UMNO dinamik dan tetap relevan
Ku Seman Ku Hussain
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
APABILA
Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun kecundang dalam pilihan raya umum 2009,
ada pihak cuba menyamakan LDP dengan UMNO. Ini kerana LDP menerajui Jepun sejak
1955 hingga 2009 walaupun pernah tewas selama 11 bulan pada tahun 1993. UMNO
pula ditubuhkan tahun 1946 dan terus berkuasa hingga kini.
LDP
bertanggungjawab mengubah Jepun daripada padang jarak padang tekukur akibat bom
atom di Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua. Tetapi pada 2009 LDP
ditolak oleh rakyat dan memilih parti pembangkang, Parti Demokratik. Ada pihak
cuba menyamakan Parti Demokrat itu dengan pembangkang di negara ini.
Sebenarnya
menyamakan UMNO dengan LDP adalah sudut pandangan yang dangkal. Ini satu
provokasi murahan tanpa bertolak dari hujah matang. Seolah-olah apabila
sesebuah parti itu melepasi usia setengah abad ia mesti digantikan dengan parti
lain. Hujah ini tidak boleh dipakai sama sekali.
LDP
menerima nasib malang kerana faktor-faktor yang tidak sama dengan masalah UMNO
yang terjejas dalam Pilihan Raya Umum 12 tahun 2008. Salah satunya LDP tidak
mendengar suara rakyat meminta perubahan. LDP menjadi begitu elit dan angkuh
apabila memegang gergasi-gergasi korporat sebagai peti wangnya.
Tetapi
UMNO sentiasa berubah dan menerima kritikan. Buktinya Presiden UMNO yang juga
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pernah secara terbuka
meminta maaf kepada rakyat dan berjanji akan membuat perubahan. Mengakui
kesilapan adalah satu kekuatan dan itu tidak ada pada LDP.
Jumaat
lalu genaplah usia UMNO 66 tahun. Sambutan ulang tahun itu dibuat dalam suasana
meriah dan bersemangat. Dianggarkan lebih 100,000 ahli UMNO telah
“memerah-putihkan" Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kemeriahan bukanlah
penanda aras kekuatan UMNO. Tetapi ulang tahun UMNO kali ini mempunyai
signifikan besar kerana PRU 13 dijangka diadakan tahun ini. Walaupun begitu
perhimpunan lebih 100,000 orang itu sebenarnya adalah isyarat UMNO bersedia
untuk menghadapi PRU 13.
PRU
ini penting kerana menjadi tumpuan untuk melihat pencapaian yang dibuat UMNO
selepas menerima isyarat rakyat dalam PRU 12.
Kalau
diteliti, perubahan yang dibuat UMNO sangat ketara berbanding sebelum 2008.
Perubahan ini bukan sahaja secara fizikal malah semangat dan iltizam untuk
kembali kepada teras memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dalam konteks
negara pelbagai kaum tanpa menafikan hak kaum lain.
Kerana
itu UMNO mesti berjaya dalam PRU 13 untuk terus membangunkan negara. Walaupun
teori politik menegaskan pilihan raya dengan membangunkan negara adalah dua
perkara berbeza. Tetapi bagi UMNO, parti ini telah berjaya dalam kedua-duanya.
Adalah suatu yang sangat malang sekiranya rakyat memilih parti yang hanya mahu
berjaya dalam pilihan raya.
Dinamisme
Apabila
menginjak usia 66 tahun, ada pula mempersoalkan apakah UMNO masih relevan?
Tetapi hakikatnya relevan atau tidak sesebuah parti kepada rakyat dan negara
tidak disukat pada usia. Sebuah parti yang dinamik akan terus relevan dengan
sosiopolitik semasa biar berapa puluh tahun usianya.
Dinamisme
adalah faktor sangat penting untuk UMNO meneruskan kelangsungan. Ciri-ciri
dinamiklah yang meletakkan perjuangan parti pada landasan betul dan tepat
kepada sasaran. UMNO berada pada kedudukan ini. Buktinya selepas melepasi satu
demi satu pilihan raya umum, UMNO terus relevan dengan zaman. Walaupun
perpecahan UMNO dikatakan berlaku pada 1999 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar
Ibrahim tetapi UMNO terus diberi keyakinan untuk berkuasa.
