Sunday, March 11, 2012

PRU 13 : ANDA CALON ATAU GUNTING???

Jangan jadi 'gunting dalam lipatan'

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


KUALA LUMPUR 8 Mac - "Jangan jadi seperti 'gunting dalam lipatan' yang akhirnya akan merosakkan parti."

Itu prasyarat utama yang ditegaskan oleh veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO jika mahu melihat parti yang sekian lama menunjangi negara itu kekal relevan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak dalam parti perlu bersatu dan memberikan kerjasama baik selain mengetepikan perlakuan khianat antara satu sama lain.

''Jangan buat banyak kerenah dan khianat dalam parti. Kalau buat perangai buruk, kita tidak akan berjaya. Apa yang penting, mereka mesti bersatu.”

''Bagi saya, BN masih relevan dan mampu mengembalikan kepercayaan rakyat walaupun ada banyak rintangan. Tetapi rakyat kini sudah faham. Namun apa yang dikesali, terlalu banyak yang mahu menjadi pengacau.

''Pengacau ini, apa sahaja yang elok dikatakan buruk dan yang buat bagus pun tidak dihargai. Justeru, kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bekerja kuat untuk rakyat,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menegaskan, BN mempunyai kelebihan berbanding pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Aishah berkata, rakyat khususnya golongan muda juga perlu berfikiran rasional dalam menilai segala nikmat pembangunan yang diusahakan BN sejak sekian lama.

''Lihatlah secara nyata. Jangan terbawa-bawa dengan hasutan. Kalau ada yang cuba-cuba mahu tukar kerajaan, itu tidak perlu. Negara ini sudah cukup cantik. Kadang-kadang kita mudah terpengaruh.

''Jangan dikorbankan apa yang baik ini dengan kehendak rasa yang adakalanya tidak betul. Ingat sejarah dahulu. Dahulu kita suka Jepun datang. Kita rasakan kalau Jepun 'jajah' negara, segalanya akan baik. Tetapi sebaliknya, kita cukup sengsara. Tidak perlulah lagi kesengsaraan ini berulang semata-mata kita mahu tukar kerajaan,'' katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, untuk terus mendapat kepercayaan rakyat, BN dan khususnya UMNO perlu lebih komited dan memperkemaskan isu dalaman parti.

''Saya ada terdengar segelintir pihak yang berkonflik dan masalah perebutan siapa mahu menjadi calon. Dahulu pun ada terjadi. Kita minta kesedaran baru semua pihak dalam BN supaya melupakan semua ini.”

''Apa pun yang Perdana Menteri selaku Presiden parti buat untuk rakyat, ia tidak akan berguna jika masalah dalaman BN tidak diselesaikan,'' tegasnya.

Katanya, dengan banyak masalah yang membelenggu pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia seharusnya menjadi kekuatan BN untuk menonjolkan kekuatan.

''Kita mahu melihat pilihan raya umum akan datang menjadi kebangkitan UMNO dan BN. Lebih kuat berbanding sebelum ini. Letakkan kepentingan untuk menang sebagai keutamaan daripada kepentingan 'berlumba-lumba' mahu menjadi calon,'' tambahnya.

mugshot - Aishah, Rahim Thamby Chik

1 comment:

  1. Be end umo dah lebih 50 tahun,PR baru 12 tahun tapi mampu bersaing.Gunting dalam lipatan dan Pengacau sentiasa wujud bila2 masa mcm kes "handbeg""cincin""pinjaman duit tekun pada jutawan""pergi shopping""belanjawan RM200 juta utk permata" dan mcm2 lagi la.Terbaru perihal belanja pertunangan anaknya,kalau lalai ketika itu mengunakan wang rakyat habis la.

    ReplyDelete

KUALA LIPIS BERSEJARAH