Tuesday, April 27, 2010

UMNO KERJA KUAT : TAHNIAH BN - PRK HULU SELANGOR



Adilkah minta tolong BN tetapi undi pembangkang?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm


KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor sekali lagi menampakkan Barisan Nasional (BN) memperolehi undi yang mengecewakan daripada pengundi-pengundi Cina.
Walaupun terdapat sedikit peningkatan berbanding 2008, namun ia tidaklah menyeluruh, sebaliknya menunjukkan bahawa masih terdapat penolakan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ini jelas apabila di peti undi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bahru yang pengundi Cina adalah majoriti (8,146 pengundi), BN tewas. Keputusan paling rendah dalam pilihan raya kecil berkenaan juga datang dari DUN tersebut iaitu bagi peti undi Rasa, apabila BN hanya mendapat 49 undi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) 319 undi.

Sama ada hendak diakui atau tidak, MCA dan Gerakan masih gagal meyakinkan pengundi Cina untuk kembali kepada BN. Keadaan itu berbeza dengan DAP yang dilihat pemimpinnya mendapat sambutan hangat di DUN tersebut.

Pendirian pengundi-pengundi Cina di dalam memilih BN masih lagi berada di tahap yang rendah dan segala-galanya kerana di Hulu Selangor, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal-awal lagi sudah menabur 'racun' di situ.

Antara lain beliau mahu pengundi Cina meminta apa sahaja kepada kerajaan BN tetapi menyebelahi PKR ketika mengundi. Mungkin inilah yang dilakukan oleh pengundi-pengundi Cina di Hulu Selangor.

Walaupun pelbagai tuntutan termasuklah mendirikan sekolah jenis kebangsaan Cina diluluskan oleh kerajaan BN tetapi keseluruhan mereka tidak membalasnya dalam bentuk undi.
Mereka tetap tertarik dan terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang sudah pastinya mengamalkan politik sempit dalam memastikan pengundi Cina tidak menyebelahi BN.
Keadaan itu menunjukkan apa yang dikatakan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa 50 peratus pengundi Cina akan menyebelahi BN tidak menjadi kenyataan, sebaliknya dakwaan pembangkang bahawa mereka menguasai 75 peratus undi kelompok tersebut adalah benar.

Oleh itu timbul persoalan, apakah selepas ini dalam kempen-kempen pilihan raya, BN perlu memberi tumpuan kepada pengundi Cina dan memenuhi apa sahaja tuntutan mereka tetapi tidak mendapat apa-apa undi?

BN perlu faham bahawa parti itu bernasib baik kerana pengundi Melayu dan India memberikan sokongan padu kepadanya. Jika peningkatan sokongan tidak berlaku di kalangan kedua-dua masyarakat berkenaan, sudah pasti BN akan kecundang di Hulu Selangor.

Adalah sesuatu yang malang, apabila dalam keadaan kerajaan berusaha bersungguh-sungguh membela nasib rakyat melalui gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, pengundi Cina masih belum mahu menyebelahi BN. Mereka masih dilihat mahu mengekalkan sokongan kepada parti-parti pembangkang yang mereka tahu tidak mampu melakukan apa-apa untuk kehidupan mereka.

Pada 2008, kita akui mereka berhak menolak BN kerana pelbagai kemelut yang berlaku ketika itu. Tetapi sekarang kepimpinan negara berada di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri sendiri sudah menunjukkan komitmennya untuk memastikan semua rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.

Majoriti pengundi Cina di Hulu Selangor bukannya tidak tahu perkara ini, tetapi mereka masih mahu kekal bersama-sama pembangkang.

Justeru sudah tiba masanya BN menukar strateginya dengan memastikan segala peruntukan dan bantuan hanya diberikan kepada peti undi-peti undi yang pengundi Cina benar-benar menyokong BN.

Kepada kawasan-kawasan yang peti undi dilihat ketara menyokong pembangkang, biarlah mereka meminta bantuan dan peruntukan daripada pakatan berkenaan terutamanya di Selangor.

Mungkin keadaan ini kelihatan tidak adil tetapi bagaimana dengan sikap mereka yang hanya tahu meminta itu dan ini tetapi bila mengundi masih mahu menyebelahi pembangkang? Adakah itu adil kepada BN?

2 comments:

  1. Mereka mahu lebih dari itu, mereka mengharapkan agar PKR-PAS berkuasa bagi menunaikan janji-janji untuk menghapuskan hak-hak dan kuasa Melayu, mereka mahu berkuasa walaupun meletakkan boneka Melayu sebagai penutup mata..........

    ReplyDelete
  2. Salam.Apa yg saya lihat sekarang kurangnya sokongan rakyat kepada UMNO adalah
    1) Pemimpin UMNO tidak membela nasib melayu seperti termaktub di dalam perlembagaan UMNO
    2) Pemimpin pemimpin UMNO kelihatan di mata rakyat sebagai perompak.Kerana mereka inilah yg merompak hak hak rakyat.sebagai contohnya lihatlah di sekeliling kita bagaimana YB YB UMNO yg baru setahun dua menjadi YB dah ada segalanya besar besar.
    3) Pemimpin pemimpin UMNO hanyat tau bercakap sajaha tetapi tidak tau buat kerja mcm tong kosong lah lebih kurang.
    Dan byk lagi sebab sebab yg dah malas saya nak tulis.Apa yg penting sekarang UMNO mestilah meletakkan calon yg berkarisma yg bekerja utk rakyat bukan utk perut mereka sendiri sahaja. barulah rakyat akan kembali semula ke pangkuan UMNO yg kita sayangi ini.

    ReplyDelete

KUALA LIPIS BERSEJARAH