Kita
kena terima hakikat bahawa perjuangan UMNO semasa ditubuhkan pada 1946 dulu
pada era Dato’ Onn jauh berbeza dengan UMNO pada era Najib. Sosiopolitik
berubah dan laras perjuangan UMNO juga turut berubah, dari memperjuangkan
kemerdekaan beralih kepada mempertingkatkan ekonomi orang Melayu dan kini
memperkukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum.
Sesebuah
parti politik tidak menjadi kuat dan relevan hanya dengan sejarah yang panjang.
Dalam konteks UMNO, sejarah tidak begitu menyumbang. Sejarah memang penting
kerana ia adalah cermin menoleh masa silam dan juga obor menyuluh masa depan.
Tetapi hakikat penanda aras UMNO adalah pencapaian semasanya.
UMNO
yang terus mempertahankan keutuhan hingga kini bukanlah menumpang sejarahnya
yang besar. Sebaliknya UMNO terus mencipta sejarah. Misalnya UMNO pada era Tun
Dr. Mahathir mencipta sejarah kebangkitan dan menjadi rujukan. Ibu bukan kerana
hampir separuh dari usia UMNO berada pada era kepimpinan Dr. Mahathir tetapi
UMNO menonjol dalam perikatan Barisan Nasional (BN). Dr. Mahathir juga berjaya
mengekalkan taraf de fecto UMNO dalam BN dan kerajaan. Tidak timbul soal UMNO
mahu mengatasi MCA atau MIC.
Walaupun
UMNO tidak akan menerima nasib seperti LDP, tetapi dalam beberapa perkara UMNO
perlu mengambil iktibar daripadanya. LDP tersingkir kerana ia terlalu berkuasa.
Apabila terlalu berkuasa, ia boleh menukarkan parti bersifat rakyat kepada
elit. Kerana elit dan kuasa ekonomi yang dipegang itulah LDP tidak menghiraukan
rakyat yang tertekan dengan krisis ekonomi.
Tetapi
pendekatan UMNO yang realistik dengan perubahan masa mendekati generasi muda
sangat menyakinkan UMNO tidak akan menjejaki nasib malang LDP. Perubahan
sosiopolitik dalam masyarakat khususnya peningkatan penembusan maklumat perlu
diambilkira oleh UMNO untuk terus kukuh. Pembudayaan politik kalangan generasi
hari ini jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Pada
era perang maklumat dengan wujudnya teknologi maklumat terkini, generasi Y
sekarang ini terdedah kepada terlalu banyak maklumat, tidak kira sahih atau
palsu. Pembudayaan politik generasi Y dibentuk oleh maklumat yang berada di
hujung jari mereka. Mereka berada dalam komuniti maya yang sangat besar
pengaruhnya. Sudah tentu keterlibatan mereka tidak boleh diketepikan atau
diperkecilkan.
Inilah
cara terbaik meremajakan UMNO. Maknanya UMNO mesti menawan generasi muda dan
propaganda parti juga perlu menepati jiwa dan alam pemikiran mereka yang
diluaskan oleh perang maklumat. Mereka berfikiran kritis dan UMNO juga mesti
kreatif untuk terus berjaya.
Seperkara
lagi yang mesti diberi keutamaan ialah rasuah. Ini kerana adalah barah paling
bahaya kepada parti politik yang berada di tampuk kuasa. Rasuah datang bersama
kuasa. Kesungguhan UMNO memerangi rasuah sangat ketara. Tindakan tegas yang
dikenakan kepada perasuah politik adalah bukti jelas parti ini memerangi
rasuah, sama ada dalam parti mahupun kerajaan. Ketegasan ini menuntut
kelangsungan dan pesalah rasuah tidak boleh dilibatkan dengan apa sahaja yang
ada kaitan dengan UMNO dan kerajaan. Sebabnya kerajaan pada persepsi rakyat
adalah UMNO dan UMNO itu kerajaan.
JAKIM Bersama UMNO - Gandingan Mantap MEDIA PRIMA dan UTUSAN PORNO membuahkan hasil. Lihat sendiri BUKTI 'Transformasi Besar Kpd Generasi Muda' telah berjaya!
ReplyDeleteUsaha Berkesan TV3
1~BUKTI 1 * (HOT)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
Usaha Berkesan Utusan Malaysia
1~BUKTI 1
2~BUKTI 2
3~BUKTI 3
Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155