES (International Foundation for Electoral Systems).
ANFREL ditubuhkan pada tahun 1997, berpengkalan di Bangkok dengan menjalankan operasi di seluruh rantau Asia meliputi Afghanistan, Bangladesh, Cambodia, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Mongolia, Nepal, Pakistan, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka, Timor Leste dan Thailand.Klik di sini
Mohamad Sabu dan Syed Azman wakil dari PAS mengadakan perbincangan dengan Ambiga Sreenevasan, Pengerusi BERSIH 2.0 dan Maria Chin Abdullah (EMPOWER)
NAMFREL (Filipina) adalah salah satu ahli ANFREL. Di Malaysia, cawangan ANFREL adalah NIEI (National Institute for Electoral Integrity) yang dipengerusikan oleh Yunus Ali, suami kepada Maria Chin Abddullah yang menjadi Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0. Klik di sini
Yunus merupakan bekas aktivis pelajar Universiti Malaysia pada tahun 70-an yang menjadi rakan karib Hishamuddin Rais.
Selepas Yunus meninggal dunia, NIEI dipimpin oleh Amin Iskandar (Black), aktivis reformasi pro Anwar Ibrahim.
Selain NIEI, satu lagi cawangan ANFREL adalah MAFREL ( Malaysians for Free and Fair Elections).
Abd Malek Hussin, aktivis reformasi turut mendedahkan NGO pimpinannya, MAFREL ditaja oleh yayasan dana Amerika Syarikat (AS) iaitu IRI (The International Republican Institute). Klik di sini
MAFREL juga turut mempunyai rangkaian antarabangsa termasuk ANFREL, ARDA (wakil Malaysia adalah Tian Chua), Forum Asia (Cynthia Gabriel, juga merupakan Pengarah Eksekutif SUARAM), TAF -The Asia Foundation (Bangkok) dan lain-lain. Klik di sini dan sini
Sekarang MAFREL dipengerusikan oleh Syed Ibrahim Syed Noh, manakala Abdul Malek Hussin menjadi Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Badan induk kepada NIEI dan MAFREL iaitu ANFREL pula dinaungi oleh yayasan-yayasan dana yang berpengkalan di Amerika Syarikat iaitu NDI (The National Democratic Institute for International Affairs), IRI , The Carter Center dan IDEA (The International Institute for Democracy and Electoral Assistance). Klik di sini
Menurut Phil Agee lagi, kejayaan gerak kerja CIA melalui NAMFREL, diaplikasi pula di Panama yang dinamakan Crusada Civilista Nacional (Civic Crusade).
“Kaedah ini digunakan untuk menentang tentera Noriega dengan melancarkan demonstrasi jalanan…dan mereka membawa perkara ini ke jalanan.
“Jika anda masih ingat muka depan sebuah majalah, di mana mereka mengadakan rusuhan…tetapi Noriega tidak berjaya digulingkan.
“Tetapi kita mencuba segala kaedah di Panama…calon (proksi) CIA yang bertanding dijatuhkan”, katanya.
Phil Agee mendedahkan operasi CIA pada tahun 1980-an yang membantu dan membekalkan senjata kepada Contra di Panama telah terbongkar kepada dunia.
Operasi CIA Diteruskan Melalui NED
Selepas terbongkarnya aktiviti itu, operasi CIA diteruskan dengan menyusup ke dalam organisasi lain yang dinamakan NED (National Endowment for Democracy) yang ditubuhkan pada tahun 1983.
“Wang sering disalurkan kepada NED dan mereka (menaja) penganjuran demonstrasi pelajar, mogok kesatuan sekerja dan rusuhan jalanan besar-besaran”, katanya.
Phil Agee turut menyentuh tentang peranan CIA~NED pada tahun 1990-an.
Menurutnya, sebelum tahun 1990-an, agenda AS akan memerangi komunisme, namun selepas tahun 1990-an, agenda itu diganti dengan agenda menyemai ‘demokrasi’ ke negara-negara luar AS.
“Apa yang berlaku di Bulgaria pada tahun 1990. Bekas Parti Komunis Bulgaria yang menggelar diri mereka sebagai Parti Sosialis Bulgaria dan mereka menang 211 daripada 400 kerusi parlimen pada tahun 1991.
“Anda fikir AS terima keputusan itu ? Semua pemerhati antarabangsa yang berada di situ (Bulgaria), mereka (pemerhati antarabangsa) kata adil dan telus, tiada penipuan sama sekali, tetapi AS tidak menerimanya.
“Jadi CIA digerakkan untuk memainkan peranan di Bulgaria dan berusaha memanipulasi operasi secara rahsia dengan memberi bantuan kewangan di sana sini,” katanya.
