Tuesday, April 13, 2010

PERKARA 3(1) : ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN


Memelihara Islam termaktub dalam Perlembagaan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0413&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm


MENGHAYATI dan mengimani ayat Allah di atas, adalah amat penting bagi umat Islam menjaga akidah mereka daripada sebarang cubaan memesong atau menyeleweng.
Sebabnya, Allah telah menegaskan bahawa mereka yang memilih agama selain Islam adalah termasuk di kalangan orang yang rugi di akhirat kelak.

Justeru, kehidupan di muka bumi yang sementara ini adalah untuk kita berusaha mencari keredaan Allah agar di akhirat kelak kita diberi ganjaran syurga.

Antara yang perlu dipertahankan oleh kita adalah penggunaan kalimah Allah. Bagi umat Islam, kalimah Allah adalah asas pegangan akidah. Sebarang bentuk penyelewengan atau penyalahgunaan nama Allah yang Maha Suci boleh membawa kepada kesyirikan.

Berkompromi dengan penyalahgunaan nama Allah bererti berkompromi atau 'merelakan' kekufuran. Justeru, adalah menjadi kewajipan kita mempertahankan penggunaan kalimah Allah ini sebagai hak eksklusif orang Islam.

Lebih-lebih lagi, tindakan itu adalah sebagaimana yang wajib kita lakukan dalam mempertahankan matlamat syariah atau maqasid syariah di mana mempertahankan agama adalah kedudukan paling utama diikuti nyawa, akal, keturunan dan harta.

Kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan atau Agama Negara sudah termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan negara.

Gerakan 'mensekularkan' Negara adalah akibat kegagalan memberi penghayatan kepada Perkara di atas yang memartabatkan Islam sebagai agama negara.

Demikian dijelaskan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Mahamad Naser Disa, Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah) Jabatan Peguam Negara.

Beliau menyatakan demikian dalam kertas kerja bertajuk 'Isu-isu Kesalahan Jenayah Syariah' pada program Wacana Isu-isu Semasa anjuran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Turut membentangkan kertas kerja ialah pensyarah CITU, Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dan Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin.

Wacana setengah hari itu dihadiri oleh lebih 100 peserta terdiri daripada ahli akademik dan pelajar.

Naser menegaskan, prinsip kesamarataan agama tidak wujud dalam Malaysia kerana Islam adalah agama Negara walaupun hak mengamalkan agama lain dibenarkan oleh Perlembagaan.
Namun, hak tersebut tidaklah sampai boleh menjejas atau mengganggu agama Islam.

Katanya, memperkukuhkan kedaulatan Islam sebagai agama bagi Persekutuan (agama Negara) perlu ditegakkan.

"Sebabnya, ia kewajipan itu termaktub dalam Sumpah Yang di-Pertuan Agong dalam Jadual Keempat Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan yang menggunakan lafaz wallahi, wabillahi dan watallahi," katanya.

Naser memberitahu, menurut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, menteri menjalankan tugas eksekutif atas nama Yang di-Pertuan Agong kerana kuasa eksekutif Negara yang terletak pada Tuanku yang boleh dilaksanakan oleh menteri.

Katanya, walaupun Tuanku menjalankan tugas berdasarkan nasihat menteri, namun menteri masih terikat dengan sumpah Tuanku untuk memelihara Islam pada semua masa.

"Rata-rata bahkan pemimpin politik sering merendahkan martabat Agama Negara ini kepada agama rasmi.

"Seolah-olah Islam hanyalah untuk upacara rasmi sahaja. Sedangkan jika diteliti kepada sumpah Tuanku, ternyata agama Islam adalah wajib dipelihara pada semua masa," jelas beliau.

Pada masa yang sama, kata Naser, masyarakat perlu menghormati kedaulatan undang-undang sekatan dan kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam yang sedang berkuat kuasa di 10 negeri.

Berdasarkan undang-undang tersebut, bukan hanya kalimah Allah yang dilarang penggunaannya oleh agama lain, apa-apa perkataan yang berasal daripada ajaran Islam pun turut dilarang.

Sebagai tambahan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.

"Oleh itu, sebarang keputusan kerajaan tidak boleh bercanggah dengan undang-undang berkuat kuasa termasuk Undang-undang negeri," katanya.

Sementara itu, Zamihan dalam kertas kerjanya 'Penyelewengan Tauhid dan Kalimah Allah' mempelawa golongan yang 'amat berhajat' menggunakan kalimah Allah supaya memeluk Islam.
"Soalnya, berbaloikah mereka mengorbankan kepercayaan mereka berbanding tuntutan penggunaan kalimah Allah ini," tegas beliau.

Mengenai ayat 68 hingga 87 dalam surah az-Zukhruf dan ayat 63 dari surah al-Ankabut yang dihujahkan sebagai membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, Zamihan berkata, hal itu tidak benar.

Kata beliau, ayat-ayat tersebut adalah uslub mujadalah iaitu gaya bahasa perbantahan antara Nabi SAW dengan golongan musyrikin tentang akidah tauhid.

"Penggunaan kalimah Allah dalam ayat itu adalah gaya bahasa mengejek bukannya sebagai mana bertepatan dengan konsep ketauhidan sebenar yang meng-Esakan Allah," katanya.
Sementara itu, Mohamed Azam pada sesi soal jawab selepas pembentangan kertas kerja bertajuk 'Krisis Murtad dan Isu Terkini' berkata, tidak semua yang diamalkan di negara asing boleh diterima pakai di Malaysia.

Contohnya, di Malaysia, televisyen tidak boleh menyiarkan ajaran agama lain selain Islam sebagai mana yang dilakukan di Indonesia.

"Sebabnya, Perlembagaan Negara tidak membenarkan perkara sedemikian," jelas beliau.

3 comments:

  1. Salam Perjuangan,

    Kami dari Unit Media Wangsa Maju ingin menjemput anda untuk melayari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com.

    Pelbagai isu politik semasa dapat anda lihat melalui blog kami terutamanya dalam menghadapi PRK Hulu Selangor.

    Kami juga telah link blog anda dalam senarai blog pilihan kami.

    Kami juga mengalu-alukan kehadiran anda menyertai salah seorang follower kami.

    Di harap kita dapat bekerjasama di masa akan datang dalam pengendalian blog hebat seperti blog anda.

    AMAT
    Crew Unit Media Wangsa Maju

    ReplyDelete
  2. .
    Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
    kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
    Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
    [1] http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
    [2] http://sites.google.com/site/n25kajang/1
    .

    ReplyDelete
  3. .
    Ahli UMNO merasa kecewa dan sedih sekali,
    kerana UMNO gagal mewakili Barisan Nasional.....
    Oleh itu agaknya siapa yang akan menang besar di HULU SELANGOR ?
    [1] http://www.facebook.com/album.php?aid=20589&id=1788786723
    [2] http://sites.google.com/site/n25kajang/1
    .

    ReplyDelete

KUALA LIPIS BERSEJARAH