Pembubaran
Parlimen Bila-bila Masa.. BN Menang 2/3…
Tidak
dapat tidak, pengakuan terbuka PAS dan Nik Aziz yang mengakui betapa pentingnya
kerjasama PAS-DAP untuk membolehkan PAS beroleh kuasa akan menyebabkan berlaku
penyusutan sokongan orang Melayu dan Islam terhadap PAS.
1.
Penyusutan paling ketara akan berlaku dalam kategori pengundi atas pagar yang
akan membuat keputusan pada saat-saat akhir atau di atas faktor-faktor
perkembangan mutakhir yang berlaku.
2.
Penyusutan kadar sokongan juga akan berlaku di kalangan penyokong PAS dalam
kategori “lurus bendul”, iaitu yang benar-benar bersangka baik dan menyokong
perjuangan PAS selama ini disebabkan nama Islam yang dijunjung oleh PAS.
3.
Penyusutan sokongan juga turut berlaku di kalangan pemimpin dan penyokong PAS
yang tegar dengan pegangan dan prinsip asal perjuangan asal PAS yang konsisten
dalam memperjuangkan Islam.
Kategori
ke 3 ini telah pun berlaku, dan gelombang pertama ianya terjadi ialah pada saat
Dr Hassan Ali dipecat oleh kepimpinan PAS. Gelombang ke-2 sedang tercipta dan
terus berlaku adalah kesan dari perbezaan prinsip yang wujud di antara
Ust.Nasha dan kepimpinan tertinggi PAS.
Jelas,
dalam isu ini, Ust.Nasha lebih jelas dan konsisten terhadap pegangan prinsip
perjuangannya berbanding dengan lain-lain pemimpin PAS.
Kategori
ke-2, iaitu penyokong “lurus bendul” juga cukup ramai di dalam PAS. Mereka ini
adalah terdiri dari umat Islam Melayu yang ideal perjuangan Islamnya. Mereka
membayangkan Islam ini suci dan praktikal untuk dilaksanakan secara berkesan
melalui sistem politik dan pemerintahan.
Mereka
berkeyakinan usaha merealisasikan proses Islamisasi di Malaysia ini hanya boleh
terlaksana melalui PAS.
Kategori
pertama, iaitu pengundi atas pagar adalah paling ramai. Golongan ini sangat
terkesan dengan situasi semasa yang berlaku. Mereka adalah pengundi yang tidak
berparti. Mereka hanya menjadi pengundi dan undian atau pilihan yang dilakukan
oleh golongan ini adalah bersandarkan apa yang terjadi dan dilihat berlaku pada
permukaan saja.
Suasana
semasa yang dicetuskan oleh para pemimpin tertinggi PAS, berupaya membogelkan
“niat tersembunyi PAS” selama ini, iaitu PAS pada hakikatnya tiada beza dengan
UMNO. PAS hanyalah sebuah parti politik yang bermatlamatkan kepada kemenangan
merebut kuasa pemerintahan melalui pilihan raya.
Golongan
atas pagar ini adalah golongan yang paling sensitif dalam soal masa depan
Agama, bangsa dan negara, walaupun mereka tidak terlibat dengan politik.
Golongan inilah yang tidak mahu “pening kepala” atau berdebat dan bergaduh
kerana politik.
Golongan
ini sangat survival pemikirannya. Apa yang mereka mahu hanyalah “kesenangan dan
keselesaan hidup tanpa ada hiruk pikuk tak tentu hala sepanjang masa”. Golongan
ini tidak suka orang berlebih-lebihan berpolitik, baik orang itu orang UMNO,
mahupun orang pakatan. Mereka adalah golongan yang cepat fed-up melihat telatah
para ahli politik yang tidak habis-habis berpolitik seolah-olah tanpa politik
dunia akan kiamat.
Jika
kategori 1 ini mewakili 30% dari keseluruhan pengundi, dalam senario yang
berlaku mutakhir ini, majoriti kalangan mereka ini semakin jelas akan berpihak
kepada ‘incumbent’, iaitu BN. Mungkin sebahagian besar kalangan ini adalah
pengundi pakatan dalam PRU12 yang lalu disebabkan terlalu fed-up dengan
kepimpinan lembik Pak Lah.
Kategori
atas pagar yang selama ini memenangkan BN telah beralih kepada pakatan pada
PRU12 kerana faktor suasana semasa kepimpinan negara ketika itu yang sangat
memualkan. Maka mereka bertindak menyeberang dan beralih rasa mengundi
pembangkang.
Tanpa
swing votes dari pengundi atas pagar ini, BN tidak mungkin akan hilang
majoriti 2/3 keran merekalah selama ini yang menyumbang kepada kemenangan 2/3
BN pada setiap kali PRU.
BN
hanya memerlukan 7% ‘swing votes’ dari “mengundi pakatan kepada mengundi semula
BN” untuk membolehkan BN memerintah dengan majoriti 2/3.
Angka
ini sudah terlalu hampir atau mungkin sudah lebih dari sasaran 7% dicapai
dengan “suasana peralihan angin” pengundi atas pagar disebabkan ragam dan
politik keterlaluan yang digerakkan oleh pakatan.
Pendekatan
politik, politik dan politik yang tidak pernah surut yang dilakukan oleh
pembangkang sudah terlalu jauh tersasar dan ‘overbought’. Inilah kesilapan
terbesar yang dilakukan oleh pakatan. Mereka tidak sedar pendekatan
“kontroversi memanjang” yang digerakkannya hanya berupaya mengekalkan sokongan
pengundi tegar dan taksub.
Mereka
lupa sasaran sebenar yang sepatutnya ditumpukan adalah menumpukan kepada isu
yang boleh menarik sokongan pengundi atas pagar.
Pengumuman
janji tol percuma, harga kereta rendah, pendidikan percuma dan segala kos hidup
turun dan menjadi harga runtuh bukanlah ubat untuk menarik sokongan golongan
ini. Mereka makin menyampah dengan janji lelong murah yang tidak berpijak di
bumi nyata. Janji sedia ada pun tidak tertunai, sudah berjanji lagi dengan
imbuhan lebih hebat.
Rakyat
tidaklah sebodoh penyokong taksub mereka yang menerima bulat-bulat dan
buta-buta apa yang disuapkan oleh para pemimpin mereka.
Jadi
PM Najib jangan ragu-ragu. Bubarlah parlimen dengan penuh keyakinan. BN akan
kembali dengan 2/3, insya-Allah…Bubarlah… Allah tidak akan sesekali membenarkan
pembangkang mempermain-mainkan agamanya untuk santapan politik. “Mulut mereka
mengukir bait-bait ayat suci, tapi hati mereka seperti serigala”. Ini pernah
disebut oleh Nabi saw.
kkamdias.blogspot.com