Menurutnya selepas penubuhan NED, badan itu pula yang memainkan peranan mengantikan peranan yang pernah dilakukan CIA sebelum ini.
“Mereka sekarang ada kuncu yang dinamakan NED. Operasi NED sebenarnya bermula pada tahun tahun 1967, tetapi tidak disedari umum, kerana badan itu didaftarkan secara rasmi pada tahun 1983.
“Idea siri mencetuskan revolusi terbongkar pada tahun 1967. Tahun 1967 merupakan tahun terburuk CIA. Ketika operasi CIA terbongkar, saya berada di ibu pejabat CIA.
“(Pada tahun itu, 1967), Operasi CIA memanipulasi program antarabangsa atau persatuan pelajar kebangsaan telah terdedah kepada umum. Jadi selepas itu, mereka (putuskan) untuk menggunakan yayasan wujud (NED) dan tidak wujud (CIA) untuk menyalurkan wang kepada organisasi-organisasi tertentu.
Menurutnya, keadaan itu menjadi semakin buruk apabila majalah TIME mendedahkan operasi CIA dengan membuat carta bulatan serta mendedahkan semua rangkaiannya yang dibantu oleh CIA.
“Dante Fascell, Ahli Kongres dari Florida telah mencadangkan supaya diwujudkan sistem terbuka untuk membiayai yayasan-yayasan luar.
“Kita bercakap tentang beberapa organisasi dan parti politik di luar negara, beberapa media, organisasi belia dan organisasi pelajar yang kesemuanya digelar pertubuhan plural organisasi.
“Bagaimana pun pertubuhan itu (plural organisasi) bukan pertubuhan bebas kerana satu tahap mereka ambil duit dan terima arahan dari CIA,” katanya.
CIA Pernah Salurkan Dana Kepada Konrad Adenauer Stiftung
Namun begitu, menurut bekas pegawai CIA itu, idea Ahli Kongres dari Florida tidak dapat dilaksanakan, sehinggalah Presiden AS, Ronald Reagan bercakap berkenaan projek demokrasi secara besar-besaran di seluruh dunia pada tahun 1980.
“Akhirnya mereka putuskan untuk meniru model Jerman. Setiap parti politik besar di Jerman mempunyai yayasan yang dibiayai oleh kerajaan Jerman, misalnya Friedrich Ebert Stiftung.
“Sebenarnya saya mendapat tahu pada tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an, CIA telah menyalurkan wang melalui yayasan Jerman ini untuk membantu organisasi di luar.
“Sebagai contoh jutaan wang telah disalurkan melalui Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang berkait rapat dengan Kesatuan Demokratik Kristian”
Menurutnya lagi selepas NED ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1984, CIA tidak perlu lagi menyalurkan wang kepada yayasan Jerman untuk menjalankan operasi rahsianya, sebaliknya wang itu disalurkan terus kepada NED.
“Semasa pilihanraya Nicaragua pada tahun 1990, saya percaya lebih dari 12.5 million wang NED telah disalurkan melalui parti proksinya, UNO (The National Opposition Union),” katanya.
Phil Agee terkenal dengan bukunya, “Inside the Company: CIA Diary” yang diterbitkan pada tahun 1975. Maklumat yang ditulisnya dalam buku itu mendapat inspirasi kepada penulisan majalah, buletin yang berbentuk penyiasatan.
Pendedahan Agee ini menyebabkan Ahli-ahli Kongres AS telah meluluskan satu undang-undang ‘Intelligence Identities Protection Act of 1982′ yang menghalang mana-mana bekas pegawai risikan CIA mendedahkan rahsia kepada umum.
Menarilknya, walaupun fakta-fakta yang dibongkarkan oleh Phil Agee tidak menyentuh tentang Anwar, namun jika diteliti secara mendalam apa yang diperkatakan oleh bekas pegawai CIA itu selari dengan peranan yang dimainkan oleh Anwar.
Pada tahun 1960-an dan 70-an, Anwar terlibat dalam gerakan pelajar dan belia hingga ke peringkat antarabangsa.
Pada tahun 1982, Anwar menyertai UMNO dan dua tahun kemudian beliau menubuhkan badan pemikirnya yang dikenali sebagai Institut Kajian Dasar yang mendapat tajaan penuh daripada yayasan Jerman, Konrad Adenauer Stiftung (KAS).
Pada tahun 2004, selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, beliau berhijrah ke AS dan terlibat secara aktif dengan yayasan-yayasan demokrasi di AS serta menjadi salah seorang panel pemikir NED.
Apakah semua ini secara kebetulan atau menurut resipi grand design yang disusun sejak dari tahun 1960-an lagi? Klik di sini
No comments:
Post a Comment