GUGUR TUNTUTAN PENGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ LANGKAH BIJAK
DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Isnin, 11 Januari 2010
Oleh: Kawan Lama
http://sahabatmantap.wordpress.com/2010/01/11/kalimah-allah-dalam-buletin-tapi-tak-dalam-bible/
Isu penggunaan Kalimah “ALLAH’ oleh Gereja Katholik dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly perlu dilihat sebagai sesuatu yang pastinya memberikan kesan kurang elok dalam keharmonian kaum dan agama di negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Ia mencabar dan suatu penghinaan kepada penganut agama Islam. Memandangkan ini merupakan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan politik Melayu seperti UMNO dan sebahagian kecil daripada PAS telah membuat bantahan dan laporan polis di serata pelusuk negeri.Melihat kepada perkembangan semasa yang kian membimbangkan, penulis bersependapat dengan Presiden Majlis Jaksa Pendamai, Datuk Clarence Bongkos Matakun agar pihak Akhbar Herald The catholic Weekly Sabah mengugurkan tuntutan yerhadap penggunaan Klaimah “ALLAH” dalam terbitan mereka.
Permohonan demi permohonan bagi meluluskan pengunaan Kalimah ”ALLAH” oleh gereja katholik ini telah ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri pada setiap permohonan mereka dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati pihak gereja yang dalam misi untuk membuat gerakan dakwah mereka. Lantaran itu, mereka mengambil langkah terakhir iaitu melalui proses undang-undang. Mereka telah mencabar keputusan yang dibuat oleh KDN dan memohon kepada mahkamah. Pada 31 Disember 09 lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan telah memberikan kebenaran penggunaan Kalimah “ALLAH” dalam penerbitan mereka.
Penulis tidak berniat untuk mempertikaikan keputusan mahkamah. Namun atas dasar apakah yang dibuat sehinggakan kelulusan tersebut diberikan? Seandainya keputusan itu berdasarkan kepada faktor bahawa Kalimah “ALLAH’ telah lama atau pernah digunakan dalam kitab suci penganut Kristian (Bible) terdahulu, maka persoalannya, ‘telah lama’ dan ‘pernah’ adalah sesuatu yang tidak digunapakai lagi sekarang ini.. Alasan inilah jugalah yang kerap penulis lihat yang dinyatakan oleh pemberi komen terhadap artikel-artikel blog yang mempertikaikan tindakan gereja tersebut dan keputusan mahkamah.
Catatan dalam blog IPOHMALAY bertajuk “Surat Terbuka Kepada Penganut Kristian oleh Nabzrol”, pengkajian beliau selama lebih 10 tahun mengenai ajaran Kristian, beliau mendapati bahwa berlaku percanggahan di antara puak Protestant dengan Katholik mengenai kandungan Bible. Pada tahun 1560, puak Protestant telah melarang penggunaan kitab Bible edisi Geneva pengikut Katholik. Pada tahun 1611 mereka semua menerima pakai edisi King James. Pada waktu ini hanya terdapat empat (4) kalimat “Alah” dalam edisi King James. Namun pada tahun 1769, kesemua cabangan agama Kristian telah bersetuju mengeluarkan perkataan tersebut daripada Bible King James. Sehingga ke hari ini, tiada satu perkataan “ALLAH” mahupun “Alah” dalam kitab suci penganut agama Kristian. 240 tahun lamanya mereka telah menolaknya. Justeru itu, penulis tertanya-tanya, apakah rasionalnya tuntutan Paderi Murphy Pakiam bagi penggunaan kalimah “ALLAH” dalam bulletin Herald The Catholic Weekly sedangkan mereka sendiri telah menolak penggunaannya sejak tahun 1769 lagi? Tambahan pula, penulis percaya bahawa beliau amat jelas mengenai penolakkan penggunaan kalimat ‘ALLAH’ atau ‘Alah’ dalam bible.
Selain itu, penulis juga ingin kita sama-sama merujuk kembali kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dengan jelas memperuntukkan artikel berhubung dengan agama. Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Perkara 3 (i) Islam adalah agama Persekutan Tanah Melayu dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Menghormati Islam sebagai agama Persekutuan adalah tuntutan yang terkandung dan dipertahankan dalam Perlembagaan negara. Sebagai menghormati kepada agama selain Islam penganutnya bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing TAPI dengan ‘Aman dan Damai’. Namun apa yang dikesali, disebabkan oleh ingin menggunakan perkataan “ALLAH” dalam buletin Herald The Catholic Weekly, sensitiviti terhadap orang Islam/ penganut agama Persekutan Tanah Melayu tidak dijaga. Ketegangan berlaku kerana ‘kedegilan dan kedangkalan’ sesetengah pihak yang ingin ‘menangguk di air yang keroh’. Kini apa yang cuba dibuat oleh Paderi Murphy Pakiam telah menimbulkan suasana yang tidak aman dan damai.
Bermula dengan peperangan dan pertempuran di laman-lalan blog, kemudian diikuti dengan demonstrasi di jalanraya/pejabat wakil rakyat dan terbaru insiden serangan di beberapa buah gereja di ibukota menuntut campurtangan DYMM Yang Di Pertuan Agong. Tambah parah, ahli-ahli politik pembangkang khususnya DAP dan PKR telah mengambil kesempatan ini untuk mempolitikkan isu ini demi kelabaan politik mereka sendiri. DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ secara terang-terangan tanpa rasa segan dan silu menyokong keputusan mahkamah Jelas bahawa dalam mereka asyik berkempen dan menabur fitnah di jalanan dan laman blog mereka, perihal perkauman dan hak kebebasan beragama serta menuntut hak sama seperti agama Islam. Sedangkan mereka sendiri mengetahui dan faham bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan agama Islam amat istimewa kerana ia merupakan agama Persekutuan Tanah Melayu. Hak telah diberikan kepada agama lain adalah mereka bebas menganut, mengamal dan membantu melalui peruntukkan sendiri. Jangan cuba nak menuding jari kepada UMNO/BN yang jelas mengamalkan konsep perpaduan kaum dan menghormati agama lain seperti termaktub dalam Perlembagaan negara.
Hal sebegini tidak akan timbul sekiranya pihak Gereja Katholik sabah tersebut mengikuti arahan dan larangan oleh pihak Kementerian Dalam negeri. Namun atas alasan hak dan keadlian agama dan misi pendakwahan mereka, maka hal ini telah di bawa ke mahkamah. Kelulusan yang diberikan pihak mahkamah mungkin bersebabkan factor tiada kes seumpama ini berlaku untuk dijadikan rujukan. Atau tiada sebarang peruntukkan jelas dari aspek perundangan. Walau apa pun, kini keegooan pihak Paderi Murphy Pakiam ini telah secara langsung memperlihatkan bahawa mereka ‘akan dibela’ oleh pihak-pihak yang berkepentingan yang kononnya berjuang atas adil dan sama rata seperti DAP dan Anwar Ibrahim.
Masalah sosial yang meruncing dilihat sebagai sebagai faktor penyumbang kepada wujudnya sub
budaya dan ajaran-ajaran baru dalam mencari pengganti kepada agama Kristian itu sendiri oleh penganut. Melihat Islam dan cara hidup yang sedrhana yang diamalkan, maka Islam menjadi agama pilihan mereka. Ramai di kalangan mereka yang beragama Kristian di barat seperti di Jerman, Perancis, England dan negara-negara Eropah telah mula menerima dan menganut agama Islam. Melihat kepada perkembangan tersebut, mereka telah mula mensasarkan Asia kerana mereka sendiri sedar melalui fakta sejarah bahawa masyarakat Asia adalah mereka yang amat taat kepada agama dan adat budaya.
Penulis percaya proses pendakwahan ajaran Kristian kepada penganut Islam telah lama dilaksanakan, Pada tahun-tahun lewat 70-an atau sekitar awal tahun 80-an, telah muncul persatuan Pemuda-Pemudi Melayu Kristian di Singapura yang juga membabitkan sedikit ahlinya di kalangan orang Melayu di Johor dan Kuala Lumpur. Kes murtad di kalangan masyarakat Melayu/Islam di Malaysia semakin serius. Antara contoh jelas adalah kes Lina Joy yang mendapat pembelaan dan dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Memandangkan masalah murtad dikalangan orang melayu terjadi walaupun tanpa sebarang perkataan ALLAH dalam Bible mereka, apatah lagi sekiranya perkataan ALLAH digunakan. Kekeliruan pasti berlaku dan antara yang kerap kita dengar pada hari ini adalah ‘Tuhan kita semuanya satu’, ‘Islam dan Kristian hampir sama aje’.
Akhirnya penulis mengajak kita semua berfikir secara tenang dan rasional, Janganlah mengambil tindakan yang akan menambah-burukkan lagi suasana. Pembentangan YAB Dato’ Seri Najib, PM kita kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telahpun diperkenan. Pihak mahkamah, KDN dan pihak gereja dahpun bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan keputusan mahkamah. Bagi yang sedar bahawa mereka sayangkan perpaduan, kerharmonian dan kerjasama kaum, hormatilah keputusan ini.
Rujuk juga untuk lebih lanjut:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Ini semua taktik kristian nak mengelirukan umat Islam di Malaysia.Mubaligh telah lama masuk ke
ReplyDeletekampung orang asli.Dirikan gerja.Bagi macam -macam kat orang asli.Apa yang Jabatan Agama Islam lakukan.Biarkan saja.